Showing posts with label bigdam punya rambut. Show all posts
Showing posts with label bigdam punya rambut. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Ada apa dengan nama...

(1) Dafi yang pertama....

Diktator...ada askar, ada kuasa, ada negara (tapi tak lama...)



(2) Dafi yang kedua.....
Artis...ada rupa, ada gaya, takde suara, hmm...entah la dah ada album kot...



(3) Yang ketiga....

Ahli perniagaan...Ada kawan bernama Udin.


p/s: maaf kalau hanya ahli sungai chat yang paham. Lemau jugak gua punya photoshop. LOL.

Saturday, December 4, 2010

Banshee

Hari ini gua tambah lagi perbendaharaan kata.

Banshee - (Myth & Legend / European Myth & Legend) (in Irish folklore) a female spirit whose wailing warns of impending death. Kalau kat Malaysia lebih kurang macam pontianak la.

Tapi uncle cakap bitches tu pontianak. Kalau camtu, ramai sungguh pontianak kat KLCC atau Danga Bay. LOL.

Korang tengok video uncle sucker seeker ni, kat 0:20. Walaupun buat silap, wajahnya tetap macho dan hensem dengan kumis halus bak bulu kaki mentibang. Caya la uncle! Selepas AC dan dR, muncul pula lelaki sensasi berikutnya. Kebanggaan 1Malaysia.

Silakan komen wahai kawan-kawan. Aku perlukan input dari uncle udin, uncle faiz dan uncle apis.

Saksikan kehenseman dalam HD.

Awkward Silence

Hye uols.

Nampak gaya gua dah kena berpada-pada nak berblog sekarang ni. Bos gua balik kampung aritu bawak produk baru nak kasi kat gua launch. Silap gaya gua kena padam akaun blogger pulak nanti. Masa punya terhad, tapi silap gua juga, masa interview gua bilang "gua memang suka new challenge, dan tak pernah terlintas nak keluar rehat dari pukul 10 sampai pukul 2 dan hujung tahun mintak bonus apetah lagi berfesbuk."

Anyway, aritu masa first meeting gua dengan bos pasal projek baru, ada sorang manager kat tempat gua yang stadi kat obersee cuba buat lawak, ekceli cuba menyambung lawak MD gua. Gua perati kat bilik meeting (yang attend biasanya 10-15 orang) semua buat senyum-senyum paksa. Tiba-tiba hening. Masa tu gua cuba fikir perkataan yang sesuai, arini barulah dapat. Sikit punya lembab gua punya otak sekarang.

Awkward silence.

Ya kawan-kawan, memang bernilai RM60 juta betul perkataan tu. Kalau tak 60 juta, lepas diskaun pun 20 juta lagi. Standed juta-juta juga. Gua google, akward dalam bahasa melayu ialah canggung, janggal, kagok, kaku atau rikuh. Perkataan silence takkan la gua nak google jugak. Agak-agak la.

Kalau nahu gua tak silap hasil ajaran cikgu Zaiton dulu, lebih macam ni la maksud melayunya, keadaan senyap yang janggal.

Gua senyum je bila teringatkan lawak si manager tu. Bukan sebab lawak dia kelakar, tapi gua nak kaitkan dengan dua insiden yang tak kurang celaka jugak macam lawak dia.

Awkward silence yang pertama;
Gua lepak dekat rumah member gua yang duduk dengan adik sedara dia. Seperti biasany korum mesti cukup kalau ada 3-4 orang. Rumah tu jadi riuh-rendah. 2-3 orang punya cerita macam 30 orang punya sidang. Tiba-tiba keadaan jadi senyap bila adik sedara dia melangkah masuk rumah, masuk bilik dengan sorang budak pompuan. Bini dia agaknya. Setahu gua adik sedara dia belum kahwin.

Dan The Ultimate Champion bagi segala awkward silence...........jeng jeng jeng.

Cikgu: lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHHAHA!
Cikgu: lawak, lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHAHAH!
Student bergelar BD: Power ranger!
Student lain & cikgu: ........................................(dengar kipas siling berpusing).

Saturday, December 12, 2009

Elemen Cool: Perbincangan Rambut: Misteri Rambut Bigdam

Merujuk pada entry Zool (nama yg lagi kool dari Dani), aku terpanggil untuk mengupas isu rambut bigdam. Misteri ketebalan rambut bigdam timbul selepas gambar tahunan kelas diedarkan. Dalam gambar kelas didapati seperti bigdam memakai sesuatu di atas kepala. Setelah diteliti rupa rupanya ia nya adalah rambut. Maka sewaktu itu timbullah desas desus mengenai ketebalan rambut bigdam yang sebenar. Ada yang bertindak mengukur rambut bigdam menggunakan pembaris diatas gambar. Ada yang bertindak meletakkan pembaris di belakang kepala bigdam secara senyap senyap (misi berani mati..kalau tersentuh.. kene samak).  Perkara ini timbul kembali selepas gambar form 3 diambil. Maka hari ini dengan menggunakan trigonometri, aku akan menghuraikan misteri ketebalan rambut bigdam aka BFF Udin.

Ketebalan rambut Form 2:


Exhibit A

Dari exhibit A, aku telah mengukur kepanjangan A menggunakan photoshop. Didapati dari photoshop kepanjangan A adalah 0.4 inchi. Disebabkan ini adalah gambar 4R maka nisbah objek sebenar kepada gambar adalah 0.4/6 ataupun 0.067. Untuk gambar wide angle selalunya menggunakan lens yang mempunyai panjang fokal 18mm, maka sudut horizontalnya adalah lebih kurang 75°. Maka sudut sebenar adalah 0.067 x 75 = 5°.
Ambil jarak antara kemera dan bigdam sejauh 4 meter (157.48 inch) maka ketebalan sebenar rambut bigdam mengikut trigonometri mudah adalah x/157.48 = tan(5/2)  bersamaan dengan 6.88 inch.

Ketebalan Rambut Form 3:



Exhibit B

 Menikut kaedah yang sama dengan ukuran B pada photoshop adalah 0.5 inchi dan jarak antara kamera dan bigdam adalah 4m maka ketebalan rambut bigdam pada from 3 adalah x/4=tan(6.3/2) bersamaan dengan 8.66 inch.

Pertambahan ketebalan rambut adalah dari sebanyak 1.78 inchi setahun. Di percayai ketebalan rambut ada kaitan dengan aktiviti skuba diving yang dilakukan olehnya dengan helmet warna purple. Tak dapat aku bayangkan betapa seksanya perasaan motor RXZ sewaktu aktiviti skuba diving dilakukan.


Maka misteri sejak tahun 1995 berjaya diselesaikan. Siapa sangka.. hanya menggunakan trigonometri mudah saja.


p/s: Please take note that rambut pakmet mmg dah menunjukkan gejala botak sejak form 3.