Showing posts with label cerita pasal johor. Show all posts
Showing posts with label cerita pasal johor. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

The Landmark of Johor Bahru - Waterpark JB?

Yeah...korang baca title post mesti gelak macam iblis kan? Aku nak tambah lagi satu lagi ilmu yang tak kurang pentingnya pasal JB kat korang.

Waterpark Seelong yang aku post kat komen aritu sebenarnya kat Starhill Golf  Resort. Aku pun baru tau, tu pun Google je. Korang nak tau Starhill Golf Resort ni kat mana check kat Google map. Kat area Jalan Kampung Maju Jaya, menghala ke Seelong. Kalau korang tak nak amik tau pun aku tak kisah, tak kecik hati pun.


Korang nak masuk kena bayar macam waterpark lain, dia punya standard facilities kat situ berdasarkan review ok je, cuma kurang permainan. Berapa minimum permainan yang sepatutnya ada aku pun tak pasti la. Tiket RM15 untuk dewasa, RM8 untuk budak-budak 5-12 tahun dan free untuk budak-budak umur 5 years below. Umur 13 tahun dah dikira dewasa? Ha ha ha.

Aku rasa ni alternatif yang ok la kalau nak bawak budak-budak mandi. Takkan nak campak diorang kat Stulang atau Lido pulak. Itu ibarat mandi dalam asid PH 3. LOL.

Ada satu lagi waterpark yang baru-baru ni aku dengar. Kat Ulu Tiram. Apesal korang gelak? Tadi kat Seelong, yang ni kat Ulu Tiram? Yela, aku pun gelak jugak tadi.

Kat Ulu Tiram ni lokasi dia kat Today's Mall. Pergi Google kat mana Today's Mall Tiram. So waterpark indoor la kiranya ni. Seperti biasala, ada tiket jugak. Budak-budak caj RM10, tapi Sabtu, Ahad dan public holiday lain kira, RM15. Dewasa RM15, tapi Sabtu, Ahad dan public holiday RM20. Had umur kanak-kanak tak pasti ikut JAKIM punya standard atau tidak. Memandangkan Ulu Tiram ni bukan Los Angeles, dan waterpark ni pulak berada dalam shopping mall, diharap expectation anda terhadap customer service kat situ janganlah sampai tahap Gold Coast yek.



Gambar aku cilok dari
http://zulmaz.blog.co.uk/2009/12/14/what-a-splash-7569735/
http://www.tiramwaterpark.com.my/index.html

Monday, May 30, 2011

Hwang Ho....Hwang Ho...

Wahai JBrean sekelian, korang tau Hwang Ho tu kat mana? Apa? Duduk JB bertahun-tahun pun tak tau?....Apa? Apa? Taman Johor pun tak pass?....seriyes kronik.

Ada satu kawasan perumahan di Skudai, yang bernama Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), atau singkatan yang selalu digunakan ialah Tun Aminah. Tapi di kalangan orang cina ol-skool JB diorang panggil Hwang Ho (maksudnya green river atau sungai hijau dalam bahasa melayu).


Gambar hiasan je der.

So let's say kalau nampak apek tua nak mampos macam gambar atas tu tahan lu orang tanya...

"mana mau pigi itu Hwang Ho...?"

lu orang dah tau ke arah mana lu orang nak tunjuk, macam aku buat siang tadi. Kalau naik bas, cakap je bas nombor 328 atau 226.

Alternatifnya kalau korang tak tau, cakap je korang asal dari Parit Raja. Kalau nak tunjuk tempat lain pun boleh jugak rasanya. Sendiri tanggung aaaaa.

Saturday, May 28, 2011

The Landmark of Johor Bahru - Kemayan City

"JB banyak monumen-monumen tinggalan sejarah. Kenapa eh? Orang JB tak suka shopping ke?" HAHAHA. Memang watdefak sungguh nak jawab, tapi what's JB kalau tak tunjukkan the holy trinity of shopping complex kat JB kan? Meh, aku list down.

(1) Kemayan City complex
(2) Waterfront Lot 1
(3) Pacific Mall

Actually ada sebiji lagi abandoned plaza yang overlooked by JBrean sekelian. Skudai Plaza just depan Hotel Good Hope. Tapi tu kat Skudai, tempat pun secluded je. Skudai, who cares anyway? Kedai-kedai around that area pun susah cari makan, then buat pulak shopping complex kat situ. Genius brader, genius. Sekarang dah jadi terbiar sebab poor business, owner pun dah declare bankrap.

Sebelum jadi the holy trinity tu, sebelum ni boleh dipanggil "the big four" of JB. Sapa yang boleh lupa Best World Plaza? Nasib baik la dah refurbished jadi Danga City Mall, satu lagi eyesore kat JB dah kurang. Mari aku bawak tour of the lost plaza.


(1) Kemayan City

Kompleks ni adalah yang paling notorious sekali di kalangan the lost plaza sekelian. Terkenal hatta sampai ke Australia dek penangan cerita mistik shopping kompleks berhantu. Yang aku pelik yang kena scam dengan hantu ni semua pelancong luar, paling cikai pun tourist Singapore. Tourist sibuk-sibuk shopping bagi duit, balasannya barang-barang jadi kayu atau daun kering. Memang hantu scammer! Kalau dikira nilai tukaran wang asing lagi, memang genius. Peminat cerita tahyul boleh baca kat sini. Aku pun pernah kena jugak lebih kurang sama jela macam cerita ni, tapi kat Jusco Tebrau. Lepas balik dari Jusco duit dalam wallet aku habis semua. Bila fikir-fikir takde pun aku beli apa-apa. Musykil aku tengok muka bini aku sengih-sengih. LOL.

Ini adalah the biggest abandoned project kat JB. 64,800 meter per segi atau 697,501 kaki per segi. Boleh bikin 498 buah rumah teres satu tingkat yang setiap satunya 1,400 sqfeet. Anggaran projek asal ialah RM400 juta. Disebabkan perancangan projek yang lemah dan keadaan ekonomi yang meleset pada 1998, maka terbengkalai la projek ni yang sepatutnya jadi 'The biggest one-stop-center mall' kat JB.

Walaupun terbengkalai, owner premis-premis kat dalam shopping kompleks ni tetap kena bayar dengan bank. Ada yang beli lot kat sini dengan harga RM1 juta, dan masih serve dengan bank!

Cerita tahyul, sarang nyamuk, sarang mat gian dan macam-macam urban tales lagi berkait dengan kompleks ni. Anyway, property ni dah diambil alih oleh Blackstone Eight Sdn Bhd untuk refurbish menjadi shopping kompleks bernama B8 Mall. B8 sempena nama syarikat tu la Blackstone Eight, kumpulan syarikat Allstonesgroup.

B8 Mall....Beat it...Mall. Macam mana orang nak datang? Hahaha. Layan dulu draft untuk B8 Mall, formerly Kemayan City Mall. Katanya mula kerja pada 2010, dan target siap pada 2012.

Kalau projek ni jadi, kurang la satu lagi 'landmark' kat JB. Kemayan City adalah landmark kepada visitor yang datang dari arah Utara, keluar je dari highway Utara-Selatan melalui Jalan Skudai dan ke arah pusat bandar JB disambut oleh Kemayan City Mall. Sebenarnya ada satu sebuah lagi Kemayan the lost plaza kat Seremban, sama kes jugak.



Nanti aku sambung pasal Lot 1 dan Pacific Mall.