Dalam seminggu ni aku asyik baca cerita murtad je. Semua nak jadi champion.
Aku quote Berita Harian, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pujukangereja/Article/...
“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini."
Tahu tak siapa yang jadi champion? Siapa yang jadi loser? Dalam banyak situasi yang jadi loser golongan yang sama. Bloody hell, kalau serbu 1000 gereja pun kalau pihak-pihak berkaitan tak boleh nak address masalah macam ni, korang takkan dapat settle isu ni. Aku tunggu pihak berkaitan baitulmal ni jawab berita ni. Sudah-sudah la isu DNA babi tu sekejap.
Aku percaya masih ramai orang susah yang ada kat negara kita ni. Terhimpit siang dan malam, tambah pulak kos kehidupan yang makin lama naik mencanak-canak. Ada yang bernasib baik dan cukup kudrat boleh la kerja siang dan malam. Tapi kalau yang tak terdaya?
Tak payah cerita keutuhan iman, pegangan agama, kisah kesusahan sahabat Nabi S.A.W. kena hempap batu boleh bertahan dari murtad. Isu kat sini ialah menolong orang-orang susah atau orang-orang miskin. Kita gagal nak nampak sebab kita selalu tengok dari mata kita sahaja. Cuba kalau kau membesar kat lorong-lorong. Makan satu kali je sehari. What if we are in their shoes, apa pilihan kita? Tambah pula ada pihak yang datang nak hulur bantuan? Masalahnya kenapa bantuan bukan datang dari pihak baitulmal?
Inikan puasa nak mengajar kesusahan dan keperitan fakir-fakir miskin pun kita boleh spoilt pergi buka puasa kat hotel? Dari subuh hari sampai maghrib belajar erti keperitan orang-orang susah tapi sampai waktu berbuka bermewah-mewah pula? Happy ending untuk hari yang susah? Apa ingat semua orang-orang miskin ni dapat happy ending ke, even lepas masuk Bersama Mu belum tentu dapat happy ending.
Kat sini the real isu ialah macam mana kita tolong orang-orang fakir miskin dan orang-orang yang tak berkemampuan. Come on la, tak payah jadi genius nak nampak problem ni.
Anyway, mari kita bayar zakat pendapatan, zakat harta, zakat fitrah, dan berdoa agar duit-duit tu sampai ke pihak yang berhak.
7 comments:
ini entry serius....
baitulamal kutip beratus juta..... orang miskin datang nak mintak bantuan 100 ringgit pon berzaman nak bagik
tu la...aku pun tak paham. bukan takde pekerja kot ye pun nak kaji kesahihan orang yg dtg mintak bantuan. dah sah2 la kalau dok umah macam dalam cite bersamamu tu mmg kurang sket kemampuan kewangannya. pastu kalau kasi pun...laaa 3-4 ratus je. kalau dok sensorang tu boleh la survive. ni anak je dah 5...kasi la lebih sket. pastu buat peluang pekerjaan ke. bukannye susah kot kalau dah ada dana camtu punye banyak. tak pun link ngn mana2 ajensi kerja, supply pekerja. ala kalau takat keje simple2 tu, cleaner ke...keje jugak apa. tak payah nak amek bangla..
tapi kekadang, ada je orang yg kelentong baitulmal nak mintak duit. aaa yg rembat duit baitulmal, lagi laaa sedih. mcm dulu yg ada mamt bongok pegi gelapkan duit tabung haji....tak dapat la nak bayangkan apa dalam kepala otak dia
apis,
kita tak boleh expect kebodohan sesetengah pihak
udin,
thumbs up utk create job opportunity. pasal duit tu, kalau otak dah kelabu tengok duit apa pun boleh jadi.
pasal kes duit zakat ni, aku ingat lagi dari aku kecik bapak aku penah cakap benda yang sama....
gile aaa, dah masuk next generation pon masih menten lagi perkara ni....
cite panjang pasal zakat ni panjang panjang pun tak guna. sepatutnya orang Islam kat Mesia ni takde yg susah. tak payah nak menagih mintak bantuan. takde budak budak sekolah tahfiz/pondok nak mengemis kat kedai makan jual buku agama. pegi sekolah pree jer tade beryuran.
tapi, perut org lain gak kenyang. hoyeh
pais, kau konfem ke yg pungut derma seolah agama tu real bro...eh bro...aku pernah jumpa sorang budak ni minggu pertama pungut utk sekolah lain, next week jumpa dia lagi pungut utk sekolah lain pulak...aku gertak sikit dah pucat muka budak tu. LOL. sindiket tu bro.
ntahnye...aku derma HANYA pada tabung mesjid masa semayang jumaat. aaa zakat tu lain la, bayar kat pejabat zakat. takde de terdetik aku nak derma pada orang2 yg kutip derma ni. kelentong je...80 persen kelentong
Post a Comment