Showing posts with label kredit kad. Show all posts
Showing posts with label kredit kad. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Agen jualan melalui telefon sememangnya menjengkelkan

Aku yakin semua orang yang berkerjaya, yang pakai henphone selepas buat permohonan kad kredit atau apa apa loan dari apa apa bank akan dapat panggilan panggilan tahi dari manusia manusia yang kerjanya menjual insurans, jual kad diskaun, jual keahlian kelab kelab kesihatan dan sebagainyalah.

Actually kerja tu tak salah dan aku pon tak salahkan mereka sebab mungkin dah takde keje lain nak buat, atau mungkin tertipu untuk kerja tu, atau alasan yang paling sial sekali memang born untuk sukses dalam kerjaya sebagai agen jualan melalui telefon.

Tapi modus hampir semua operandi agen agen ni adalah sangat menjengkelkan.

1. Ntah pokemak mana tah yang kasik dagang details kita sampai agen agen ni boleh dapat no contact kita... suspek utama dan yang konfem adalah staff bank.

2. lepas aje dia konfem kita bercakap, terosss bebual tak berenti promot barang yang dia nak jual

3. Gunakan elemen elemen nak tambah point jualan macam ayat ayat alquran, kalau terjadik itu ini, nauzubillahiminzalik la, ntah banyak lagi ayat ayat yang aku rasa tak perlu pun.

4.kalau kita kata tak mau, selagi tu lah dia cuba jugak nak cucuk line, aku tak kesah memang itu kerja ko, tapi, cara tu yang buat orang rasa, kalau face to face dah lama kena tinju shinjuku. Cakap elok elok kita tak mau, masih tak paham bahasa, sampai nak mencarut baru diorang berenti (tak semua la macam ni).

5. Bila tanya mana dapat nombor dan detail, kenapa tak boleh nak bagi straight answer. seriously kalau ko boleh bagi tau mana ko dapat nombor telefon tu, aku akan respek apa yang ko tengah buat tu, dan sekurang kuranya dengar apa ko jual sampai abis dan kalau aku reject pun aku, aku akan reject dengan berhemah, sebab at least ko jujur. sama ada aku nak siasat dan buat aduan pada pihak berkaitan tentang pembocoran maklumat customer, itu lain cerita.


****Contoh perbualan aku 2 hari lepas****

agen telemarketer : " Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan apistempur"

apistempur : waalaikumsalam, hah ada apahal?

agen telemarketer:  begini encik, nama encik telah terpilih dalam sistem kami sebagai salah seorang yang layak untuk menerima skim perlindungan syarikat kami dimana encik dan keluarga layak........................................tiada medical check up ...........................nauzubillahiminzalik ....... boleh encik berikan alamat dan no kad kredit untuk tujuan pembayaran kepada skim ini.

apistempur: apa ko bebual ni, bila masa aku cakap aku setuju pulak? mana ko dapat nombor aku?

agen telemarketer :  Begini encik, nama encik telah terpilih dalam sistem kami. sebab tu kami offer encik dengan offer ni.

apistempur : sistem apa ko pakai tu? mana ada sistem yang boleh sebarang2 naik nombor dan detail orang? ni dah macam Person of Interest punya cerita..

agen telemarketer: sistem kami memang memilih nama encik kerana encik layak untuk menerima skim perlindungan ni, apa yang kami perlukan cuma alamat dan no kad kredit shaja dimana , polisi akan dihantar dalam masa 2 minggu dari tarikh perbualan ini dirakamkan,dan apa yang lebih menarik encik akan dicover immediately selepas perbualan ini

apistempur:  aku dah bagitau tadi aku tak minat, aku cuma nak tau pasal sistem ko tadi tu, apasal nama aku boleh naik...itu je, ko bagitau jela dari baruah mana yang jual detail aku.

agen telemarketer: ok terima kasih kerana sudi luangkan masa mendengar encik, minta maaf kerana mengganggu masa encik... ..toooot

apistempur : Fak u meng !

So kepada sesape agen agen telemarketer diluar sana, aku mintak maap la awal awal, kalau ko tertalipon aku, memang frst aku nak tau mana ko dapat nombor, sila sediakan jawapan yang munasabah atau sumber ko yang boleh buat aku percaya dari mana ko dapat nombor aku, selagi ko tak dapat jawab soalan aku, selagi tu aku tak berminat walau apa pon yang ko promot.

Apa pehal pon mari kita kongsi sama sama idea yang smart nak pedajal agen agen ni...



Youtube Published on Nov 7, 2012 by

Wednesday, August 3, 2011

Abang Kredit Kad

truuttt truuuttt! (aku pun angkat la jugak sebab dia dah call 84 juta kali tapi aku tak angkat, mana la tau kot2 emejensi)

Aku: ye nak cakap ngn sapa
Pemanggil: ni encik udin ye?
Aku: haa iye. awak nak cakap ngn sapa?
Pemanggil: saya daripada bank rimau membuat panggilan. saya nak tau bila cik udin nak amek kad kredit cik udin ni? dah seminggu lebih dah ni ada kat cawangan rimau XXX (nama cawangan sengaja dirahsiakan)
Aku: eh saya tak pernah apply kad kredit, camana boleh ada eh?
Pemanggil: ooo saya pun tak berapa pasti. tapi ni ada kad atas nama cik udin ni, nak kene datang amek untuk tuntut.
Aku: iyelah, kalau nama saya pun, saya tak pernah apply. camana boleh ada? saya tanak pakai la kad kredit.
Pemanggil: tapi kad encik ni dah activate. ada 2 kad ni, visa dgn ameriken ekpress gold.
Aku: ai bila pulak la saya activate kad tu semua. saya apply pun tak pernah. saya tanak la.
Pemanggil: camni la cik udin, cik udin ada bukak akaun ke aritu?
Aku: haa iye memang ada saya baru bukak akaun kat bank rimau ni. tapi akaun simpanan biasa. saya tak apply kad apa pun
Pemanggil: ooo cik udin ada dapat dah kad akaun simpanan tu? kad yg mana satu eh?
Aku: saya ada la dapat kad, mmg on the spot dia terus kasi. kad ada buah ceri kat depan dia. haa kad tu bagus, dia boleh keluar duit. kad hutang saya takmo
Pemanggil: aaa sebab cik udin bukak akaun aritu, dia otometik dapat kad kredit gold ni.
Aku: awak kasi saya kad platinum ke, timah ke, plumbum ke semua saya tanak. saya tak mintak.
Pemanggil: tapi kad ni dah activate cik udin
Aku: saya tak pernah amek kad tu, tak pernah sign apa2 pun...camana kad tu boleh activate?
Pemanggil: saya pun tak berapa pasti. saya ni membuat panggilan sebab nak mintak cik udin amek kad kredit ni je
Aku: eh awak kalau suruh pun saya tanak amek la. kalau saya tak amek, camana dia boleh activate betul? kalau saya tak pakai, camana boleh ada bil? awak gunting pun takpe kad tu...biar je la dia kat cawangan rimau awak tu
Pemanggil: kad encik ni nak buat camana sekarang?
Aku: eh kan saya kata tadi saya tanak. boleh saya tau nama awak, no pekerja dan nama supervisor? senang saya nak trace balik dgn sapa saya cakap ni nanti masa saya dtg nak buat komplen
Pemanggil: oh kalau cik tanak tuntut kad ni, takpe lah. mekasih....
....kluk! tepon putus



nama pemilik adalah imaginasi semata