Saturday, December 12, 2009

Elemen Cool: Perbincangan Rambut: Misteri Rambut Bigdam

Merujuk pada entry Zool (nama yg lagi kool dari Dani), aku terpanggil untuk mengupas isu rambut bigdam. Misteri ketebalan rambut bigdam timbul selepas gambar tahunan kelas diedarkan. Dalam gambar kelas didapati seperti bigdam memakai sesuatu di atas kepala. Setelah diteliti rupa rupanya ia nya adalah rambut. Maka sewaktu itu timbullah desas desus mengenai ketebalan rambut bigdam yang sebenar. Ada yang bertindak mengukur rambut bigdam menggunakan pembaris diatas gambar. Ada yang bertindak meletakkan pembaris di belakang kepala bigdam secara senyap senyap (misi berani mati..kalau tersentuh.. kene samak).  Perkara ini timbul kembali selepas gambar form 3 diambil. Maka hari ini dengan menggunakan trigonometri, aku akan menghuraikan misteri ketebalan rambut bigdam aka BFF Udin.

Ketebalan rambut Form 2:


Exhibit A

Dari exhibit A, aku telah mengukur kepanjangan A menggunakan photoshop. Didapati dari photoshop kepanjangan A adalah 0.4 inchi. Disebabkan ini adalah gambar 4R maka nisbah objek sebenar kepada gambar adalah 0.4/6 ataupun 0.067. Untuk gambar wide angle selalunya menggunakan lens yang mempunyai panjang fokal 18mm, maka sudut horizontalnya adalah lebih kurang 75°. Maka sudut sebenar adalah 0.067 x 75 = 5°.
Ambil jarak antara kemera dan bigdam sejauh 4 meter (157.48 inch) maka ketebalan sebenar rambut bigdam mengikut trigonometri mudah adalah x/157.48 = tan(5/2)  bersamaan dengan 6.88 inch.

Ketebalan Rambut Form 3:



Exhibit B

 Menikut kaedah yang sama dengan ukuran B pada photoshop adalah 0.5 inchi dan jarak antara kamera dan bigdam adalah 4m maka ketebalan rambut bigdam pada from 3 adalah x/4=tan(6.3/2) bersamaan dengan 8.66 inch.

Pertambahan ketebalan rambut adalah dari sebanyak 1.78 inchi setahun. Di percayai ketebalan rambut ada kaitan dengan aktiviti skuba diving yang dilakukan olehnya dengan helmet warna purple. Tak dapat aku bayangkan betapa seksanya perasaan motor RXZ sewaktu aktiviti skuba diving dilakukan.


Maka misteri sejak tahun 1995 berjaya diselesaikan. Siapa sangka.. hanya menggunakan trigonometri mudah saja.


p/s: Please take note that rambut pakmet mmg dah menunjukkan gejala botak sejak form 3.

8 comments:

Azhan said...

celakak eja nama aku zool. baik kau panggil aku dani, nak sedap lagi panggil dani alves. hmmm.

ilmiah juga hujah kau ni. cikgu yen mesti bangga dengan kau.

eh, kau tak rasa berdosa ke kutuk abg sendiri? hahahaha

apis said...

ahahahhaha...dulu time studi ko tak nak studi betulbetul mok.... kalau tak dah setel dah persoalan ni....

udin said...

hmmm macam series numb3rs....

Farhana said...

bigdam atau nama manja di emaresem = TOMATO...hahahahaa

Farhana said...

perlukah disertakan gamba majalah sekolah semasa emaresem jugak utk mengkaji pertambahan ketebalan rambut bigdam sehingga 1998?...

apis said...

eh bukan ke tomato tu Yaye.... incik zul salah bukak cite ni

Azhan said...

siot. bigdam tu. bile plak yaye dikaitkan.

emaresem beb. yaye stay kat ec sampai form 5.

faiz said...

apsal ni first time dengar tomato?
PMA aku pernah dengar la