Aku ada member, anak doktor yang kemudiannya jadi member ahli-ahli Sungai Chat. Aku kenal sejak sekolah rendah. Loaded gila babih. Tapi humble. Rumah dia kat Taman Nong Chik. Dulu masa dia stay kat Jalan Mariamah, boleh kata hari-hari aku pergi sana pasal rumah dia banyak entertainment. Dekat pulak dengan rumah aku. Masuk sekolah menengah, main gitar pulak. Kat rumah dia bukan setakat gitar, piano, drum pun ada. Rasa macam pergi rumah anak konduktor orkestra pulak. Sebab utama yang aku ngam dengan dia ni sebab dia ni minat muzik. Sama macam aku.
Rumah baru dia kat Jalan kemuncak, Taman Nong Chik. Saiz lebih kurang macam padang Seri Gelam. Nong Chik ni asalnya adalah nama pedagang arab yang famous dulu kat Johor, Syed Mohamed Alsagoff atau dikenali dengan nama Nong Chik. Keluarga Alsagoff ni lah yang antara perintis kumpulan peniaga arab kat Singapura.
Syed Mohamed Alsagoff ni banyak kawtim dengan Sultan Abu Bakar dan perolehi banyak tanah kat Johor, Johor Bahru terutamanya. Selain daripada Taman Nong Chik ni, ada juga Kampung Nong Chik. Kampung ni dibuka sendiri oleh Syed Mohamed. Masa tu ramai la orang melayu kat area sini tapi sekarang aku tengok tinggal 2-3 biji rumah je orang melayu punya. Sama la macam Kampung Mohd Amin. Semua dah jadi 1Malaysia.
Balik semula cerita si master ni. Nama nickname dia 'master' sebab sejak dari darjah 5 sampai form 5 (aku rasa) jadi ketua kelas. Nyaris cikgu kat EC nak masukkan nama dia kat Buku Rekod Malaysia. Satu perangai dia yang aku respek dia selalu ajak kawan-kawan datang rumah dia. Salah satu sebabnya dia ni liat sikit nak ajak lepak pergi mana-mana. Kalau pergi tengok wayang, habis show dah tahan teksi nak balik. Apatah lagi nak layan Daytona atau Bishi Bashi. Dahtu balik naik teksi. Sah-sah kena tipu tambang.
Masa form 1 dulu, Kalau weekend, kalau tak pergi mana-mana aku lepak kat rumah dia je. Layan video-video muzik guna tape atau vcd. Ni semua sumber dari kakak dan abang dia yang studi oversea. Video tape gig Silverchair album Frogstomp pun sampai sekarang aku tak pulang. Tatkala aku terhegeh-hegeh cari kord gitar lagu guna kaset, dia dengan sewenang-wenangnya beli buku tab guitar dahtu guna CD. Cara dia rewind lagu pun aku dah jeles. Patutlah intro dia buat sebiji dalam kaset. Inilah pengalaman berjamming yang pertama aku. Tapi strumming kena slow-slow la. Sebelum maghrib kena balik.
Rumah si master ni makanan macam-macam. Ada satu freezer yang letak aiskrim je. Sekali pandang macam kedai runcit. Dua kali pandang macam mini market pulak dia punya dapur. Boleh obes kalau duduk kat sini lama-lama. Kalau Faiz, tak taula saiznya macam mana.
Aku ingat lagi masa master nak beli gitar. Masa tu form 1. Dia beli gitar kapok right handed pastu pasang tali terbalik sebab dia kidal. Pastu nak tunggu dia tune gitar mau berjanggut jugak. Masa tu aku dah expert sikit, sebab lepas UPSR aku menuntut secara senyap-senyap guna gitar abang aku. Kecik-kecik lagi aku dah di asuh dengan muzik Iron Maiden, tapi masa tu nak petik kord A minor pun gigil. Haha. Cerita pasal gitar ni, aku dan master telah bawak sikit virus kat kelas kitorang masa sekolah. Ramai juga yang berjangkit.
Sekian dulu entri introduksi. Nanti aku sambung lagi.
10 comments:
jgn lupa kupas isu pakmet banging lagu OAG
apesal aku ada rasa 'in' dengan cerita gitar ni.... mungkin sebab aku penah bli gitar, dan sekarang gitar tu dah jadik kayu api bapak aku puncanya gitar tu bersawang dok bawah katil..
selambe bapak aku jadikkan kayu api...
master ada bau bau tungkik debgan aku...
tok dia adik beradik dengan atok aku
pais,
pakmet ni memang pedih la. mcm2 hal dia buat yg bole kena pelempang.
apis,
kau bersaudara dgn master....
bapak kau, bapak aku, bapak aseng sama2 geng takraw kat stulang
hahahaha
apesal kita tak terer mcm diorang?
bila pulak la aku layan OAG...mok ko saje nak frame aku
tapi aseng beli year book yg ada semua tab untuk lagu...dan juga mempunyai 3 gitar. ahahahaha.
apis ko belajar main gitar tu sampai tahap berapa dulu ek? pasal aku perasan tali gitar du dari awal2 lagi dah berkarat.
aseng start blajar main gitar pun dah pakai yamaha akustik, aku masa tu pakai kapok 3rd hand abg aku nyer
siap ada lubang kat body gitar tu aku tampal pakai selotep
nanti kita kumpul reramai ajak bapak korang ngan bapak aku sekali kita main sepak takraw bulat.... selambeh...
tapi aku tak pasti bapak pais...
zul...nyer...ko ni saje typo ke nak provoke orang? ahaha
apis,
bukan setakat takraw bulat, berenang kuak lentang pun kita tak pandai2 lagi
udin,
ho ho...dua dua pun bole
Post a Comment