Showing posts with label takraw. Show all posts
Showing posts with label takraw. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Sepak Takraw Sukan Asia 2010 (Finale)

Bengang gua tengok Malaysia kena lauk dengan Thailand!

Aku takde hal kalau kalah 21-19 ke, main tiga set ke...Ni kalah straight set. Dua-dua regu sama! Regu ke-3 tak sempat warm up.

Aku buat perbandingan Thailand dengan Malaysia:

(1) Majoriti mata Malaysia disumbangkan dari killer. Nak harapkan tekong memang lemau. Aku tengok tekong regu 1 badan ada sikit comel. Kalau silap pandang macam rhino. 2 kali pandang macam pelakon drama BONG. Tapi bab nak provok opponent bila dapat mata, aku kasi 10 mata.

(2) Thailand boleh pungut mata dari servis. Servis tekong Malaysia asik target penonton tepi court atau pun servis 10km/h lemah gemalai. Thailand punya servis ada gak yang slow tapi bola spinning baek punya gara-gara libasan tapak kasut carefree. Bab servis ni malas nak cerita. dah berpuluh tahun pun PSM takleh nak settle sebab sibuk rebut jawatan.

(3) Thailand punya player, feeder pun boleh kill bola. Aku heran apesal feeder Malaysia macam hobbit. Setiap kali Thailand angkat servis, target lubuk situ. Cilakak juga taktik diorang.

(4) Aku tengok Malaysia punya regu over depending dengan killer. Dia lah yang baling bola masa servis, buat block, buat kill. Yang lagi 2 orang buat apa?

Apa-apa pun layan dulu gambar killer MALAYSIA.

Futra Ghani.

Norshahrudin.

Gambar aku rembat dari uk.eurosport.yahoo.com...Haaa sekarang baru korang tau takraw dah poplar sampai Europe.

Sepak Takraw Sukan Asia 2010

Semalam aku tengok Astro Arena highlight sukan Asia. Apa yang paling best pasal takraw berbanding bola? Kat EPL pun takleh nak buat camni. Tengok video kat 0:20.Agak-agak team Korea Selatan nak hiris ginjal player Malaysia tak?

Walaupun team Korea Selatan baru nak kenal takraw, tapi aku respek dedikasi player diorang. Kapten pun disuruh pakai armband, kasut mesti beli brand Carefree.




Video aku amik dari sokernet.com.