Wednesday, November 23, 2011

Kesian kat Mesir


Nampaknya Medan Tahrir bergolak lagi. Dah 30 orang mati lagi. Basically pergolakan ini berlaku bila  Ikhwanul Muslimin minggu lepas ajak ahli dia demo hari Jumaat lepas. Tengok tengok melarat sampai harini. Heran aku, Mubarak dah turun pun masih tak puas hati. Pihak tentera tgh pegang negara untuk sementara waktu sebelum pilihanraya hujung bulan ini. Ini lah harga demokrasi yang dibayar apabila kerajaan ditumbangkan melalui jalanan. Apabila huru hara dan chaos mengambil tempat tiada apa yg boleh di kawal. Ada benda tak puas hati jer terus buat tunjuk perasaan. Harga minyak naik, demo. Harga tol naik, demo. Keling rompak rumah mati kene tembak polis, demo. Kucing mati kene langgar polis, demo.


Aku memang anti demonstrasi jalanan. Pasal pada aku demonstrator adalah attention seeker. Bukan ada orang nak hadap pun ko nyer demo. Nak dengar apa ko jerit jerit. Ko jerit kat langit. Mana ada respons dan tindakanMasa zaman liwat 1, ade gak aku tgk secara live demo jalanan kat Kg Baru. Tahap bakar tayar dan blok jalan guna sampah. Takut polis kejar. Tapi bila pikir pikir balik bodoh gila diorang ni. Buat penat jer demo, tgk ade gak yg kene liwat lagi. Mmg tak insap. Tu tak termasuk amoi yg kene balon. Oh sheiit!

Jadi bila semalam menteri botak yang liabiliti buat perbentangan Akta Perhimpunan Aman, ramai pulak pendokong demonstrasi jalanan yg bantah. Katanya tak sepatutnya ada klaus "Pihak polis berhak berhak menolak permohonan permit perhimpunan". Ini adalah tindakan yg membelakangi demokrasi. Bodoh gila. Kalau takde control element, mana boleh pastikan sesuatu tu selamat dan teratur.

Antara basic Akta Perhimpunan Aman adalah : (mungkin sukar dipahami oleh mereka yg tidak mengikuti sistem PPSMI)

"The planned law proposed by Prime Minister Najib Razak’s National Front ruling coalition forbids street protests and requires organizers of demonstrations to give police 30 days notice. Officials have repeatedly urged demonstrators to gather in stadiums or confined venues to avoid public disruptions.
Children under 15 would be barred from rallies, which cannot be staged near schools, hospitals or places of worship. Protesters could be fined up to 20,000 ringgit ($6,200) if they break the rules." -sumber AP
Jadi secara asasnya, akta ini cuba menghalang demo menjadi rusuhan dan havoc. Aku sebenarnya kalau boleh nak biar lah akta ni mcm kat Singapoh. Akta dia bagus. Apabila ada satu perhimpunan yg lebih dari 5 orang dan tidak mendapat permit, terus kene tangkap. Jadi ini apply kat semua orang. Baik kepada demonstrator bodoh, budak budak rempit, budak budak basikal tengah malam ataupun keling yang bergadoh kat kedai mamak. Kan keamanan boleh terjaga.
Nak ubah sesuatu, perlulah secara teratur. Kerana sesuatu yang dimulakan secara baik akan berakhir secara baik. Good input gives good output. Shit gives you shit.
"Chaos is a name for any order that produces confusions in our minds"

Tuesday, November 15, 2011

Bangang ada banyak jenis... Ni salah satu

Ada apa dengan bangang ?

Semalam aku terbaca sesuatu yang aku rasa sangat sangat bangang nak mampos, bangang yang boleh menyebabkan mana mana manusia normal terganggu kewarasan akal fikirannya. Bangang yang dah tak bole nak ubat lagi dah.

Cuba korang baca benda bangang kat bawah ni.... Apa perkataan first sekali yang timbul di benak anda? aku pasti mesti carutan yang keluar ahahaha

Yang paling aku tak tahan, ayat penutup tu...

"Kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul sila sebarkan kepada umat islam"


Apa kejadahnya benda bangang ni nak disebarkan pada umat islam. Sekali baca dah tau benda ni benda bodo, Apa la kepala otak manusia sekarang ni masih ada yang bodoh bangang tak bole nak pikir sikit, tak semua yang ko dapat kat internet tu betul. Otak ada , akal ada pakai la, pikir la . Otak letak kat penis agaknya, tapi yang post benda ni pompuan, mungkin otak dia taruk kat labia majora. Nasib baik aku ni masih ada timbang rasa lagi nak padam nama dia.

In the first place, sape yang olah benda bangang ni, memang dah sah sah la bangang, tapi kemudian, orang yang percaya, forward dan sebarkan lagilah bangang. Bangang gile babih. Memang bikin panass hati la orang bangang yang tolong sebar benda camni.

Upin (USA): Bangang siakk ,ada ke percaya benda bodo tu
Ipin (ISRAEL) : betul, betul, betul

sarcasm on#

Kita tidak boleh memanggil Udin dengan nama Udin kerana didalam bahasa slovak kuno ,udin bermaksud 'aku suka pundi kencing', Ini diburukkan lagi dengan penggunaan U di awal ejaan udin yang melambangkan USA dan huruf i di dalam ejaan udin itu melambangkan Israel. maka kenelah kita panggil udin dengan panggilan ooodeeen. tak de lagi unsur unsur USA dan Israel pada nama udin apa bila kita tukar kepada ooodeeen. Terbuktilah nama panggilan udin juga merupakan jarum halus agenda yahudi dalam usaha melemahkan pegangan umat islam.

LAGI SATU :Sekarang ni banyak dipasaran kereta kereta menggunakan enjin VVTi. Diharap kita sama sama berukhuwah untuk memboikot mana mana kereta kereta yang memakai enjin VVTi ini kerana enjin VVTi juga merupakan salah satu agenda yahudi. Tahukah anda huruf i pada enjin VVTi itu bermaksud Israel dan VVT itu bermaksud VODOH ,VAVI, TUNGKIK. Kalu kamu masih kekal bebal dan bangang silalah sebarkan kepada umat manusia yang lain.





Friday, November 11, 2011

SPAM

Semalam aku dapat email dari apis. Dari content email aku agak sama ada program kuruskan badan atau online bzns. Hahahaha. Tapi 90% mengatakan produk kuruskan badan. Korang baca tajuk email tu, super LOL . I AM FREE NOW.



Daripada SPAM kita boleh tahu apa produk yang menjadi trend marketing online. Dulu viagra, pil kuat batang and yang sewaktu dengannya. Sekarang ubat kuruskan badan. Aku selalu baca jus acai berry yang dikatakan miracle worker. So apa agaknya acai berry ni. Baca datuk seri wiki punya penerangan, http://en.wikipedia.org/wiki/A%C3%A7a%C3%AD_palm

Spam ni kat email, blog, twitter, Facebook aku tak sure la, sms pun sama je. Sekarang ni mail box kat rumah aku pun penuh SPAM iklan court mammoth, kedai perabot sale sepanjang tahun, launching rumah sampai 4 kali setahun, peminjam wang berlesen, pusat tuisyen, beauty center, salun rambut, etc. Tapi SPAM kat peti surat ni kalau kumpul boleh la dapat RM11 sebulan. Hahaha.

Tuesday, November 8, 2011

What is up

Woh woh woh.

Malam Raya Aidiladha tahun ni menjamu teh sambil hujan renyai-renyai cats and dogs sambil bersiar-siar kat costal highway. Hahaha. Pada yang tak dapat join tu,kami ucapkan happy deepavali.

Ok, kawan-kawan.

Next time.

p/s:
Twitter Faiz - @gabanhero
Twitter aku - @azhanAB

Monday, October 3, 2011

Terdengar Waktu Makan Tengahari kat Mamak

"Bro, gua dah bikin kereta gua macam Jaguar browww."
(Sambil menunjukkan pada kereta Hyundai Ascent dia)




tersembur nasi kari dalam mulut

Monday, September 26, 2011

Rockstar 101


1. Rambut kene karat atau warna merah
2. Rambut kene tutup sebelah mata
3. Cap baseball tergantung separuh kepala
3. Nama band mestilah ganas, contoh: Minda Kosong = ganas beb
4. Tajuk lagu yang ganas. kah kah kah
5. Dalam lagu kasi taruk influence Nirvana sket.
6. Taruk awek cantek dalam video klip
7. Lokasi vido klip yang mantap = sub basement
8. Taruk efek2 yg gempak sket dlm videoklip sbg contoh mamat 100kg yg bleh terapung. hahahahah
9. Selitkan scene nyanyi dalam kereta, bau nampak mcm Snoop Dogg
10. Taruk dialog sket di hujung video klip supaya nampak dramatik.

Jangan lupa lirik!!
~kau merajuk, merajuk lagi
~ku tidaak sampai hati



hahahahahhahaha
LOL

Thursday, September 22, 2011

R.E.M

REM tadi pagi pada waktu Malaysia telah mengumumkan pembubaran band mereka yang telah ditubuhkan sejak 1980.

 "To our Fans and Friends: As R.E.M., and as lifelong friends and co-conspirators, we have decided to call it a day as a band. We walk away with a great sense of gratitude, of finality, and of astonishment at all we have accomplished. To anyone who ever felt touched by our music, our deepest thanks for listening." - R.E.M.

Man on The Moon dgn Eddie Vadder. Gila babeng.

Aku kenal REM lambat, tu pun kenal dengan lagu Man On The Moon yang selalu keluar kat radio singapore 98.7 (masa tu Hitz.FM takde lagi).  REM dikatakan pelopor kepada genra rock alternatif. Jika band lain ada suara dan rupa, REM ada satu tarikan yang pelik dan tersendiri yang buat aku terpaut dengannya.

REM terdiri daripada Michael Stipe sbg vokalis, Peter Buck sebagai penggitar, Mike Mills sebagai bassist dan Bill Berry sebagai drummer. Anyway, Bill Berry tinggalkan REM pada tahun 1997 setelah pengsan atas stage disebabkan oleh brain anuerysm. Dia quit dan jadi petani. Sejak dari tu, REM tak pernah hire official drummer. Gila loyal. 

Suara Abang Stipe memang tersendiri, boleh dikenali walaupun ko tak pernah tahu lagu tu lagu REM. Juga melodi lagu REM. Ko bleh tahu ni adalah lagu REM. Antara lagu yang agak gila jugak di layan oleh aku masa tgh buat kerja adalah lagu ni. Mcm uplifting.

Shiny Happy People

Tapi ada gak lagu REM yang tahap nak bunuh diri jer. Aku rasa Udin layan lagu ni masa balik dari LRT.



eh silap. ni lagu sebelum gi LRT. Lagu selepas LRT sepatutnya begini



Ok back to the main topic, video klip REM jugak sempoi sempoi. Semuanya artsy. Ada gaya tersendiri. Tak macam video klip yang diarah oleh Gambit.  Cuba layan Imitation of Life dan Losing My Religion.

Ini saja tribute aku untuk REM. Sebuah band yang banyak membuat lagu menyentuh kehidupan sehari dan sosial.


Tuesday, September 20, 2011

Kontrak kerajaan

Sesambil aku main2 kompiter kat opis ni tadi, aku ada la terbaca satu artikel kat MI (laman pembangkang, ye aku baca jugak website pembangkang). WikiLeaks ada keluarkan satu artikel pasal kontrak kerajaan kat mesia ni. Kalau nak baca lebih-lebih ko bukak je la sendiri website MI tu, malas aku nak kasi link. Macam tak reti nak gugel pulak eh?

Ni aku quote sket dari situ. Ni perenggan yg meringkaskan artikel tu...

"In the leaked cable, the US embassy reported: “The source said the study, which has not been released to the public, revealed that many Bumi contractors typically sold off their tenders for quick money, often to finance expensive cars and houses. The report also found Bumiputera contractors had misused payments received from the government to pay off creditors and that they often sought additional government tenders prior to completing the ones already awarded to them.”

Aku bila baca je perenggan tu, aku rasa terbakar. Terbakar sebab betul apa yg dikatakan oleh website yahudi ni. (Aku assume WikiLeaks ni yahudi la, apasal? sebab aku bias). Senario makan kontrak kerajaan ni memang la nyata dan berlaku. Aku pun nampak depan mata sendiri.

Lagi terbakar, dia kata 85% kontrak kerajaan diberi pada Bumi. Aku konfem hampir semua tu dijual pada non-Bumi. Salah guna kuasa terang-terang la berlaku. Ini salah satu kelemahan kerajaan. Dia ada kata, langkah-langkah untuk mengelak berlakunya salah guna kontrak kerajaan ni (ooo ada preventive measurements, kire diorang tau la bende ni berlaku...ingat tak perasan) ada diambil. Tapi sebab aku rasa yg menjalankan langkah-langkah tu pun nak makan sendiri, jadi tak jalan jugak la langkah...kire tak melangkah la ni...eh terbuat lawak pulak.

Fakap gile aku rasa. Usaha nak membangunkan Bumi ni banyak sebenarnya. Bende ni semua murni belaka....kalau digunapakai dengan ingatan tulus ikhlas la. Ataupun ada kuasa diktator yg kontrol penggunaan kontrak kerajaan tu. Bilion tu...bukan sikit. Guna duit kerajaan kasi nak buat sumbat tekak sendiri....mana boleh! Songlap 1 persen boleh accept lg...ni kalau fah 50 persen ko gelapkan, monyet dalam hutan pun boleh perasan.

Paling fakap aku rasa, guna duit kontrak tu...buat beli kete, beli umah, bayar kad kredit?? Haramjadah betul. Kalau untuk kegunaan syarikat tu ok la, ini personal usage. Aku dulu yg belajar akaun masa Form 3 pun tau, aset syarikat tu bukan aset peribadi. Malah liabiliti syarikat pun bukan liabiliti peribadi. Cik Halimah dah cakap dah, awak tak boleh samakan peribadi dengan syarikat. Kedua-duanya merupakan entiti yg berbeza dan hendaklah diasingkan. Apasal aku ingat? Sebab aku tanak kene hempuk muka kat blackboard. (Cikgu Halimah sekarang pengetua SSI, sekolah premier kat JB. Nak masuk kene intebiu ko tau...salah jawab, hempuk kat blackboard ahhaa)

Camana nak eliminate bende ni? Aku pun tak tau sebab aku bukan ahli politik. Aku cuma nak suarakan rasa tak puas ati aku je. Tapi kalau betul amanah, ikhlas guna duit kerajaan kasi tu...aku rasa ok. Skill Bumi dalam bisnes, jurutera, sains...seme boleh improve. Tapi kene buat betul la, bukan salah guna kuasa. Ni duit baru dapat, esok dah pakai BMW....seb baik tak tunjuk tanda best pastu amek gamba sebelah kete. Mau aku luku.

Kronisme mmg ada kat mana-mana, salah guna kuasa pun sama. Aku pun tak berani nak cakap kalau aku ada kuasa aku tak salah guna. Tapi man-man laa...Makan makan jugak, kerja mau kasi buat la. Buat tu ikhlas la, amanah la, kan boleh dijadikan pembangunan ummah.

Hesh...tapi memang fak u meng la aku kasi pada orang yg makan kontrak kerajaan.

eh ini kire entri rage ke? aku rasa tak cukup rage la aku ni...mungkin sebab aku berhati suci


tembak je bang, jangan kasi can!

Sunday, September 18, 2011

Jom layan The Challenger

Tot tet tot tet... SMS masuk henpon aku. Aku tengok SMS dari Zul.
"Wtf? Aku bukak AXN 701 shaberi chik tgh berucap kt muay thai"


ahahahaha... aku reply
" Hahahaha..aku dh tgk dh aritu ari khamis..aku ketawa terbahak bahak tgk muka dia masa naik ring muay thai..muka mcm kimak, nasib baik takda buih"

kemudian zul hantar lagi
" Mulut senget dowh mcm majinbu"

Yeaah... aku dah lama tak layan tv, sekarang ni dah ada sebab dah untuk aku reserve kan time untuk tengok tv semula. Bukan apa, sekarang ni adalah fasa menyampahh kalau bukak TV. propaganda politik kat tv dah macam lahanat, cerita cerita pulak, kalau tak cintan cintun, cite hantu , tak hantu melayu, hantu indon...bosan gile sial nak bukak tv, paling paling pon boleh layan Discovery channel je...so rancangan terbaru kat axn The challenger setiap hari khamis kat AXN channel 701menjadi pengubat benci dihati.


Siri pertama rancangan ni dah pon mula 15 september haritu, boleh tahan gak peserta peserta The challenger ni. Penggambaran rancangan ni semuanya dibuat di Malaysia. aku tak tau kenapa Malaysia dipilih jadik host tapi bagus jugak, dapat le sorang peserta Malaysia tempat dalam rancangan ni... hmmm Ok aku tak berapa pasti sebenarnya...adakah peserta Malaysia tuh dipilih atas merit perlawanan dia sebelum sebelum ni atau pun memang sebab Malaysia jadik host so dapat satu tempat. Kalau sebab merit rekod dia, aku salut lah mamat pezal tu, tapi kalau sebab lain, aku harap ko lawan betul betul la brader, malu dowh kalau dah bagi tempat free tapi awal awal kalah... ayoh pezal, buktikan ko lebih power dan lebih hensem dari arman azha bekas ketua wira perkasa.



Khamis lepas punya episod pengenalan, dah tunjuk biodata semua peserta, ada yang tough, badan fit tak ingat dan ada jugak yang badan macam udin. Ada yang muka macho, ada yang muka boy band, ada gak yang muka ganas standed pecah rumah. Kalau nak baca semua biodata peserta The challenger ni, boleh la terus tengok kat SINI. Ok kalau kita peratikan, ada sorang yahudi dalam peserta tuh... ahahaha macam mana yahudi boleh masuk malaysia ni, bukan ke malaysia takde hubungan diplomatik dengan israel, maknenya pasport israel takkan laku nak masuk ke sini. Dengan sedikit bantuan pakcik google, rupenye yahudi israel masih boleh masuk malaysia dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri. Gua tak tau apa nak cakap, tengok muka menteri nya aje dah tau bodoh.

So kita ulas sket pasal match yang lepas, peserta match malam tuh dipilih oleh para peserta secara bersama dan dengan pilihan coach berdasarkan kriteria sape paling lasak "the most conditioned fighter". Kalu korang buat google translate, The most conditioned fighter di translate sebagai Pejuang yang paling dingin ahahahah lame joke OK...Lepas semua orang selesai bincang bincang, seorang nigger dari south afrika dipilih sebagai peserta yang paling lasak.Vuyisile Colossa "The Cheetah" namanya. Kalau sekali imbas muka Colossa ni macam familiar bukan? Kalau anda jawab ye, maknanya tempat tinggal anda sedang dilanda kebanjiran awang itam. Hahahaha serius shit area tempat aku kat sini dah berlambak dah mat nigger muka macam colossa ni. Terima kasih kerajaan, atas dasar menjadikan malaysia hub pendidikan, dah ramai nigger masuk atas tiket pelajar.

Lepas semua peserta dan coach memilih Colossa sbagai peserta yang paling lasak, dia diberi keistimewaan untuk pilih sendiri lawan dia untuk minggu tu. Lantas dia memilih Encik michael 'cool hand'. Dalam rancangan tu dia cakap " Aku pilih encik michael ni sebab aku nampak dia antara yang malas sekali masa buat latihan, kita di sini bukan untuk bermalas malas, kita disini untuk berlawan, maka sebab itulah saya pilih dia, dia tidak layak berada di sini" Ini adalah translation yang tersurat. Kalau kita fahami translation tersirat pula begini... " dia ni nampak paling sayur, tengok muka pon dah tau sayur, apatah lagi tengok perut dia...kalau aku pilih yang kuat, ada kemungkinan aku kalah, malu dowh terkeluar first episod, baik aku lawan dia nih, konfemm menang punye".

Hahaha, nigger ni sembang kencang, padahal kalau nak macho ada beberapa orang lagi peserta yang kuat kuat yang jadik favourite untuk rancangan the challenger ni, tapi dah jelas, Colossa ni pilih yang paling lubukk sekali dikalangan semua peserta, jadik tak payah lah sembang macam ko nak yang the best aje tinggal...poorah.

So ending match, seme orang dapat agak, kalau dah perut boroi macam mana nak menang muay thai, so Colossa angkut match ni dengan mudah, round three aje dah menang. Pengadil stop match sebab encik michael 'cool hand' ni dah lunyai kene sapu dalam gelanggang. Apa nak buat, memang ko tak boleh menang punye 'cool hand'.

So overall, aku agak teruja lah dengan adanya siri the challenger ni kat AXN, walaupon aku rasa suasana masa match tu takdelah semeriah macam The Contender Asia dulu, tapi still boleh menarik minat untuk terus tengok rancangan ni sampai final nanti. Aku harap jugak mat Pezal wakil tunggal the Challenger dari malaysia dapat lawan dengan jayanya, aku pasti akan sorak untuk ko macam aku sorak tengok harimau malaya lawan singapore untuk kelayakan world cup ituhari, main macam taik pon aku tetap sokong sampai abess.

Oklah last but not least kita layan gambar ni. Ye itu adalah shaberi chik, sesape yang rajin, cubalah zoom pada mulut dia, ada ke takde buih buihan...ahahaha


Saturday, September 17, 2011

ISA? WTF?

Sempena hari kejadian Malaysia, Najib konon kononnya telah memberi hadiah yang istimewa kepada rakyat: pemansuhan ISA



Maka harini sibuklah media massa menyiarkan berita pasal ISA ni. buletin utama siap dedicate 5 minit untuk tunjuk ucapan ucapan menteri menteri, pok nik, NGO dan orang ramai memuji tindakan najib. biasalah, nak kene bodek. pilihanraya pun dah dekat. cybertroopers bn plak dari semlm duk sibuk puji najib seolah olah esok Malaysia ni mcm dah tercapai status negara maju

aku pulak dari semalam mcm WHAT THE FUCK? apa yang korng excited sgt? ada effect ke kat korang ISA dah kene mansuh? adakah esok harga barang kat pasar turun? semua tol dihapuskan? atau esok kalau aku pergi pasaraya aku dgn senangnya boleh beli minyak masak kelapa sawit gred A? nama jer negara pengeluar kelapa sawit tapi kat rak rak supermarket semua penih dgn minyak jagung dan minyak zaitun. nak minyak sawit? tu hah yang packing dalam pelastik. cibai betol.

pada aku pemansuhan ISA ni cuma gimik nak pilihanraya jer. pada aku ISA takde kene mengena ngan aku. yang kene tangkap tu mmg padan dgn muka dia. apsal lu org provoke kerajaan lebey lebey. dah mmg lu org buat salah. masuk je la penjara. mcm E06, aku sokong 100%. Mmg bodoh pon. Nama jer Doktor tapi bangang. Ko nak reform pergilah undilah. Yang ko nak terpekik melolong tepi jalan buat apa? Bukan ada orang pun, KL dah kene blok. bangunan yg ko jerit lolong tu pun bukan paham.

apa yang aku nampak sekrang semua tindakan najib adalah untuk popular. semua pada aku cuma tindakan yang bodoh dan facial. isi dan dalam kosong. kalau korang perasan sejak dua tga bulan ni najib sibuk menghadiri berpuluh macam majlis yang tak produktif. majlis bersama rakyat lah, pelancaran kedai 1 malaysia, buka bersama rakyatlah, majlis sunatkan budaklah - yg mana semuanya tak produktif. tak memberi kesan pon. kesan hanya sebentar: kenyang utk mereka yg hadir makan. sepatutnya ko sbg seorang perdana menteri duduk lah opis bincang masalah negara. mcm mana nak baiki ekonomi rakyat, bukan ekonomi poket kau. nanti ada yg ckp "eh tu semua kan dah ada orang buat?" memangler, tapi ko tau ke betul ke tak apa yg diorang buat? adakah hanya utk poket dia saja. sebagai pemimpin ko kene lah guide and monitor betul2. barulah nampak ko mmg seriyes dlm menangani masalah ekonomi. takkn nak tunggu semua kilang dlm mesia arahakan pekerja nya wajib cuti ari jumaat baru kelam kabut nak pikir pasal ekonomi negara.

aku rasa adviser adviser najib semua bodoh belaka. sibuk nak buat PR sana sini, buat majlis atas bawah konon konon nak amek hari rakyat. apa kejadah ntah majlis open house raya kat permatang pauh yang takde pun menyumbang perkembangan ekonomi negara. takdenyer kadar pengangguran turun. ataupun FDI naik. semua bullshit.

aku nak seorang pemimpin yg mampu menyelesaikan masalah asas rakyat. kadar taraf hidup yg terlalu tinggi. pergi pasar kompem abes rm200 padahal untuk satu keluarga nukleus yg mempunyai 1 anak. lagi servis perkhidmatan awam yang macam taik perlu dihapuskan. dah la poket kering bila pergi pejabat kerajaan ada yang bagi servis mcm taik. eh mmg taik betul. beban rakyat haruslah dikurangkan. sibuk nak buat projek mega seperti LRT dan LCCT2 yang pada aku membazir. baik guna duit tu baiki benda benda basic yang mampu menolong rakyat secara direct. aku tak sokong subsidi kerana subsidi akan melamakkan rakyat. cara untuk bantu rakyat dgn betul adalah pembaikan infra dan juga servis. kerja efisyen, loss tiada, hati gembira. Quote: "Do it right the first time" Hafiz Al-Adib

ituhari dalam pesbook ada bodoh mana ntah tulis bahawa pentadbiran Pak Lah adalah lagi bagus dari pentadbiran Najib. aku cuba carik apa yang Pak Lah dah buat. Pak Lah banyak inception, pastu dia yang start freedom of speech konon kononnya. agriculture movement dia, dan juga koridor koridor yang aku tak tau apa dah jadi sekarang.  semua sekarang benda ni takde effect pun. Inception pak lah tak berjaya tengok yang dia turun awal. freedom of speech yg menyebabkan kenkadang aku rasa nak cari selempang merah ngan parang. agriculture? harga sayur makin mahal jer. takde lagi koridor yg aku tgk dah meletup ekonomi dia. hairan aku ada gak si bodo yang sokong failure dan loser.
kenkadang aku terpikir gak nak sonkong PAS, tetapi selepas baca ni aku terus menyampah gile kat PAS


adakah aku mahu ikut org2 yg mcm ni? adakah aku mahu menjadi teman seperjuangan orang yg taksub dan sebodoh ini? kalau betul seseorang tu alim adakah dia akan bagitahu orang dia pernah mimpi jumpa nabi? bukankah itu akan jadi riak dan takabbu? aku rasa seorang wali takkan mengaku dia seorang wali. nanti orang cop dia gila. jangan nak aku start citer pasal  mat sabu plak. mmg dah lama failed. itupun bleh jadi second top man. bodo gilaaa. 

nak pergi sokong PKR takyah citer aa. buat apa aku nak berjuang naikkan anwar ke putrajaya kecuali aku mahu legalise china doll dan main bontot. "eh tu kan semua fitnah?" mmg fitnah dow. aku da tgk video tu mmg ada orang mekap macam anwar. dia gi mekap kat thailand. kah kah kah kah. mungkin pakai extension dick kot. ahahaha. kalau dah bogel nak mekap pekejedahnya?
nak sentuh pasal DAP baik takyah. baik suruh Malaysia masuk Singapore je kalau nak suruh aku sokong DAP. hak tuih!

disebabkan tiada tempat lain yg boleh pergi maka aku nampak the only good place to do revolution is from UMNO. tapi nak kene cantas semua bodo bodo, bangang bangang yang kat atas tu. setakat nak mengharapkan "Kempen Langgar Senget" yang sedang dijalan kan oleh jamol aku rase tiada effect. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.

.
setelah beberapa minggu berfikir, meminta petunjuk tuhan, bertanya masyarakat sekeliling akhirnya aku ingin melancarkan satu kempen yg lagi ultimate dari kempen langgar senget. pasal aku rasa dia paling keliber. belajar pon obersee. reti berbahasa asing. lagi satu nama dia rhyme dgn moto kempen. maka di sini saya ingin melancarkan "Udin for Presiden" untuk perhimpunan agong umno yang akan datang!


Saturday, September 10, 2011

Ulasan berita

Hoh setelah 12 hari di bulan syawal, baru aku berkesempatan untuk betul betul rilex depan PC dan menulis sket. Sebelum tu, ucapan Selamat aidilfitri pada geng sungai chat yang semenye aku dapat lepak bersama tahun ni kecuali Udin. Tak lupa pada pengunjung tegar Blog Sungai Chat yang beberapa ketul diluar sana, serta pada mereka mereka yang tak sengaja masuk ke blog ini.

Orait now, hari ni aku nak buat sedikit ulasan berita. Berita yang baru beberapa hari je lepas dan hangat diperkatakan. Opps bukan ye...ini bukan ulasan berita tentang Mat Indera atau buku sejarah Tingkatan 5, ataupun berita Professor Zainal Kling tapi pasal cukai Perkhidmatan 6 % terhadap tambah nilai ataupon pek permulaan pengguna telefon pra bayar.

Sebelum apa apa, biar aku clarify sket, ini takde kaitan dengan politik, aku teringin nak komen berita ni sebab masa memula aku baca berita ni aku baca sambil tergelak sinis... lepas tu menurut member aku, encik Izuan B.O.B.A dia ada dengar kat radio hotfm,di suatu pagi, ada satu pemanggil cakap dia menyokong sangat cukai perkhidmatan 6% ni di kenakan pada pengguna kerana dengan itu, ia akan dapat mengurangkan penggunaan handphone pra bayar dikalangan pelajar dan ini membantu dalam mengurangkan kadar maksiat... HAHAHAHA bingai gile penaakulan pemanggil tu..

Okeh mari mulakan, aku amek dari berita asal Bernama. Aku akan Boldkan dan nomborkan beberapa ayat ayat penting untuk mudah diulas nanti. Zassss

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaji Semula Caj 6.0 Peratus Cukai Perkhidmatan - Najib

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri (1) Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

(2) Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya (3) untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

(4) "Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat."

"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini Jumaat.

(5) Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

(6)Najib yang juga Menteri Kewangan, mengulas kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu, (7) Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malaya dengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan aku

(1) Seorang Perdana Menteri mintak syarikat telco kaji semula CUKAI perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan oleh syarikat telco pada pengguna. Hmmm palat betul...Pertamanya, cukai perkhidmatan bukannye diimpose oleh syarikat Telco, dah nama CUKAI mestile datang dari pihak kerajaan, syarikat telco cuma pindahkan CUKAI yang diimpose pada diorang kepada pengguna. Aku tak tau sekarang, yang bebalnye wartawan tulis berita ni ke atau encik PM, atau kedua duanya sekali dalam hal ni...kedua, apasal sorang Perdana Menteri, orang yang paling berkuasa dalam negara bercakap macam Syarikat Telco lebih berkuasa. Ni dah macam kes Astro dah. Menteri dengan SKMM sekali kata astro tak boleh naikkan harga billing diorang, tapi dengan selambe Astro buat bangang dan bende tu nampak gayanya terlepas macam tu aje... KIMEK

(2) Perdana Menteri cakap keputusan itu diambil sendiri oleh syarikat telco... Kenapa perlu tulis ayat macam tu sial... korang pikir sendiri le apa nak komen ayat nih. Akunye komen kat no.5 nanti.

(3) & (4) Ayat nih adalah ayat standard.Tanya le mana mana average joe and jane... semua dah muak muntah ijau dengar ayat ayat macam nih. Cakap nak kurangkan beban rakyat, tapi jalan bertol masih berlambak jugak, bukan murah tol, highway pendek macam DUKE pon 2 ringget. Cakap tak nak rakyat terbeban, tapi harga makanan, harga bahan mentah, bahan asas mancanak canak melambung pon masih tak boleh nak kawal, asyik nak PANTAU aje memanjang. Nah sekarang macam macam jenis tol impose pada rakyat... cukai kad kredit, cukai telefon, cukai perkhidmatan. Syarikat syarikat gergasi yang buat keuntungan berbilion ringgit kalau kena tax, selambe pindahkan tax tu pada pengguna. Demmit meng.

(5) Sebenarnye point no. (2) ngan (5) ni lebih kurang je isi pentingnya. Bayangkan lah, seorang Perdana Menteri cakap keputusan yang berkait dengan urusan 'cukai' macam ni dibuat oleh syarikat Telco dan bukan dengan kelulusan kerajaan, macam GAMPANG tak? So kalau tak dapat kelulusan kerajaan macam mana, boleh on gak ke 'cukai' ni kalau takde kelulusan., apa tindakan kerajaan? Sapa yang jadik kerajaan ni sebenarnye?... kenapa syarikat Telco boleh buat announcement sesuka hati tanpa kelulusan kerajaan? Aritu Astro buat bangang je arahan kementerian supaya tak naik harga, nih sekarang syarikat telco pulak buat benda ikut suka hati tak de kelulusan kerajaan. LEMAH GILA sial macam ni...

(6) KAH KAH KAH KAH KAH...

(7) Apa kaitan berita bodoh ni dengan tajuk berita.




Masa depan

Malam minggu masa cuti raya kitorang (minus  Apis) pergi pekena teh kat Yasin. Makin tahun kualiti minuman dan makanan kat situ memang korup. Serupa macam bazaar ramadan petang-petang. Aku punya teh o ais macam bancuh pakai kaki. Kalau dulu average quality, sekarang borderline kepada haram jadah. Harga makin mahal. Dia punya standard servis tak payah cerita. Memang standard mamak. Yang amik order IQ level at par dengan Mat Sabu atau Ibrahim Ali. Lain yang aku mintak, lain yang dia bagi.

Tapi nak buat macam mana, 3 kriteria pemilihan tempat mengeteh ialah lokasi, lokasi, lokasi. Aku bukan nak cakap apa, sedangkan Koh Tsu Koon pun melepak kat Yasin. Serius dowh. Masa kitorang lepak aritu, Koh Tsu Koon datang dengan konco-konco dia. Aku nyaris pergi ke meja dia nak tanya berapa gaji boleh dapat kalau kerja dengan PEMANDU. Aku dengar sana tak banyak kerja.


Anyway sebelum geng-geng Sungai Chat versi menteri sampai. Ada satu lagi versi geng Sungai Chat sampai dan lepak dekat dengan meja kitorang. Lihat gambar kat bawah ni. Geng Sungai Chat versi warga emas.


Pakcik dua orang ni aku fikir dah pencen. Sorang pakai baju bunga-bunga macam gempal sikit. Yang sorang lagi pakai seluar pendek dengan kemeja. Ni aku summarized details kat bawah ni untuk APIS teka, mengingatkan siapa yek? LOL.

Pakcik no. 1
Yang pakai kemeja hitam tu aku suspek masa muda mesti badan berisi atau senang cerita gemok. Tapi setelah 5-6 kali masuk hospital badan ada susut sikit. Pergerakkan ada sedikit lemah. Maybe baru lepas keluar IJN. Gaya berbual macam relaks sikit. Tapi dia punya ketawa bunyi macam ada penyakit bronchial asthma.

Pakcik no. 2
Pakai seluar pendek masa jumpa kawan-kawan tandanya dia dulu study kat oversea. Pakai cermin mata sebab selalu ngadap komputer cari awek kat FB.

Ok sila teka.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya 1432 Hijrah, Merdeka...Merdeka

Selamat hari raya 1432 Hijrah kepada semua geng Sungai Chat dan seperti biasa kepada 2-3 orang visitor blog ini. Keh keh keh. Eh, tak lupa juga kepada Deckard Cain. Soul searching bebeh. Yeah, aku tahu.

Apa lagi eh? Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin jika ada terkasar entri atau tertendang botol air. Dan selamat menyabut hari Kemerdekaan Malaysia...

Ok, aku embed short film untuk tontonan korang. Ya, ya memang hari raya punya iklan/short film sedeh-sedeh belaka dan gloomy. Apa nak buat beb, dah tengah musim bergembira ni dapat feeling sedeh-sedeh pun ok juga. Layannn jela. Opsss, sebelum aku lupa cuba korang off kan volume pastu sambil layan video baca skrip kat bawah yang di'author' oleh aku. LOL.



Pemuda: Assalamulaikum...
Ibu: Waalaikumsalam. Cari sapa encik?
Pemuda: Ni rumah Udin ke?
Ibu: Ya ni rumah Udin, tapi dia dah 5 tahun tak balik, beraya kat Jermen. Tengoklah kalau dia tak repeat paper lagi, tahun depan dia balik la. Ada apa encik?

Pemuda slow-slow bukak helmet.

Ibu: Ya Allah ya tuhanku....Udin, Udin dah lulus juga akhirnya kau...
Pemuda/ Udin: Ibuuuuuuuuuu!....Yeah lulusssssssss bebeh!

***********************************************************************

Sedang Udin lepak-lepak atas kerusi sambil update status kat FB guna henpon Samsung.

Ibu: Din...Ibu nak mintak sesuatu boleh?
Udin: Apa dia bu...(Udin reply ringkas je sebab tengah kusyuk komen kat wall awek dia. Tipikal gila sial)
Ibu: Belikan ibu almari baju....
Udin: Bu....almari tu bukan murah bu...kalau beli kat Cavenzi bukan leh caya. Takde warranty. Lagipun Udin bukan besar gaji. Ni sekarang pun tengah recession. Seminggu kerja 4 hari je. Esok nak balik Penang, duit lagi. Biar Udin resdesign jela balik almari tu. (Udin jawab panjang lebar sambil main henpon. Memang ciri-ciri anak derhaka penghuni neraka mintak terajang kat dahi)

************************************************************************

Video flashback masa Udin kecik-kecik. Masa dia main perang-perang dengan Shah Ezany dah Yaye. Masa dia mintak belikan beg Converse All Star kat Komtar, sampai mak dia kena minyak panas.

Video beralih ke Udin dewasa masuk ke bilik ibunya. Hatinya sebak dan nangis teresak-esak teringatkan jasa ibunya. Masa tu barulah dia sedar pengorbanan ibu dia. Ya, memang bangang. Benda simple camni pun takleh nak capture.

Udin kecik: Ibu, terima kasih sebab belikan Udin beg baru...

End.


Disclaimer: Skrip rekaan ni takde kaitan antara hidup atau mati atau berkait dengan Udin geng Sungai Chat. Kerana kami semua sedia maklum yang Udin adalah anak yang baik, hormat ibu bapa, dan kenang jasa ibu bapanya. Sekian, maaf zahir batin. LOL,

Tuesday, August 23, 2011

Hello my friend. Stay awhile and listen...

Dekat shoutmix sungai chat semalam, Deckard Cain telah bertegur sapa.Lu orang kenal sape Deckard Cain ni. Kalau lu ngaku lu gamers, lu sepatutnya kenal dengan Cain the Elder ni. So sebelum gua tidur dan bangun sahur kul 5 lebih jap lagi iaitu 2 jam lagi dari sekarang, lu layan dulu youtube Deckard cain ni buat prank call. Ahahaha salut la pada sesape yang buat video ni, lawak nak mampos, Aku malas nak tulis panjang, nanti tulis bebanyak tak tidur pulak aku....

Orang malam malam terakhir Ramadhan ni buat Qiamulail, tapi gua pegi post bende tak berpaedah ni. Tapi takpe, ni adalah benda lawak pasal Deckard Cain yang perlu dikongsi bersama. Video ni mungkin dah lama, tapi setiap kali tengok mesti berair mata tahan gelak.... itu pon kalau lu kenal la pakcik Cain ni...

Kalau sesape yang masih sengal tak kenal pakcik Cain ni... gua bagi hint la sket dia adalah orang tua dalam game Diablo. Yeahh!


Thursday, August 11, 2011

Aircond set at 24 degree kat gomen ofis

Apesal aku rasa nak gelak sambil guling-guling bila baca berita ni?
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/11/nation/20110811150156&sec=nation


Aku selalu tengok kat tv iklan pasal penjimatan tenaga elektrik, ada satu scene iklan tu suruh set temperature aircond kat 24 degree. Berapa lama iklan tu dah kat tv? Baru sekarang nak implement untuk ofis gomen? LOL. Rakyat didahulukan. Apa-apa rakyat kena dulu. Keh keh keh keh.

Tapi memang betul lah, aircond antara contribute paling besar dalam electricity. Actually banyak faktor lain dari segi teknikal yang contribute, temperature setting antara salah satu lah. Yela, last year aku ada project energy saving untuk company...dapat saving almost RM80k per annual. 1/3 saving tu diberi kepada yang terlibat dengan project tu. Best tak?

Apa-apa pun ada kompeni yang kenakan fee yang mahal untuk bagi konsultan pasal energy saving ni. Betul tak, Faiz?


Nasi menimbun, Nasi Lemak 50 sen

Baca tajuk entri jangan fikir benda-benda mengarut.

Ingat lagi berita ni? http://www.bharian.com.my/articles/9_000tandibazir/Article


Aku ada satu lagi discovery. Selain faktor rakyat Malaysia yang tak tahu kenang untung/bersyukur ni suka beli makanan berlebihan, faktor peniaga pun patut diambil kira. Beberapa hari lepas aku beli nasi ayam harga RM4.00 tapi kuantiti macam nak makan 2 orang. Aku pun hairan macam mana agaknya kakak yang bungkus nasi ni estimate. Meniaga tak nak untung ke? Kan selalu orang meniaga cakap barang semua naik.

Seingat aku masa kita budak-budak dulu ada jual nasi lemak 50 sen. Mak aku selalu beli. Portion nasi dia memang secukup rasa la untuk kategori bawah 12 tahun yang BMI normal. Ada sambal ikan bilis, kacang goreng sikit, timun hiris dan ikan goreng. Ikan goreng pulak ikan selar kuning yang miniscule size tu. Kuantiti nasi memang la secukupnya makan dengan lauk. Selesai makan tinggal daun pisang dengan kertas suratkhabar je. Satu lagi perkara menarik pasal nasi lemak ni, sambal dia diletak dalam plastik yang dipotong segiempat, saiz lebih kurang 5cmx5cm yang dilipat dua. Menurut grand master chef iaitu mak aku, sambal tu diletak macam tu nak elakkan bercampur dengan nasi, untuk elakkan basi. Masa tu aku yang umur 11 tahun pun kagum dengan makcik jual nasi lemak tu. Memang teliti.

Lebih kurang macam ni, tapi takde ikan goreng pulak. Timun tu kasi kurang sikit.

Sekarang ni aku perhatikan ada juga kedai-kedai makan yang jenis kuantiti makanan, tak kira la nasi goreng ke, mee goreng ke, jenis menimbun satu pinggan. Harga dah tentu la lebih mahal. Ada kawan aku cakap, "nanti dia bagi nasi sikit kau cakap cekik darah pulak". Kalau kuantiti nasi sikit kena la proportional dengan harga. Betul tak?

Satu hal lagi pasal restoran francais. Yang jual western food sampai belas-belas ringgit tu. Serius la aku rasa portion makanan dia tak sesuai dengan culture Malaysia. (ke aku je yang fikir macam ni?) Cerita pasal western food ni, kat JB ada satu gerai jual western food dengan harga RM5.00, tapi berpadanan la kuantiti dan harganya. Size makanan western dia pun sedang-sedang je. Tapi nak pergi beli memang jenuh la menunggu sebab situ orang selalu ramai. Eh, kat situ dah prove satu point aku pasal kuantiti makanan tu.

So aku cadangan peniaga kat luar sana berpada-pada la dalam estimate kuantiti makanan tu. Kalau tak habis makan terbuang macam tu je membazir pulak, kalau makan sampai habis mahu obese gua nanti. Pelanggan tak semestinya nak kuantiti banyak, secukup rasa la.

Tuesday, August 9, 2011

Ekonomi Amerika, ekonomi kita

Beberapa hari lepas S&P dah downgrade Amerika punya credit rating. Dari AAA ke AA. Korang nak tahu apa tu credit rating pergi baca http://en.wikipedia.org/wiki/Standard_&_Poor's. Sebelum tu Obama naikkan lagi had hutang atau ceiling debt untuk Amerika beberapa jam sebelum Amerika diisytihar muflis. Nak tahu berapa hutang Amerika? USD14,591,038,450,827. Lebih kurang la, atau 14 trillion.

Obama malangnya mewarisi segala hutang dan masalah dari George W Bush. Masa George W Bush masuk White House hutang Amerika hanya lebih kurang USD 5 trillion. Itupun hasil ekonomi yang boom masa zaman penzina bernama Clinton. Si Clinton ni pandai urus ekonomi tambahan pula masa tu zaman internet boom at Amerika. Tambah lagi bini dia Hillary Clinton tu Yahudi. Kan Yahudi pandai jaga duit. Israel tu tanah tandus je, tapi ekonomi negara dia mana ada defisit. Surplus je. Masa recession 2008, Israel ada almost USD 40 billion reserve in foreign currency.

Zaman George W Bush pulak banyak spend duit untuk perang dan lagi bodoh ialah dia kurangkan potongan cukai yang lebih banyak benefit untuk golongan kaya. Dua polisi bangang dia ni menambah hutang Amerika.

So kalau ekonomi Amerika fucked up, Asian countries are next. Global beb. Amerika adalah pengguna terbesar, Asia pula adalah pengeksport terbesar. Amerika takde duit, sapa mahu beli barang yang korang eksport? Ini belum cerita lagi domestik punya kesan. Interest rates and so on. Unless korang truely takde hutang piutang dan dilahirkan kaya raya.

So apa plan kita kalau jadi lagi recession dalam masa terdekat? (siapa jawab tunggu kerajaan punya plan memang bangang). Ada prophecy kata economic downturn setiap 10 tahun, 1988, 1998....2008. So next ialah 2018? Ini baru tahun 2011.

Ada buku ekonomi bertajuk "Joseph Cycle" yang mengaitkan keadaan ekonomi dunia sekarang dengan kisah Joseph dan Pharaoh dalam Bible. Bagi umat Islam, kisah dalam Al-Quran. Nabi Yusof a.s. dan Firaun. Pasal 7 tahun makmur dan 7 tahun merudum. Menyimpan pada masa makmur untuk digunakan masa merudum. So adakah sebenarnya kita dah keluar dari recession atau sebenarnya recession baru nak mula dari 2008?

Buat masa sekarang ni kurangkanlah hutang-hutang. Simpan duit untuk hari-hari hujan (rainy days). Berbelanja ikut kemampuan jela. Terutama time musim perayaan ni.

Sunday, August 7, 2011

Sogok Duit Tukar Agama

Dalam seminggu ni aku asyik baca cerita murtad je. Semua nak jadi champion.

Aku quote Berita Harian, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pujukangereja/Article/...

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini."

Tahu tak siapa yang jadi champion? Siapa yang jadi loser? Dalam banyak situasi yang jadi loser golongan yang sama. Bloody hell, kalau serbu 1000 gereja pun kalau pihak-pihak berkaitan tak boleh nak address masalah macam ni, korang takkan dapat settle isu ni. Aku tunggu pihak berkaitan baitulmal ni jawab berita ni. Sudah-sudah la isu DNA babi tu sekejap.

Aku percaya masih ramai orang susah yang ada kat negara kita ni. Terhimpit siang dan malam, tambah pulak kos kehidupan yang makin lama naik mencanak-canak. Ada yang bernasib baik dan cukup kudrat boleh la kerja siang dan malam. Tapi kalau yang tak terdaya?

Tak payah cerita keutuhan iman, pegangan agama, kisah kesusahan sahabat Nabi S.A.W. kena hempap batu boleh bertahan dari murtad. Isu kat sini ialah menolong orang-orang susah atau orang-orang miskin. Kita gagal nak nampak sebab kita selalu tengok dari mata kita sahaja. Cuba kalau kau membesar kat lorong-lorong. Makan satu kali je sehari. What if we are in their shoes, apa pilihan kita? Tambah pula ada pihak yang datang nak hulur bantuan? Masalahnya kenapa bantuan bukan datang dari pihak baitulmal?

Inikan puasa nak mengajar kesusahan dan keperitan fakir-fakir miskin pun kita boleh spoilt pergi buka puasa kat hotel? Dari subuh hari sampai maghrib belajar erti keperitan orang-orang susah tapi sampai waktu berbuka bermewah-mewah pula? Happy ending untuk hari yang susah? Apa ingat semua orang-orang miskin ni dapat happy ending ke, even lepas masuk Bersama Mu belum tentu dapat happy ending.

Kat sini the real isu ialah macam mana kita tolong orang-orang fakir miskin dan orang-orang yang tak berkemampuan. Come on la, tak payah jadi genius nak nampak problem ni.

Anyway, mari kita bayar zakat pendapatan, zakat harta, zakat fitrah, dan berdoa agar duit-duit tu sampai ke pihak yang berhak.

Thursday, August 4, 2011

Telemarketing

Bangang, bangang.

Aku pernah dapat sms  macam ni..."Salam 1Malaysia..."

Hari ni dapat panggilan dari budak jual insurans, intro dia "Salam 1Malaysia..."

Macam mana agaknya aku nak jawab? Waalaikumsalam ke? Good morning ke? Ni fahaman mana ni bagi salam macam ni? Telemarketing ni hobinya nak menyakat aku ke? Tak sweet la cam ni.

Bangang betul la. Ingat ye, jangan diikut.

Wednesday, August 3, 2011

Topik Hari Ini: Baju Peluh

Selamat sejahtera murid murid. Disebabkan saya berada dalam negeri Selangor maka saya tak boleh ucapkan Salam 1 Malaysia. 
Hari ni cikgu nak ajar tentang topik: "Baju Peluh". Fenomena baju peluh ini banyak terjadi dalam aktiviti seharian baik di rumah ataupun ditempat kerja. Kadang kala sedang kita berjalan berjalan pun boleh terjumpa dengan baju peluh ini. Ada pun definisi baju peluh adalah pakaian yang telah di menjadi pusat pembiakan bakteria peluh dan mampu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan kepada orang sekeliling tetapi tidak memberi kesan kepada pemilik bakteria tersebut. Hafal ya murid murid. Soalan definisi selalunya soalan wajib setiap tahun.
ini bukan bekteria peluh


Baju Peluh terdiri daripada beberapa kategori:

1. T-Shirt Peluh: Selalunya terdiri dari t-shirt cotton. Biasanya baju ini mula membiakkan bekteria bila selalu digunakan dalam aktivit sukan seperti bola sepak, badminton, berjogging dan sepak takraw. T-Shirt peluh biasanya tidak mengeluarkan bau apabila kering. Tetapi jika ada setitik peluh keluar dari badan, ia akan trigger bau busuk untuk keluar. Selalunya pemakai t-shirt peluh takkan perasan. Hanya bila ada teguran "Weh bau badan ko cam B*** lah" baru si pemilik bekteria akan perasan. Tahap bau biasanya antara 5 sehingga 6 bintang. Busuk tapi tidak menyengat. Kesan dari exposure kepada t-shirt peluh: Perasaan sedikit kurang senang.
murid murid di minta mengisi caption sendiri


2. Jeket Busuk Peluh: Jeket ini biasanya digantung didalam opis tempat bekerja di kerusi si pemilik. Ianya digunakan di awal pagi kerana sejuk dan juga waktu tghari terik matahari direct atas kepala kerana nak tunjuk macho dgn staff pompuan kat kantin. Jeket ini merupakan Baju Peluh yang paling obnoxious sekali kerana biasanya orang sekeliling tak termampu nak tegur si pemilik kerana bau mmg busuk nak mampus. Si pemilik biasanya sudah immune dgn bau tungkik jeket dia dan tidak sedar bahawa dia mampu menyebabkan  keracunan kepada orang sekeliling. Tahap bau biasanya 9 sehingga 10 bintang. Bau busuk tahap tungkik. Kesan dari exposure: migraine, rasa nak tumbuk pemilik dan mungkin juga pengsan bagi mereka yang imannya kurang.
gambar hiasan semata. tidak bermaksud menyindir logo di jeket itu

Bagaimana mengendalikan situasi jika di datangi pemakai Baju Peluh ini?
1. Sound direct jika anda kenal rapat dengan pemilik.
2. Buat buat kipas muka-seolah olah panas.
3. Tutup hidung- macam ada selsema
4. Kalau ada spray-apa jua (minyak wangi @ baygon) spray di sekeliling pemilik baju peluh
5. Buat buat tanya "Ada tikus mati ke kat sini?"
6. Promote pewangi ketiak yang ada di pasaran.

Baiklah murid murid. Itu sahaja kelas untuk hari ini. Sila ulangkaji sebelum peperiksaan ok.

Abang Kredit Kad

truuttt truuuttt! (aku pun angkat la jugak sebab dia dah call 84 juta kali tapi aku tak angkat, mana la tau kot2 emejensi)

Aku: ye nak cakap ngn sapa
Pemanggil: ni encik udin ye?
Aku: haa iye. awak nak cakap ngn sapa?
Pemanggil: saya daripada bank rimau membuat panggilan. saya nak tau bila cik udin nak amek kad kredit cik udin ni? dah seminggu lebih dah ni ada kat cawangan rimau XXX (nama cawangan sengaja dirahsiakan)
Aku: eh saya tak pernah apply kad kredit, camana boleh ada eh?
Pemanggil: ooo saya pun tak berapa pasti. tapi ni ada kad atas nama cik udin ni, nak kene datang amek untuk tuntut.
Aku: iyelah, kalau nama saya pun, saya tak pernah apply. camana boleh ada? saya tanak pakai la kad kredit.
Pemanggil: tapi kad encik ni dah activate. ada 2 kad ni, visa dgn ameriken ekpress gold.
Aku: ai bila pulak la saya activate kad tu semua. saya apply pun tak pernah. saya tanak la.
Pemanggil: camni la cik udin, cik udin ada bukak akaun ke aritu?
Aku: haa iye memang ada saya baru bukak akaun kat bank rimau ni. tapi akaun simpanan biasa. saya tak apply kad apa pun
Pemanggil: ooo cik udin ada dapat dah kad akaun simpanan tu? kad yg mana satu eh?
Aku: saya ada la dapat kad, mmg on the spot dia terus kasi. kad ada buah ceri kat depan dia. haa kad tu bagus, dia boleh keluar duit. kad hutang saya takmo
Pemanggil: aaa sebab cik udin bukak akaun aritu, dia otometik dapat kad kredit gold ni.
Aku: awak kasi saya kad platinum ke, timah ke, plumbum ke semua saya tanak. saya tak mintak.
Pemanggil: tapi kad ni dah activate cik udin
Aku: saya tak pernah amek kad tu, tak pernah sign apa2 pun...camana kad tu boleh activate?
Pemanggil: saya pun tak berapa pasti. saya ni membuat panggilan sebab nak mintak cik udin amek kad kredit ni je
Aku: eh awak kalau suruh pun saya tanak amek la. kalau saya tak amek, camana dia boleh activate betul? kalau saya tak pakai, camana boleh ada bil? awak gunting pun takpe kad tu...biar je la dia kat cawangan rimau awak tu
Pemanggil: kad encik ni nak buat camana sekarang?
Aku: eh kan saya kata tadi saya tanak. boleh saya tau nama awak, no pekerja dan nama supervisor? senang saya nak trace balik dgn sapa saya cakap ni nanti masa saya dtg nak buat komplen
Pemanggil: oh kalau cik tanak tuntut kad ni, takpe lah. mekasih....
....kluk! tepon putus



nama pemilik adalah imaginasi semata

Tuesday, August 2, 2011

Recycle

Korang pernah hantar apa-apa barang recycle tak? Kertas, plastik, kaca? Kalau jawapan korang recycle makanan masa makan malam untuk sarapan pagi, maaf aku tak accept.

Recycle ni tak payah aku nak hurai panjang. Pergi la baca http://en.wikipedia.org/wiki/Recycling.

Aku pernah pergi recycling center kat belakang BBU hantar kotak-kotak, kertas, botol plastik. Jual semua dapatlah RM93. Kira oklah tu sebab barang-barang tu semua hasil buangan perkakas kuih raya yang bini aku beli. Tapi cerita tu tak cukup anzal lagi kalau dibandingkan dengan kisah tokey recycling center tu yang pakai baju pagoda dengan seluar pendek paras lutut beli kat reject shop tapi drive Porsche. Kat area belakang BBU tu (Tampoi Industrial area) ada 2-3 tapak atau recycle center.

Kat situ dah terlintas kat kepala hotak aku berapa agaknya margin untung bisnes recycle ni. Tak payah nak suap mana-mana pegawai, nak entertain pergi hotel, pakai bomoh pelaris, atau pun buat sales. Teorinya macam senang kan? Senang macam meniaga Astro. Tapi susah-payah meniaga barang recycle ni mungkin Porsche tu yang tau.


Selain recycling center ni hari-hari pun ada recycling center bergerak. "surat khabar lama...besi lama...tilam lama...bateri lama..."  Tiap-tiap bulan aku mesti tahan lori recycle ni. Bukan tahan nak pau duit. Tahan sebab nak jual barang recycle. 90% barang recycle itu ialah gabungan flyers, booklet shopping complex, booklet hypermarket. Hari-hari balik kerja dah jadi rutin pungut flyers, booklet, etc dalam mailbox.

Flyer yang masuk dalam mailbox masih boleh dimaafkan lagi berbanding selit kat pintu pagar atau campak je ke car porch tanpa mempedulikan perasaan tuan rumah. Dulu masa aku duduk rumah sewa hampir setiap hari penuh dengan kad-kad promo ahlong. Campak merata je. Kalau lambat sapu car porch, kad ahlong kena air hujan terus melekat kat tile. Pedih ulu hati nak tanggalkan sambil maki. Itu belum kira yang melekat kat cermin kereta.

Sebulan kumpul flyer, booklet jual kat apek suratkabar lama dapatlah average RM8. 10 bulan dah jadi RM80. 100 bulan dah jadi RM800. Itu aku belum kira 1000 bulan lagi tu. LOL. Tapi aku respek la apek-apek lori recycle ni. Ada je dia kat mana-mana. Kalau tak untung takkan diorang buat kan?

p/s: masa aku pergi recycle center kene bagi info, ic number, etc. supaya senang nak trace if anything happen atau polis datang cari besi hilang, TNB datang cari copper substation hilang. Sekarang ni besi penutup longkang pun diorang hantar pergi recycling center.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Mengerjakan Puasa Ramadhan 1432 Hijrah

Selamat mengerjakan ibadah puasa, Ramadhan 1432 Hijrah kepada rakan-rakan Sungai Chat dan 2-3 orang pengunjung setia blog ini. LOL.

Berpada-padalah membeli masa bazar petang-petang tu. Beli banyak-banyak lauk atau kuih-muih pun bukan semua boleh telan. Lagi satu sejak akhir-akhir ni kualiti makanan kat bazaar macam hampeh. Terpaksa buang sebab kuih rasa macam telan tepung gandum semata.

Ingat lagi berita ni tahun lepas? http://www.bharian.com.my/articles/9_000tandibazir/Article

Friday, July 29, 2011

Tua, Muda versi Astro

Pandai betul Astro buat bisnes.


Versi muda.


Versi tua.

 

Thursday, July 28, 2011

Hero-hero gua

Malam tadi gua bengang. Tapi takpe, gua bangga sebab masih ada hero di sebalik sampah-sarap yang ada dalam team Malaysia semalam. Player nombor 2, Mahali Jasuli siap berjalan beb atas padang, pancit. What the hell? Takpe jangan kita berfikiran negatif...Tapi kalau ikut emosi gua mahu je aku maki sekor-sekor defender Malaysia kat sini.


Hero-hero gua.


Safee, Kunalan, Amirulhadi (sikit kat belakang...) S.Kunalan unsung hero dalam setiap game Malaysia. 90 minit berlari dan setiap attacking movement Malaysia mesti dia involved. Safee macam biasa la. Kau bagi dia half chance pun dia boleh score beb, tengok jela masa game kat Stadium Singapore dan game lawan Liverpool. Sebab tu gaji dia puluh-puluh ribu. Amirulhadi pun ada game yang baik tadi, walaupun tak perform sangat macam kat Stadium Singapore aritu. Masa first half banyak cover Mahali Jasuli yang jadi lubuk serangan Singapore.




Khairul Fahmi. Kalau takde mamat ni confirm Malaysia kalah 3-4 biji gol. Serius der gua salute lu. Baik lu blah je cari kelab Korea ke, Jepun ke, kelab Indon ke, dari main dengan team Kelantan. Masa tu barulah gua boleh support kelab lu der. Takkan gua nak support team Kelantan pulak.

p/s: kepada pemain Malaysia yang gua tak sebut tu jangan kecik ati. Lu orang main macam standard team MSSD Kulai.

Tuesday, July 26, 2011

Komen FTW dan LOL

Kepada pembaca berita mainstream, tolonglah baca kalau terlepas berita ni semalam. Isi utama berita tu, PBT kat KL, DBKL nak kenakan saman kepada rumah dan premis komersial yang takde tong sampah. Saman RM300, bukan calang-calang. Tak pasti pulak kalau ada buat diskaun saman masa musim Mega Sale.


Nak baca berita penuh sila lah klik link ni....

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TiadatongsampahkenaRM300/Article

Tapi berita tu tak best sangat kalau nak dibandingkan dengan komennya...Klik untuk baca lebih jelas.



Ini baru dikatakan komen padat dan lengkap. Perasaan puas hati apabila baca terasa macam nak beritahu jiran sebelah rumah.

Terima kasih Berita Harian kerana tak filter out komen tu. Aku tahu lah, sebab hampir 90% komen aku tak keluar kat BH. LOL

Tuesday, July 19, 2011

Kalau air con kereta lu rosak,lu ganti air filter : Part 1

Sungai chat sudah lama kekeringan dari entry RAGE, oleh itu... setelah mendapat SMS ringkas dari zul supaya pengalaman celaka me'repair' air cond kereta dapat dikongsi bersama dalam blog sungai ni, aku dengan dengan sukacitanya membawakan

-Kalau air cond kete lu rosak, lu ganti saja air filter-

Hah , apa macam? ada sesuatu yang tak kena? Mari jujur dengan diri sendiri...Anda tak perlu belajar kejuruteraan mekanikal universiti tempatan mahupun di jerman untuk menganalisa frasa ini... tak perlu jugak amik sains stream untuk anda rasakan ada sesuatu tak kena pada pernyataan tadi. Cukup sekadar punya akal yang mumaiz untuk anda ragui kebenaran ayat itu.

Mari kita selami sejenak asal usul dari mana datangnya pernyataan itu. Hari Ahad yang lepas, air con kereta aku secara tiba-tiba berhenti berfungsi. Cuma angin saje yang keluar, rasa sejuknya takde. Kebetulan haritu panas, maka angin yang keluar tentulah juga angin panas. Aku takde la rasa berbulu sangat sebab memang dah 4 tahun aku pakai kete tuh tanpa ada problem, hari hari pakai, so mungkin dah sampai jangka hayat untuk air cond tu untuk rosak. Kalau aku pakai proton mungkin aku akan kagum sebab selepas 4 tahun baru nak rosak, itu dah kira diluar norm bagi proton.

Mulanya malas nak betulkan cepat cepat, tapi apakan daya, ada anak kecil yang tak tahan dengan keadaan tanpa aircond. Kalau ikut aku memang tadahal, bukak tingkap pon dah ok, tapi tangisan tanpa henti anak kecil itu sepanjang perjalanan pulang membuatkan aku terus mencilok masuk ke sebuah kedai yang tertera ' Air- cond dan asesori kereta '. Udah le hari ahad , petang pulak tu, so takde la banyak pilihan kedai untuk aku jadik pengguna bijak buat perbandingan harga, dah kedai itu je yang aku jumpa maka aku belasah aje dengan harapan , masalah air con ni dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Weh lu tengok kan air con kete ni, tak sejuk la, baru hari ni jadik" kata aku pada salah seorang pekerja kedai yang sekali imbas aku ingatkan adik Paiz. "Lu jangan tukar apa apa dulu, lu check dulu apa rosak, kemudian bagitau berapa baru tengok mau tukar ke tak." tambah aku lagik. Adik pais wannabe pon mengangguk tanda setuju dan paham. Tengah tengah bulan ni kena la tengok dulu, berapa harga , sebab ni kira kontijensi, takde dalam bajet, kang defisit pulak aku. Dah la kewangan negara asyik defisit, tak kan aku pon nak defisit.

Sedang elok adik pais wannabe membuat checking, tetibe datang seorang lelaki berumur tapi bling bling yang aku agak towkay kedai tu dok belek belek kete aku. " chong cheng chong cheng chong cheng cheng" kata towkay tu pada wannabe. " cheng chonng cheng chong cheng chong" jawab si wannabe pada towkay. Aku lantas hangin dan bertanya "apahal?".

"Bos, lu punya air con compressor sudah rosak, gas pon sudah tarak" jawabnya konfiden pada aku. Aku tanya lagi, " Abis tu berapa harga kalau ganti?".

Sila baca betul betul dan pahamkan soalan aku tadi tu, aku bertanya harga kalau ganti air con compressor tu. Soalan ni amat mudah difahami, even kalau ko amik paper Julai pun ko sepatutnya mampu paham soalan ni, tiada soalan trik yang memerlukan kupasan maksud tersirat dan tersurat dari soalan tu. Very straight forward question. Maka jawapan yang kita expect semestinya ialah harga tukar air cond compresser tersebut.

Tapi... towkay bling bling mengeluarkan telefon dari kocek sakunya sambil berchong cheng lagi dengan ntah sapa dihujung talian. Habis sahaja bertelefon dia pandang aku, "Ok bos, barang ganti ada stok, itu orang sekarang ondway hantar barang, lu kira lucky la bos, sebab dalam stor masih ada stok, sebab aaa hari Ahad memang susah kalau dalam stok takdak". Aku tanya lagi, "abis tu berapa harga kalau tukar compressor tu?. " Lagi sekali dengan muka konfiden towkay tu jawab " dont worry bos, barang ada, saya punya orang dah onway dia duduk dkat sahaja" sambil mengacungkan tangan menunjuk nunjuk ke udara .

Tentu para pembaca budiman sudah dapat mebayangkan betapa cheebyenya situasi itu ahaha.
kali ketiga aku tanya harga pon dia masih tak menjawab soalan, lepas aku tanya kali keempat dengan nada yang keras baru lah dia nak jawab soalan aku, "RM 175.00 saja bos" jawabnya ketat. Memandangkan harga yang dia sebut tu masih dalam bajet aku sebab aku bajet lebih dari tu, maka aku pon bersetuju aje untuk teruskan urusan tu.

Tak habis disitu, sang towkay memanggil beberapa orang ah beng iaitu pekerjanya pekerjanya yang lain dan bercakap dalam bahasa yang aku tak fahami lagi buat seketika. Setelah towkay habis berbicara, Ah Beng-Ah beng yang berambut ala K-pop mula mengelilingi kereta aku. Aku biarkan aje, sebab aku ingat diorang beramai ramai nak siapkan repair air con kete aku.


Dengan berkerumunnya ah beng dikeliling kereta aku tu, bermulalah bibit bibit memori yang jahanam. Ada sorang ni, gaya konfiden umpama tahap konfiden dR . rozmey dan filem 40 jutanya, masuk sebentar dalam kedai dan kemudian keluar semula sambil membawa sebuah kotak ditangan, tanpa banyak bicara dia terus buka kotak, keluarkan barang tadi sambil dengan sengaja mengoyakkan plastik depan aku, cehh konon nak tunjuk dia amik barang baru laaaa depan aku.

" lu mau buat apa?" aku tanya pada ah beng tu.

Bersambung.....


---Ahh banyak pulak masa aku spend nak tulis rage ni....disebabkan dah amek masa panjang untuk tulis ni, aku ingat aku stop dulu la, nanti aku sambung lagi. so apa yang dah tulis, aku jadikkan sebagai part1...complete rage akan menyusul kemudian dalam part 2---







Wednesday, July 13, 2011

Hantu Melayu No. 4

"Menghalau..."

Korang ingat cerita ni dah habis ke?Meh sini, aku sambung cerita.

Part menghalau atau pembersihan ni ada unsur LOL sikit. Aku tak pernah tengok actual punya acara melainkan kat TV. So expectation aku taklah tinggi sangat. Biasalah tv mesti exaggerate macam Udin punya cerita. Yang pasti tiada buka bumbung, tiada asap kaler kuning, tiada mangsa rasuk yang terapung kat udara melawan hukum graviti.

Masa kemuncak gangguan tu ada la 5-6 orang budak perempuan yang kena histeria. Semua yang kena histeria cakap benda yang bukan-bukan, maki hamun. Ada yang ketawa mengilai lagi lahanat. Dah mengilai lepas tu ketawa sorang-sorang. Biar menjerit-jerit bai, jangan mengilai. Masa tu lebih kurang pukul 3 petang. Satu lagi, kekuatan orang histeria ni berganda-ganda dowh. Entah berapa HP agaknya. Aku tengok 3 orang lelaki pegang kaki seorang budak ni pun masih sempat kena tendang lagi. Sangat ROFL. Maki hamun dan kata-kata nista jangan cerita la. Kalau di translate dalam english dah macam filem Shaft. Sarat dengan kata-kata nista.

Ada kakak admin rekemen seorang dukun perempuan dari area berdekatan. Katanya nak tenteramkan keadaan sementara tunggu ustaz dari masjid berdekatan sampai. Dah tipikal orang melayu kita, dah nak halau hantu atau jin baru la kenal ustaz atau imam. Satu lagi nak buat kenduri, keh keh keh. Lepas tu bomoh mesti ada je.

Anyway, part bomoh perempuan ni rupanya ada fungsi juga. Untuk dijadikan modal LOL. Budak-budak perempuan yang kena histeria dikumpulkan kat lobi kompeni aku. Hanya staf-staf berkenaan je yang dibenarkan masuk. Supplier pun tak boleh appointment hari tu. Disuruh balik. Lagi satu pelik, apesal aku pun kena pergi kat lobi ni? Sampai kat lobi Production manager bisik kat aku..."nanti duit pengeras masuk dalam bajet projek..." Aku tengok muka dia tersengih-sengih. Cilakak, patutlah dia panggil aku ke lobi.

Sampai je bomoh perempuan tu kat lobi, nampak gah semacam. Badan dah la tough macam Chyna WWE. Muka macam Adibah Nor. Itu belum sampai part yang best lagi. Dia masuk je terus lilit kain kuning ke pinggang, lepas tu satu lagi kain lilit kat kepala pulak. Cilakak, aku masa tu nak keluar air mata tahan ketawa. Dia dengan pembantu dia  mula berkumat-kamit entah apabende. Aku nampak ada 2-3 orang kakak production macam tak puas hati sebab diorang tu islamik sikit. Lagipun diorang tengah baca surah-surah dan ayat Quran. Tiba je dukun tu ada pula scene khurafat. Keh keh keh. Time ni aku terus blah, yang terlintas kat otak aku ni mesti fraud. Aku bab-bab bomoh ni skeptik gila. 1 jam kemudian aku datang balik, dukun tu dah blah. Orang kat situ cakap dia mintak RM1500 nak halau jin, lepas tu Production Manager bagi RM300 suruh dia balik. Dah aku jangka.

Tak lama lepas tu ustaz pun sampai. Rilek-rilek je orangnya. Dia mintak semua orang kat situ baca surah 4 Qul  (surah al-ikhlas, al-kafirun, al-falaq, an-nas) dan ayat kursi. Masa tu keadaan memang dah tenteram sikit. Lagipun aku rasa budak-budak histeria tu dah penat kot meronta-ronta, menjerit-jerit. Masa part ni aku skip sebab aku settlekan hal lain kat office.

Lebih kurang pukul 6 lebih macam tu, aku datang balik ke lobi. Ustaz tu pun dah balik. Menurut sumber-sumber kat situ, ustaz tu dah detect salah seorang budak yang kena histeria tu ada saka. Alamak, macam drama la pulak. Menurut sumber tu lagi, ustaz tu siap berdialog dengan saka tu. Hasil interrogation ustaz tu, saka tu di bawa dari Indonesia, peliharaan mak bapak budak tu untuk protect anak dia. FYI budak tu adalah staf yang datang dari Indonesia untuk training kat sini selama 6 bulan. Serius la saka boleh naik flight. Aku tak sure la dia naik MAS atau Garuda.

Sampai kat sini jela cerita ni. Ustaz tu punya nasihat amalkan baca surah 4 Qul tu, di samping ayat kursi. Lepas tu solat jangan di tangguh. Seminggu lepas tu Ustaz tu datang lagi untuk majlis tahlil dan baca yassin. Katanya jin dan makhluk halus ada je kat mana-mana. Dia siap spesifik tunjuk satu bilik kat 2nd floor. Bilik tu adalah bilik SRC (sports and recreation club) tempat budak-budak main carrom, main dart dan berkaraoke tu pusat utama. Random je dia tunjuk. Walhal dia tak tau pun bilik apa kat 2nd floor tu.

Sebelum aku lupa, bos aku call dari Jermen. Aku explain kat mamat Jermen tu dari awal kejadian sampai habis. Tak tau la dia faham maksud saka atau tak.

Tuesday, July 12, 2011

Hantu Melayu No. 3

sambung...

Insiden no. 4

"Bunyi tapak kaki"

Ni insiden aku yang encounter. Mesin terakhir yang aku receive ialah pre-cleaning machine bersaiz panjang 25 meter dan lebar 5.3 meter. Lokasi mesin ni kat hujung kawasan baru ni, terpencil sikit sebab first process. Area ni adalah yang paling notorious sekali gangguan. Menurut pakcik general worker merangkap Uncle Seeker kat kompeni aku, macam-macam kejadian kat sini. Katanya lagi, masa pembinaan bangunan kat sini 32 tahun yang lalu, kat sini tempat paling keras sebab banyak halangan kat sini. Tapi dari segi logik memang la banyak halangan, sebab kat area ni kawasan lembut sikit, lepas tu ada sumber air mata air. Tu yang payah sikit nak buat cerucuk dulu. Yela, teknologi pembinaan 32 tahun yang lepas, mana advance pun. Satu hal lagi yang aku muyskil pakcik ni baru kerja 25 tahun, camne gaya pulak dia boleh tahu cerita 32 tahun yang lepas.

Balik semula cerita mesin tadi...Macam biasalah ETA date dah due, barulah mesin sampai. Disebabkan delay, kerja-kerja kat area ni terpaksa la tangguh untuk bagi laluan kerja tempat lain dulu. Macam biasa, setiap equipment bersaiz gedabak besar sampai aku akan validate dulu sequence programming PLC. Biasanya aku akan check programming sorang-sorang, kalau ramai-ramai mau ribut kepala hotak aku nanti.

Berbekalkan laptop, multi meter dan test pen...aku mula buat kerja. Di sebelah machine ni terdapat satu lagi bilik yang masih in progress masa tu. 50 percent partition dah siap, selebihnya hanya gantung plastik-plastik untuk cover habuk-habuk. Bila angin tiup plastik tu bergoyang-goyang memang thrill la. Tambahan pulak masa tu kerja-kerja civil takde schedule hari tu. Keh keh keh. Tapi aku layan kan jela, malas nak fikir yang bukan-bukan.

Dah 2-3 jam aku kat situ aku dah mula rasa semacam. Sesekali tu rasa macam orang lalu lalang kat belakang plastik canvas yang dibuat partition tu. Aku buat tak nampak jela. Mungkin perasaan aku je atau pun teringat-ingat filem hantu Melayu yang aku baru layan sehari sebelum tu. Nak sebut tajuk filem tu kat sini pun aku malu. Lain kali jela.

Sampai satu tahap aku dengar macam bunyi tapak kaki orang sedang berjalan dengan laju kat belakang partition tu. Aku tengok lampu tak bukak. Siapa pulak berbaris dalam gelap kat situ.

Cilakak. Ini que aku untuk cabut.

Aku cabut kabel PLC, angkat tester terus blah, mesin tak shut down. LOL. Kalau samseng ke, genster kampung dusun ke boleh lagi aku bersemuka, bab-bab camni sori la.

Insiden no.5

"Tangan atau sarung tangan"

Ini antara insiden paling tragis. Pre-cleaning machine yang aku setup dah boleh berfungsi. Machine ni hujung process ialah drying. So ada guna heater, infra red heater, dan ultra violet light.

Ada satu hari tu, salah satu heater tak berfungsi. Kat touch panel mesin tu tunjukkan ada heater yang tak function. Canggih tak design aku? Anyway, aku suruh technician pergi check heater tu. Time tu aku dua orang je dengan technician aku.

 Technician tu pergi bukak tank heater kat hujung mesin, aku pula standby kat hujung satu lagi (kat touch screen atau main controller). Mesin tu panjang lebih kurang 25 meter. Tiba-tiba aku dengar dia menjerit tak memasal, dah tu berlari ke arah aku. Dengan muka pucat putih melepak walaupun kulit dia setaraf Adebayor, dia explain kat aku masa dia buka tank heater tu, dia ada nampak telapak tangan kat dalam tank tu. Aku tanya balik "tangan atau sarung tangan?" Dia jawab "tangan".

Aku tak buka pun tank tadi. Aku panggil 2 orang lagi technician aku datang ke situ. Diorang yang baru sampai buka tank tu tapi tak nampak apa-apa. Tapi serius la muka technician aku pucat lesi macam tepung gomak. Lepas tu dia MC 2 hari.

Insiden no.6

"Siapa tarik?" 

Di tempat yang sama, machine pre-cleaning. Aku habiskan masa 4-5 hari juga untuk test semua sequence.

Satu hari tu, aku bagi dry run  mesin ni. Dry run ni adalah term engineering bermaksud test mesin atau equipment tanpa apa-apa loading, lebih kurang latihan perang tanpa peluru hidup la camtu. Aku mula test lebih kurang pukul 2 petang. Sampai lewat petang sikit aku datang balik ke mesin tu dengan technician aku.

Aku tengok loading conveyor tak bergerak. Kepada yang tak faham apa itu conveyor, kalau korang pergi Sushi King ada conveyor. Tempat diorang letak sushi yang bergerak pusing satu restoran tu. Itulah conveyor.

Ok balik semula cerita. Aku check balik panel kalau ada apa-apa error. Tapi semua ok je. Jadi aku decide untuk test motor conveyor tu, in case ada short circuit atau bearing problem. Aku suruh technician aku biar motor conveyor free-run dulu. Maksudnya biar motor pusing tanpa pusingkan conveyor. Apabila dia test, ok pulak.

"Alamak, motor ok je. Dia tarik conveyor kot, tak kasi jalan..." sambil ketawa kecil technician aku buat lawak celupar mintak pelempang. Aku ada jugak standby nak kasi terajang.

Tengah technician aku buat connection motor dan conveyor, tiba-tiba dia bersuara...

"Eh, eh....tu tu tu....." sambil muncungkan bibir menghala ke belakang aku.

Aku pun pusing. Punyalah berderau darah aku sampai 139/89 mmHg rasanya. Salah satu pintu tank mesin pre-cleaning ni terbuka sendiri slow-slow. Pastu boleh pulak tertutup sendiri. Walhal mesin dah stop. Untuk info semua, pintu auto takde dalam design aku.

Aku terus ajak technician aku cabut dari situ. Nak tunggu lama-lama pun buat apa. Sambil jalan aku maki mamat tu sebab mulut celupar.

Insiden no.7

"Imigresen Singapura"

Setelah selesai semua testing dan commisioning, tibalah masa engineer R&D dari Singapura datang untuk trial run produk baru ni. Salah seorang engineer tu berbangsa Melayu lulusan oversea. Dari UK. Aku ingat sebab dia ulang cerita 3-4 kali kat aku. Sorang kawan aku yang study kat Jerman camni jugak. Layankan jela.

Dia ni kira oklah kalau dibandingkan colleague dia yang lain. Aku masih boleh berbual lagi. Yang lain tu nak berbual juga dengan aku, tapi selalunya aku jawab secara cynical jela. Keh keh keh.

Anyway, sebab tak mahu jadi kera sumbang kat tempat orang, dia join la aku dengan staf aku yang lain berbual-bual masa rehat. Salah satu topik ialah cerita-cerita pelik kat area baru ni lah. Macam biasalah, dia skeptikal. Mungkin kat negara dia takde hantu sebab negara maju sangat.

Selang seminggu lepas aku cerita, dia tanya aku balik pasal budak histeria la, nampak benda pelik lah, mimpi pelik lah, 'benda' ikut balik lah. Aku pun ketawa jela dengar dia punya cerita. Aku cakap kat dia "mimpi takpe, jangan nampak depan mata dah la..."

3 hari lepas tu, pagi-pagi buta dia cari aku kat ofis. Dia mula buka cerita.

Dari Singapore, dia bawak 2 orang penumpang. So total dalam kereta ialah 3 orang. Sampai di CIQ Singapore, imgresen kat situ minta 4 passport. Dia ni drive Hyundai Santa Fe. Kenderaan 4WD memang jelas lah nampak siapa kat dalam kereta. Dia pun hairan bin ajaib kejap, walhal dalam kereta ada 3 orang je.

Tapi pegawai imigresen tu tetap berkeras minta 4 passport. Pegawai imigresen tu sampai keluar dari booth dia untuk check betul-betul. Sampailah dia puas hati ada 3 orang je dalam kereta tu. Pegawai tu memang nampak 4 orang kat dalam kereta tu katanya. Pegawai imigresen Singapura tu pun hairan juga. Siapa atau apa?

Passenger kat dalam kereta mula resah dan pandang sesama-sendiri. Tambah pulak si brader ni buka cerita hantu yang aku cerita kat dia aritu. LOL. Timing nak cerita pun salah pada hemat aku.

p/s: Satu lagi aku nak tambah, insiden 1, 2, 4, 5, 6 berlaku dalam linkungan pukul 5.00 petang hingga 5.30 petang.