Showing posts with label gile babi banyak tag. Show all posts
Showing posts with label gile babi banyak tag. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 Sungai Chat

Selamat Tahun Baru 2011!

Semoga tambah lagi posting-posting berbanding 2010. Tahun 2010 ada 68 entry. Naik sikit berbanding 51 entry pada tahun pertama blog ni bermula iaitu 2009.

Kalau tengok secara kasar taburan entry atau posting macam bermusim, mula-mula tinggi pastu awal tahun 2010 surut, average 1 posting sebulan. Kemudian hujung tahun 2010, November dan Disember naik mendadak. Memang bermusim macam zaman semua orang main skateboard pastu tukar jadi peminat underground music, pastu hardcore pastu scooter, tak silap ada selit sikit zaman roller blade dan sekarang semua orang nak jadi korporat. Ya kawan-kawan, korporat is the in thing right now. Breakfast dengan fresh orange dengan gelas tirus ada payung kecik, sambil berbual bisnes dan macam mana nak jadi CEO. Datuk-datik, tan sri-meri dan lain-lain. Sampai sekarang fungsi payung kecik kat gelas tu masih misteri.

Okay, aku dah melalut dan menambah lagi satu entri yang tak ilmiah kat blog ni.

FAILED.

Cerita pasal tahun baru, sejak 2001 sampai la 2010 aku perhatikan kemunculan cermin mata bahlul setiap kali new year. Jadi sebab 2011 ni ada satu je digit kosong maka berkuburlah cermin mata tahun baru yang failed ini.

Semalam aku tengok masyarakat Malaysia galak sambut tahun baru macam ni lah tahun baru terkahir yang diorang jumpa. Excited lebih-lebih. Budak-budak melayu pulak memang pantang jumpa public holiday. Tahun baru ke, krismas ke, tahun baru cina ke, thaipusam ke, dilayan sama rata dan1Malaysia. Yang aku hairan Raya Puasa, awal Muharam, awal Ramadan, nuzul Al-Quran, maulidur rasul taknak pulak kau keluar merempit ke, buat 3gp, tidur hotel. Pandai pulak sekular nak pilih jenis holiday nak buat hal.

Anyway, kepada yang excited sangat sambut new year, sebenarnya new year ni sudah overrated. Terlebih hype. Bukak buku baru la apa lanciau. Kalau nak bukak buku baru hari -hari boleh bukak baru. Nak tunggu tahun baru nak ubah imej la, harapan baru la. Yang aku perhatikan tiap-tiap tahun rasuah makin menjadi-jadi, pergi ofis gomen layanan sama je macam haramjadah mcam tahun lepas, kos sara hidup makin menjadi-jadi sedangkan pendapatan per kapita tak naik-naik, orang miskin tegar kat Malaysia masih ada sedangkan baitulmal, zakat sana sini. Kat mana siyal duit tu semua pegi? Apesal TV3 nak kena buat Bersamamu sedangkan patutnya orang yang jaga duit baitulmal tu yang take care orang-orang susah camni. Banyak bullshit sama macam tahun lepas. Bayar cukai jalan, tapi standard jalanraya macam jalan kebun sawit, bayar cukai PBT tapi sampah dah menimbun baru nak angkat. Ada wakil rakyat tapi nak jumpa sikit punya susah, jumpa wakil je. Wakil rakyat ke wakil YB?

Tahun baru is overrated, bukan penyelesai masalah atau solution. Sama macam blog. Sama macam beri pendapat. Pendapat tu umpama tool bukan solution. Walau macam mana berantakkan pun kau cakap pendapat kau betul, kalau diorang sudah bergenang dengan bullshit maka pendapat kau pun dianggap bullshit. So let them be, with bullshit sama macam Markus Indon.

HAHAHA.

Selamat Tahun Baru 2011, semoga semua makmur dan sukses selalu. Suskes tang mana, aku pun tak tau.

Sunday, November 28, 2010

THIS IS SPARTAAAA!!

Beberapa hari ni ada aje perkara perkara yang buat aku nak terajang orang.... kalau dunia ni takde undang undang dah lama dah aku tapakkan orang orang yang aku jumpa ni dengan gaya this is SPARTA....lepas tu apa nak jadik jadikla, nak gadoh gadoh la...yg penting aku dapat tendang dulu... ahahaha

1. Doktor pediatric yang sepatutnya sambung tugas resuscitate anak aku yang baru lahir lambat gile datang, sampai doktor obstetrics yang nak handle wife aku terpaksa tinggalkan wife aku terkulat kulat sebab nak selamatkan baby yang baru lahir.... baby dah biru tak bernafas....dah dekat seploh minit baru doktor pediatric sampai.... pukimek ko la datang lambat....rambut sikat tepi pulak tu.... kalau jadik apa apa kat anak aku.... konnfemmm This is spartaaa...

Padan muka kene tengking gile babi dengan doktor obstetric tuh.... kalau aku jadik doktor obstetric tu dah lama aku sungkit uppercut bawah dagu dia....

lepas tu , si bangkai ni ada hati nak bagi explaination ....

doktor slump: incik, kita terpaksa tolak anak incik ke dalam NICU (neonat ICU) dahulu kerana anak incik tidak mahu bernafas dengan sendirinya... kita mungkin perlu masukkan tiub untuk bantu pernafasan dia, kita juga perlu ambil darah untuk pantau infection... incik ada apa apa soalan - ceh lancau, ko dah datang lambat, ko nak salahkan anak aku pulak...tak ke haram perangai dia ni

aku : apasal you lambat (F U meng! getus hati ku, kaki aku dah ringan)

2. Guard pompuan yang jaga dewan bersalin pon cuba carik onar....situasinya, sebelum masuk dewan bersalin dia briefing begini bunyiknye...

Guardian : ini tanda no. bilik bersalin mesti pakai di leher bila kelua masuk dari area dewan bersalin, incik mau minum ka, toilet ka, mau henfon ka, sini letak semula itu tanda leher.... (aku paham arahan simple ni walaupon berbelit belit lidah si tukang cakap tu...)

tapi bile dah jadik situasi di no.1, aku disuruh ikut doktor sikat tepi untuk ke NICU ikut jalan yang menghubung dewan bersalin ke NICU... (babih dekat gile....takde alasan sial bole lambat datang sebab ada short cut).... abis selesai semua urusan kat NICU untuk anak aku, aku diarah oleh guard lain supaya masuk semula dewan bersalin tapi kene lalu laluan asal, dah tak bole ikut short cut dah.... lalu dengan tenang aku berjalan semula ke arah dewan bersalin untuk melihat situasi isteriku semula....

bila aku dah dekat dengan dewan bersalin, dari jauh guardian dah terjerit jerit pada aku sebab aku tak letak semula tanda no. bilik....walhal dalam situasi tadi aku disuruh pegi ke NICU ikut jalan lain.... bukan lalu ikut depan pon...

guardian : oooii tadi bukan saya suda bagitau, mau kelua ka, mau minum ka, mua pegi toilet ka, misti letak tanda no bilik depan meja guard sana.... apa pasal u tada fahamm! ....jerit aci tu sekuat hati nenek dia...

aku : ye la yela sorry (aku cube mengelak konfrontasi), saya faham u punya arahan, tapi tadi emergency, saya ikut doktor lalu jalan belakang dari dalam labour room pergi NICU, jadik macam mana saya mau letak atas u punya meje kalau saya sendiri tak lalu depan...sorry ye

Guardian : u tadaa faham kaaa saya cakap misti taruk itu tanda no bilik itu depan sane....

aku: (aihh aci ni) ye saya paham u punya cakap tadi....mau kelua ka, mau cirit ka, mau korek idung ka, tanda no misti kasik taruk sana, tapi u paham tak apa saya cakap pada u sekarang, saya kene ikut doktor pegi NICU untuk bagi consent, saya ikut they'all ikut jalan belakang sana....

Guardian : takda takda takda....ini no misti kasik taaruk dalam depan sana kalau u mau keluar ka, cakap henpon ka.... ini simple pon tak boleh buat ka....

ketika ni, seme orang yang ada di sekitar dah mula pandang pada aku sama aci tu...

aku : ( perghhh aci ni suda lebih) alo, saya cakap saya paham u punya arahan , tapi u paham tak saya punya explanation tadi.... saya ada emergency, saya kene ikut doktor bawak baby saya pegi NICU, ikut jalan belakang sana...baby ada problem breathing... ada problem mau tarik nafas.... u tu paham tak... apa pasal u mau jerit jerit ( aku cakap dengan desibel suara yang sama kuat dengan aci tu)

Guardian : ini peraturan kat sini, kalau mau keluar dari labour room, misti taruk itu tanda bilik sana....

aku : (ehhh kimak sial dia ni) oiii aci, whateverlaaaa.... aku pon terus baling tanda no bilik tu pada dia sambil berlalu pergi dengan kaki yang ringan macam nak sangat sangat aku terajang je perut dia....

this is maddnesss........ this is spartaaa!!!

nah layan nih...




ni pulak aplikasi teknik dalam kehidupan seharian...