Tuesday, August 2, 2011

Recycle

Korang pernah hantar apa-apa barang recycle tak? Kertas, plastik, kaca? Kalau jawapan korang recycle makanan masa makan malam untuk sarapan pagi, maaf aku tak accept.

Recycle ni tak payah aku nak hurai panjang. Pergi la baca http://en.wikipedia.org/wiki/Recycling.

Aku pernah pergi recycling center kat belakang BBU hantar kotak-kotak, kertas, botol plastik. Jual semua dapatlah RM93. Kira oklah tu sebab barang-barang tu semua hasil buangan perkakas kuih raya yang bini aku beli. Tapi cerita tu tak cukup anzal lagi kalau dibandingkan dengan kisah tokey recycling center tu yang pakai baju pagoda dengan seluar pendek paras lutut beli kat reject shop tapi drive Porsche. Kat area belakang BBU tu (Tampoi Industrial area) ada 2-3 tapak atau recycle center.

Kat situ dah terlintas kat kepala hotak aku berapa agaknya margin untung bisnes recycle ni. Tak payah nak suap mana-mana pegawai, nak entertain pergi hotel, pakai bomoh pelaris, atau pun buat sales. Teorinya macam senang kan? Senang macam meniaga Astro. Tapi susah-payah meniaga barang recycle ni mungkin Porsche tu yang tau.


Selain recycling center ni hari-hari pun ada recycling center bergerak. "surat khabar lama...besi lama...tilam lama...bateri lama..."  Tiap-tiap bulan aku mesti tahan lori recycle ni. Bukan tahan nak pau duit. Tahan sebab nak jual barang recycle. 90% barang recycle itu ialah gabungan flyers, booklet shopping complex, booklet hypermarket. Hari-hari balik kerja dah jadi rutin pungut flyers, booklet, etc dalam mailbox.

Flyer yang masuk dalam mailbox masih boleh dimaafkan lagi berbanding selit kat pintu pagar atau campak je ke car porch tanpa mempedulikan perasaan tuan rumah. Dulu masa aku duduk rumah sewa hampir setiap hari penuh dengan kad-kad promo ahlong. Campak merata je. Kalau lambat sapu car porch, kad ahlong kena air hujan terus melekat kat tile. Pedih ulu hati nak tanggalkan sambil maki. Itu belum kira yang melekat kat cermin kereta.

Sebulan kumpul flyer, booklet jual kat apek suratkabar lama dapatlah average RM8. 10 bulan dah jadi RM80. 100 bulan dah jadi RM800. Itu aku belum kira 1000 bulan lagi tu. LOL. Tapi aku respek la apek-apek lori recycle ni. Ada je dia kat mana-mana. Kalau tak untung takkan diorang buat kan?

p/s: masa aku pergi recycle center kene bagi info, ic number, etc. supaya senang nak trace if anything happen atau polis datang cari besi hilang, TNB datang cari copper substation hilang. Sekarang ni besi penutup longkang pun diorang hantar pergi recycling center.

6 comments:

udin said...

so siu pau chek...siu pu po chua....beli surat khabar lama.

aku pernah recycle besi, sokkabo, majalah...tapi tak puas ati betul majalah elok masih boleh baca lagi dia amek murah je....cet. sama mcm aziz satar jual sokkabo lama dlm cite seniman bujang lapok

faiz said...

kawan aku kerja kilang pun bleh pakai alfa

alfaudin

Azhan said...

perbandingan alfa dgn porsche tu ibarat iswara vs BMW 5 series

what the hell la mok?

udin said...

tah mok...ko merendah2kan kete 2nd hand aku yg mmg dah rendah

puteri said...

belakang uda tu kat mana ya encik.nama company ape

puteri said...

belakang uda tu kat mana ya encik.nama company ape.saya memang suka simpan barang buangan 1 hari saya makan sardin 1 tin 5 hari