Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Agen jualan melalui telefon sememangnya menjengkelkan

Aku yakin semua orang yang berkerjaya, yang pakai henphone selepas buat permohonan kad kredit atau apa apa loan dari apa apa bank akan dapat panggilan panggilan tahi dari manusia manusia yang kerjanya menjual insurans, jual kad diskaun, jual keahlian kelab kelab kesihatan dan sebagainyalah.

Actually kerja tu tak salah dan aku pon tak salahkan mereka sebab mungkin dah takde keje lain nak buat, atau mungkin tertipu untuk kerja tu, atau alasan yang paling sial sekali memang born untuk sukses dalam kerjaya sebagai agen jualan melalui telefon.

Tapi modus hampir semua operandi agen agen ni adalah sangat menjengkelkan.

1. Ntah pokemak mana tah yang kasik dagang details kita sampai agen agen ni boleh dapat no contact kita... suspek utama dan yang konfem adalah staff bank.

2. lepas aje dia konfem kita bercakap, terosss bebual tak berenti promot barang yang dia nak jual

3. Gunakan elemen elemen nak tambah point jualan macam ayat ayat alquran, kalau terjadik itu ini, nauzubillahiminzalik la, ntah banyak lagi ayat ayat yang aku rasa tak perlu pun.

4.kalau kita kata tak mau, selagi tu lah dia cuba jugak nak cucuk line, aku tak kesah memang itu kerja ko, tapi, cara tu yang buat orang rasa, kalau face to face dah lama kena tinju shinjuku. Cakap elok elok kita tak mau, masih tak paham bahasa, sampai nak mencarut baru diorang berenti (tak semua la macam ni).

5. Bila tanya mana dapat nombor dan detail, kenapa tak boleh nak bagi straight answer. seriously kalau ko boleh bagi tau mana ko dapat nombor telefon tu, aku akan respek apa yang ko tengah buat tu, dan sekurang kuranya dengar apa ko jual sampai abis dan kalau aku reject pun aku, aku akan reject dengan berhemah, sebab at least ko jujur. sama ada aku nak siasat dan buat aduan pada pihak berkaitan tentang pembocoran maklumat customer, itu lain cerita.


****Contoh perbualan aku 2 hari lepas****

agen telemarketer : " Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan apistempur"

apistempur : waalaikumsalam, hah ada apahal?

agen telemarketer:  begini encik, nama encik telah terpilih dalam sistem kami sebagai salah seorang yang layak untuk menerima skim perlindungan syarikat kami dimana encik dan keluarga layak........................................tiada medical check up ...........................nauzubillahiminzalik ....... boleh encik berikan alamat dan no kad kredit untuk tujuan pembayaran kepada skim ini.

apistempur: apa ko bebual ni, bila masa aku cakap aku setuju pulak? mana ko dapat nombor aku?

agen telemarketer :  Begini encik, nama encik telah terpilih dalam sistem kami. sebab tu kami offer encik dengan offer ni.

apistempur : sistem apa ko pakai tu? mana ada sistem yang boleh sebarang2 naik nombor dan detail orang? ni dah macam Person of Interest punya cerita..

agen telemarketer: sistem kami memang memilih nama encik kerana encik layak untuk menerima skim perlindungan ni, apa yang kami perlukan cuma alamat dan no kad kredit shaja dimana , polisi akan dihantar dalam masa 2 minggu dari tarikh perbualan ini dirakamkan,dan apa yang lebih menarik encik akan dicover immediately selepas perbualan ini

apistempur:  aku dah bagitau tadi aku tak minat, aku cuma nak tau pasal sistem ko tadi tu, apasal nama aku boleh naik...itu je, ko bagitau jela dari baruah mana yang jual detail aku.

agen telemarketer: ok terima kasih kerana sudi luangkan masa mendengar encik, minta maaf kerana mengganggu masa encik... ..toooot

apistempur : Fak u meng !

So kepada sesape agen agen telemarketer diluar sana, aku mintak maap la awal awal, kalau ko tertalipon aku, memang frst aku nak tau mana ko dapat nombor, sila sediakan jawapan yang munasabah atau sumber ko yang boleh buat aku percaya dari mana ko dapat nombor aku, selagi ko tak dapat jawab soalan aku, selagi tu aku tak berminat walau apa pon yang ko promot.

Apa pehal pon mari kita kongsi sama sama idea yang smart nak pedajal agen agen ni...



Youtube Published on Nov 7, 2012 by

Thursday, September 17, 2009

OAG

Tadi siang aku balik KL ramai gila bebudak OAG naik flight sekali ngan aku sekali. Eh..diorang pun naik Air Asia jugak ke? Kata gaji masyuk. Naik la flight MAS. Baru ada standard. Apa barang naik flight tambang murah. Seperti biasa, bila flight aku ramai bebudak OAG, pelbagai perbualan bodoh boleh didengari. Dari langkah pertama aku ke dalam airport Bintulu sampai lah aku keluar dari balai ketibaan  di LCCT, perbualan bangang di dendangkan di telinga aku. Nasib baik aku bawak headphone cucuk kat handphone. Kurang sikit broadcasting perbualan bangang ini. Aku recap sedikit dari perbualan mereka.
 " I memang tak biasa naik Airasia ni. Leceh la kene jalan-jalan ni. Dah la seat sempit."
 " Ohh.. baru I ingat, I pernah ada project kat Dubai tu. Kat situ kan kita jumpe?"
 "Eh, you dah try tak buffet kat hotel tu. Murah jer, RM99 per head. Eh sedap lah compare ngan hotel lagi satu"
"I memang every weekend balik. Travelling elaun I tak terusik pun. Ala.. bukan jauh pun Bintulu KL. Dulu masa I training kat Ozzie pun I ulang alik balik every two weeks."
Pergh.. tak boleh belahkan? Rasa nak terajang jer dari belakang sambil menarik kedua dua tangan dia ke belakang.



Lagu yang Pakmet headbanging 

Apa dia OAG? Bukannya Old Automatic Garbage yang lagunya di head banging oleh Udin... tapi adalah Oil and Gas. Ia merupakan sebuah industri yang digila-gilakan careernya oleh batch yang graduate sejak dari awal milenia 2000 sehinga kini. Kenapa nak masuk OAG? Pasal gaji masyuk beb.  Elaun pun besar. Lagipun dapat kerja kat padang pasir. Takkan nak kerja kat kilang baja yang kotor. Sejak kerja kat industri chemical, aku banyak kali dah aku terpaksa encounter ngan bangsa bangsa OAG ni. Ada training atau seminar mesti ada bebduak OAG ni. Kat Bintulu jangan ceritalah. Bintulu maju kerana OAG, sampaikan seminar pasal sampah (actually Waste Management punya seminar) pun bebudak OAG ni ade.Aku dulu pun impikan pekerjaan di OAG ni. Banyak cerita cerita yang aku dengar dari lecterur aku dan juga kenkawan. Best dapat gaji masyuk. Anyway encounter aku dgn mereka menyebabkan napsu aku terhadap OAG tiada lagi. Berikut adalah encounter aku ngan OAGs yang akan aku ingat sampai mati.

First Encounter
 Kenderaan kerja Apis dalam ilusi encik Mistah
First aku encounter kebabian bebudak OAG ni masa aku praktikal degree. Masa tu aku praktikal kat kompeni yang tiada kaitan ngan kejuruteraan. Jadi basically, aku praktikal sebagai kerani (practical sbg kerani takper.. jgn kerja title engineer tp wat keje kerani.. tak boleh tak boleh). Kerja aku tetiap hari surf internet sambil layan YM. Tengah aku layan aweks aweks yang tak sabar sabar menunggu reply YM aku (hahaha) tetiba ada sorang mamat kawan baik Zul YM aku. Berikut adalah sedutan perbualan YM aku dan encik mistah (bukan nama sebenar):
Mistah: "Woi mok! Ko peciter?" <--starting pun dah mcm gampang
Aku: "Aku ok jer."
Mistah:" Owh ko kat ner ni?"
Aku:"Aku kat KL la"
Mistah:" Owh yeke? Aku pun kat KL ni. Aku jadi engineer kat Petronas. Kerja kat KLCC. Kau kerja mana?"
Aku:"Err.." (dalam hati: pukimak..aku tak tanya pun kau kerja apa... hebat sangat apa kerja kau)
 Perbualan YM aku ngan mistah ending dengan aku disconnect YM aku. Tapi version Apis lagi best dari aku dimana perbualan awal adalah sama cuma Apis cakap dia kerja angkat sampah dan perbualan diakhiri dengan Apis terpaksa belah pasal lori sampah dia dah sampai.

Second Encounter:
Masa ni aku management trainee kat CCM. Tahun yang paling banyak aku attend training and seminar. Aku masih ingat lagi nama seminar tu. Di hostkan oleh Emerson, sebuah syarikat instrumentasi. Tajuk seminar "Wireless Process Control". Lokasi pun aku masih ingat: Westin Hotel. Kenapa aku ingat semua?  Pasal kejadian dia bangang gile. Ia merupakan one day seminar. Ramai gile orang attend. Dari bermacam industri. Bukan chemical dan OAG saja. Ada engineer kilang biskut aku jumpa (danone), kilang tayar dan macam macam lagi. Memang pack ballroom hotel. Nak dijadikan cerita..sewaktu second session ada technical briefing. Dah lebih kurang setengah jam sesi itu berlangsung. Tengah mamat orang putih tu explain kat depan dengan bersungguh sunguh tetiba ada seorang orang tua bangun dan bertanyakan soalan dengan garang sekali yang tiada kaitan dgn presentation yang sedang diberikan:
"Why is it during your visit to my plant last week I still can't get the reading from the valve?" lebih kurang mcm tu la soalan orang tua tu kepada orang putih yang sedang present. Dan 10 minit seterusnya orang tua bangang tu boleh bertengkar dengan orang putih tu pasal kerja 2 minggu lepas yang tak siap kat Kerteh. Dan dia bertengkar depan lebih kurang 300 orang yangs sedang attend seminar tu. Semua dah buat buat muka fakap gila rasa nak hempuk muka orang tua bodoh tu.
Aku pun tak paham motif dia. Bukan kah lebih baik perkara itu boleh dibincangkan secara private bukan secara public. Aku rasa takde sapa pun berminat nak dengar masalah valve dia yang tak boleh bagi reading. Anyway. Orang tua bodoh tu pakai baju putih ada lambang hijau kat dada dia sebelah kiri.

Third Encounter:
 Ada sorang mamat ni aku kenal lama dah. Aku selalu refer ngan dia pasal kerja lebih lebih lagi pasal power elektrikal la. Dia kerja OAG. Travelling mmg banyak. Tapi yg aku menyampah pasal dia ialah dia suka cerita pasal kehebatan pay slip dia. Harga rumah dia. Harga kereta  kereta import dia. Dia gi melancong ke mana ngan gilfren dia. Memang tak boleh belah sial. Ni berlaku masa aku nak kawen dulu. Aku tgh wat kerja kat opis. Tetiba YM aku berbunyi. Mamat ni YM aku. 
Mamat:"Weh..click link ni. Join lah aku. Boleh tolong aku kumpul duit nak kawen."
Aku: Clink link dan tengok........ online busines yang berkonsepkan tangga piramid yang hebat. Tak payah beli product tapi cari member sales point akan meningkat.
"Beb...bukan gaji lu riban riban ke? Kene wat online bisnes jugak ke?
Mamat: Diamm....
Sejak dari tu mamat tu tak pernah YM atau call aku lagi. Ahahahahahahah.

Fourth Encounter:
Kirim salam kat Boss!!
Ni encounter yang terlatest. Masa dua bulan lepas kot, aku balik weekend ke Semenanjung dan sempat balik JB dan makan murtabak ngan Zul. Hehe. Masa ni aku ondaway balik JB. Bertolak dari Kelang dalam pukul 9 lebih. Memang dalam kepenatan masa tu nak drive. Petang tu dari airport gi KLCC jemput bini aku pastu gi Klang nak ambek baju. Tapi redah gak. Dalam 2 jam drving tu aku dah ngantuk gila. Siap ada halusinasi lagi masa driving. Jadi untuk menambah tahap kesedaran kepada diri  aku pun berhenti kat salah satu R&R yang aku lupa kat mana. Aku singgah la kat Petronas nak beli redbull. Aku pergi kat peti ais. Nampak ada sorang tua ni tengah belek belek tin redbull. Dia pakai baju yang sama mcm orang tua bodoh kat seminar Emerson tadi. Eh.. tokei stesen minyak ni ke? Pe jadah wat malam- malam check redbull. Pasal dia lambat sangat aku pun gi pilih cuing gam. Aku gi balik kat peti ais, org tua tu masih lagi belek belek redbull. Issh..aku pun cakap, excuse me. Mintak laluan. Orang tua tu pun terus blah bawak redbull dia gi counter. Aku pulak sambar terus dua biji redbull bawak gi counter nak bayar. Berikut adalah dialog orang tua (OTP) tu (rupanya bukan tokei stesen tu) ngan budak cashier (Cash) yang aku rasa tgh tunggu result SPM (sila bandingkan tahap IQ mereka..siapa lagi tinggi).
OTP: "Apsal Redbull ni mahal sangat?!
Cash:"Eh bang, mana ada mahal. Selama ni harga dia macam tu jer. Takde turun naik." (sambil gelak -gelak.. ingat orang tua tu buat lawak)
OTP:"Mahal redbull ni. Aku tahulah mahal! (sambil menengking)
Cash:"Eh bang, kalau mahal Redbull tu baik abang beli air mineral water ni. Baru 99 sen" (baru sedar orang tua tu serius)
OTP:"Ko tengok baju aku ni. Aku kerja Petronas la. Aku tahulah air ni mahal. (sambil hempas duit kat counter) Kirim salam kat boss ko!! (pastu terus belah)
Cash:"Eh bang, nama siapa. Nanti boss saya tanya siapa yang kirim salam?"
OTP: diam dan belah..
Aku yang kat belakang menyaksikan kejadian tu tak tahu nak gelak guling atau pun menangis kegembiran. Eh kamon la beb. Ingat pakai baju petronas tu gempak sangat ke?  Ntah ntah ko kerani  cabuk jer kat opis. Ader hati nak eksen. Air redbull mahal dua posen pun nak komplen. Bawak kereta Citroen gempak gila mcm kaya gila babeng. Budak cashier tu jauh lagi pandai dari kau. Aahahaha. Aku lepas tu bayar satu tin jer Redbull pasal aku tak memerlukan yang lagi satu. Aku tak ngantuk dah . Aku drive sambil gelak sampai Tmn Pelangi. Wahahahahaha.


Conclusion
Korang nak kerja OAG kerjalah. Tapi jgn lupa daratan. Wife aku pun kerja OAG gak, tapi benci gila ngan kompeni dia. Apsal? Kerana terpaksa mengadap hari hari orang yang aku ulaskan di atas. Kerja korang bukan segala - galanya. Anyway..ayat terakhir... Kirim salam kat boss!

Thursday, September 10, 2009

My feet hurt!

Gambar dari game

Itulah kata-kata mamat tu kalau disuruh buat bangunan banyak sangat dalam C&C General. Alangkah senangnye kerja kalau klik je kat screen, terus siap. Ehehehe. Nak je, terus ada. Tapi itu hanyalah fantasi semata-mata.

Kebanyakan orang yang aku tanya 'Why you work?', akan jawab 'Because to get money'. Dan aku akan terus dilabel poyo bila aku jawab 'I work for the experience'. Biasala, siapa yang takmo duit. Semua kene ada duit, nak bayar bil, nak beli makanan, nak bagi kat mak bapak, nak kasi duit raya, nak beli baju...nak bayar kete FIAT...eheheh.

Tapi jawapan aku kerja untuk pengalaman tu sebenarnye ikhlas. Masing-masing ada reason tersendiri kenapa diorang kerja. Lojiklahkan. Tapi aku rasa kalau aku kerja semata-mata untuk dapatkan duit, susah nak puas hati dgn kerja aku tu. Sebagai pekerja kilang macam aku ni, memang takkan ada banyak duit punyela kalau nak dicompare dgn orang berniaga. Lain la kalau kilang tu kilang aku, barula aku pun kaya. Tapi itu dah masuk perniagaan.

Bagi aku, bila kita kerja...kita keluar dari rumah. Bila keluar dari rumah je mesti dapat pengalaman. Banyak bende ada kat luar rumah. Masa kerja, kita jumpa orang, jumpa mesin, jumpa documents. Ini semua menambah maklumat yg ada dlm kepala otak kita. Personal skill kita juga akan dibentuk hasil daripada kerja kita. Cara bertutur, cara melawan secara professional, cara bersabar...malah boleh juga belajar cara efektif nak menyampaikan maklumat. Kita tengok apa orang lain buat, kita kaji la sket. Kalau elok, kita amek. Kalau buruk, kita tolak la tepi...simpan, supaya kita tak ulang bende buruk tu.

Lagi puas ati kalau kita kerja bende yg kita suke atau bende yg bermakna. Hmmm ini lagi berkesan untuk menambah motivasi kita untuk bekerja dgn lebih produktif dan berkualiti. Cara menambah motivasi? Cuba carik apa sumbangan kerja ko tu pada masyarakat.
Aku kerja kilang buat IV catheter (ala jarum cucuk korang nak masukkan air kalau korang masuk sepital tu). Produk keluar roughly 350 juta pieces setahun. Pekerja ada 5000 orang. Hari bekerja 365 hari setahun....so korang kire 350juta/5000 org/365 hari = 191.7 . Ini bermaksud sumbangan aku adalah 190 cucukan jarum pada 190 pesakit. Menatang ni diguna untuk masukkan ubat, menyembuhkan pesakit. Katalah 50 pieces jarum nurse injek salah (ni banyak ni, aku rasa takde nurse bodo camni)...ada 140 lagi yg sampai ke patient. Aku membantu 140 nyawa kembali berfungsi seperti biasa. Dan ini adalah sumbangan aku untuk setiap hari. Dokter paling power dlm dunia ni pun takde yg aku rasa buleh selamatkan 140 nyawa sehari. Banyak jugak pahala aku dapat. Best betul kerja aku ni.

So kawan-kawan. Sesungguhnye kerja kita sepatutnya membawa makna yg lebih dari wang ringgit. Hargailah kerja anda dan sentiasa cuba untuk improve. Sebab hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam. Tapi ini pendapat aku la, quoting penulis blog yang lain...just my 2 cent.



p/s: ini entry aku buat kat opis sebab aku tengah takde keje...keh keh keh.