Featuring Justice League superheroes and villains. Superman, Wonderwoman, Batman, Green Lantern, Lex Luthor.....sapa lagi ntah.
Wednesday, October 3, 2012
DC Universe Online
Featuring Justice League superheroes and villains. Superman, Wonderwoman, Batman, Green Lantern, Lex Luthor.....sapa lagi ntah.
Thursday, July 19, 2012
Sejauh mana anda sanggup buat?
Tuesday, August 23, 2011
Hello my friend. Stay awhile and listen...
Orang malam malam terakhir Ramadhan ni buat Qiamulail, tapi gua pegi post bende tak berpaedah ni. Tapi takpe, ni adalah benda lawak pasal Deckard Cain yang perlu dikongsi bersama. Video ni mungkin dah lama, tapi setiap kali tengok mesti berair mata tahan gelak.... itu pon kalau lu kenal la pakcik Cain ni...
Kalau sesape yang masih sengal tak kenal pakcik Cain ni... gua bagi hint la sket dia adalah orang tua dalam game Diablo. Yeahh!
Saturday, May 7, 2011
Assassin tanjung bidara

Ok lah, sbenarnye takde pape pon aku nak cakap pasal game assassin creed tu cuma sedang aku dok buat 5 s (seiri, seiton, seiso, seiketsu and shitsuke) ke atas pc dan meja aku ni, aku terjumpa satu gambar yang aku pikir boleh dishare dalam blog ni.
Saturday, September 19, 2009
Memori Bishi-Bashi (ビシバシ)
Balik je dari open house rumah Master, terus pergi arked kat Komtar. Dulu kitorang biasa lepak kat Leisure Mall, tapi arked kat sana macam takde maintenance. Game semua hancur-lebur. Aku suspek budak-budak skinhead Taman Pelangi yang rosakkan. Seperti biasa bukak sampul duit raya daripada mak Master mesti Rm50.
Sedikit info, dulu Shah Ezanee ni dulu sebahagian daripada fellowship of Sungai Chat sebelum dia tukar ke dark side. Sekarang hilang entah ke mana.
Cerita balik pasal Bishi Bashi, balik dari arked, semua pegang tangan, rasa macam kembang jek tangan berdenyut-denyut sakit. Ha ha ha. Bishi Bashi ni methodologinya mudah jek. Setiap player ada 3 button, merah, hijau dan biru. Ada 3 player untuk satu mesin arked. Tekan (nak hentak pun boleh) button yang besar gedabak tu sekuat hati untuk boost/controller.
Bishi Bashi ni ada beberapa senario atau mini game. Yang aku paling suka goncang tin Coke sampai blow-off ke bulan! Hahahahaha. Caranya mudah je, hentam la button tu selaju yang boleh sampai tin tuh bergoncang macam kena sawan babi.
Game ni lebih feel kalau main ramai-ramai. Baru lah dapat tengok muka sekor-sekor punya beriya-iya nak menang.
Satu lagi, game arked yang kitorang main tuh masih dalam bahasa Jepun. Cilakak. Main agak-agak jek nak select game.
Tuesday, September 15, 2009
Commandos
Mission first nak kene turun dari bot. Gambar ihsan gamespot.com
Gambar dari gamespot.com. Dari kiri: Diver, Driver, Sniper, Green Beret, Sapper dan Spy pompuan. Ada Spy lelaki, dia yg amek gambar kot...so tak keluar la dlm gambarIni merupakan salah satu game komputer paling power aku penah main. Ia juga sangat taktikel dan juga susunan permainan yg amat komplikated. Aku setat diperkenalkan kepada game ini oleh apis. Iyela umah aku mana ada kompiter. Apis kata "Weh pakmet, ko kene dtg umah aku. Ada game best gila aku main ngn Mackeen." Aku pun lantas bergegas naik kete sapu dari umah aku, pegi Jalan Tampoi, naik bas pegi ke Bus Stand Larkin dan naik bas no 8 ke depan masjid Kolam Ayer seraya berjalan kaki ke umah apis. Umah aku tadek bas lalu, jadi susah sket nak keluar merayau.
Game ni ada beberapa watak yg kita boleh control sekaligus atau mengikut mission. Kita akan diberikan satu mission dan mungkin hanya beberapa orang watak game untuk dicontrol dalam mission itu. Tapi yg mencabarnye, certain watak buleh buat hanya certain moves. Ada yg buleh angkat mayat, ada yg buleh baling pisau, ada yg buleh letupkan bom, ada yg buleh bawak kete...so walaupun diorang ni semua komando, tapi agak mangkuk gak la pasal tak semua buleh angkat mayat. Leceh gila.
Tapi game ni mmg kelas, macam iklan ribena yang ada host jalan2 carik makan tu (nnt lain hari aku buat entry betapa bodohnye iklan tu). Dia mengajar kita erti sabar dan menghargai skill setiap ahli pasukan. Nobody can survive alone (kecuali dia man vs wild). Memang addictive gila game ni, pastu takble save plak tu. Jadi kalau dah nak last2 tu mampus, laa kene ulang balik dari awal mission. Sungguh pantek bukan, tapi sesungguhnye kami akan mengstartkan balik mission itu walaupun setelah mengeluarkan sumpah seranah.
Anyway...commandos sekelian...terima kasih kerana mengajar aku bermain game di komputer. Sampai sekarang aku masih main game, cuma dah kurang je. Lagipun monitor desktop aku baru kelmarin give-up. Cipet...kene beli monitor baru sebelum Diablo 3 keluar.
