Wednesday, August 3, 2011

Abang Kredit Kad

truuttt truuuttt! (aku pun angkat la jugak sebab dia dah call 84 juta kali tapi aku tak angkat, mana la tau kot2 emejensi)

Aku: ye nak cakap ngn sapa
Pemanggil: ni encik udin ye?
Aku: haa iye. awak nak cakap ngn sapa?
Pemanggil: saya daripada bank rimau membuat panggilan. saya nak tau bila cik udin nak amek kad kredit cik udin ni? dah seminggu lebih dah ni ada kat cawangan rimau XXX (nama cawangan sengaja dirahsiakan)
Aku: eh saya tak pernah apply kad kredit, camana boleh ada eh?
Pemanggil: ooo saya pun tak berapa pasti. tapi ni ada kad atas nama cik udin ni, nak kene datang amek untuk tuntut.
Aku: iyelah, kalau nama saya pun, saya tak pernah apply. camana boleh ada? saya tanak pakai la kad kredit.
Pemanggil: tapi kad encik ni dah activate. ada 2 kad ni, visa dgn ameriken ekpress gold.
Aku: ai bila pulak la saya activate kad tu semua. saya apply pun tak pernah. saya tanak la.
Pemanggil: camni la cik udin, cik udin ada bukak akaun ke aritu?
Aku: haa iye memang ada saya baru bukak akaun kat bank rimau ni. tapi akaun simpanan biasa. saya tak apply kad apa pun
Pemanggil: ooo cik udin ada dapat dah kad akaun simpanan tu? kad yg mana satu eh?
Aku: saya ada la dapat kad, mmg on the spot dia terus kasi. kad ada buah ceri kat depan dia. haa kad tu bagus, dia boleh keluar duit. kad hutang saya takmo
Pemanggil: aaa sebab cik udin bukak akaun aritu, dia otometik dapat kad kredit gold ni.
Aku: awak kasi saya kad platinum ke, timah ke, plumbum ke semua saya tanak. saya tak mintak.
Pemanggil: tapi kad ni dah activate cik udin
Aku: saya tak pernah amek kad tu, tak pernah sign apa2 pun...camana kad tu boleh activate?
Pemanggil: saya pun tak berapa pasti. saya ni membuat panggilan sebab nak mintak cik udin amek kad kredit ni je
Aku: eh awak kalau suruh pun saya tanak amek la. kalau saya tak amek, camana dia boleh activate betul? kalau saya tak pakai, camana boleh ada bil? awak gunting pun takpe kad tu...biar je la dia kat cawangan rimau awak tu
Pemanggil: kad encik ni nak buat camana sekarang?
Aku: eh kan saya kata tadi saya tanak. boleh saya tau nama awak, no pekerja dan nama supervisor? senang saya nak trace balik dgn sapa saya cakap ni nanti masa saya dtg nak buat komplen
Pemanggil: oh kalau cik tanak tuntut kad ni, takpe lah. mekasih....
....kluk! tepon putus



nama pemilik adalah imaginasi semata

6 comments:

Azhan said...

sila pastikan nama yg print atas kad tu nama udin atau tomok

just to make sure

faiz said...

tomokudin should be better

Azhan said...

hobi aku skrg provoke dgn bdk telemarketing

tanya soalan,
1-sila beri nama kompeni saya nak check dgn bank negara dan SSM
2-boleh bagi supervisor awak?
3- saya nak tau dari mana info saya diperolehi. saya nak check dgn bank xxxxx (contoh kau maybank la...)
4-bagi nama awak dan no kad kerja, jika kerja dgn bank xxxx
5-kalau jual insurans...tolong bagi no agent...sbb jual insurans kene ada berdaftar sbg agent...

kalau dapat call dari agensi pelancongan lagi best...terus letak je. LOL.

ni antara soalan yg aku bagi...kalau dia masih nak belit2 aku provoke dgn soalan2 personal attack...best

udin said...

aku tanya semua tu berdasarkan tunjuk ajar dari ngko la zul...tapi point2 baru ngko tu cukup menarik. terutama pasal ejensi pelancongan tu

Azhan said...

maybank selalu la...dulu aku kene gak, dah tu aku mesti suspek staff dia jual info aku kat agen2 kad kredit etc...dah tu tak mengaku pulak...abistu tak sampai 2 hari lepas keluar dari bank ni ada je mangkuk yg call pasal kad kredit la, kad melancong la...last aku kene dapat pulak telemarketer yg kurang ajar, perempuan india...aku report kat BNM terus shutdown company tu. ohhh...aku belum cerita lagi pasal kisah ni...aku nanti aku taip

udin said...

ini ko ada cite dulu...mmg epik (gaya cakap pais)