Monday, December 7, 2009

Adakah anda k3wL?

Persoalan ini semestinya sentiasa bermain di kepala otak setiap remaja. Mereka juga sentiasa cuba untuk keep in atau dengan nama lain up to date dgn trend. Personally, aku sentiasa berimej tersendiri (iaitu bergaya berdasarkan kadar kewangan). Sejak mula bekerja...gaya pakaian adalah berdasarkan harga siling rm 30 untuk baju. Seluar jeans baru beli sekali, dibenarkan beli mahal iaitu levi´s (ya...orang tak k3wL pun buleh pakai levi´s) dan kasut dapat free sebab claim winter apparel masa pegi outstation.

Masa dekat sungai chat, tahap kesejukan aku paling max adalah kasut diadora rm 35. mahal sket dari zul ngn apis pasal pallas jazz rm 20 tak silap aku. aku juga pernah mengumpul duit untuk beli beg converse kaler ungu di pasar larkin. lama jugak nak kumpul rm 55, dan beg itu aku pakai sampai koyak rabak masa aku belaja kat emaresem just in (satu lagi faktor ejaan k3wL yg ada pada aku). Tidak dinafikan, aku juga berani mencuba sesuatu yg baru iaitu membawa buku ke sekolah dgn menggunakan ´book band´ (tali balut2 buku teks yg kaler2 pelangi tu). menatang ni lama dah aku beli, masa sekolah rendah. kemas2 bilik, terjumpa. lalu aku pun pakai ke sekolah sebab buku teks agama tebal nak mampus. tapi sampai kelas geng sg chat gelak kat aku, cipet. esok terus tak bawak lagi dah, tinggalkan buku kat desk belakang, pastu palingkan meja ke dinding. jadi orang tak tau ada buku dalam meja...bijak kan? sebab tu budak kelas aku semua PMR dapat 8A...eh silap, Syah Ezannee dpt 7. tapi perlu ditekankan disini...untuk menjadi k3wL, anda perlu berani.

jadi aku rasa aku agak k3wL. mungkin tidak se ´ín´ budak sekarang sebab aku tak layan shuffle mahupun sk8. aku sering tertanya kenapa para pembaca ada yg tidak setuju aku k3wL. mereka ada hak untuk menyuarakan pendapat sendiri...ye betul...tapi aku rasa diorang lagi tak k3wL....pasal diorang baca blog merapek ni. ahahahaha....

p/s: tahap k3wL kelantan adalah kereta kaler putih pastu ada sticker jata negeri kat windshield belakang. akalu no plat negeri lain, sehelai sticker kecik jata kelantan akan ditampal sebelah no plat untuk menunjukkan ke´kelantan´nessnya.

14 comments:

Azhan said...

aku cadangkan kau sisip gambar book bind kat entri ni...baru gamat level coolness nya


tapi mmg cilakak cerita book bind...eh book bind, band, bend...mana satu?

apis said...

ko kene taruk sekali ko pakai seluar pukat brand ken follet...... pais seluar pukat kat pinggang
...ahahahahaha

Farhana said...

book bind???...r u kidding me?

Farhana said...

dapat bayangkan muka2 board of directors sg chat ketawakan pais masa tu...ni adalah salah satu cerita zaman EC yg zul lupe nak cite...kiki!

Farhana said...

ish tak baik ngumpat org

udin said...

aku dah search dah kat google gambar book bind, tapi takde yg mcm aku tu...kaler2 pelangi. yang ada kaler pink, eih melampau sangat.

eii tolong sket, aku pakai seluar tempah masa kat sekolah kl...carbino nama dia. ahahaha 35 inggit tak silap aku harga dia.

udin said...

aku pun tak tau apa nama dia...book band ka, bind ka, bend ka....cuba try gugel book bind plak

faiz said...

tali buku.. hahaha
bila bulak aku pakai seluar pukat?
cett..
tapi mmg pakmet akai ken follet.. tempah kat HP

apis said...

ko dari form 1 lagi aku tgk dah pakai seluar pukat...

ahahahah, tapi pukat dia kat pinggang la.....bel bottom pinggang namanye

Azhan said...

apis, itu dah nature pais, tak boleh lawan nature

huahuahua

pakmet ada unsur cerita yg disembunyikan kat sini. hmmm....kene kupas story seterusnya

Farhana said...

sengalllaaa bel bottom pinggang...sib baik baca blog ni kt umah aje...kalau kat opis agaknye dah lama kena warning letter....

faiz said...

aaa babih bell bottom pinggang...

udin said...

eh apa sial unsur misteri...tak nusantara langsung.

....teringat aku bunuh semut pakai pembaris besi masa belajar matematik. pastu cik gu saadiah (sedara apis) tanya...awak buat apa tu izuddin? aku hanya terseringai kaku.

Azhan said...

udin,
pais dah kupas misteri rambut BFF kau