Satu lagi entri merapu dalam blog sungai chat.
Korang pernah dapat sms anonymous mengarut sampai rasa nak mencarut? Biasanya aku tak layan atau biar je tapi aritu aku ada masa free untuk reply.
Jam lebih kurang 10 lebih (malam), aku lepak-lepak kat depan tv. Rancangan entah amende. Dapat pulak sms nombor yang tak familiar. Takde dalam phonebook mahupun facebook.
sms: Askum, hai dah tido ke?
Aku gelak. Note to Udin: seperti kebiasaan jangan la mengharap yang hantar sms tu rupa macam Lisa Surihani. Kebarangkalian itu mungkin ada, tapi 1/100000000.
Aku: Sapa?
Ambil masa sikit dia nak reply.
sms: Hmmm...maaf lh salah no.
Aku sedikit pelik. Kalau buat call salah nombor aku boleh accept, tapi kalau salah hantar sms memang pelik la. Lagi la pelik bila dia reply. Time tu aku belum reply lagi.
sms: Spe nama awk ekk...
Aku suspek umur lingkungan 20-23 tahun. Konfem la budak pompuan ni. Tapi aku kagum dengan taste dia. Hahaha.
aku: Rafael Benitez. Kawan-kawan panggil Rafa.
Aku saje nak burukkan reputasi Rafa.
sms: Loyar buruk lh...ok lh askum.
aku: Lain kali jgn guna askum. Bunyi askum mcm kaldai tercekik buah kedondong. Guna salam, ye cik adik.
Aku bagi sms checkmate. Kasi bakar sikit, tengok dia terpancing tak. Nampak sangat aku dah takde kerja yang berfaedah nak buat.
sms: Asal mulut awk ni melebih sgt. org wat care baik...ckp bntang lh ape lh...penah dngo ke bntang ckp askum...
Konfem terpancing.
aku: Mulut? Tak penah dgr, tapi penah dpt sms.
Aku pancing lagi.
sms: tak kelakah langsung...
aku: kelakar la askum...marah ke askum?
sms: amende ni pggil org askum?
aku: nak buah kedondong ke askum?
sms: meluat. dah lh...
Aku hampir ketawa berguling-guling depan tv. Bini aku pun pelik tengok aku.
p/s: tiada typo di dalam entri. Semua ejaan sms adalah seperti actual.
3 comments:
hahahahaha sial...klaka.... tetibe aku mngharap dapat sms sedemikian....
keh keh keh....banyak betul credit buadak tu. mesti dia dah add ko sebagai 1+8 list dia sebaik sahaja ko balas sms first dia.
aku kalau dapat sms camtu aku balas...sila perkenalkan diri ko sapa sebelum dimaki hamun. harap maklum
apis,
ada part 2 untuk entri ni. tunggu aku sambung. nak kene skool ini budak.
udin,
tula. aku ni ada iras2 david villa agaknya.
aku dah check...ada la sikit
haha
Post a Comment