Baca tajuk entri jangan fikir benda-benda mengarut.
Ingat lagi berita ni? http://www.bharian.com.my/articles/9_000tandibazir/Article
Aku ada satu lagi discovery. Selain faktor rakyat Malaysia yang tak tahu kenang untung/bersyukur ni suka beli makanan berlebihan, faktor peniaga pun patut diambil kira. Beberapa hari lepas aku beli nasi ayam harga RM4.00 tapi kuantiti macam nak makan 2 orang. Aku pun hairan macam mana agaknya kakak yang bungkus nasi ni estimate. Meniaga tak nak untung ke? Kan selalu orang meniaga cakap barang semua naik.
Seingat aku masa kita budak-budak dulu ada jual nasi lemak 50 sen. Mak aku selalu beli. Portion nasi dia memang secukup rasa la untuk kategori bawah 12 tahun yang BMI normal. Ada sambal ikan bilis, kacang goreng sikit, timun hiris dan ikan goreng. Ikan goreng pulak ikan selar kuning yang miniscule size tu. Kuantiti nasi memang la secukupnya makan dengan lauk. Selesai makan tinggal daun pisang dengan kertas suratkhabar je. Satu lagi perkara menarik pasal nasi lemak ni, sambal dia diletak dalam plastik yang dipotong segiempat, saiz lebih kurang 5cmx5cm yang dilipat dua. Menurut grand master chef iaitu mak aku, sambal tu diletak macam tu nak elakkan bercampur dengan nasi, untuk elakkan basi. Masa tu aku yang umur 11 tahun pun kagum dengan makcik jual nasi lemak tu. Memang teliti.
Lebih kurang macam ni, tapi takde ikan goreng pulak. Timun tu kasi kurang sikit.
Sekarang ni aku perhatikan ada juga kedai-kedai makan yang jenis kuantiti makanan, tak kira la nasi goreng ke, mee goreng ke, jenis menimbun satu pinggan. Harga dah tentu la lebih mahal. Ada kawan aku cakap, "nanti dia bagi nasi sikit kau cakap cekik darah pulak". Kalau kuantiti nasi sikit kena la proportional dengan harga. Betul tak?
Satu hal lagi pasal restoran francais. Yang jual western food sampai belas-belas ringgit tu. Serius la aku rasa portion makanan dia tak sesuai dengan culture Malaysia. (ke aku je yang fikir macam ni?) Cerita pasal western food ni, kat JB ada satu gerai jual western food dengan harga RM5.00, tapi berpadanan la kuantiti dan harganya. Size makanan western dia pun sedang-sedang je. Tapi nak pergi beli memang jenuh la menunggu sebab situ orang selalu ramai. Eh, kat situ dah prove satu point aku pasal kuantiti makanan tu.
So aku cadangan peniaga kat luar sana berpada-pada la dalam estimate kuantiti makanan tu. Kalau tak habis makan terbuang macam tu je membazir pulak, kalau makan sampai habis mahu obese gua nanti. Pelanggan tak semestinya nak kuantiti banyak, secukup rasa la.
14 comments:
mok...portion ko cukup tak?
angin facebook mengatakan pais telah membeli makanan yg dijual oleh 'skin' di pasar ramadhan...mok, buka puasa ngn makanan haram...bedosa mok
sapot kenkawan berniaga
taderhal
pegi karaoke dgn skin pun satu sin...LOL
eh cibai la komen semua tade relevan
tapi bulan posa dia dah cover balik dosa nyanyi sebelah skin.
eh komen ni relevan apa. kalau ikut aku, nak sebanyak mungkin, semurah mungkin...tipikel malaysian mentality la katakan
jgn kau cerita 2nd best friend kau kat sini la dol
tak payah tanya la best friend kau sapa
aku ingat nak up gak satu tajuk pasal makanan ramadan ujung minggu ni.... hari keje tak dapat nak karang aaa, ngantuk do malam...
by the way, aku bli kat pasar ramadan sehari seploh inggit
sila bebual pasal skin di medium lain OK... bebual di FB masing masing hohoho
sehari RM10, sebulan mau 300++
kalau selain bulan posa berapa belanja makan? sampai 300 tak? hahaha
aku pun nak up lagi entri baru...tapi aku dah remove diri dari panel penulis kat sini...kehkehkeh
eh apasal ko remove diri ko zul...dah la ko contributor tertinggi hahaha. makin takde apdet la gamaknye
nak harapkan udin?
mcm tunggu kenduri dia jugak la
mok,
ko excited sgt pasal pakmet nak kawen. ada share ke mok?...ke kau mmg suka pegi majlis nikah.
eh ok what...300 untuk 3 orang dewasa makan untuk sebulan.... aku, bini aku, mak mertua aku...kalau nak senang kira sorang seratus je sebulan... sehari 3.30 je...masih murah do...
aku penah nampak...bufet ramadhan 79.90 seorang.... ni untuk sehari je bebuka....ahahaha makan sampai mampos agaknye...
300 murah tu...kalau 3 org la.
compre dgn buffet ramadan harga mcm jahanam.
Post a Comment