Ok kenkawan. Selamat Hari Raya. Berhati hati di jalan raya. ada banyak gile speed trap. Kem salam kat mamak Yasin dan juga mamat emo Man Utd. Tapi aku takut yg emo pada malam raya adalah mamat yang pakai jersey Arsenal warna kuning. Jadi sila jauhkan mamat Arsenal tu dari mamat emo Man Utd. Di khuatiri pergaduhan berlaku. Atau pun kejadian tendang meja berlaku. Kalau apek misteri yg bawak plastik air tu lepak sekali tolong kem salam ya. MAAF ZAHIR BATIN.
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, August 17, 2012
Monday, August 29, 2011
Selamat Hari Raya 1432 Hijrah, Merdeka...Merdeka
Selamat hari raya 1432 Hijrah kepada semua geng Sungai Chat dan seperti biasa kepada 2-3 orang visitor blog ini. Keh keh keh. Eh, tak lupa juga kepada Deckard Cain. Soul searching bebeh. Yeah, aku tahu.
Apa lagi eh? Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin jika ada terkasar entri atau tertendang botol air. Dan selamat menyabut hari Kemerdekaan Malaysia...
Ok, aku embed short film untuk tontonan korang. Ya, ya memang hari raya punya iklan/short film sedeh-sedeh belaka dan gloomy. Apa nak buat beb, dah tengah musim bergembira ni dapat feeling sedeh-sedeh pun ok juga. Layannn jela. Opsss, sebelum aku lupa cuba korang off kan volume pastu sambil layan video baca skrip kat bawah yang di'author' oleh aku. LOL.
Pemuda: Assalamulaikum...
Ibu: Waalaikumsalam. Cari sapa encik?
Pemuda: Ni rumah Udin ke?
Ibu: Ya ni rumah Udin, tapi dia dah 5 tahun tak balik, beraya kat Jermen. Tengoklah kalau dia tak repeat paper lagi, tahun depan dia balik la. Ada apa encik?
Pemuda slow-slow bukak helmet.
Ibu: Ya Allah ya tuhanku....Udin, Udin dah lulus juga akhirnya kau...
Pemuda/ Udin: Ibuuuuuuuuuu!....Yeah lulusssssssss bebeh!
***********************************************************************
Sedang Udin lepak-lepak atas kerusi sambil update status kat FB guna henpon Samsung.
Ibu: Din...Ibu nak mintak sesuatu boleh?
Udin: Apa dia bu...(Udin reply ringkas je sebab tengah kusyuk komen kat wall awek dia. Tipikal gila sial)
Ibu: Belikan ibu almari baju....
Udin: Bu....almari tu bukan murah bu...kalau beli kat Cavenzi bukan leh caya. Takde warranty. Lagipun Udin bukan besar gaji. Ni sekarang pun tengah recession. Seminggu kerja 4 hari je. Esok nak balik Penang, duit lagi. Biar Udin resdesign jela balik almari tu. (Udin jawab panjang lebar sambil main henpon. Memang ciri-ciri anak derhaka penghuni neraka mintak terajang kat dahi)
************************************************************************
Video flashback masa Udin kecik-kecik. Masa dia main perang-perang dengan Shah Ezany dah Yaye. Masa dia mintak belikan beg Converse All Star kat Komtar, sampai mak dia kena minyak panas.
Video beralih ke Udin dewasa masuk ke bilik ibunya. Hatinya sebak dan nangis teresak-esak teringatkan jasa ibunya. Masa tu barulah dia sedar pengorbanan ibu dia. Ya, memang bangang. Benda simple camni pun takleh nak capture.
Udin kecik: Ibu, terima kasih sebab belikan Udin beg baru...
End.
Disclaimer: Skrip rekaan ni takde kaitan antara hidup atau mati atau berkait dengan Udin geng Sungai Chat. Kerana kami semua sedia maklum yang Udin adalah anak yang baik, hormat ibu bapa, dan kenang jasa ibu bapanya. Sekian, maaf zahir batin. LOL,

Kategori
raya
Tuesday, September 29, 2009
Makan Raya
Memandangkan yang aku orang johor, jadi bila raya makanan sinonim adalah soto nasik (bukan bihun soto) dan laksa johor. Malah, makanan paling best aku rasa dalam dunia ni adalah laksa johor. Kesedapan makan laksa johor...adalah apabila kita makan dengan menggunakan tangan dan bukan sudu garpu. Ia agak menggelikan untuk sesetengah pihak, especially bila kita pegi rumah orang lain. Jadi aku sarankan hanya buat di rumah mereka-mereka yg rapat (iaitu immediate family sahaja). Laksa johor special dia sebab dia pakai spaghetti. Jadi terbukti ada elemen italian dalam tradisi melayu johor. Dan ia dimelayukan dengan memakannya bersama sambal belacan. Memang maveles. Lain-lain yang menonjol makanan raya kat johor adalah lontong. Nasik impit tu kire universal, pasal buleh layan dengan semua jenis bende.
Gambar dirembat dari HomeKreation.blogspot.com tanpa kebenaran pemilik asal
Yang dah berbini orang negeri sembilan, akan mengfeelkan diri dengan rendang dan lemang secara abes original. Pasal ramai orang kata makanan ni semua asal dari minang. Diorang semua cite rendang kobau mmg syok. Aku ada rasa jugak...sedap mmg la sedap, dah sebulan tak makan waktu siang. Semua yang aku makan waktu siang rasa sedap. Tapi rasa daging jugak la. Zul kata daging dia lembut...lembut la kot. Kalau liat, sah sah aku baling ke dinding (ini adalah tindakan kong ajo, tolong jgn folo). Satu lagi yang agak ganjil kat n9 ni, daging salai masak lemak. Sedap mmg sedap...licin je aku layan. Tapi pasal makan daging dlm masak lemak...ada rasa mcm cannot go sket. Mcm kalau ada orang soh aku makan laksa johor pakai mee laksa kaler putih. Cet...
Papehal pun aku rasa makanan johor paling feel sekali kat mesia ni. Selain dari makanan masa raya, ada Asam pedas ikan, Murtabak Man Tomok (aku tanak panggil singapo pasal aku anti singapo), Mee Rebus Haji Wahid, Tauhu Bakar, Air Kathira Abu Bakar, Cikong sejuk (yang menggunakan ais mcm dlm ABC), Sup/Mee rebus Gearbok ZZ, Popiah SS Ali, Otak-otak Kempas....dan paling feel...roti tampal telur lembik restoran yassin...ahahahaha.
p/s: weh lama dah kita tak makan kat senibong la. tapi aku rasa ikan bakar dia tadekla power sangat. tapi layan je la....
Sunday, September 27, 2009
Malam Raya 2009 part 1
Malam raya kat Senawang memang mengarut.
Anak dara, mak dara bersepah-sepah, bapak dara bawak anak pagi-pagi buta (2-3 pagi bai) pergi bazar raya. Terasa macam kat Los Angeles. Sampaikan McD pun penuh. Penyokong Yahudi betul diorang ni. Ha ha ha. Walaupun hujan gerimis-gerimis manja, orang tetap berpusu-pusu kat situ. Shopping last minute kot.
Aku dengan Apis dan Faiz (lain kereta) berpusing-pusing cari mamak nak lepak. Semua penuh. Ada kosong pun sebab kerusi terdedah hari hujan. Kalau salji selamba jek aku redah.
Pusing punya pusing jumpa la satu restoran yang macam ada seat kosong untuk 4 orang (Faiz perlu 2 seat okehh). Kalau tak silap nama restoran tu Kundung Baruang. Ha ha ha ha. Masa Apis park depan kedai tuh, aku cancel sebab nampak keadaan restoran tu agak Eerie Indiana moodnya. Lalu aku beri signal telepati pada Apis untuk terus buat round sekali lagi.
Restoran berikutnya nampak macam Seafood Thai (aku suspek Kelantan) pun penuh juga. Yang kosong cuma tempat yang ada air cond. Pehh, kalau nak air cond dah lama kitorang pergi Starbuck atau Coffee Bean.
Next, jumpa lagi restoran Thai Seafood. Tapi nama restoran tu macam asal-usul dari Hogwart. Restoran Harry Seafood. Ha ha ha ha. Disebabkan tak mau terlibat dengan unsur-unsur sihir komersial ni, aku dan Apis teruskan perjalanan sampai la jumpa mamak (aku lupa nama) yang nampak macam boleh la nak lepak. Sambil Faiz follow dari belakang bising-bising. Faiz bising sebab Swift dia masih guna Ron97. Dah la masa mula-mula dia kena tipu tunggu kitorang kat Seremban 2. Ha ha ha ha.
Sampai kat mamak, bersalam macam cool, duduk dan order kat mamak. Aku terus memuji dengan kekaguman citarasa fesyen rambut Faiz.
bersambung...

Tuesday, September 15, 2009
Raya Datang Lagi...begitu juga open house.
Kawan-kawan raya datang lagi. Bila time raya ni, acara yang paling sinonim ialah open house. Ada beberapa perkara yang menyakitkan ulu hati bila cerita pasal open house ni. Aku bukan tak suka pergi open house, sukaaa...makanan best, jumpa member-member lama etc etc. Ni aku listkan base on personal experience. Aku tak letak nombor sebab nanti macam style Udin.
Tuan rumah bangga diri.
"Rumah ni I beli RM2 juta setengah. Tu pun dah dapat discount sebab I anak sedara Datuk x. Nasib baik gak la nak kejar schedule renovation siap sebelum raya. Kalau tak, I nak tambah lagi dua tingkat rumah ni. Tengok la next year, nak buat setinggi Thistle hotel".
Tuan rumah bangga tak memasal.
"Ni adik I, doktor." Buat pengetahuan semua, nama mamat tu dia tak sebut pun. Macam celaka. yela, mentang-mentang aku datang naik kereta Malaysia.
Catering diraja.
"Satu orang, catering ni caj lebih kurang RM180.00."
Yelah tu. Macam la aku takleh tanya kat mamat yang serve tuh pakej yang dia amik.
Tuan rumah tokeh MLM.
Yang ini paling-paling kena elakkan sebelum korang dijebak!
Tuan rumah promote anak gadis.
Yang ni paling takleh handle. Ni cerita masa aku bachelor dulu. Ingat aku desperate macam Udin ke? Aku malas la nak elaborate rupa fizikal anak dia. Nanti kurang pahala puasa.
Rumah terletak kat tempat jin bertendang. Bila kita sampai disambut oleh "Eh, susah ke nak cari rumah kitorang?" Kalau aku buat survey, aku berani kata 87.25% tetamu yang datang sesat. Next time tolong bagi kata-kata yang lebih inspiring kalau rumah kat tempat jin lepak-lepak.
Tetamu yang bangga cerita pasal kerja, busy tak kira masa.
Yang ni paling lawak. Time tengah berbual tiba-tiba orang tempat kerja call. Serta-merta jawab guna bluetooth. Lawak kan? Tau la kerja dengan oil and gas. Betul-betul tak kira masa. Cuti pun orang cari. Bila cerita pasal kerja, ditekankan pada gaji...3.1% jek kurang daripada gaji Najib.
Oklah, lepas aku listkan perkara-perkara kat atas ni pastinya jemputan open house aku surut dengan mendadak. Ha ha ha ha. Tapi majoriti rumah yang aku pergi semuanya ok. Korang ada apa-apa nak tambah lagi? Sila sila...

Tuesday, September 8, 2009
Terlalu Awal Untuk Tujukan Lagu Raya?
Khas ditujukan untuk Udin yang akan beraya SAMA seperti tahun-tahun yang sudah. Again...buat Udin, hayatilah bait-bait penuh makna ini. Feel beb lagu ni.
Tetamu datang tetamu pergi,
Namun tak tiba orang ku nanti,
Hanya sepasang kurung nan biru,
Menjadi teman mengubat rindu ku,
oh...
Tetamu datang tetamu pergi,
Namun tak tiba orang ku nanti,
Hanya sepasang kurung nan biru,
Menjadi teman mengubat rindu ku,
oh...
Subscribe to:
Posts (Atom)