Entri ni aku taip tanpa hala tuju (macam team bola Malaysia) dan tiba-tiba je aku decide nak taip pasal elemen cool. Ini pengakuan terbuka buat kali ke berapa riban entah aku lost count, aku memang tak cool. Sejak dari dulu aku memang sedar tiada unsur cool atau sejuk malah seram-seram sejuk pun jauh sekali, cuma kadang-kadang je ada awekz yang anggap aku agak hot. Mungkin juga anggapan diorang salah atau diorang ni buta warna. Hmmm. Kalau semua orang anggap diri sendiri cool, dan jika cool itu ditafsirkan sebagai unik dan lain daripada lain, secara natijahnya di mana coolnya kalau semua orang cool? Ilmiah sungguh ayat ini.
Dulu kat sekolah kalau pakai g-shock dianggap cool. Main skate pun cool. Pakai converse pergi sekolah cool jugak. Seluar tempah ken follet pun cool. Bila besar sikit dan anu dah berbulu cari pulak hobi yang cool dan lepak pun tempat-tempat
Dalam kes ini, pada aku cool itu adalah satu elemen yang perlu bagi remaja yang ingin diterima dalam modern culture atau pun pop culture.
Dulu masa kat Sungai Chat, satu elemen cool yang agak ketara ialah fesyen rambut (diharap udin dan pais tak terasa dengan entri ini). Betul siyalll...gua tak tipu, ada elemen gey di situ. Maaf, aku sedikit emo. Dulu ada stail yang dipanggil slope (sebutannya selup). Masa tu, kedai yang agak top untuk buat selup ini ada kat Flat Larkin. Kedai tu namanya Tunas. Tak taula sekarang ni wujud lagi ke tak kedai tu.
"Bang, slope tepi dan belakang je. Depan tinggalkan panjang." ....atau
"Sideburn kasi tipis je bang. Atas gunting sikit je."
Aku pun antara mangsa fesyen slope ini sebelum aku kembali ke pangkal jalan. "Slope" ni stailnya di trim rambut guna mesin dengan tapak no.2. Dulu kalau tak gunting stail slope ni, memang tak 'in'. Tak boleh kawan. Kemudian ditambah pula penggunaan minyak rambut atau gel atau minyak masak yang agak melampaui batas. Memang gey.
Kelikatan tancho boleh mencabar lebihan minyak
masak lepas goreng ayam. Bila sapu kat rambut melekit sampai ke petang.
masak lepas goreng ayam. Bila sapu kat rambut melekit sampai ke petang.
Tapi penangan slope ini ada pro dan kons. Kalau silap pergi kedai gunting yang tiada eksperien buat slope. Maka jadilah rambut korang macam Temenggung Jugah. Aku pun pernah kena, masa tu kedai gunting tu guna tapak no.1 buat slope. Apa punya bangang. Terus aku kasi GI rambut aku. Cilakak.
Itu cerita dulu. Kalau dikenang pun tak malu sangat. Sebabnya sekarang ni fesyen rambut budak-budak sekolah sekarang ni makin lancau pula aku tengok. Tambah lagi kalau aku jumpa budak lelaki yang buat rebonding pastu kaler rambut kat bahagian depan. Macam nak bagi terajang sekali kat dahi diorang tanpa belas kasihan.
Seriyes aku pernah jumpa budak rambut
camni kat city square. Nyaris aku buat flying kick.
camni kat city square. Nyaris aku buat flying kick.
Sebagai penutup entri ni, ada orang tanya aku (apesal tiba-tiba kita jadi poplar ni?)...kenapa pilih nama sungai chat. Kepada yang ingin tau, blog ini tiada tujuan, no purpose, no mercy. Ibarat macam berbual sungai. Sungat "chat". Lolz.
11 comments:
ahahaahahah.... minyak bon jangan lupe zul....
ada yang cuba sapu kat dada utk mengeluarkan bulu dada...padahal bulu dada adalah genetik...
bagaimana mungkin meyapu minyak busuk pada dada anda dapat menambah bilangan bulu dada?
ehh bila kita nak berbual sungai (sungai chat)lagi ni???....
dah lama tak 'berbual sungai' dah ni
ahaha...teringat aku seorang budak di sekolah rendah aku yg kurang hormon letak minyak bon kat sideburn..alasannya nak jadi mcm luke perry...mmg lancau dia punya alasan.
masa tu nonton beverli hills 90210 dianggap 'in'...
p/s: pais kata balik 20hb dec. tapi mcm biasa la. pais punya janji mcm perjanjian jual air johor ke singapore.aku malas nk amik port.
skang bebudak kalau nak cool, rambut x slope lagi...skang style rambut tegak...ntah berapa byk gel die letak...
tu belom rambut selop bigdam .... ahahahahahaahahahahahahahahah
aku balik kot minggu depan...tapi tak kompem lagi..
pn. farhana,
rambut pacak dah tak musim, skrg buat stail rebonding bhgn depan macam tomok
pais,
big dam dulu gunting rambut kat pakar veterinar
mmm btul la...aku br perasan... rambut rebonding bahagian depan fesyen budak baru naik memang sangat gampang....
berapakah ketebalan rambut slope bigdam.... mungkin seperti kata zul, hanya pakar veterinar sahaja yang ada jawapannya
satu lg stail ko lupa...stail rambut menyorot ganas di mana rambut panjang halus tidak bersikat parat dagu yang dibiar menutup mata.
saspek telah dijumpai di city square sekitar tahun lepas SPM...sungguh ganas.
udin,
kau nak cite pasal rambut, kau punya rambut pun 2-3 helai je. nampak kulit kepala. itu tempat lain kitorang tak kaji lagi tu.
sebab tu aku penah beli bon kat pasar larkin. gila tak tahan bau dia...tp nak rambut lebat punye pasal
udin,
hahaha, kantulkan diri sendiri. takpe asalkan bulu pubis tumbuh sudahla.
Post a Comment