Thursday, June 16, 2011

Banzai Drop dan OAG


No offend to obese people tapi ini adalah antara benefit menjadi obese. Don't mess with Faiz them.

Gambar yang kat atas menunjukkan salah satu finishing move terulung oleh Yokozuna. Sesuai untuk watak seperti encik D dalam entri ini .

Requirement penting untuk execute finishing move ini ialah pastikan berat badan anda lebih dari 100 kilogram atau lebih tepat lagi index jisim badan anda (BMI) perlulah dalam linkungan 30-40.

Finishing kedua (gambar bawah) ni pun tak kurang hina jugak. Stinkface oleh Rikishi ni telah diberi 'nama' baru yang lebih sesuai iaitu OAG, Our Ass's Gas. Bukan oil and gas ye sedara semua.

Requirement sama seperti di atas cuma additional requirement ialah pastikan bau kentut macam bangkai tikus atau minimum requirement bau macam air kencing skunk. Paling-paling pun pastikan celah kelengkang tu bau hapak pun ok lah untuk memastikan pihak lawan pass out atau pengsan. Kalau ada ketak lemak pecah kat paha pun dianggap bonus untuk ancaman psikologi tambahan kepada pihak lawan.



Tuesday, June 14, 2011

Tua Tak Sedar Diri

Tadi aku kene deal ngan sorang tua yg mengingatkan aku pada satu karekter yg pernah aku jumpa dahulu. Masa aku dulu kerja di obersee (seberang laut..ahahaha) ada sorang staff yg umor dah sampai kepala 5 tapi rasa diri mcm baru abes SPM semlm. Dia ni duduk sekali dgn rumah bujang bebudak semenanjung pasal keluarga dia tinggal jauh. Aku cukup menyampah dgn mamat ni pasal perangai tahap kambeng. Dia ni lahir kat negeri nombor plat D. Jadi mmg dah terserlah kecibaiannya. Aku saspek dia ni muda muda tak puas enjoy pastu bila dah tua masih lagi nak enjoy. Antara trait orang tua yang sedar diri yang ada pada dia adalah:

1. Ade awek. Ye tuan tuan dan puas puan, walaupun ada bini dan anak 5 orang kat kampung, dia ada awek. Muka kalo hensem tadehal. Ni da tua ganyut. Kalau sorang takper, siap ada 3 awek. 
"Bukan abang yang nak kat diorang, diorang yang nak kat abang" Dia claim.

2. Bergayut kat telepon dgn awek 24 jam. Ini serius aku benci. Dah la citer blue ngan awek pastu suara tahap full blast. Tu takper, siap suara awek dia dia pakai loudspeaker. Gile menyampah. Ada sekali tu kereta aku rosak jadi aku balik kene tumpang dia, dia boleh videocall ngan awek dia dalam kereta dari plant sampai umah yg mengambil masa 45 minit perjalanan. Dah le dia letak henpon dia kat pemegang henpon yg lekat kat cermin. Aku yg duduk kat passenger seat depan dah rase mcm nak campak henpon dia keluar kereta. Tapi takut karang aku balik rumah jalan kaki lak. 

3. Pengotor tahap cipan. Serius. Kenkadang wiken aku ngan bebudak ni kemas dapur ari isnin dah penuh pinggan mangkuk dalam sinki hasil kerja tangan orang tua tak sedar diri ni. Siap kalau masak megi, periuk pertama dah berkulat, dia boleh rilek guna periuk kedua dan biarkan atas dapur. Bilik dia takyah citer la. Gua ingat kalau khinzir masuk pun bleh pengsan. Tahap bau pekung longkang taik. Baju basuh sebulan sekali. Pagi pagi nak gi kerja tahap lencun baju kene spray minyak wangi. Nak kaver bau. Tapi bangkai gajah mana boleh disembunyikan. Kuman diseberang laut pun nampak, inikan gajah didepan mata. Eh takde kaitan.

4. Konker TV. Pergh ni serius wa hangin. Kalau konker tv layan program yg boleh layan sama takper jugak. Ni layan Zee Channel. Zee Channel beb! Hati kama mana yang tahan. Orang balik keje malam nak lepak tgk tv layan berita ke, layan bola ke atau layan movie. Ni tak. Kene layan video clip hindustan. Last last kitorang pakat tak bayar Astro, beli tv sendiri duk pakat layan dalam bilik. Yelah tv ngan astro dia punya. 

5. Dia kutuk orang boleh, orang kutuk dia tak boleh. Stended la dah tinggal bujang, psycho menpsycho ni mmg jadi rutin harian. Setakat kutuk kutuk biasa tu jadi mainan setiap masa. Tapi orang tua ni bila orang lain kene kutuk dia join. Siap tambah ikut atas. Tapi bila dia kene kutuk dia bleh hangin lak siap nak bertumbuk. Buat malu jer jadi orang tua. 

6. Tak bertanggung jawab. Rilek jer pintu rumah tak kunci waktu malam padahal dia yang masuk last. Parking suka hati mak bapak sampai orang susah nak parking. Biar air terbukak buat tak tahu. Tahap tanggung jawab tu takde.

 Jadi kenkawan, jangan lah kita menjadi orang tua tak sedar diri. Jadi lah lelaki yang macho lagi hensem.

Itu jerlah celoteh saya pada petang in. Selamat beramal!

Monday, June 13, 2011

Cerita Serius: Sistem Pengangkutan Awam Malaysia

Harini aku nak cerita benda yg serius sket. Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya adalah keperluan asas kita selepas bekalan elektrik dan bekalan air : sistem pengangkutan awam. Disebabkan sistem pengangkutan awam Malaysia hari ini hebat sangat, bas-bas awam cuma dipenuhi ngan mat bangla, mat indon dan juga budak sekolah (tu pun sebenarnya bapak hantar gi sekolah, naik bas sebab cabut sekolah). Pada aku pemulihan sistem pengangkutan awam Malaysia akan membantu memulihkan ekonomi rakyat (poket rakyat ler).

Jadi bagaimana nak baiki sistem pengangkutan awam Malaysia?

1. Pastikan semua tempat/kampung/bandar/taman/mukim adalah terconnected dgn bas. Dan jadual bas ini mestilah stable dan menepati masa. Jangan lah empat jam sekali baru bas datang. Dan juga pastikan tiada trip yang dibatalkan. Mestilah mengikut jadual yang dibuat: masa samapai ke satu2 destinasi. Ituari masa aku gi melawat kubur arwah nenek aku kat Singapore, aku mmg amat kagum ngan sistem bas dia. Gi kubur pun ader bas. Utk pengetahuan kat Singapore kubur ni disediakan di hujung pulau yang takde orang: Tuas. Kat kawasan ni cuma ada kubur jer. Tu pun ada bas masuk. Orang rilek jer dtg ziarah naik bas. Takde isu pun.

2. Kenderaan awam mestilah tip top condition. Ada sekali aku naik teksi dari airport nak balik rumah dapat sebijik Limo yang seat belakang dia siap ada keluar spring. Patutlah masa aku naik driver tu sibuk nak aku duk depan. Aku ingat dia nak molest aku. Rupanya takut aku nampak spring seat belakang yang dah terkeluar. Bila aku cerita pasal tip top condition mestilah yang terbaik. Bukan macam bas metro yang driver nyer indon dan konduktor keling yang pasang lagu tamil kuat kuat dan juga sepatutnya bas ber aircond tapi suhu kat dalam bas umpama bilik sauna disulami dengan bau peluh dan juga bau kasut.

3. Sistem pengangkutan awam hendaklah diuruskan oleh satu organisasi yang mampu memaintain pengangkutan awam ini walaupun rugi. Ini kerana kebanyak bas bas jadi mcm taik pasal syarikat takde duit nak maintain kenderaan. Abistu boss sibuk beli Ferrari macam mana bas tak tersungkur dalam longkang?
4. Harga yang berpatutan. Dan berbaloi. Jika nak subsisidi, disinilah tempat paling sesuai untuk subsidi untuk galakkan rakyat guna pengangkutan awam. Lupakan saja subsidi petrol yang untungnya orang Singapore dan juga pencopet minyak diesel untuk jualan industri.

5. Tempat mengunggu yang sesuai dan selesa. Bukan jadi tempat longgokan sampah atau semasa hujan sumerorang kene berdiri atas kerusi. Pastikan juga informasi mengenai bas yang lalu juga tercatit pada bus tsop itu. Ini tidak, nak naik bas kene tanya orang yang tgh tunggu kat situ. Kalau awek kompom dia cas kita tgh ngoratt. Chaitt!


Kenapa sistem pengangkutan awam Malaysia kene tip top?

1. Kerajaan tak payah nak bimbang pasal subsidi minyak petrol untuk rakyat. Harga petrol nak ikut harga pasaran Russia pun tak kisah pasal sumerorang dah naik transport awam. Harga petrol naik pun rakyat masih selamber nak pegi keje naik bas atau LRT. Jadi yang buat tunjuk perasaan hanyalah mat-mat rempit yang tak puas hati pasal nak merempit minyak mahal.

2. Takde masalah traffic jam. Kerana tidak banyak kenderaan atas jalan. Buat per nak bawak keter. Penat, mahal dan membuang masa. Ini secara tidak langsung membaiki kualiti hidup rakyat. Tiada lagi alasan datang lambat ke opis kerana traffic jam atau tayar pancit. Kualiti hidup ok, rakyat hepi. Rakyat hepi, takdelah tunjuk perasaan bodo bodo yang diorang akan buat.

3. Membaiki poket rakyat. Kerana rakyat tak perlu beli kereta, bayar tol, beli minyak, renew insurance dan juga servis kenderaan. Kerana rakyat boleh bergantung dan mengharapkan pada pengangkutan awam. Lagi satu beli kereta ni kan liabiliti. Nilai berkurangan mengikut masa. 

4. Beban ke atas kerajaan untuk maintain & renovate jalanaraya juga berkurangan kerana kenderaan tidak banyak di atas jalan. Tak payah dah nak buat flyover nak rentas laut pegi kampung danga & sungai melayu.

5. Melahirkan rakyat yang sihat. Berkurangnya masalah rakyat obese kerana sumer orang berjalan kaki untuk menaiki bas awam. Tanggungan kerajaan terhadap ubat dan rawatan hospital pun rendah kerana rakyat sudah sihat. Tak payah nak jual IJN pada GLC.


Jadi secara kesimpulan, nak ambek hati rakyat senang jer. baiki sistem pengangkutan awam. Rakyat hepi, kerajaan pun hepi.
Takdelah nak tunjuk perasaaan atau kejadian hijack Dewan Undangan Negeri.

Itu jerlah yang aku nak tulis. Aku akhiri post ini dengan pesanan dari kawan udin yg epic.




Sunday, June 12, 2011

Jalur Gemilang

Aku baru tau yang design bendera Malaysia sekarang ni (Jalur Gemilang) tu dulu EC old boys. Anyway, berjasa tak semestinya dikenang atau dihargai. 

Aku quote EC punya motto...Dum vivimus, vivamus, labore et honore,...while we are alive, let us live by labor and honor.

Daripada Wiki;

The Malayan flag was designed by Mohamed Hamzah, a 29-year-old architect working for the Public Works Department (JKR) in Johor Bahru, Johor. He entered the Malayan flag design competition in 1947 with two designs which he completed within two weeks. The first design was a green flag with blue kris in the middle, surrounded by 15 white stars. The second design, which was among the three finalists, was similar to the current flag but with a five-pointed star. It borrows major design elements from the East India Company flag, notably the red and white stripes. The competition attracted 373 entries and voting was made by the general public via post. Malayan senior statesman Dato' Onn Jaafar met with Mohamed Hamzah after he won the competition and suggested that the star be changed to an 11-pointed one to represent all the Malayan states.
Mohamed Hamzah died just short of his 75th birthday on 13 February 1993 in Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.

 Sumber: Kosmo

Saturday, June 11, 2011

Nasib Lowe dan Grundy

Apesal mana-mana sekolah aku pergi mesti rumah kuning dengan hijau yang lauk?

Lowe dengan Grundy fight untuk nombor 3 atau 4.

Satu lagi apesal kat EC je baju sukan design macam singlet. Kenapa SIGS dengan Convent tak buat design yang sama?

Keh keh keh keh.

Gangstarz.... I'm with you Sol

Harini aku ada terbaca 2 berita yang membuatkan aku aku tersengih sengih depan pc sendirian.

Sebuah pertubuhan gangster kampung dusun berhasrat untuk menyaman pengarah dan penerbit filem gara gara tayangan 2 filem bercorak Gangstarz yang menayang kan beberapa perkara sulit seperti diamalkan oleh ahli gengster kampung dusun....

Korang boleh baca berita tu di sini dan sini

ni sikit petikan berita tersebut

Ketua Ahli Majlis Negeri Kampung Dusun Wilayah Persekutuan, Sarip Dol berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Geng Kampung Dusun.

"Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Geng Kampung Dusun dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini.


AHAHAHAHAHAHAHAHAHA.....taik lembu la gengster kampung dusun. kod rahsia la, kata kunci la, apa lancau la lagi... gengster bila ramai, gengster pukul melayu,pastu nama pakai nak nama islamik.

~~~~~~~~~

Biasanya aku ada skeptik sikit terhadap filem filem yang diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar yang hensem ni... khakkkk ptuih... tapi setelah membaca berita mengenai perkara nak menyaman samsol, tetibe je aku terasa aku support si samsol ni.....

"sol.... sol.... sol.... walaupun kebanyakkan filem ko bangang sama bangang macam filem bapakk ko,tapi disebabkan filem ko yang ni, kumpulan gengster melayu yang cuma berani pukul melayu jadik hangin, maka teroskan lah usaha ko membuat cerita tahi lagi sol....terosskanlah,ikut cakap bapakk ko, jangan layan mereka"

Nincoompop cincai


8 hari mc memang best. Tapi kalau masuk hari ke-6 dah mula muak dan mual serta perasaan macam haramjadah wujud maka lebih afdal masuk kerja cepat-cepat untuk mengelakkan neraka dunia. Tapi apakan daya masuk hari ke 9 naik kerja jumpa nincoompop yang tak boleh buang perangai cincai masa u dulu.

Cincai tu datang dari perkataan Hokkien, bermaksud "not fussy".... "Tak apa"..."tak kisah..."

Aku pun ada ramai kawan yang sekali tengok memang cincai. Dari segi pakaian, percakapan, kereta, rumah, berat badan, seluar londeh, etc. Pendek kata memang serba serbi cincai.  Ada tu siap simpan basikal yang dah takde tayar depan rumah tapi design  bangunan sikit je kalah dengan Burj Khalifa. Itu belum cerita yang jenis kasut pun tak pernah beli melainkan kasut kerja. Pakai sandal je memanjang. Tapi hasil kerja diorang memang ekselen macam Picasso. Cincai tapi ada art.

Kat sini aku dah rumuskan sedikit analisis aku pasal budaya cincai tapi bingai. Point utama ialah pencincai (pengamal budaya cincai) ialah ambil remeh perkara yang dia anggap tak penting. Atau lebih tepat, sebenarnya dia tau perkara tu penting tapi sedikit fussy untuk diuruskan. Maka nak ambil jalan pintas atau shortcut, dia ambil mudah kerja tu. Maka mudahlah kerja dia nanti. Point utama ni lah akan beri effect yang major yang akan aku eksplen nanti.

Point kedua ialah ambil remeh pengalaman orang lain.

Pernah dengar tak "Experience is a good school. But the fees are high". 

So jikalau ada antara kita yang nak share pengalaman especially kepada yang baru nak merasa atau mencuba, kan best orang lain beri something expensive that is FOC? Best tak? Macam pelacur kelas pertama tak? Itu menandakan orang yang share experience tu tak mahu the same mistake to be repeated again, and again, and again. Samalah jugak macam aku. Takkanlah dulu gua muda-muda belajar cincai, dah tua dan sweet camni pun nak kerja cincai jugak. So yang dah lalui kesilapan mestilah share pengalaman ni dengan orang lain. Paham tak? Kalau tak paham emel je kat gua. Nak video call pun boleh. Pastikan lu dalam wilayah Celcom.


Point ketiga ialah tiada planning. Ini paling kritikal.


Ni satu lagi quote basic gua nak share. "Before beginning, plan carefully." Lebih basic dari basic instinct. Apesal susah sangat nak plan? Mungkin sebab kena coordinate dengan beberapa pihak and then satu pihak tunda scheduled maka kena buat planning baru balik. Tapi itu adalah berganda lagi bagus berbanding takde planning sambil mengharapkan semuanya jatuh ke riba pada hari execution. Bak kata omputeh, everything will fall into places as we go. Berdasarkan pengalaman cetek aku dalam bidang kejuruteraan ni, serta tak pernah makan cili Jepun, aku berani BET everything will not fall into places as you go kalau lu takde planning.

Impak paling utama ialah lu punya kredibiliti. Jika imej kerja cincai dah melekat kat muka lu maka macam mana orang nak percaya beri tanggungjawab yang lagi besar? Lupakan dulu kalau bermimpi jawatan tinggi dan karier yang panjang. Kalau kredibiliti dah hancur, maka kualiti kerja gua takyah nak huraikan lagi.

Sikap ambil remeh ni akibatnya buatkan kerja bertambah, stres bertambah, kerja orang lain bertambah, menyebabkan muka lu macam mintak penumbuk, dan lebih teruk mungkin kerja tak jadi langsung. Macam teori domino. Teruk beb, lebih-lebih lagi kalau lu dah ada bad rep sebelum ni. Maka peratus untuk lu jadi topik gosip masa lunch hour bertambah 20% lagi.

Ni tips kerja gua tujukan kepada fresh grad atau yang masih baru-baru nak kenal dunia kerja...ingat ehh ni 3 perkara.

  1. jangan ambil remeh kerja
  2. jangan pandang rendah pengalaman orang lain
  3. sila plan/rancang/atur strategi
Oklah, aku pun dah menyampah asik buat entri kat sini je. Jangan sampai aku invite brader babola jadi penulis tamu. Watch out!


p/s: Udin memang kreatip dalam memilih foto attachment. entri ni dibuat cincai dalam masa 30 minit, taip...taip...taip pastu edit gambar  kat Paint, terus publish. CINCAI...