Monday, December 28, 2009

English (college) Premier League

Aksi-aksi E(c)PL versi Big Dam


Petunjuk

1. Big Dam mintak bola sebab dia ada peluang untuk shoot.....



2. Big Dam memintas bola....dan mohon bantuan back up



3. Bila Big Dam 'passing' bola....jangan sekali kali amik






4. Bila mendapati dirinya tidak diperlukan langsung atas padang....Big Dam bertindak menjadi 'pengukuh tiang gol'.... takde orang pedulik akan dirinya....





p/s : Ini merupakan kisah benar.....bukan khayalan dan memang kena mengena dengan yang mereka mereka yang masih hidup....

Saturday, December 26, 2009

SMS Anonymous Gadis Askum part 2

75 peratus pekerja kat tempat kerja aku adalah perempuan. Tambahan pulak access untuk dapatkan nombor telefon aku bukannya susah. Jadi penaakulannya amat mudah. Aku memang tak friendly kat tempat kerja. Reserved sikit dalam cerita peribadi aku dan buat kerja je. Tapi macam bos aku cakap, sedangkan minyak yang berharga dan disalut lumpur pun orang boleh cari. Amacam aku puji diri sendiri? Hahahaha. Sikit elemen OAG kat situ. Maaf. Aku sambung cerita ni. Part 2 bebeh...

Kira-kira pukul 9 pagi esoknya...gadis askum sms lagi.

sms: Assalamualaikum. Selamat pagi dah sarap ke?

Nampaknya gadis askum sudah belajar dari kesilapan. Tapi kesilapan kedua dia masih tak sedar iaitu jangan sesekali cuba berurusan dengan orang yang iritating macam aku. Hahaha.

aku: Baru belajar bagi salam ye askum?

sms: Apsal bahse awk ni kasar sgt? Mmg suke perli org ea? Sinis.

Kat sini aku dah detect mesti dalam lingkungan tempat kerja aku. Aku bad ass kat tempat kerja doo...

aku: Aku sinis kat org mcm kau je.

sms: Ksrnye bahse. Tade adab lgsg. Kenapa dgn org mcm sy? hina ke?

aku: Tak hina. Mcm askum je.

sms: Ingat sy ni benatang ape? Sy x knl awk, sbb tu lh yg sy nk knl. tp awk leh mrh2 pulak...sy paling x suka org berkasar.

Gadis askum cuba skool kan aku. Takpe. Aku bertenang je, nanti takde modal pulak nak gelak kat sini.

aku: Oh yeke. Sori kalau camtu. Kalau nak kenal add je aku kat facebook.

Gadis askum lambat reply. Tapi aku pasti dia melonjak-lonjak kegirangan dengan reply yang aku bagi. Satu lagi hal, sah-sah aku mana ada facebook.

sms: Sy sori gak. nnt sy cr awk kt facebook.

Kantul. Aku belum bagi nama dia dah nak add. Memang konfem la orang yang kenal aku. Hahahaha. Aku terus menyakat lagi.

aku: aik? belum bagi nama dah nak add?

sms: ok lh. askum.

aku: askum lagi? mmg askum la kau ni.

Terus takde reply lagi lepas tu. Sekian. Memang tak berfaedah langsung aktiviti aku ni.

SMS Anonymous Gadis Askum

Satu lagi entri merapu dalam blog sungai chat.

Korang pernah dapat sms anonymous mengarut sampai rasa nak mencarut? Biasanya aku tak layan atau biar je tapi aritu aku ada masa free untuk reply.

Jam lebih kurang 10 lebih (malam), aku lepak-lepak kat depan tv. Rancangan entah amende. Dapat pulak sms nombor yang tak familiar. Takde dalam phonebook mahupun facebook.

sms: Askum, hai dah tido ke?

Aku gelak. Note to Udin: seperti kebiasaan jangan la mengharap yang hantar sms tu rupa macam Lisa Surihani. Kebarangkalian itu mungkin ada, tapi 1/100000000.

Aku: Sapa?

Ambil masa sikit dia nak reply.

sms: Hmmm...maaf lh salah no.

Aku sedikit pelik. Kalau buat call salah nombor aku boleh accept, tapi kalau salah hantar sms memang pelik la. Lagi la pelik bila dia reply. Time tu aku belum reply lagi.

sms: Spe nama awk ekk...

Aku suspek umur lingkungan 20-23 tahun. Konfem la budak pompuan ni. Tapi aku kagum dengan taste dia. Hahaha.

aku: Rafael Benitez. Kawan-kawan panggil Rafa.

Aku saje nak burukkan reputasi Rafa.

sms: Loyar buruk lh...ok lh askum.

aku: Lain kali jgn guna askum. Bunyi askum mcm kaldai tercekik buah kedondong. Guna salam, ye cik adik.

Aku bagi sms checkmate. Kasi bakar sikit, tengok dia terpancing tak. Nampak sangat aku dah takde kerja yang berfaedah nak buat.

sms: Asal mulut awk ni melebih sgt. org wat care baik...ckp bntang lh ape lh...penah dngo ke bntang ckp askum...

Konfem terpancing.

aku: Mulut? Tak penah dgr, tapi penah dpt sms.

Aku pancing lagi.

sms: tak kelakah langsung...

aku: kelakar la askum...marah ke askum?

sms: amende ni pggil org askum?

aku: nak buah kedondong ke askum?

sms: meluat. dah lh...

Aku hampir ketawa berguling-guling depan tv. Bini aku pun pelik tengok aku.

p/s: tiada typo di dalam entri. Semua ejaan sms adalah seperti actual.

Wednesday, December 23, 2009

Rakan-rakan Master part 1

Aku ada member, anak doktor yang kemudiannya jadi member ahli-ahli Sungai Chat. Aku kenal sejak sekolah rendah. Loaded gila babih. Tapi humble. Rumah dia kat Taman Nong Chik. Dulu masa dia stay kat Jalan Mariamah, boleh kata hari-hari aku pergi sana pasal rumah dia banyak entertainment. Dekat pulak dengan rumah aku. Masuk sekolah menengah, main gitar pulak. Kat rumah dia bukan setakat gitar, piano, drum pun ada. Rasa macam pergi rumah anak konduktor orkestra pulak. Sebab utama yang aku ngam dengan dia ni sebab dia ni minat muzik. Sama macam aku.

Rumah baru dia kat Jalan kemuncak, Taman Nong Chik. Saiz lebih kurang macam padang Seri Gelam. Nong Chik ni asalnya adalah nama pedagang arab yang famous dulu kat Johor, Syed Mohamed Alsagoff atau dikenali dengan nama Nong Chik. Keluarga Alsagoff ni lah yang antara perintis kumpulan peniaga arab kat Singapura.

Syed Mohamed Alsagoff ni banyak kawtim dengan Sultan Abu Bakar dan perolehi banyak tanah kat Johor, Johor Bahru terutamanya. Selain daripada Taman Nong Chik ni, ada juga Kampung Nong Chik. Kampung ni dibuka sendiri oleh Syed Mohamed. Masa tu ramai la orang melayu kat area sini tapi sekarang aku tengok tinggal 2-3 biji rumah je orang melayu punya. Sama la macam Kampung Mohd Amin. Semua dah jadi 1Malaysia.

Balik semula cerita si master ni. Nama nickname dia 'master' sebab sejak dari darjah 5 sampai form 5 (aku rasa) jadi ketua kelas. Nyaris cikgu kat EC nak masukkan nama dia kat Buku Rekod Malaysia. Satu perangai dia yang aku respek dia selalu ajak kawan-kawan datang rumah dia. Salah satu sebabnya dia ni liat sikit nak ajak lepak pergi mana-mana. Kalau pergi tengok wayang, habis show dah tahan teksi nak balik. Apatah lagi nak layan Daytona atau Bishi Bashi. Dahtu balik naik teksi. Sah-sah kena tipu tambang.

Masa form 1 dulu, Kalau weekend, kalau tak pergi mana-mana aku lepak kat rumah dia je. Layan video-video muzik guna tape atau vcd. Ni semua sumber dari kakak dan abang dia yang studi oversea. Video tape gig Silverchair album Frogstomp pun sampai sekarang aku tak pulang. Tatkala aku terhegeh-hegeh cari kord gitar lagu guna kaset, dia dengan sewenang-wenangnya beli buku tab guitar dahtu guna CD. Cara dia rewind lagu pun aku dah jeles. Patutlah intro dia buat sebiji dalam kaset. Inilah pengalaman berjamming yang pertama aku. Tapi strumming kena slow-slow la. Sebelum maghrib kena balik.

Rumah si master ni makanan macam-macam. Ada satu freezer yang letak aiskrim je. Sekali pandang macam kedai runcit. Dua kali pandang macam mini market pulak dia punya dapur. Boleh obes kalau duduk kat sini lama-lama. Kalau Faiz, tak taula saiznya macam mana.

Aku ingat lagi masa master nak beli gitar. Masa tu form 1. Dia beli gitar kapok right handed pastu pasang tali terbalik sebab dia kidal. Pastu nak tunggu dia tune gitar mau berjanggut jugak. Masa tu aku dah expert sikit, sebab lepas UPSR aku menuntut secara senyap-senyap guna gitar abang aku. Kecik-kecik lagi aku dah di asuh dengan muzik Iron Maiden, tapi masa tu nak petik kord A minor pun gigil. Haha. Cerita pasal gitar ni, aku dan master telah bawak sikit virus kat kelas kitorang masa sekolah. Ramai juga yang berjangkit.

Sekian dulu entri introduksi. Nanti aku sambung lagi.

Sunday, December 20, 2009

Kisah Brader Man Utd Emo: Pemaustautin Tetap Restoran Yasin

Semalam seperti yang dijanjikan ke'lepak'an berlaku di restoran yasin. Secara koinsiden juga ada match Portsmouth lawan Liverpool. Pastu satu lagi match, Fulham lawan Man Utd. Sampai je kat sana aku tinjau-tinjau sekitar meja, ramai pulak budak man utd. Secara koinsiden pulak Faiz yang pilih tempat duduk sebab dia dah sampai dulu. Tapi ada sorang brader ni aku memang macam familiar dengan muka dia, cuma tak ingat kat mana. Dia pandang aku macam aku sebat duit MLM dia. Aku pandang balik, kali ni aku buat muka imigresen kat tambak Johor. Padan muka dia, sakit hati tak?

Apis pulak suspek tempat kitorang duduk tu port biasa brader tu. Mungkin betul juga teori tu. Sejak astro naik harga ni, ramai yang potong channel sukan. Nasib baik channel sehati berdansa free. Pastu channel sukan dah takde, mamak jela tempat nak tengok bola.

Seperti biasa lepas order makan dan minum, kitorang pun bukak story masing-masing pastu share sikit info-info rahsia (maaf, tak boleh dibincangkan di sini, nanti udin tau). Servis kat restoran ni sikit punya hebat, sampai aku boleh cerita perjalanan hidup aku sepanjang 2009 baru makanan sampai. Masa tu game Liverpool dah mula. Sesekali dengar suara brader tu gelak-gelak tengok Liverpool kena sebiji. Pastu sebiji lagi. Gelak lagi. Ooh, Penyokong Man Utd tegar rupanya. Patutlah masa mula-mula nampak dia aku rasa nak kasi terajang sekali dua.

Aku tak amik port sangat game Liverpool tu pasal ada benda yang lagi penting tengah diskas. Tapi aku perasan brader tu sesekali pandang sikit punya jaki dengan kitorang. Aku dengan apis dah mula sumpah seranah. Aku mula suspek dia ni gay. Seriyes.

Habis je game Liverpool, aku tengok brader ni dengan semangat berkobar-kobar dan muka senyum lebar walaupun muka dia tak berapa nak hensem pergi amik remote dari kaunter dan tukar channel, game Man Utd.

"Man U, Man U, Man U..." brader tu buat scene kat depan skrin. Ini tahap tamadun Mesolitik, menurut kata cikgu Zaharah. Biasa la tu. Budak Manchester. City ke, United ke, sama je.

Aku, apis dan faiz perhatikan je brader tu buat scene. Game Man Utd pun mula. Kitorang tambah order minum lagi. Tapi faiz tak tambah order makan. Pelik aku. Tapi benda-benda pelik ni kita jangan tegur, macam mak aku pesan.

Minit ke-22 brader tu diam. Dia bangun, pastu diri depan skrin sambil buat scene lagi.

"Barca, Barca, Barca....,"brader tu buat kecoh. Aku tengok dia suka-suka dia tukar channel bukak game Barcelona lawan Estudiantes. Hahahahahaha. Kitorang dah start gelak macam nak muntah darah. Aku tengok muka brader tu sikit punya kelat.

******

Tiba-tiba aku macam dejavu. Sekarang baru aku ingat kisah brader ni.

Team yang sama, Man Utd lawan Fulham. Stadium yang sama, Craven Cottage. Cuma skor kurang satu gol.

Masa game ni musim lepas...aku, apis dan udin lepak kat Yasin. Meja yang kitorang pilih memang ngam-ngam depan skrin. Masa tu Man Utd kena 2 bijik dengan Fulham. Kitorang memang kutuk tak ingat punya, dan masa tu meja yang dekat dengan meja kitorang ialah meja brader tu. Hahahahaha.

Satu lagi highlight masa tu, lepas kena gelak kaw-kaw (terutama udin punya gelak) brader tu blah dari Yasin sambil tendang kerusi. Mungkin dia membayangkan kerusi itu kepala si udin. Patutlah masa aku dengan apis sampai dia pandang macam tak puas hati je. Dendam kesumat rupanya.

Malam semalam aku tengok dia tukar strategi, aku jangka dia nak nak pecahkan gelas tapi dia tukar support team Barcelona pulak. Macam cilakak!

p/s: semalam apek 'eerie indiana' tiada on sight.

Gambar hiasan saje. Tiada kaitan dengan entri dan
tiada kaitan dengan brader emo terbabit.

Friday, December 18, 2009

Pre-Meeting

Alkisah aku baru saja sampai di KL dijemput sang isteri yang tercinta. Maka sang isteri kata "Jom makan kueh koci jepun." Maka aku pun membawa sang isteri ke kedai koci jepun di tengah tengah ibukota. Sambil sambil aku mengunyah kueh koci maka tangan aku gatal mensms sahabat sahabat aku.
Kepada apis:
"Apis, balik JB tak?"

Apis jawab:
"Balik..naik bas kul6"
Gembira aku dgn jawapan apis.


SMS aku pada Udin:
"weh, balik JB tak?"

Udin jawab:
"x aa.. Aku balik tahun depan"

Kecewa dgn jawapan udin aku tanya lagi:
"ko kat ner ni?"

Udin kata: "Kerja laa... Kilang aku racist"


Aku tersenyum kambing, sambil membayangkan bagaimana nombor udin akan diberi pada apek pelik yg ada tupperware kat tepi yasin.


Wasalam

Monday, December 14, 2009

Hujung Minggu Ni di Jay Bee (Mari kita ber-sungai 'chat')

Persimpangan Jalan Mahmoodiah, Jalan Sungai Chat
dan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.

Hujung minggu ni kita buat gathering/miting/ber-sungai 'chat' kat Restoran Yasin sebelah Thistle. Aku try booking The Hive kat Thistle, tapi fully booked. So aku cadang kita 'chill' kat Yasin je. Nanti korang semua dah kat 'Jay Bee' sila call aku, sms tak dilayan.

Siapa tak datang aku bagi nombor henpon dia kat uncle yang naik kapcai yang makan makanan pelik dalam tupperware tu.

Oh lupa, kepada yang baru nak join tu, aku pakai baju putih dengan tie warna pink. Jangan silap orang sebab mamak yang jaga kaunter pun lebih kurang je uniformnya.




Ha ha.

Saturday, December 12, 2009

Elemen Cool: Perbincangan Rambut: Misteri Rambut Bigdam

Merujuk pada entry Zool (nama yg lagi kool dari Dani), aku terpanggil untuk mengupas isu rambut bigdam. Misteri ketebalan rambut bigdam timbul selepas gambar tahunan kelas diedarkan. Dalam gambar kelas didapati seperti bigdam memakai sesuatu di atas kepala. Setelah diteliti rupa rupanya ia nya adalah rambut. Maka sewaktu itu timbullah desas desus mengenai ketebalan rambut bigdam yang sebenar. Ada yang bertindak mengukur rambut bigdam menggunakan pembaris diatas gambar. Ada yang bertindak meletakkan pembaris di belakang kepala bigdam secara senyap senyap (misi berani mati..kalau tersentuh.. kene samak).  Perkara ini timbul kembali selepas gambar form 3 diambil. Maka hari ini dengan menggunakan trigonometri, aku akan menghuraikan misteri ketebalan rambut bigdam aka BFF Udin.

Ketebalan rambut Form 2:


Exhibit A

Dari exhibit A, aku telah mengukur kepanjangan A menggunakan photoshop. Didapati dari photoshop kepanjangan A adalah 0.4 inchi. Disebabkan ini adalah gambar 4R maka nisbah objek sebenar kepada gambar adalah 0.4/6 ataupun 0.067. Untuk gambar wide angle selalunya menggunakan lens yang mempunyai panjang fokal 18mm, maka sudut horizontalnya adalah lebih kurang 75°. Maka sudut sebenar adalah 0.067 x 75 = 5°.
Ambil jarak antara kemera dan bigdam sejauh 4 meter (157.48 inch) maka ketebalan sebenar rambut bigdam mengikut trigonometri mudah adalah x/157.48 = tan(5/2)  bersamaan dengan 6.88 inch.

Ketebalan Rambut Form 3:



Exhibit B

 Menikut kaedah yang sama dengan ukuran B pada photoshop adalah 0.5 inchi dan jarak antara kamera dan bigdam adalah 4m maka ketebalan rambut bigdam pada from 3 adalah x/4=tan(6.3/2) bersamaan dengan 8.66 inch.

Pertambahan ketebalan rambut adalah dari sebanyak 1.78 inchi setahun. Di percayai ketebalan rambut ada kaitan dengan aktiviti skuba diving yang dilakukan olehnya dengan helmet warna purple. Tak dapat aku bayangkan betapa seksanya perasaan motor RXZ sewaktu aktiviti skuba diving dilakukan.


Maka misteri sejak tahun 1995 berjaya diselesaikan. Siapa sangka.. hanya menggunakan trigonometri mudah saja.


p/s: Please take note that rambut pakmet mmg dah menunjukkan gejala botak sejak form 3.

Friday, December 11, 2009

Elemen Cool: Perbincangan Rambut

Nampaknya respon kawan-kawan terhadap komen membina yang "kita semua nih skema" agak memberangsangkan. Terima kasih kawan-kawan. Naik setahap lagi level ke'sejuk'an kita. Harap-harap lepas ni kerajaan panggil kita untuk berkongsi pengalaman "menjadi cool" dalam PLKN.

Entri ni aku taip tanpa hala tuju (macam team bola Malaysia) dan tiba-tiba je aku decide nak taip pasal elemen cool. Ini pengakuan terbuka buat kali ke berapa riban entah aku lost count, aku memang tak cool. Sejak dari dulu aku memang sedar tiada unsur cool atau sejuk malah seram-seram sejuk pun jauh sekali, cuma kadang-kadang je ada awekz yang anggap aku agak hot. Mungkin juga anggapan diorang salah atau diorang ni buta warna. Hmmm. Kalau semua orang anggap diri sendiri cool, dan jika cool itu ditafsirkan sebagai unik dan lain daripada lain, secara natijahnya di mana coolnya kalau semua orang cool? Ilmiah sungguh ayat ini.

Dulu kat sekolah kalau pakai g-shock dianggap cool. Main skate pun cool. Pakai converse pergi sekolah cool jugak. Seluar tempah ken follet pun cool. Bila besar sikit dan anu dah berbulu cari pulak hobi yang cool dan lepak pun tempat-tempat pundek cool. Restoran Yasin? Tak masuk skala cool langsung. Pakai seluar pendek pergi leisure mall tengok wayang yang suhu biliknya 16 darjah selsius pun cool juga. Demi nak cool sanggup menahan sejuk walaupun bulu-bulu kaki dan bulu ari-ari dah kejung macam rambut Razalee Yahya baru lepas kena rebonding. Berbalik kepada persoalan tadi jika main skate itu cool di mana letaknya unsur cool kalau semua orang main skate.

Dalam kes ini, pada aku cool itu adalah satu elemen yang perlu bagi remaja yang ingin diterima dalam modern culture atau pun pop culture.

Dulu masa kat Sungai Chat, satu elemen cool yang agak ketara ialah fesyen rambut (diharap udin dan pais tak terasa dengan entri ini). Betul siyalll...gua tak tipu, ada elemen gey di situ. Maaf, aku sedikit emo. Dulu ada stail yang dipanggil slope (sebutannya selup). Masa tu, kedai yang agak top untuk buat selup ini ada kat Flat Larkin. Kedai tu namanya Tunas. Tak taula sekarang ni wujud lagi ke tak kedai tu.

"Bang, slope tepi dan belakang je. Depan tinggalkan panjang." ....atau
"Sideburn kasi tipis je bang. Atas gunting sikit je."

Aku pun antara mangsa fesyen slope ini sebelum aku kembali ke pangkal jalan. "Slope" ni stailnya di trim rambut guna mesin dengan tapak no.2. Dulu kalau tak gunting stail slope ni, memang tak 'in'. Tak boleh kawan. Kemudian ditambah pula penggunaan minyak rambut atau gel atau minyak masak yang agak melampaui batas. Memang gey.

Kelikatan tancho boleh mencabar lebihan minyak
masak lepas goreng ayam. Bila sapu kat rambut melekit sampai ke petang.

Tapi penangan slope ini ada pro dan kons. Kalau silap pergi kedai gunting yang tiada eksperien buat slope. Maka jadilah rambut korang macam Temenggung Jugah. Aku pun pernah kena, masa tu kedai gunting tu guna tapak no.1 buat slope. Apa punya bangang. Terus aku kasi GI rambut aku. Cilakak.

Itu cerita dulu. Kalau dikenang pun tak malu sangat. Sebabnya sekarang ni fesyen rambut budak-budak sekolah sekarang ni makin lancau pula aku tengok. Tambah lagi kalau aku jumpa budak lelaki yang buat rebonding pastu kaler rambut kat bahagian depan. Macam nak bagi terajang sekali kat dahi diorang tanpa belas kasihan.

Seriyes aku pernah jumpa budak rambut
camni kat city square. Nyaris aku buat flying kick.

Sebagai penutup entri ni, ada orang tanya aku (apesal tiba-tiba kita jadi poplar ni?)...kenapa pilih nama sungai chat. Kepada yang ingin tau, blog ini tiada tujuan, no purpose, no mercy. Ibarat macam berbual sungai. Sungat "chat". Lolz.

Tuesday, December 8, 2009

sungai chat versi 'google translate'

Pada satu hari yang bosan, ketika aku sedang nak layan blog kat ofis...tiba tiba keluar mende ni


Maka bermulalah pencarian kaedah kaedah berkesan menangani company restriction policy ni. Pelbagai cara aku gunakan termasuklah 'tunneling' seperti yg di ajar oleh zul, walaupon cara ini berjaya mengatasi restriction ini, namun ianya hanyalah bersifat sementara cuma dapat bertahan 1 hari jek...esok sepam lagi kene block, cara tunneling pon dah tak boleh pakai...

Banyak website lain pon tak boleh bukak disebabkan internet policy ni, lalu aku pn jadik hangin dan lantas aku men google "how to avoid internet restriction policy"macam macam cara, pakai free proxy la hapa la ....dalam banyak banyak info yang aku googlekan tuh...aku tertarik pada satu cara iaitu dengan menggunakan 'google translate'... ye....cara ni memang betul boleh avoid restriction, tapi ada skit masalah...hehehe

berikut adalah salah satu dari posting yang dibukak dengan google translate dari opis aku.... sile baca samapai abis....lalalala


pencurik+peragut....ko memang cheee bhaai

pencurik + snatchers .... ko is cheee bhaai

Above the earth some of the people if we find, compulsory diterajang, beaten, broken bones and belulang they finally made after all the actions mentioned above, it must be concluded with style style xpac or Stone Cold Steve Austin in front of face belasahan just victims..... Make sure the style ni made, right before the face of man is right ....


However dalam lot of people who should diterajang, there is one kind of human right and cibai lahanat should be beaten up to almost a comma, and if disabled can continue ...


ie PENCURIK + snatchers ...

Recently ni moto FZ 150 younger I ilang .... babih btul pencurik ni, motto adopted new cash to buy 3 months .... Lock front back pon he can rembat ilang ..... last week, could call the police command cam motto, because I was hangin with the loss pon tu moto, I pon pegi cam follow the motto ... pencurik motto is fakap tu, dah la tibai motto, he was pegi snatch people pulak tu ....

By the word police, pencurik + snatchers tu skrg dok in lock-up, can arrest time was noon keje .... sorang taxi driver saw, violate two two tails .... once past tercampak, kene tibai with people ... very kene tibai hope he lives up to the end of life ....

When you check tu moto, konfem motto is that I am younger ilang .... but there are some features and misbegotten folly which I can detect the pencurik + snatchers tu Kosambi make recognition of the motto ..

  • Used false number plate change only one number .... je mules, if I find the motto Tu, konfem I know .... dah tentunye and I continue to violate lenyek diorang
  • Nak pegi pegi claimed the motto adopted FZ ni, what ebahalol k laaa, not speed moto ni pon, pon takdek pickup .... stupid, next time wear skirt la moto speed ...
  • Radius from the place where the motto ilang snatch is not much, this is stupid pencurik probability for the co ... mamposs caught is very high .... patutnye moto ni dah reason to Perlis ilang week, but there kat area tu jugak ... was torn if I find mishaps.

To assist the police in addressing problems and snatch curik moto ni, here I have a few things that we can share together.

  • when we saw two men being monolak motto, walaupon they wear helmet, we do not consider time, the motto is their motto, and they reject it because damaged .... they are new rembat tu moto, and are moving to a remote skirt takdek people before they ripped right to the wire on tu moto.
  • When we see a man sitting there while the motto 'menggodek' motto of the key holes, as Malaysian, we certainly think he will, just unlock the motto is working ... Beware! itu belum tentu moto kepunyaan manusia itu... is not necessarily belong to man is the motto ... might try being 'raped' keyhole to open it ...

If encounters with the state ni, mobile phone and follow the policy only where this man go, if we have a body more muscular and tough security conditions allow yourself, go head and head shaja tibai pencurik motto is ..... aloud "PENCURIK" tooth and strong heart ... insyaalah many that will help not only wrong .... dah la ...

  • To face the situation ... When we snatchers are seen, the incident occurred snatch front our eyes and we are driving a car, lah snatchers violate the tooth strong hearts .... if he fell on the road, please lenyek hands or their feet so that they can not escape .... if we konfiden, help out with the steering lock and the butcher only snatchers where only part of the body snatchers which is, just make sure he can not die ..... if patahkan once Kerat four bones. However pon the recommendation is not appropriate for girls gadis ayu do.
  • Spitting lah face snatchers who were arrested that ludah tu ... more green, more encouraged .... lastly do not forget to use the style of X Pac Stone Cold or the snatchers + pencurik already lunyai dibantai that ... please refer to the diagram provided examples

13 reactions:

Dani said ...

ha ha. ha ha.

1,2,3 kid is after make-over so x-pac. buduss giler.

I prefer the style dowh Undertaker last ride ... dah nama pun curi motor ... kene la sikit similar bunyinye ..

"meh sini kau sial snatchers ..."
"bang sorry, sorry"
"ooo ... bastard, stealing motor ye ... meh I am here for you last ride before you to Partition ...!!!!"

dialogue if I dah standby ... hahahaha

November 7, 2009 6:29 AM November 7, 2009 6:29 AM

faiz said ...

ahahahahah .. I rather emo post ..
motor camner brother ko?
there are way more haraoan for it?

November 8, 2009 7:23 PM November 8, 2009 7:23 AM

.. Triple H said ...

if I must I use Pedigree Triple H, he confirmed broken nose ...

Moreover style X Pac tu dah smile Triple H jeee wearing, so ... indeed be muahahahahahaaaaa laaa ...

aku dah try Pedigree a thief, is very effective!

November 9, 2009 1:54 PM November 9, 2009 1:54 PM

apis said ...

zul ...
last ride was bole gak tp if Fais (lalala) I jadik pencurik tu, like broken bones dorsal ko ...

mok ...
moto bole road again ... dented fuel tank lock .... dah kene tak bole pakai rape ... bole kan claim if correct ...

triple H Triple H
pedigree pon cruel .... jadik can jugak included as many favorite finishing moves ...

November 9, 2009 6:05 PM November 9, 2009 6:05 PM

Dani said ...

ala, kalau saiz macam faiz aku buat sikuan sukaramai (people's elbow) cukup la. style, size, if I do like faiz sikuan Sukaramai (people's elbow) enough la. ha ha ha ha

tapi mat rempit/peragut kebanyakkanya kurus kering dowh mcm mat pit...kecuali dalam filem la. but mat rempit / snatchers kebanyakkanya emaciated dowh mcm mat pit la ... except in the film.

November 10, 2009 8:09 AM November 10, 2009 8:09 AM

Udin said ...

if in the film, mat rempit actor white, clean face ...

but in reality, JE smooth leather skirt from lizard skin.
hmmm but quite satisfied la ati pasal bandits succeeded in relish by the public

Things to ponder:
  • Ye...'google translate' memang bole buat guna untuk bukak blog kalau ada restriction policy, tapi awas setting defaultnye ialah malay to english
  • translationnya adalah secara direct translation
  • urat perut dan urat sekitar leher boleh putus kalau kita baca hasil google translate ni
  • apa benda alah Kosambi tu (para 3)
  • apesal siyal google translate jadik Dani???


ahahahahhahahaahhhaha....arghahahahhahhha..

Monday, December 7, 2009

Adakah anda k3wL?

Persoalan ini semestinya sentiasa bermain di kepala otak setiap remaja. Mereka juga sentiasa cuba untuk keep in atau dengan nama lain up to date dgn trend. Personally, aku sentiasa berimej tersendiri (iaitu bergaya berdasarkan kadar kewangan). Sejak mula bekerja...gaya pakaian adalah berdasarkan harga siling rm 30 untuk baju. Seluar jeans baru beli sekali, dibenarkan beli mahal iaitu levi´s (ya...orang tak k3wL pun buleh pakai levi´s) dan kasut dapat free sebab claim winter apparel masa pegi outstation.

Masa dekat sungai chat, tahap kesejukan aku paling max adalah kasut diadora rm 35. mahal sket dari zul ngn apis pasal pallas jazz rm 20 tak silap aku. aku juga pernah mengumpul duit untuk beli beg converse kaler ungu di pasar larkin. lama jugak nak kumpul rm 55, dan beg itu aku pakai sampai koyak rabak masa aku belaja kat emaresem just in (satu lagi faktor ejaan k3wL yg ada pada aku). Tidak dinafikan, aku juga berani mencuba sesuatu yg baru iaitu membawa buku ke sekolah dgn menggunakan ´book band´ (tali balut2 buku teks yg kaler2 pelangi tu). menatang ni lama dah aku beli, masa sekolah rendah. kemas2 bilik, terjumpa. lalu aku pun pakai ke sekolah sebab buku teks agama tebal nak mampus. tapi sampai kelas geng sg chat gelak kat aku, cipet. esok terus tak bawak lagi dah, tinggalkan buku kat desk belakang, pastu palingkan meja ke dinding. jadi orang tak tau ada buku dalam meja...bijak kan? sebab tu budak kelas aku semua PMR dapat 8A...eh silap, Syah Ezannee dpt 7. tapi perlu ditekankan disini...untuk menjadi k3wL, anda perlu berani.

jadi aku rasa aku agak k3wL. mungkin tidak se ´ín´ budak sekarang sebab aku tak layan shuffle mahupun sk8. aku sering tertanya kenapa para pembaca ada yg tidak setuju aku k3wL. mereka ada hak untuk menyuarakan pendapat sendiri...ye betul...tapi aku rasa diorang lagi tak k3wL....pasal diorang baca blog merapek ni. ahahahaha....

p/s: tahap k3wL kelantan adalah kereta kaler putih pastu ada sticker jata negeri kat windshield belakang. akalu no plat negeri lain, sehelai sticker kecik jata kelantan akan ditampal sebelah no plat untuk menunjukkan ke´kelantan´nessnya.

Memang Tak Cool

Memang Tak Cool

Ini adalah post snippet selebet ala che det. Pendek dan kontot. Snippet atau sound bite ahhh? Aku tidak pasti. Yang pasti walaupun aku skema tetapi vocab aku boleh tahan lemau juga.

Ok sebelum aku melalut panjang dan maki hamun team bolasepak Malaysia di Sukan Sea, aku hendak kamu semua tahu aku sudah letak poll di sebelah kanan blog. Harap-harap ahli Sungai Chat sekalian tidak naik angin.

Alang-alang dah ikut stail che det, mesti ada versi inglish. Standby everibodi google translate untuk aku.....

It's Not Cool

This is post snippets selebet ala che det. Short and kontot. Ahhh snippet or sound bite? I am not sure. I am sure though that scheme but I can hold VOCAB lemau also.

Ok before I Melalut long and maki invective football team Malaysia at the Sports Sea, I want all of you to know that I have put poll on the right blog. Hopefully not all members of Sungai Chat wind up.

Saturday, December 5, 2009

Tips Untuk Jadi Cool: Bukan Skema

Aku ingatkan blog ni takde orang baca. Tambah celaka ada orang ofis yang baca. Eh jahanam betul. Konfem la banyak benda yang aku kena teliti betul-betul sebelum published. Anyway, satu feedback yang paling tak boleh blah ialah, "apesal kawan-kawan kau kat Sungai Chat skema-skema?"

Aku sikit pun tak terkedu dengan kenyataan berani mati sedemikian. Tambahan lagi aku memang skema. Skema is the new SEX bebeh! Tapi, bak kata orang-orang tua kita kena terima pendapat orang lain. Pahit ke, manis ke. Apahal nak angin pulak kan. Ok, sebagai menyahut pendapat dan feedback tersebut aku rasa warga blog Sungai Chat ni kena revamp atau make over sikit. Biasanya lawan bagi skema ni cool. Ni nasihat daripada pakcik google macam mana untuk jadikan kita cool atau kewl. Apis, udin, pais...silakan:

(1) Kena register social networking website.
Aku dan Apis agak ketinggalan di seksyen ni sebab takde fesbuk. Lepas ni aku kena cari gambar-gambar untuk upload kat fesbuk. Sekarang ni aku tengok trend untuk amik gambar sendiri. Shooting angle ialah 30 darjah dari aras mata. Juga disertakan gambar-gambar clubbing dengan awekz-awekz.

(2) Nama.
Tak dinafikan nama kami semua memang melayu abis. Dan menjadi melayu bukan satu ciri untuk jadi cool. Melayu=cool. Sangat tak rhyme. Oleh itu kita kene revamp nickname kita.
azhan = zhann
apis = are-piz
udin = oooodeen (cukup tak huruf O?)
pais = far-east

(3) Fashion sense.
Arghhh. Ini memang kelemahan utama. Pakaian aku memang straight forward macam keluar dari buku teks. Apis pun lebih kurang gak. Cuma pais dan udin sedikit moden sebab pernah keluar pergi tengok wayang pakai seluar pendek dan kasut adidas putih. Sedikit elemen hip hop disitu. So lepas ni kena make over cara berpakaian. Aku nak pergi kedai crossover kat city square nak cari satu seluar londeh paras jubur. Penambah elemen cool ialah topi kaler merah yang dipakai sedikit senget. Hmmm, masa menaip ni pun dah meluap rasa cool.

(4) Kena tahu trend yang paling update.
Yang ni aku rasa cabaran paling besar. Sebab trend ni sentiasa berubah-ubah. Dulu ada musim skate board, roller blade, hard core, punk. Sekarang ni shuffle, indie. Kalau umur dah naik sikit boleh cerita pasal kelab-kelab macam De Bali, level 4 kat stulang, NY. Amacam? Nice...

(5) Kena ada camera SLR.
Tak tau kenapa tapi kena beli sebiji. Ada sekali aku pergi majlis kahwin, aku sorang je yang bawak digital camera kecik, yang lain bawak SLR. Memang tak cool siyal.

(6) Blog.
haaaa... ada juga elemen cool kita kat sini. Hahahaha.

(7) Back up.
Macam hard disk punya data, kita kena ada back up. Korang ada kenal mana-mana pekida ke, silat gayung, baldi pun boleh.

(8) Short form text.
Tak kira la kat mana mesti nak guna short form. Fakap siyal. Buat aku pusing. Aku rasa yang ni kita boleh skip. Kena hormati bahasa melayu.
lau - kalau
brn - berani
len - lain

Korang ada lain elemen nak tambah silakan. Boleh share gelak. Tapi masih menjadi misteri kenapa orang ofis aku baca blog kita. Jahanam betul. Kena tapis bystander punya entri lepas ni.