Saturday, November 10, 2012

Agen jualan melalui telefon sememangnya menjengkelkan

Aku yakin semua orang yang berkerjaya, yang pakai henphone selepas buat permohonan kad kredit atau apa apa loan dari apa apa bank akan dapat panggilan panggilan tahi dari manusia manusia yang kerjanya menjual insurans, jual kad diskaun, jual keahlian kelab kelab kesihatan dan sebagainyalah.

Actually kerja tu tak salah dan aku pon tak salahkan mereka sebab mungkin dah takde keje lain nak buat, atau mungkin tertipu untuk kerja tu, atau alasan yang paling sial sekali memang born untuk sukses dalam kerjaya sebagai agen jualan melalui telefon.

Tapi modus hampir semua operandi agen agen ni adalah sangat menjengkelkan.

1. Ntah pokemak mana tah yang kasik dagang details kita sampai agen agen ni boleh dapat no contact kita... suspek utama dan yang konfem adalah staff bank.

2. lepas aje dia konfem kita bercakap, terosss bebual tak berenti promot barang yang dia nak jual

3. Gunakan elemen elemen nak tambah point jualan macam ayat ayat alquran, kalau terjadik itu ini, nauzubillahiminzalik la, ntah banyak lagi ayat ayat yang aku rasa tak perlu pun.

4.kalau kita kata tak mau, selagi tu lah dia cuba jugak nak cucuk line, aku tak kesah memang itu kerja ko, tapi, cara tu yang buat orang rasa, kalau face to face dah lama kena tinju shinjuku. Cakap elok elok kita tak mau, masih tak paham bahasa, sampai nak mencarut baru diorang berenti (tak semua la macam ni).

5. Bila tanya mana dapat nombor dan detail, kenapa tak boleh nak bagi straight answer. seriously kalau ko boleh bagi tau mana ko dapat nombor telefon tu, aku akan respek apa yang ko tengah buat tu, dan sekurang kuranya dengar apa ko jual sampai abis dan kalau aku reject pun aku, aku akan reject dengan berhemah, sebab at least ko jujur. sama ada aku nak siasat dan buat aduan pada pihak berkaitan tentang pembocoran maklumat customer, itu lain cerita.


****Contoh perbualan aku 2 hari lepas****

agen telemarketer : " Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan apistempur"

apistempur : waalaikumsalam, hah ada apahal?

agen telemarketer:  begini encik, nama encik telah terpilih dalam sistem kami sebagai salah seorang yang layak untuk menerima skim perlindungan syarikat kami dimana encik dan keluarga layak........................................tiada medical check up ...........................nauzubillahiminzalik ....... boleh encik berikan alamat dan no kad kredit untuk tujuan pembayaran kepada skim ini.

apistempur: apa ko bebual ni, bila masa aku cakap aku setuju pulak? mana ko dapat nombor aku?

agen telemarketer :  Begini encik, nama encik telah terpilih dalam sistem kami. sebab tu kami offer encik dengan offer ni.

apistempur : sistem apa ko pakai tu? mana ada sistem yang boleh sebarang2 naik nombor dan detail orang? ni dah macam Person of Interest punya cerita..

agen telemarketer: sistem kami memang memilih nama encik kerana encik layak untuk menerima skim perlindungan ni, apa yang kami perlukan cuma alamat dan no kad kredit shaja dimana , polisi akan dihantar dalam masa 2 minggu dari tarikh perbualan ini dirakamkan,dan apa yang lebih menarik encik akan dicover immediately selepas perbualan ini

apistempur:  aku dah bagitau tadi aku tak minat, aku cuma nak tau pasal sistem ko tadi tu, apasal nama aku boleh naik...itu je, ko bagitau jela dari baruah mana yang jual detail aku.

agen telemarketer: ok terima kasih kerana sudi luangkan masa mendengar encik, minta maaf kerana mengganggu masa encik... ..toooot

apistempur : Fak u meng !

So kepada sesape agen agen telemarketer diluar sana, aku mintak maap la awal awal, kalau ko tertalipon aku, memang frst aku nak tau mana ko dapat nombor, sila sediakan jawapan yang munasabah atau sumber ko yang boleh buat aku percaya dari mana ko dapat nombor aku, selagi ko tak dapat jawab soalan aku, selagi tu aku tak berminat walau apa pon yang ko promot.

Apa pehal pon mari kita kongsi sama sama idea yang smart nak pedajal agen agen ni...



Youtube Published on Nov 7, 2012 by

Sunday, October 14, 2012

Movie manusia sampah yang best nak mamposs

Aku post ni sejurus lepas tengok movie 'Hesher' . Memandangkan ada zul post pasal movie sampah sarap, aku nak up pulak satu movie terbaik. Ini mungkin agak slowpoke, tapi takdehal sebab movie ni pun kira release kat US 2011. Hesher , movie drama  yang aku rasa konfem tak masuk malaysia punya cinema. Rated R sebab banyak mencarut ahahaha. Drama filem dark comedy yang diolah oleh watak mamat hesher ni memang lawak dan dimasa yang sama macam sial. Aku pon tak tau la nak letak ni cerita apa, sebab campur macam macam ,serius ada, lawak ada, sedih ada, motivasi pun ada. (ahahahah bodo sial motivasi pulak)

Soundtrack dalam filem ni pun best best jugak, banyak diamik dari group metal metallica dan motorhead. Antara yang aku dapat tangkap, 'fight fire with fire', 'the shortest straw' 'rock out' ,'battery' dan ade la beberapa lain lagi .  So kalau tak tengok lagi , boleh la mula cuba cuba carik movie ni dan masukkan dalam watchlist kalian, sebab nye memang aku personally bagi, movie ni sebagai movie yang 'f***ing amazing'. Oh ye, movie ni mungkin tidak best bagi seorang Belieber

Quote filem Hesher - Life is like walking in the rain... you can hide and take cover or you can just get wet.

Thursday, October 11, 2012

SAMPAH SARAP


Garapan cerita recycle yang tiada pembaharuan kecuali part yang kena culik ialah si Bryan (Liam Neeson) dan bininya.

Makin bertambah unsur anti-Islam dan betapa pemaaf orang orang barat (termasuk melepaskan musuh dengan keadaan selamat sekiranya musuh berjanji tidak akan membalas dendam).

Setiap kali azan di masjid penjahat kena bunuh, screen shot masjid keluar dan background bunyi laungan azan (sebab lokasi kat Istanbul, Turki).

Boleh sesuka hati lempar bom tangan (grenande) kat tengah bandar Turki macam takde apa-apa berlaku.

Kesimpulan: GILA BABI KECEWA sebab TAKEN 1 memang BAPAK SEGALA BEST.

Wednesday, October 3, 2012

DC Universe Online

Tak tahu korang pernah tengok atau tak. Tahun lepas punya game, Massively Multiplayer Online Role-Playing Game (MMORPG), DC Universe Online. Layan beb dia punya trailer.

Featuring Justice League superheroes and villains. Superman, Wonderwoman, Batman, Green Lantern, Lex Luthor.....sapa lagi ntah.


Monday, October 1, 2012

Man of Steel 2013

Antara filem yang dinantikan (aku nantikan). Lepas Superman Return gagal. Prediction?

Costum change, Russell Crowe jadi Jor-El, Superman baru, Chris Nolan jadi director....banyak faktor ni. Harap jangan jadi another flop.


 Logo baru


Costum baru (reduce effect GAYness)


Seluar dalam merah sudah dipakai di bahagian dalam.



Faktor ganas (++100).....faktor gay (--10000)

Last but not least ze trailerz. Hahaha.


Sunday, August 19, 2012

Invicible vs invisible

Invicible = kebal
Invisible = halimunan

Invicible = Steven Seagal.

Steven Seagal, melanggar hukum Newton since 1988.

Van Damme sebelum fight.


Van Damme sesudah fight. Darah mengalir, muka pecah, urat leher tegang, vena kat dahi menonjol menunjukkan determination, peluh jantan, peluh betina semua keluar.






Kita lihat pula Seagal.......Sebelum letupan....... kemas. rambut disisir rapi. Baju bergosok dan kolar baju overall masih berkanji.


Scene letupan......hanya menggunakan topi besbol sebagai PPE. Membelakangkan bom C4. Kau mampu?


Selepas scene letupan, see, see.......fucking hell invicible! Not even a scratch yo!



Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Ok kenkawan. Selamat Hari Raya. Berhati hati di jalan raya. ada banyak gile speed trap. Kem salam kat mamak Yasin dan juga mamat emo Man Utd. Tapi aku takut yg emo pada  malam raya adalah mamat yang pakai jersey Arsenal warna kuning. Jadi sila jauhkan mamat Arsenal tu dari mamat emo Man Utd. Di khuatiri pergaduhan berlaku. Atau pun kejadian tendang meja berlaku. Kalau apek misteri yg bawak plastik air tu lepak sekali tolong kem salam ya. MAAF ZAHIR BATIN.


eh. Farin Amat. LOL

Thursday, August 16, 2012

Oh...Tolong Jangan!

Dalam menjalani kehidupan kita di dunia ni, aku yakin kita mesti pernah menghadapi situasi dimana kita secara responsifnya berkata " Oh... tolong jangan!" . Cuba perhatikan screen shot yang aku paparkan dibawah, adakah anda juga akan memberikan respon yang sama macam aku?


Kalau anda pernah tonton filem 'The Expandables' adakah anda bersetuju sekiranya hero pundek ni turut diberi ruang dalam sequel filem tersebut. Walaupun filem ni takdelah termasuk dalam kategori best sangat, tapi sekiranya hero 'pasti menang'  ni berlakon alamatnya memang aku terus tak tengok lah sequel The Expendables. Kensel teros rasa nak tengok, tak kira la kalau orang review cite ni nanti best ke tidak.


Q : Kenapa ko hangin sangat dengan mamat steven seagal ni, bukan kah ko lagi kacak dari dia?
A : Eh memang patut hangin do tengok filem filem dia.. Aku tau aku memang jauh lagi kacak dari dia, tapi benci yaa amat tengok semua filem dia. Semua scene bertumbuk dia je yang menang, kalau sorang lawan 20 pon dia menang, kalau lawan orang bersenjata pon dia jugak yang menang. kalau menang tapi ada lebam2 ke masih ok lagi, ini macam takde kesan langsung, even rambut pony tail dia pon tak terusik, pundek la ingat superhero ke. Tony Jaa yang power muay thai pon teruk kena belasah, apatah lagi Faizal Hussein dalam Bujang Selamat. Jadik mana boleh kita biarkan Steven Seagal asyik menang bergaya memanjang.

Kalau ada online petition untuk tak bagi steven seagal berlakon the expendables aku pasti akan sign.

Tuesday, August 14, 2012

Masa Depan Negara

Ini video yang aku jumpa masa tengok iklan raya Bernas. Iklan raya yang dikatakan sedih pilu sampai menitis air mata. Entah, memang ya sedih, tapi takdelah sampai nak berlinang air mata kot.

Balik semula pada video ni, cuba korang perhatikan budak kecik pakai topi dan bercermin mata tu (yang mula-mula bagi flying kick kat mangsa). Apa perasaan korang? Marah? Geram? Nampak baik kan?

Di mana mak bapak budak budak ni? Mengapa jadi macam ni? Salah siapa? Apa pengajaran yang kita dapat dari video ni? Siapa yang patut bertanggungjawab?

p/s: yang tak boleh blah si mamak (mangsa) siap kena bukak seluar. Apa perangai la budak budak ni.


Apabila Jeyhun kurang kasih sayang Erman



aku rasa dulu paling jahat masa zaman kita adalah bawak motor gi sekolah dgn takde lesen dan pakai helmet purple. ya, itu definasi jahat zaman kita form 3.

Monday, August 13, 2012

Video Ini bukan untuk Belieber

Yeh memandangkan Syawal makin hari makin hampir, makin keraplah lagu lagu raya berkumandang di pusat beli belah dan radio. Tapi lagu lagu raya sekarang banyak yang bersifat sampah, sekali dengar konfem tak nak dengar lagi. Takde halwa telinga siakk, kesian aku bebudak sekarang ni, kualiti muzik tak dek...

Oklah video ni dah ramai yang post, tapi ia masih ada tempat yang istimewa jugak jugak di Sungai Chat memandangkan penulis penulis sg chat adalah dari dekad 80 an. Terima kasih pada yang edit video ni, ko memang takde keje lain ke nak buat ahahaha. Apa apa pun , sila chillax dan enjoy sambil layan metallica.


Sesungguhnya kaset metallica yang aku beli dengan harga RM 12.99 dan RM 15.99 dulu semenye dah takde dalam simpanan. Sape yang masih simpan dah boleh jadik rare item.

Jeyhun di Uzbek, Jenglot di Malaysia

Jeyhun, kanak-kanak Uzbek yang gigih belajar, sayang dan hormat kepada guru. Kemiskinan tak jadi penghalang malah membuatkan dia lebih gigih lagi, seperti yang disampaikan iklan Petronas dalam entri sebelum ini.

Jadi bagaimanakah agaknya anak murid, anak didik di tanah air? Sebaik dan segigih Jeyhun ke? Atau Jenglot? Saksikan.

Saturday, August 11, 2012

Gua bukan Erman


Lepas tgk vidio ni, gua nak berkenalan dgn Erman.

Monday, August 6, 2012

Usainnnnnn Bolt, Dr M. Jegathesan dan atlit kulit hitam

Usain Bolt menang lagi. " I am here to prove my legency..." kata Bolt sedikit loghat #ohmyEnglish. Ah, apa-apa pun boleh. Catatan masa 9.64 saat, rekod baru Olimpik. 7 peserta dalam final cecah bawah 10 saat!


Athletic is in my blood yo. Tahukah anda rekod 200 meter Malaysia masih dipegang oleh Prof Tan Sri Dr M. Jegathesan sejak 1966? Catatan masa ialah 20.92 saat dilakukan di Olimpik Mexico. Power kan? Masa tu dia siap boleh amik medic. Sekarang ni aku tengok budak baru habis medic macam dah separa mental, inikan pulak suruh pergi bertanding kat Olimpik.

Manakala rekod 100 meter ialah 10.33, Watson Nyambek dicatat pada 1998. Rekod sebelum itu ialah 10.38 saat bertahan selama 32 tahun. Oleh siapa?......sebut betul betul. Prof Tan Sri Dr M Jegathesan.

Bila masa agaknya atlit Malaysia nak pecah rekod Watson dan Dr M. Jegathesan? Apatah lagi cecah catatan bawah 10 saat untuk 100 meter dan bawah 20 saat untuk 200 meter. Mengapa agaknya atlit kulit hitam dominasi acara trek terutamanya acara pecut di dunia?

Pada Olimpik 2012 London, semua finalis 100 meter lelaki ialah atlit berkulit hitam. 7 daripadanya mampu lari bawah 10 saat.

Dalam dokumentari "survival of the fastest", Michael Johnson (bekas sprinter USA) mengupas kaitan sejarah orang kulit hitam sebagai hamba abdi dan kekuatan fizikal mereka dalam acara sukan. Teori "survival of the fittest" sebagai bangsa 'second grade' ini berkait rapat dengan predominan atlit kulit hitam sekarang. Adakah ini bermaksud orang melayu takkan berjaya sebab kita bangsa "lek lek la bro"? Kita tunggguuuu.

Kekuatan puak negrito ini dari segi fizikal telah dikaji banyak saintis. Ada teori mengatakan susuk fizikal orang kulit hitam ini lebih cenderung untuk "twitching" atau respons manakala mereka yang berkulit putih pula kekuatan dari segi fizikal tapi tidak ada agility. Kita boleh lihat kebenaran premis ini untuk buat penaakulan seperti di Olimpik lebih ramai atlit kulit hitam dalam acara trek seperti acara pecut, long distance....manakala acara melontar dikuasai atlit kulit putih. Bab twitching bahagian organ lain aku tak mahu sentuh sebab korang sedia maklum melalui berita kes-kes yang melibatkan mat-mat negrito ni kat Kolej swasta. Hahah.

Ok, sekian dulu....ini baru nak warm up memblog.

image from zimbio.com

LCW vs Keling Bodoh

Aku tak tgk game LCW vs Lin Dan malam tadi pasal aku tgh sibuk drive balik dari Penang lepas ziarah kematian. Aku ingat nak pow Pakmet utk buka puasa tapi dia tgh bizi. Rupanya jauh siak Penang dari KL. Aku drive dengan kelajuan yang menyalahi undang undang pun ambil masa 4 jam nak sampai KL. Kalau balik JB aku tatau lah. Nasib baik aku duduk kat Shah Alam. Balik Jb takde lah rasa jauh sangat.
Oh berbalik pada cerita LCW vs Lin Dan aku bukan nak komen game tu, aku nak komen pasal tweet seekor keling bodoh pasal LCW. As per attachment:-klik kalau mau kasi besar


Aku paling berminat tweet bangang dia yg sebelah kiri ni. "Malaysia will win its first GOLD Medal in Olympic after Pakatan takes over Putrajaya".
Wahai keling yang bodoh, dah alang alang nak dapatkan pingat emas utk Olimpik, pastikan juga Malaysia menang dalam World Cup 2014. Mungkin juga didalam perjalanan itu sila pastikan Malaysia menang dalam World Hockey Championship.

Monday, July 30, 2012

Apa itu Google Moderator dan impaknya

Entri ini adalah respon secara tak langsung kepada entri Bajet 2013 ini.

Platform yang digunakan ialah Google Moderator. Apa itu Google Moderator (eleh mesti korang terfikir "aku pun boleh Google, baca kat Wiki"....masalahnya aku tahu korang 'sibuk' dengan kerja harian jadi aku mudahkan kerja korang kumpul segala hasil Googling aku ini kat blog ni.). Lagipun kalau aku suruh je korang Google baca kat Wiki blog ni baik delete buang password kat Sungai Chat tepi Jalan Thompson. LOL.

Google moderator ni berfungsi sebagai 'crowdsource' atau pengumpulan tugas khas atau task kepada sekumpulan manusia. Dalam kes Google moderator ini, tugas kumpulan manusia yang terlibat ialah memberikan respon kepada sesuatu topik dan setiap respon yang diterima akan dinilai melalui undi adan diberi 'rank'.

Tahukah anda 'crowdsource' yang terawal ialah Kamus Bahasa Inggeris Oxford di mana sehingga kini terdapat sebanyak 6 juta respon dalam tempoh 70 tahun. Hebat betul. Sehebat aku copy, translate dan tampal kat blog ini dari Wiki.

Ok, berbalik kepada Google moderator. Servis dari Google ini adalah hasil dari projek 3 orang jurutera Google. Google telah melancarkan kempen untuk pekerja yang diberi nama Innovation Time Off, iaitu jurutera Google diberi peluang menggunakan 20% untuk projek yang mereka benar-benar minat. Oh hebat, hebat. Kalau kat Malaysia tak boleh buat sebab 30% je sudah digunakan pekerja-pekerja untuk meroyan di Twitter mahupun Facebook. Ah tak kurang juga upload gambar dengan girlfriend.


Setiap staf baru Google (Noogler) kena pakai topi nerd yang ada kipas, beanie cap.

Jadi, persoalan berikutnya. Apakah penerimaan pengguna dan bagaimana dengan kredibiliti Google Moderator ini. Hmmm...susah ni nak jawab, sebab kat Wiki takde tulis. Kalau tak aku dah copy, translat dan paste je.

Menurut Wiki, pada Disember 2008, pasukan presiden Amerika yang baru dilantik ketika itu, Encik Barack Obama telah menggunakan servis Google Moderator sebagai medium untuk berinteraksi dengan rakyat marhaen. sesi itu bertajuk "open for question". Sesi pendek itu, iaitu sesi pertama dalam masa 48 jam berjaya menarik 20,000 penyertaan dan 1 juta undi untuk 10,000 soalan. Sesi kedua pula, 100,000 penyertaan, 4.7 juta undi dan 76,000 soalan.

Ok dari situ kita boleh dapat satu angka. 100,000 penyertaan (1 peserta dianggap unik dan dianggap satu orang) maka berapa peratuskah nilai itu berbanding pengguna internet Amerika? Menurut Nielsen Rating US, sebanyak 313 juta pengguna internet di Amerika pada 2011. Jika 50% dari jumlah itu layak mengundi iaitu kira kira 157 juta,, maka 100 ribu hanya mewakili 0.06% suara rakyat marhaen Amerika. Adakah ini adil? Adakah ini suara rakyat? Adakah masalah kamu ialah masalah majoriti rakyat? Jika tidak mewakili majoriti mengapa pula kerajaan pula amik "the F" dengan apa kamu nak kata.

Seperti pemerhatian aku di laman sosial. Berapa peratus pengguna laman sosial yang layak mengundi? Berapakah peratus rakyat Malaysia yang berada di laman sosial? Di laman sosial suara bergegak menegakkan keadilan bagai mewakili segenap rakyat tapi akhirnya si korup juga yang naik takhta kerajaan. Delusion much?

Sebagai kesimpulan, aku serahkan kepada kamu kamu sekelian untuk huraikan ikut pemahaman masing masing.

Puasa bukan satu alasan

tajuk entri tiada kaitan dgn video

Thursday, July 19, 2012

Cadangan untuk bajet 2013

Sedang aku meneliti cadangan cadangan yang ada di Google Moderator oleh rakyat marhaen, aku come across dengan satu cadangan, yang actually tak de apa apa yang pelik tapi menjadi agak tidak kena disebabkan oleh peranan google translate.


Dalam bebanyak cadangan tu adalah satu ni cakap pasal sambung projek LRT kat Putrajaya. Pencadang tu tulis dalam bahasa melayu tapi google turut men'translate' nye ke dalam english... kekh keh keh.


Jauh sial kalau nak sambung LRT sampai New York...macam mana google boleh translate Bangi kepada New York amatlah misteri. Aku mohon  student student UKM yang tulis tesis dalam bahasa melayu yang bersifat pemalas dan kerja nak plagiat je, jangan la cuba cuba menggunakan google translate sebagai sumber anda. Kalau aku yang jadik lecturer, bukan stakat aku failkan, aku tambah dengan penampor sedas dua lagik.

Aku tak tau sejauh mana cadangan cadangan ni diambilkira dalam penghasilan bajet 2013, tapi why not kan asyik sembang kat meja makan je, kurang kurang ada tempat nak bagi cadangan membina sikit. Sama ada diambilkira ke tak oleh PM "Janji Ditepati", itu belakang kira. So kalau sesape ada cadangan boleh lah bagik di link yang ada kat atas tu.


Sejauh mana anda sanggup buat?

Masih ingat kah anda pada Memori Bishi Bashi . Ye mesin arked yang main sampai lebam tangan tuh...

Itu mesin arked,anda mau main masukkan 1 token bernilai RM1, mau main 3 orang RM3 melayang.... main berkali kali ntah berapa duit yang lebur pada tauke token tu... apa yang dapat? tak dapat pape, malah tangan yang lebam... abis abis pon boleh jadik modal masa lepak menyembang.

Berbalik pada tajuk di atas, ada satu company snek kat australia 'Fantastic Snack' buat satu vending machine yang unik.. ko kene complete task dulu  baru dapat barang...apa yang ko dapat? ko dapat sekotak biskut Delite percuma... sila  lihat apa yang manusia sanggup buat untuk sekotak snek percuma...



Kalau tengok gaya amoi yang tekan 5000 kali tu sebijik macam main bisihi bashi albeit cuma satu button. Tapi apa yang bole kita respek ialah , kebanyakan manusia kat negara omputeh ni banyak yang sporting...cuma yang part sembah sembah tu je la kot kalau kat malaysia ni mungkin tak berapa orang nak buat sangat, abis abis pun non muslim je kot yang buat menda tuh, kalau yang muslim pon turut buat macam tadahal, aku pon tak tau apa nak cakap, mungkin subjek pendidikan islam dapat P8 masa SPM....Lagi satu kalau taruk kat sini, aku jamin paling lama pon jangka hayat mesin tu sampai tengah malam je mesin tu elok, masuk aje ke pagi esok sama ada dah jahanam atau dah kena pecah...

Okeh kalau korang pon mau nak try main Delite O Matic ni silalah ke http://www.fantasticdelites.com.au/ ..

Tuesday, July 3, 2012

1Now 1Nescafe 1Russia

LOL. Aku baru perasan slogan kat bawah iklan ni. Maafin #slowpoke.

1Now 1Nescafe 1Russia


Monday, July 2, 2012

The Egyptian Job featuring Carrefour Wangsa Maju

ATM kat Carrefour Wangsa Maju dah kena Italian Job atau Egyptian job. RM1.17 juta, alarm disable, tanpa seorang pun perasan. Walaupun polis kenal pasti perompak ialah pakar yang mampu disable alarm, tapi yang bahlulnya tinggalkan sarung tangan kat crime scene. LOL.

Dalam tempoh 6 bulan dah 7 kes yang sama (rompak ATM) berjumlah RM1.8 juta. Kat situ dah nampak trending, dan nampak betapa slow respons/countermeasure kita kepada jenayah yang tengah 'trending' ni.

Kat sini kita boleh rumuskan Malaysian  lambat pickup trending, unless it's on twitter. Lol.

Berita penuh : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WargaMesirditahansusulankescuriRM1_17jbabitkan4mesinATM/Article/artikel

Layan jap trailer Italian Job.

Thursday, June 14, 2012

Aku mau milo, milo, milo.

Berniaga biar jujur. Dapat duit pun nanti berkat.

Pernah tak korang pergi mana-mana restoran/kedai makan/mamak/cafe..........korang order Nescafe diberinya Indo Cafe. Aku pernah. Aku mintak tukar air tu siap tengok tukang buat air bancuh Nescafe. Jangan nak tuduh aku condescending pulak. Aku mahu Necafe diberinya Nescafe palsu. Aku bantah, bantah, bantah.

Ada jugak restoran yang aku detect, order air Milo, yang dihantarnya air Koko entah cap apa.

Jangan sampai nanti aku bayar RM2 guna Rupee 2. Baru korang tahu.

Aku mau Milo, Milo, Milo la natang!

Enjoy iklan Nescafe Russia. Apesal aku imagine yang bukan-bukan selepas dua wanita Russia ni minum Nescafe? LOL.


Wednesday, June 13, 2012

Mati

Manusia makin malas.

Nak menaip blog malas. Beralih ke twitter, 140 karakter. Pun malas jugak lari ke Tumblr. Pun malas jugak post Instagram jela kat twitter.


Blogspot......mati.


#LOL

Sunday, January 29, 2012

Test posting using bloggerdroid.

Mobile posting using bloggerdroid.

Blogging memamah masa ye tak? Kita post entry bila ada masa, ada keperluan je. Blogger pun ramai dah beralih, move on. Adakah ini the death of blogging?

So ke mana blogger semua beralih? Micro blogging, twitter?

Aku pun dah lama tak online duduk depan pc. Antara sebab aku subcribe data plan.

Masa makin lama makin mahal. Duduk tengok jam dah berlalu 2-3 jam. Takde masa dah nak buat itu ini. Ye tak?

posted from Bloggeroid

Monday, January 16, 2012

FOC

Shoutmix pun kena bayar. Apa pun takde free sekarang ni.


Cuti panjang ni, jom jom jom Yasin.