Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Monday, September 16, 2013

Country Garden Danga Bay

Aku yang sekali-sekala lalu depan Danga Bay rasa jem kat depan Danga Bay ni dah bertukar dari jem biasa-biasa sampai tahap nak maki. Antara sebab nak maki apabila kita tahu jalan jem sebab kereta parking berlapis-lapis sampai jalan jadi sempit. Sempit macam otak driver yang parking sesuka hati kat tepi jalan tu.

Ada sekali tu masa aku lalu aku nampak BMW 3 series, pintu sebelah driver rabak kena hentam dengan bas pelancong. Sebab parking tepi jalan punya pasal. 

Danga Bay bukan area favorite aku tapi tu shortest route dari rumah nak ke pusat bandar. Aku pun dah jarang menghala ke pusat bandar unless ada meeting dengan geng Yasin.

Tapi apesal agaknya jalan jadi jem? Ni haa....baca.


Ok. Ada developer dari China nak develop world class facilities dan cara nak promosikan projek ni diorang (developer) buat satu karnival kat tapak projek tu. Berdasarkan pemerhatian aku (dari luar) nampak macam ada fun-fair (yang sedikit upgrade) siap mainan, merry go round, dan entah apa-apa lagi. Siap ada artis dijemput datang. Hmmm.....

Baca ni lagi.


Ok. Artis Mediacorp.

Dengan tagline  the next Sentosa, lepas tu jemput pulak artis Mediacorp. What the fuck?

Danga Bay yang dulunya Pantai Lido, tempat rakyat marhaen berpiknik, berjogging, beriadah tapi sekarang ada pihak yang memang berusaha keras nak 'bagi' kat Singaporean. Dah la sekarang penuh dengan kondo, apartment, bangunan komersial yang entah siapa pemiliknya (berapa peratus rakyat Malaysia dan berapa peratus pegangan Bumiputera agaknya.)

Tahniah Johorean. Jangan bimbang, kita dapat sejuta rumah mampu milik yang dibuat dari pre-cast concrete. Syukurrrrrrrrr. 

Wednesday, November 23, 2011

Kesian kat Mesir


Nampaknya Medan Tahrir bergolak lagi. Dah 30 orang mati lagi. Basically pergolakan ini berlaku bila  Ikhwanul Muslimin minggu lepas ajak ahli dia demo hari Jumaat lepas. Tengok tengok melarat sampai harini. Heran aku, Mubarak dah turun pun masih tak puas hati. Pihak tentera tgh pegang negara untuk sementara waktu sebelum pilihanraya hujung bulan ini. Ini lah harga demokrasi yang dibayar apabila kerajaan ditumbangkan melalui jalanan. Apabila huru hara dan chaos mengambil tempat tiada apa yg boleh di kawal. Ada benda tak puas hati jer terus buat tunjuk perasaan. Harga minyak naik, demo. Harga tol naik, demo. Keling rompak rumah mati kene tembak polis, demo. Kucing mati kene langgar polis, demo.


Aku memang anti demonstrasi jalanan. Pasal pada aku demonstrator adalah attention seeker. Bukan ada orang nak hadap pun ko nyer demo. Nak dengar apa ko jerit jerit. Ko jerit kat langit. Mana ada respons dan tindakanMasa zaman liwat 1, ade gak aku tgk secara live demo jalanan kat Kg Baru. Tahap bakar tayar dan blok jalan guna sampah. Takut polis kejar. Tapi bila pikir pikir balik bodoh gila diorang ni. Buat penat jer demo, tgk ade gak yg kene liwat lagi. Mmg tak insap. Tu tak termasuk amoi yg kene balon. Oh sheiit!

Jadi bila semalam menteri botak yang liabiliti buat perbentangan Akta Perhimpunan Aman, ramai pulak pendokong demonstrasi jalanan yg bantah. Katanya tak sepatutnya ada klaus "Pihak polis berhak berhak menolak permohonan permit perhimpunan". Ini adalah tindakan yg membelakangi demokrasi. Bodoh gila. Kalau takde control element, mana boleh pastikan sesuatu tu selamat dan teratur.

Antara basic Akta Perhimpunan Aman adalah : (mungkin sukar dipahami oleh mereka yg tidak mengikuti sistem PPSMI)

"The planned law proposed by Prime Minister Najib Razak’s National Front ruling coalition forbids street protests and requires organizers of demonstrations to give police 30 days notice. Officials have repeatedly urged demonstrators to gather in stadiums or confined venues to avoid public disruptions.
Children under 15 would be barred from rallies, which cannot be staged near schools, hospitals or places of worship. Protesters could be fined up to 20,000 ringgit ($6,200) if they break the rules." -sumber AP
Jadi secara asasnya, akta ini cuba menghalang demo menjadi rusuhan dan havoc. Aku sebenarnya kalau boleh nak biar lah akta ni mcm kat Singapoh. Akta dia bagus. Apabila ada satu perhimpunan yg lebih dari 5 orang dan tidak mendapat permit, terus kene tangkap. Jadi ini apply kat semua orang. Baik kepada demonstrator bodoh, budak budak rempit, budak budak basikal tengah malam ataupun keling yang bergadoh kat kedai mamak. Kan keamanan boleh terjaga.
Nak ubah sesuatu, perlulah secara teratur. Kerana sesuatu yang dimulakan secara baik akan berakhir secara baik. Good input gives good output. Shit gives you shit.
"Chaos is a name for any order that produces confusions in our minds"

Saturday, September 10, 2011

Ulasan berita

Hoh setelah 12 hari di bulan syawal, baru aku berkesempatan untuk betul betul rilex depan PC dan menulis sket. Sebelum tu, ucapan Selamat aidilfitri pada geng sungai chat yang semenye aku dapat lepak bersama tahun ni kecuali Udin. Tak lupa pada pengunjung tegar Blog Sungai Chat yang beberapa ketul diluar sana, serta pada mereka mereka yang tak sengaja masuk ke blog ini.

Orait now, hari ni aku nak buat sedikit ulasan berita. Berita yang baru beberapa hari je lepas dan hangat diperkatakan. Opps bukan ye...ini bukan ulasan berita tentang Mat Indera atau buku sejarah Tingkatan 5, ataupun berita Professor Zainal Kling tapi pasal cukai Perkhidmatan 6 % terhadap tambah nilai ataupon pek permulaan pengguna telefon pra bayar.

Sebelum apa apa, biar aku clarify sket, ini takde kaitan dengan politik, aku teringin nak komen berita ni sebab masa memula aku baca berita ni aku baca sambil tergelak sinis... lepas tu menurut member aku, encik Izuan B.O.B.A dia ada dengar kat radio hotfm,di suatu pagi, ada satu pemanggil cakap dia menyokong sangat cukai perkhidmatan 6% ni di kenakan pada pengguna kerana dengan itu, ia akan dapat mengurangkan penggunaan handphone pra bayar dikalangan pelajar dan ini membantu dalam mengurangkan kadar maksiat... HAHAHAHA bingai gile penaakulan pemanggil tu..

Okeh mari mulakan, aku amek dari berita asal Bernama. Aku akan Boldkan dan nomborkan beberapa ayat ayat penting untuk mudah diulas nanti. Zassss

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaji Semula Caj 6.0 Peratus Cukai Perkhidmatan - Najib

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri (1) Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

(2) Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya (3) untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

(4) "Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat."

"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini Jumaat.

(5) Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

(6)Najib yang juga Menteri Kewangan, mengulas kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu, (7) Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malaya dengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan aku

(1) Seorang Perdana Menteri mintak syarikat telco kaji semula CUKAI perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan oleh syarikat telco pada pengguna. Hmmm palat betul...Pertamanya, cukai perkhidmatan bukannye diimpose oleh syarikat Telco, dah nama CUKAI mestile datang dari pihak kerajaan, syarikat telco cuma pindahkan CUKAI yang diimpose pada diorang kepada pengguna. Aku tak tau sekarang, yang bebalnye wartawan tulis berita ni ke atau encik PM, atau kedua duanya sekali dalam hal ni...kedua, apasal sorang Perdana Menteri, orang yang paling berkuasa dalam negara bercakap macam Syarikat Telco lebih berkuasa. Ni dah macam kes Astro dah. Menteri dengan SKMM sekali kata astro tak boleh naikkan harga billing diorang, tapi dengan selambe Astro buat bangang dan bende tu nampak gayanya terlepas macam tu aje... KIMEK

(2) Perdana Menteri cakap keputusan itu diambil sendiri oleh syarikat telco... Kenapa perlu tulis ayat macam tu sial... korang pikir sendiri le apa nak komen ayat nih. Akunye komen kat no.5 nanti.

(3) & (4) Ayat nih adalah ayat standard.Tanya le mana mana average joe and jane... semua dah muak muntah ijau dengar ayat ayat macam nih. Cakap nak kurangkan beban rakyat, tapi jalan bertol masih berlambak jugak, bukan murah tol, highway pendek macam DUKE pon 2 ringget. Cakap tak nak rakyat terbeban, tapi harga makanan, harga bahan mentah, bahan asas mancanak canak melambung pon masih tak boleh nak kawal, asyik nak PANTAU aje memanjang. Nah sekarang macam macam jenis tol impose pada rakyat... cukai kad kredit, cukai telefon, cukai perkhidmatan. Syarikat syarikat gergasi yang buat keuntungan berbilion ringgit kalau kena tax, selambe pindahkan tax tu pada pengguna. Demmit meng.

(5) Sebenarnye point no. (2) ngan (5) ni lebih kurang je isi pentingnya. Bayangkan lah, seorang Perdana Menteri cakap keputusan yang berkait dengan urusan 'cukai' macam ni dibuat oleh syarikat Telco dan bukan dengan kelulusan kerajaan, macam GAMPANG tak? So kalau tak dapat kelulusan kerajaan macam mana, boleh on gak ke 'cukai' ni kalau takde kelulusan., apa tindakan kerajaan? Sapa yang jadik kerajaan ni sebenarnye?... kenapa syarikat Telco boleh buat announcement sesuka hati tanpa kelulusan kerajaan? Aritu Astro buat bangang je arahan kementerian supaya tak naik harga, nih sekarang syarikat telco pulak buat benda ikut suka hati tak de kelulusan kerajaan. LEMAH GILA sial macam ni...

(6) KAH KAH KAH KAH KAH...

(7) Apa kaitan berita bodoh ni dengan tajuk berita.




Thursday, July 28, 2011

Hero-hero gua

Malam tadi gua bengang. Tapi takpe, gua bangga sebab masih ada hero di sebalik sampah-sarap yang ada dalam team Malaysia semalam. Player nombor 2, Mahali Jasuli siap berjalan beb atas padang, pancit. What the hell? Takpe jangan kita berfikiran negatif...Tapi kalau ikut emosi gua mahu je aku maki sekor-sekor defender Malaysia kat sini.


Hero-hero gua.


Safee, Kunalan, Amirulhadi (sikit kat belakang...) S.Kunalan unsung hero dalam setiap game Malaysia. 90 minit berlari dan setiap attacking movement Malaysia mesti dia involved. Safee macam biasa la. Kau bagi dia half chance pun dia boleh score beb, tengok jela masa game kat Stadium Singapore dan game lawan Liverpool. Sebab tu gaji dia puluh-puluh ribu. Amirulhadi pun ada game yang baik tadi, walaupun tak perform sangat macam kat Stadium Singapore aritu. Masa first half banyak cover Mahali Jasuli yang jadi lubuk serangan Singapore.




Khairul Fahmi. Kalau takde mamat ni confirm Malaysia kalah 3-4 biji gol. Serius der gua salute lu. Baik lu blah je cari kelab Korea ke, Jepun ke, kelab Indon ke, dari main dengan team Kelantan. Masa tu barulah gua boleh support kelab lu der. Takkan gua nak support team Kelantan pulak.

p/s: kepada pemain Malaysia yang gua tak sebut tu jangan kecik ati. Lu orang main macam standard team MSSD Kulai.

Tuesday, May 31, 2011

The Best of Malaysia - Jaket pakai terbalik

Pagi on the way pergi kerja kena layan show pagi kat radio. Bergantung pada mood dan topik DJ. Kadang-kadang ada DJ yang buat lawak diorang dua orang je yang ketawa. Aku sebijik haramjadah tak paham lawak dia. Ada pulak sorang DJ perempuan siaran Inggeris, tak habis-habis dengan lawak ni..."the one you told me so big, but it's actually small...isn't it?" Gila babeh kali pertama dengar kelakar gila babeh, dua kali boleh accept lagi, tapi kalau kau ulang 5,6 kali bunyi macam pervert la pulak kau minah DJ.

Dalam topik 'things you see or experience only in Malaysia', ada sorang caller yang bagi tau dia dah pergi seluruh pelusuk dunia, tapi kat Malaysia je dia boleh nampak penunggang motor (kapcai la aku rasa majoritinya) pakai jaket ke belakang. Seriyes aku dulu pernah buat camni jugak. Ironinya aku google gambar ni kat Indon weh. Tapi apehal pulak ada aku peratikan amoi-amoi bawak kereta pakai jaket terbalik camni. Apa ni weh? Lu orang dah salah aturan pakai ni. Only for kapcai riders maaaa...Kalau takut tangan tu hitam yang lu orang pakai sleeveless ape kejadah ?


Aku ingat lagi tahun 2005 dulu, masa jalan keluar dari kawasan rumah aku ke tempat kerja jem macam nuraka the hell. Pada pagi yang tak berapa nak ceria tu, ada satu kereta Proton Perdana dah langgar belakang kereta aku. Dah menjadi resmi, siapa langgar belakang kereta aku siap lah remuk, sedangkan kereta aku sikit je calar. Kalau nak tau masa assemble kereta aku kat kilang Proton dulu, assembler dia dah jampi dengan mantera kebal..."besi maha besi, besi datang dari Kedah, nak rosak biar rosak, jangan rosak dekat Grik...." Hahahah memang tak rhyme.

Amoi yang bawak kereta Perdana tu keluar dengan jaket pakai ke belakang. Tak silap aku itulah first time aku tengok driver kereta pakai jaket camtu. Serius aku gelak macam jester. Nak jadi cerita aku kira settle kat situ jela. Lagipun Perdana dia dah berasap, aku berani jamin radiator bocor. Lampu depan pulak boleh buat scrap. Hantar sekali dengan bonet depan dia. Compare dengan bumper kereta aku calar sikit je, dapat gelak free lagi.

Balik semula cerita pasal jaket ni, sebab utama aku pakai camni ialah betapa malasnya nak pakai kat depan secara normal pastu nak zip. Arghhh, sedangkan objektifnya ialah nak cover lengan daripada berbelang. Opsss wait wait, ni bukan amcam kes amoi tadi. Kalau rider motor bukan setakat matahari punya UV rays yang boleh buat lengan berbelang weh, asap kereta, asap bas, asap lori. Tu aku belum kira asap dan debu-debu tar jalan yang berpunca daripada kontraktor kelas F punya schedule buat time jalan peak hour. Aku pernah tengok kaki member aku berbelang macam bentuk sandal, gara-gara selalu naik motor pakai sandal. Hahahaha serius lawak!

Satu lagi adalah sebab aerodinamik. Serius kalau kau ride 100km/jam pastu pakai jaket zip kat depan, jaket jadi gelembung dipenuhi angin. Sedangkan mat rempit pun tau teorem ni sebab tulah minah-minah rempit berdada pipih der. Purposely der, serius der. Pusing jaket tu der, barulah potong angin beb.

Last sekali kau tengok gambar kat bawah ni. Kepada mereka-mereka yang kilang peluh terutama bahagian belakang badan tu sesuai la pakai jaket terbalik. Kasi aircond sikit belakang badan tu.