Showing posts with label monyet. Show all posts
Showing posts with label monyet. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Pemes Gak Blog Sungai Chat Ni..

Tgh aku melayari internet, tetiba aku jumpa website yg bernama BlogPulse. Website ni fungsinya untuk kau search kalau ada orang copy content blog ko dan paste kan kat blog dia dan buat mcm entry dia sendiri. Aku saje je search, nak tgk mana tau ada sungaichat version sungai petani ke sungai siput ke. Result nya membawa aku kepada ini:



Power gak Zul, entry dia telah di quote oleh blog lain. Mungkin satu masa nanti entry sungaichat di quote oleh Bernama dan AP. Jadi aku nasihatkan kurangkan gambar monyet dan bigdam kerana mungkin akan backfire pada masa hadapan. Hehehehehe.

Sunday, June 26, 2011

Drive thru kat Malaysia

Drive through atau drive thru dah mula menular kat Malaysia. Minggu lepas masa aku pergi Setia Tropika, ada drive thru ATM machine. Tak jauh dari situ ada drive thru fast food pulak. Pendek kata serba serbi drive thru. Aku andaikan penduduk kat sana tu sentiasa on the go, jadual padat atau pun ramai yang fat ass.


Kalau kat JB pioneer bank yang buat drive thru ATM Citibank kat City Plaza, Tebrau. Lepas tu HSBC kat Bukit Timbalan. Tapi HSBC kat Bukit Timbalan tu bentuk geografi dia memang mencabar, apatah lagi bagi pemegang lesen P. Nak masuk parking pun derita, apatah lagi nak drive thru kat ATM atau cash deposit. Aku pernak tengok 2-3 kali insiden kereta mati enjin masa masuk parking gara-gara takleh nak balance clutch dengan paddle minyak. Enjin kereta dah mati dahtu lagi sedih kereta siap nak reverse turun bukit. LOL. Lenkali bawak auto. Sekarang aku tengok mesin drive thru tu dah takde kat depan HSBC. Tak tau la kalau ada yang langgar mesin tu.

Sebelum zaman drive thru, kat Amerika terkenal dengan drive in. Konsepnya kereta masuk parking kat car park yang besar gila, kemudian servis/pelayan akan datang serve ke setiap kereta. Macam yang korang tengok kat filem-filem yang mana diorang park kereta dan layan movie dalam kereta, waiter datang ke setiap kereta ambil order. Sekarang ni culture drive in dah tak popular macam dulu. Yang popular ialah Drive In Ferris Wheel, korang drive in kereta masuk roda yang besar. Serius pemalas. Nak berlibur pun tak mau keluar dari kereta.


Sambung balik cerita drive thru tadi. Kat Malaysia ni, konsep drive thru ni dah banyak disalahgunakan. Apesal aku tulis camni?

Drive thru kat restoran mamak. Ini adalah contoh utama penyalahgunaan konsep drive thru. Dah la parking betul-betul depan tempat tebar roti, lepas tu menyebabkan jalan depan restoran sesak. Biasanya pelaku mempunyai kombinasi otak bebal dan muka tebal. Dah kena hon, dah kena maki dengan orang masih buat-buat takde apa-apa berlaku.

Drive thru kat bazaar Ramadhan. Tahap kesabaran orang berpuasa memang diuji at bazar ramadan. Yang lawaknya selalu buat hal time tengah peak hour, 6 - 6.30 petang.

Sistem drive thru ni secara berperingkat adapt dalam lifestyle orang Malaysia. Makin hari orang Malaysia makin kurang masa. Sibuk mendokumenkan hidup dalam Facebook, Twitter, blog, etc. LOL.

Updated:
Satu lagi drive thru aku discover. Drive thru apam balik. Kat JB dah jadi satu trend depan bank mesti ada gerai bermotor apam balik. Yeah. Dah la jalan depan bank one way dan sempit, ada pulak si bebal yang selamba beli apam balik macam drive thru. Nak aje aku kasi terajang.

Satu lagi ialah drive thru gerai-gerai bergerak, guna van atau lori kecik. Serius shit kat area Perling Mall orang beli pisang goreng (nahu gua betul) dan cendol guna konsep camni. Watdehel, orang kat belakang tunggu sikit punya lama rupanya dia beli pisang goreng.

Tuesday, June 21, 2011

Ba...Zoo...Ka Penaka

Zoo.... ye, ini bukan entry mengenai Sawie and Wings, ini adalah entry mengenai zoo. Minggu lepas aku ada terbaca satu surat pembaca mengenai Zoo Saleng Johor di sini . Hari ni keluar pulak berita mengenai rampasan 60 ekor haiwan oleh Jabatan Perhilitan semasa serbuan dijalankan ke atas Zoo Saleng Johor. Sumber berita boleh didapati dari sini dan sini.

Aku malas nak ulas sangat tentang kandungan berita tuh, sebab korang boleh baca sendiri, tapi ada beberapa perkara lain yang menerjah kepala otak aku bila aku baca berita berita tentang zoo ni.
  • Kalau sebut zoo kat johor ni, dalam kepala aku cuma terbayang zoo johor aje. Aku tak penah tau pon ada zoo saleng ni.
  • Perkataan 'Zoo' dan 'Johor' adalah sangat tidak complement antara satu sama lain. Sesape penah pergi zoo singapore akan paham apa yang aku katakan ni. Ini bukan tahap beza langit dengan bumi lagi, ini dah tahap beza lubang gelap angkasa lepas dengan lubang jubur sepol bukhari. Ini benar benar serius.
  • Tahun lepas dalam bulan seploh, aku dah takde idea nak bawak anak aku jenjalan aku bawak dia masuk zoo johor kat jalan gertak merah tu. Bapak aaa! suasana zoo tu masih maintain macam aku last pegi masa aku darjah 4. Tahniah zoo johor atas usaha preservation yang dilakukan.
  • Position ular sawa batik masa aku pegi darjah 4 dengan dua puluh tahun kemudian tak berubah ubah. Macam mana aku boleh ingat. Position ular sawa semasa aku bawak anak aku ke situ adalah sangat dejavu. Bila aku terpandang je ular sawa tu lepak kat ujung kandang melingkar tak nampak kepala sambil tergantung separuh badan, Imej yang sama 20tahun lepas terbayang bayang kat kepala aku. perghh sampai begitu sekali ular sawa tu hibernate.


Berbalik pasal zoo saleng tu...petikan dari berita ni agakk lawak

"Department deputy director-general Dr Zaaba Zainal Abidin, who led the raid with about 80 personnel, said the animals were being taken to Malacca Zoo and Paya Indah Wetlands. "

Masa aku baca part ni aku tergelak nipis, aku malas nak komen apa tapi aku suruh kawan udin jela sampaikan komen apa yang patut.


Ini satu video pasal aktiviti lahanat zoo saleng ni yang aku jumpa mase search pasal zoo yang tak semenggah ni. Kenapa bila lepas tengok minit 1.52 aku terus keluar maki berbau rasis ?


Friday, June 10, 2011

Pedasssss

Aku nak cite sket pasal pedas. Tahap kepedasan diukur dalam unit SHU (Scoville Unit). Kire kalau nak tau berapa pedas, kita boleh la tanya 'Makcik, sambal belacan tempoyak ni berapa Scoville?'. Sket lebih kurang camtu la. Tapi mungkin nanti makcik tu ingat ngko ni orang datang dari negara lain dan Scoville tu matawang negara ngko lalu dengan semberono dia jawab '50 Skofil je nak'.

Aku ada tengok 'Man vs. Food' (MvF). Mamat dalam rancangan ni gile babi kuat makan, kalau lawan ngn pais pun aku rasa pais boleh kalah dengan malunye sambil menutup muka. Cuma dia ni ngn pedas tak boleh blah sangat. Ada sekali tu dia makan sushi tak silap aku, pastu orang kedai tu letak cili padi dalam sushi dia. Makan ada la 5 sushi je aku rasa, tapi dia punye tak tahan.....mak ai nangis2. Kalau ikut unit Scoville dlm wikipedia, cili padi dlm 50.000 - 100.000 SHU. Tapi wikipedia ni bukan boleh pecaya sangat. Ada sumber lain cakap sampai 350.000 SHU.


Cili padi (bird pepper)

AKu ingat kita orang Malaysia ni mmg dah abes kuat dah makan pedas. Sebab aku kalau cili padi tu mmg aku selamba je boleh ratah. Tapi sekali makan maksimum aku makan raw camtu ada la dlm 5 batang je. Jadi takdela tahan pedas sangat aku ni. Aku lama dah nak carik 'habanero' pepper tapi tak jumpa. Nak la jugak aku rasa sebab dia kata habanero ni pedas the next level lepas cili padi. Pastu kalau keluar dalam MvF, lada ni letak sket je dia punye pedas aku tengok omputih tu makan macam kene lempang je muka dia merah sebab pedas. Habanero boleh sampai 500.000 SHU. Lepas level habanero ni adalah level lada genetik. Yang selalu aku dengar dalam tv 'ghost pepper'. Ni kalau aku tengok orang makan, dia punye muka macam nak terus teberak. Pedas gile kot. Ni pun kat Malaysia susah nak jumpa. Dia banyak kat India ngn Bangla. Agaknye bangla kat sebelah umah aku kat happy garden tu kenal la kot lada ni. Lada ni boleh cecah sampai sejuta lebih SHU. Dia kalau dah main juta2, dah macam tahap kesempurnaan Pendekar Laut la kire.


Habanero


Bhut Jolokia (ghost pepper)

Sebagai orang Melayu yg boleh selamba makan pedas, kekadang aku rasa omputih ni melebih2 je kalau tunjuk kat tv tu. Kengkonon pedas gile babi la. Tapi kita boleh selamba makan tetiap hari. Kalau makan banyak, sakit perut jugak la....hilang la nikmat makan pedas. Tu lebih kepada makan nak buat sakit perut sendiri. Tapi satu pengalaman aku makan kat negara Jepun telah mengajar aku untuk jgn eksen yg kita ni sebenarnya tahan pedas. Ada satu kedai ni dia jual nasik ngn kari....berbagai jenis kari la ada. Pastu dia kasi la tahap kepedasan....1-10. 10 tu kire paling pedas la. Membe jepun aku amek level 2 je....aku amek la level 6 kot....dah la boleh makan kari seafood je, bukan sedap sangat. Lain la kalau kari daging dia aku boleh makan, tapi sah sah la lembu dia tak semelih. Membe aku berbangsa india dgn eksennye mintak level 8. Dia kata alaaa selamba je kat Malaysia kita makan pedas2. Ini jepun punye level no hal la. Haaa masa makan, amek ngko. Meleleh2 air mata nak telan kari ngn nasik putih. Alangkan aku punye level 6 pun dah aku rasa pedas kari dia....inikan pulak 8. hahaha

kita tak boleh makan buah tu monyet...hahaha

Pengajarannya....walaupun kita master dalam makan pedas, kengkonon cili padi ni abes pedas la...tetiap hari boleh makan, kita takbole eksen. Dalam dunia ni ada bende lain yg lagi pedas dari cili padi sebenarnya hahahaha

Saturday, November 13, 2010

Pemikiran tahap monyet


Monyet mampu berfikir, tapi limited. Mungkin chimpanzee boleh menggunakan ranting kayu untuk menyucuk-nyucuk sarang semut dalam usaha mendapatkan makan tengahari. Tapi limited sampai situ je. Kalau ikutkan, makan ulat gonggok lagi banyak khasiat. Disebabkan pemikiran dia yg limited, dia makan semut...makan banyak2 pun kenyang sikit je. Monyet betul.



Berdasarkan pemerhatian aku, ada beberapa jenis manusia yg aku jumpa dalam kehidupan seharian aku mempunyai gaya pemikiran tahap monyet.

  1. Membuang sampah merata2. Memang obvious gila merata2 sebab makan eskrem calung (bahse omputih cornetto), bukak packaging kertas lalu buang je kat koridor jalan kaki Giant. Eh umur dlm 45+ at least, tapi pemikiran masih tahap monyet. Aku tengah lalu depan dia, jadi aku tengok la sampah dia buang tu dan terus tengok muka tak hensem monyet umur 45+ tu....eh usha maut plak kat aku . 'Apa tengok2? Giant ni bapak ko punye ke nak mempersoalkan tindakan aku buang sampah merata2 ni?(dengus hati dia aku rasa).
  2. Memparking kereta di tempat orang cacat. Ini pun obvious gila kecuali la kalau manusia berfikiran monyet tersebut buta tak nampak sign orang kuning naik wheel chair tu. Tapi kalau buta, aku rasa JPJ tak kasi amek lesen memandu. Bayar la RIAKAR banyak mana pun, JPJ tak kasi punye la. Alangkan rabun warna tak boleh amek lesen, inikan pula rabun terus. Aku tunggu la kejap kat tempat parking nak tengok mamat tu turun dari kete, kot2 memerlukan bantuan ke. Iyelah mana nak turunkan wheel chair, nak tutup pintu, nak on alarm kete....eh turun dari kete elok je. Pastu selamba dek je buat tak tau jalan laki bini ngn anak2 masuk TESCO. Aaaa bagus betul, sampai zuriat pun dididik untuk memiliki gen pemikiran monyet tu sekali.
  3. Meludah di persekitaran elevator. Tak paham betul. Sambil2 tunggu lif dtg tu kenapa nak kene meludah? Ptuih! Amek angle cantik je pegi corner pintu lift. Aku pun selama ni terpikir, apa bende la mcm taik kelawar kering kat dinding area lift umah aku ni. Rupanya ada manusia berfikiran monyet dok meludah.
  4. Kontraktor kelas F yg repair jalan time orang balik keje. Huarghhh! Mmg pemikiran tahap monyet. Monyet pun aku rasa tau, kalau masa orang nak balik keje kene elakkan daripada melakukan keje2 repair jalan. Waktu siang kat Malaysia ni punye la lama, patut masa dlm kol 6 tu, toksah la pegi repair jalan. Bukan buat mende pun, takat nak tampung (tampal) jalan je. Ceh. Kalau ko turapkan balik semua ok la la jugak. Ini isi2 lubang kat jalan ngn tar je. Taik!
  5. Paling monyet sekali, orang yg beli lebih dari 10 item kat TESCO pastu sibuk nak beratur lane express. Aritu aku tengok ada sorang cashier ni saun sorang ni...dah tua la jugak. Dialog adalah lebih kurang mcm di bawah
Cashier: Dlm troli awak ni ada lebih dari 10 item, saya masukkan dalam resit 10 je. Yg lain u tak bole beli.

(Hahahaha best gile aku rasa masa tengok tu. Auntie tu pun tak puas ati la, dia nak saun balik cashier tu. )

Auntie tua: Eh customer is always right! Saya beli ada 13 item, telebih 3 pun tak boleh cincai ka? U kire je la.
Cashier: Sana depan tulis 10. U bwk 10 ke? Customer is always right, tapi customer lain punye 'hot' sapa nak tanggung?

Muka auntie tu dah boring gile pasal org lain seme tengok dia. Hahaha bagus betul cashier tu. Patut dia dapat employee of the month. Ni kesalahan ni boleh dikait sekali dgn satu lagi jenis tak paham bahasa, beratur express lane tapi barang bahagi 2. Isteri satu resit, suami satu resit. Mmg la ko masih mengikut peraturan. Tapi toksahla pemikiran tu monyet sangat

Emosi plak seketika aku masa tulis entri ni.