Showing posts with label rewind. Show all posts
Showing posts with label rewind. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Assassin tanjung bidara

Korang tau pasal game assassin creed? kalau ko mengaku gamers tapi cakap tak tau tentang game yang aku sebut tadi, selayaknye untuk ko adalah tumbukan sungkit bawah dagu sambil disusuli dengan figure four leg lock.


Ok lah, sbenarnye takde pape pon aku nak cakap pasal game assassin creed tu cuma sedang aku dok buat 5 s (seiri, seiton, seiso, seiketsu and shitsuke) ke atas pc dan meja aku ni, aku terjumpa satu gambar yang aku pikir boleh dishare dalam blog ni.




Saturday, February 19, 2011

Hati Berani vs Hati Kama

Sebenarnye harini aku ada idea nak tulis bende pasal lain, tapi disebabkan satu cite yang aku tengok semalam, aku terus tukar entry. Semalam kat Astro Prima pukul 10.30 lepas raja lawak ada tayang cite Braveheart. Movie ni memang feel gile. Kalau korang tak penah tengok movie ni , tapi dah tengok cite 2 Alam atau Lagenda budak Setan, sila pergi terjun bangunan Ok.

Mungkin dah outdated sangat untuk review movie ni, tapi pegi mampos lah kan, dah nama pon blog.Movie ni release dalam tahun 1995. Aku ingat first time aku tgk movie Braveheart ni masih guna CD copy lagi masa tu, tak pon DVD 5. Aku pon dah lost count dah berapa banyak kali aku tgk Braveheart ni.Tapi setiap kali tengok, setiap kali tu jugak lah aku akan melekat kat Tv sampai movie abes. Gila berjaya lah movie Mel Gibson ni.



Banyak aspek dalam movie ni yang menjadikkan Braveheart salah satu movie epic yang berjaya. Filem ini adalah berpandukan sejarah perjuangan pembebasan, pemberontakan Scotland dari England. Walaupon banyak jugak kritik yang diterima sebab ada jalan cerita yang ditambah, diubah untuk menyedapkan jalan cita, tapi what de hell. Dah nama pon entertainment. Cite puteri Gunung Ledang siap ada terbang terbang dengan keluar laser lagi, ahahaha...padahal takdepon dalam buku cakap bole buat seme tu.

Filem Braveheart ni adalah sebuah filem lakonan dan arahan Mel Gibson sendiri.... hmm ada dejavu tentang point ni, mengapa tetibe aku terbayang shamsul yusof pulak ni ahahaha. Mel Gibson berjaya membawa filem ni merangkul banyak anugerah contohnya 5 anugerah dalam Oscar Awards. Anugerah Oscar yang dimenenagi adalah
  • Best Cinematography
  • Best Director
  • Best Effects, Sound Effects , Editing
  • Best Make-up
  • Best Picture
Selain daripada anugerah Oscar ni, ada banyak lagi anugerah lain yang movie ni berjaya rangkul ataupon dicalonkan untuk anugerah, malas pulak aku nak tulis...pandai pandai lah carik kat IMDB.

OHH shit, baru aku teringat aku penah sembang pasal movie braveheart ni dengan budak pompuan tempat keje aku, ada ke dia cakap skirmish battle dalam movie braveheart ni sama macam dalam cerita Narnia! WTF! mahu saja aku bukak zip dan tunjukkan scrotum aku pada dia sebagai tanda protess terhadap pernyataan tak bertanggungjawab tu. Seriyess dowh, kalau budak laki yang cakap macam tuh dah aku terajang bahagian pubic dia supaya dia insaf. Haihh aku patut delete memori perbualan aku yang ni kerana haram tak membina langsung.

Ok lah ada beberapa point yang aku rasa menjadikkan movie braveheart ni epic dan segar selalu.

1. Soundtrack braveheart . Perghh soundtrack movie ni memang betul betul orgasm, tak penah boring sial dengar soundtack braveheart ni. Ulang berapa kali pon efect dia tetap sama.

2. Pelakon pelakon pompuan yang pegang watak princess Isable dan Murron isteri pada William Wallace dedua cantik. Dedua mempunyai muka sweet yang tersendiri ahahaha cipet, ni point takde kaitan.

3. Kata kata semangat oleh William wallace sebelum Battle of Stirling Bridge memang gile babi melekat. Kalau aku idop zaman tuh, dah konfemm terbakar hati punya, memang mati askar askar Edward Longshanks aku penggal. Tapi idup zaman tuh nak pegi perang mesti kene fit, dengan fizikal aku sekarang ni, mungkin aku antara yang awal mati.

4. Watak William Wallace sendiri yang dibawak oleh Mel Gibson ni memang cukup meyakinkan, dari dia memula nak balas dendam pembunuhan isteri dia sampai la sebelum dia dijatuhkan hukuman bunuh, uggh memang best gile brader.

5. Scene Young Murron bagi bunga pada Young William Wallace masa kat kubur bapak Wallace tu adalah antara scene yang best. Budak pompuan tuh Mhairi Calvey sekarang dah besar dah...emppphhh geram pulak aku tengok ahahaha.

6. Battle of Falkirk adalah saat kekalahan William Wallace dan tentera Scotland. Faktor kekalahan dalam movie ni adalah disebabkan golongan Nobles Scotland yang belot. Scene pembelotan Robert de Bruce serta nobles yang lain boleh buat jiwa lu sentap beb.

7. Saat saat akhir sebelum William Wallace dipenggal pon antara salah satu scene yang tangkap dalam kalau lu orang seme betul betul feel tengok movie Braveheart ni. Lebih lebih lagi bile time Wallace jerit FREEDOMMM! Huh kalau betullah sejarah macam ni sekali resistannya William Wallace pada English tyranny, gua memang salut pada lu la Sir William Wallace. Ahahaha seriyes ni do.

Wednesday, February 16, 2011

Radio, TV Singapura & Shortcut

Dulu masa gua sekolah memang gua layan radio dengan tv singapore. Nak buat camne, memang la malu, dah dulu tv Malaysia asyik melantak TV1 dengan Tv3 je. Tv2 punya siaran tak pernah masuk akal. Ada sekali tu jela gua layan the A team kat TV2, itupun ulangan pukul 11 malam. Apa barang layan A team pukul 11 malam? Kat SBC 5 kalau pukul 11 malam memang dah boleh nonton kategori soft porn dowh. Seriyes ni.

Dulu kat TV Singapore, ada siaran SBC 5, 8, 12. Pastu diswastakan menjadi Television Corporation of Singapore (TCS) kemudian Media Corp. Kalau korang nak details pergi Google la senang. Ni gua bagi heads up, dia punya link kat WIKI. http://en.wikipedia.org/wiki/MediaCorp

Mula-mula SBC 5, kemudian TCS 5 dan sekarang Channel 5. Dulu memang ada 3 channel utama je, sekarang ni kalau tak silap dah ada channel Suria khas untuk siaran Melayu je. Sebabnya channel 8 dah memang KHUSUS untuk siaran bangsa cina atau Tionghua ikut dialek boyan Singapore.

Channel 5 ni memang channel utama la sebab khusus untuk media bahasa inggeris. Sapa-sapa yang bantah PPSMI gua berani gerenti tak tengok cerita siaran ni. Rugi woooo. Channel 5 ni banyak hidang movie hollywood yang latest. Itu belum kira malam Selasa atau slot Tuesday Horror kalau tak silap. Pukul 11 malam cerita hantu yang diselitkan sikit unsur soft porn. Setakat nip slip tu tade hal. Rusakkk budak JB! Hahahaaha.

Bagi gua yang peminat muzik ni, satu cara nak layan video clip muzik mainstream ialah Ahad pukul pukul 1 pagi (atau hari Isnin?) iaitu America's top 20. Kalau korang nak tau America's top 20 ni ditayangkan lepas Silk Stalking. Memang cantek dah tu turutan dia. Kat sini aku kenal Silverchair, yang seterusnya jadi lagu jamming aku masa form 4 sampai form 5. Lagunya 'Tomorrow', ada budak bermuka babi berlari-lari bawak duit. Memang epic video tu. Oppss, satu lagi video epic yang jadi juara berminggu-minggu kat carta....If you wanna be my lover....you gotta suck my di...ahhh yang last tu gua tambah. Hahahaha. Lagu 'Wannabe' oleh Spice Girl. Nyanyi tak pandai pun, tapi pandai menari, tak cantik tapi tak pandai pakai BRA jadi dapatlah jadi juara.

Banyak lagi gua nak expose pasal Channel 5 ni, sapa yang duduk JB cakap tak layan memang pembohong besar la, unless parents korang alim ulamak or memang anti hedonism takde tv kat rumah. Satu lagi siaran yang gua ingat VIDZ. Hari Sabtu pukul 2 petang. Vidz ni siaran request video clip pastu kalau korang punya request paling best dapat hadiah G-Shock. Caranya korang kena buat request card paling ghey dalam sejarah umat manusia. Ironinya budak kelas gua ada menang G-Shock ni, lagu dia request lagu Mariah Carey...dan apesal ada budak lelaki yang request lagu Mariah Carey? Korang kena refer balik syarat-syarat nak menang G-Shock tu untuk jawab soalan gua ni.

Last sebelum gua end entri ni. Sesekali tu gua layan jugak radio Singapore. Takkan nak dengar best 104? Keroncong belum jadi trend lagi zaman tu. Sesekali dengar siaran Singapork ada selit-selit laporan trafik. Bab ni yang kelakar. DJ tu sebut banyak shortcut.

"through the PIE, the road seem congested and slow moving towards town area...."
"drivers are advised to avoid the CTC and and take a shorcut to SLE and towards SSFE...."
"after 5pm drivers should avois the RFFI and KGTD and please look out the motorist from GJKIF and KLING...."

Shorcut atau abbreviation tu merujuk kepada lebuhraya diorang. Contohnya PIE tu Pan Island Expressway (lebuhraya paling tua kat Singapore in case korang nak tau), SLE merujuk kepada Seletar Expressway dan selebihnya gua reka.

Sebelum gua undur diri, sila layan video epic ni...If u wanna be my loba loba loba....alahaii gediknya. Ahakzz.