Showing posts with label pukul anak sindir menantu barulah parodi. Show all posts
Showing posts with label pukul anak sindir menantu barulah parodi. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Gangstarz.... I'm with you Sol

Harini aku ada terbaca 2 berita yang membuatkan aku aku tersengih sengih depan pc sendirian.

Sebuah pertubuhan gangster kampung dusun berhasrat untuk menyaman pengarah dan penerbit filem gara gara tayangan 2 filem bercorak Gangstarz yang menayang kan beberapa perkara sulit seperti diamalkan oleh ahli gengster kampung dusun....

Korang boleh baca berita tu di sini dan sini

ni sikit petikan berita tersebut

Ketua Ahli Majlis Negeri Kampung Dusun Wilayah Persekutuan, Sarip Dol berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Geng Kampung Dusun.

"Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Geng Kampung Dusun dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini.


AHAHAHAHAHAHAHAHAHA.....taik lembu la gengster kampung dusun. kod rahsia la, kata kunci la, apa lancau la lagi... gengster bila ramai, gengster pukul melayu,pastu nama pakai nak nama islamik.

~~~~~~~~~

Biasanya aku ada skeptik sikit terhadap filem filem yang diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar yang hensem ni... khakkkk ptuih... tapi setelah membaca berita mengenai perkara nak menyaman samsol, tetibe je aku terasa aku support si samsol ni.....

"sol.... sol.... sol.... walaupun kebanyakkan filem ko bangang sama bangang macam filem bapakk ko,tapi disebabkan filem ko yang ni, kumpulan gengster melayu yang cuma berani pukul melayu jadik hangin, maka teroskan lah usaha ko membuat cerita tahi lagi sol....terosskanlah,ikut cakap bapakk ko, jangan layan mereka"

Monday, February 28, 2011

Ramuan kuruskan badan, tapi side effect mimpi ngeri....ada berani?


Disini, saya ingin berkongsi ramuan khas kuruskan badan yang amat mujarab lagi mustajab, boleh digunakan tidak kira masa.

Caranya ialah 'layan' ramuan ni, setiapkali anda rasa anda sudah terlebih makan, insya'allah mungkin akan dapat dikurangkan berat badan yang berlebih lebihan tu. maklumlah, setiap kali guna , terkeluar habis isiperut, tak sempat langsung makanan nak hadam, pabila tak sempat makanan dihadam, maka tidaklah berlaku kegemukkan. Mudahkan. Tapi awas, ia tidak datang begitu sahaja,ia tetap ada side effectnya. Side effect pula mungkin berbeza antara insan.


Cuma pastikan anda tidak overdose sahaja, Kesan akibat overdose ialah, anda akan mengalami keadaan yang dipanggil 'Bulimia nervosa'. kalau 'guna' 10 kali straight non stop anda akan terus mengalami dehydration, severe vomitting, syncope, disusuli dengan tonic clonic seizure...ini seriyes, jangan overdose..


......

...

Look at my face until you are satisfied- LOL


Wednesday, January 26, 2011

Satu tika dahulu

Pakmet terhutang budi dgn dia.. tapi Pakmet backstab dia





p/s: tak sanggup nak tampal kat sini. nanti terpaksa delete blog

Sunday, January 2, 2011

Universiti

1980's, masa tu kat Malaysia berapa orang je graduan universiti. Kalau kat kampung yang masuk universiti dijulang, disanjung. Kambing panggang, buat kenduri umum satu kampung. Universiti pun tak banyak. Masuk universiti menandakan mobiliti sosial, dah boleh kahwin dengan anak penghulu. LOFL.

2011, masuk u belum tentu menjamin masa depan. Graduan universiti berlambak-lambak. Tu belum kira universiti baru yang tumbuh macam skim cepat kaya. Sana-sini unversiti. Kalau baling batu kat shopping complex, mesti kena kat graduan universiti. HAHA. Korang jangan terperanjat kat tempat kerja aku aritu ada budak yang baru habis degree mintak kerja technician. Fuck betul la, downgrading degree.

Layan dulu lagu ni, release 1984. Aritu aku dengar Sinar FM, teringat udin. Udin mana?

Kau Lupa Janji - Jamal Abdillah, tahun 1984.




Kau katakan kau menyayangi diriku
Ku percaya segala kata-katamu
Apa saja kau hajati
Aku cuba memenuhi
Kerna ingin menjaga hati

Kau katakan biar apa pun terjadi
Kau dan aku sama-sama menghadapi
Paras rupa bukan ukuran
Bila hati dah berkenan
Kernamu rela berkorban

Aku selalu memikirkan masa depan
Antara kita berdua hidup bersama
Setiap kali ku lahirkan hasrat hati
Kau pintaku memutuskan perhubungan


Sejak itu ku tak pernah kau kunjungi
Teman barumu lulusan luar negeri
Berkereta sana sini
Diriku tak kau kenali
Mudahnya kau lupa pada janji

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 Sungai Chat

Selamat Tahun Baru 2011!

Semoga tambah lagi posting-posting berbanding 2010. Tahun 2010 ada 68 entry. Naik sikit berbanding 51 entry pada tahun pertama blog ni bermula iaitu 2009.

Kalau tengok secara kasar taburan entry atau posting macam bermusim, mula-mula tinggi pastu awal tahun 2010 surut, average 1 posting sebulan. Kemudian hujung tahun 2010, November dan Disember naik mendadak. Memang bermusim macam zaman semua orang main skateboard pastu tukar jadi peminat underground music, pastu hardcore pastu scooter, tak silap ada selit sikit zaman roller blade dan sekarang semua orang nak jadi korporat. Ya kawan-kawan, korporat is the in thing right now. Breakfast dengan fresh orange dengan gelas tirus ada payung kecik, sambil berbual bisnes dan macam mana nak jadi CEO. Datuk-datik, tan sri-meri dan lain-lain. Sampai sekarang fungsi payung kecik kat gelas tu masih misteri.

Okay, aku dah melalut dan menambah lagi satu entri yang tak ilmiah kat blog ni.

FAILED.

Cerita pasal tahun baru, sejak 2001 sampai la 2010 aku perhatikan kemunculan cermin mata bahlul setiap kali new year. Jadi sebab 2011 ni ada satu je digit kosong maka berkuburlah cermin mata tahun baru yang failed ini.

Semalam aku tengok masyarakat Malaysia galak sambut tahun baru macam ni lah tahun baru terkahir yang diorang jumpa. Excited lebih-lebih. Budak-budak melayu pulak memang pantang jumpa public holiday. Tahun baru ke, krismas ke, tahun baru cina ke, thaipusam ke, dilayan sama rata dan1Malaysia. Yang aku hairan Raya Puasa, awal Muharam, awal Ramadan, nuzul Al-Quran, maulidur rasul taknak pulak kau keluar merempit ke, buat 3gp, tidur hotel. Pandai pulak sekular nak pilih jenis holiday nak buat hal.

Anyway, kepada yang excited sangat sambut new year, sebenarnya new year ni sudah overrated. Terlebih hype. Bukak buku baru la apa lanciau. Kalau nak bukak buku baru hari -hari boleh bukak baru. Nak tunggu tahun baru nak ubah imej la, harapan baru la. Yang aku perhatikan tiap-tiap tahun rasuah makin menjadi-jadi, pergi ofis gomen layanan sama je macam haramjadah mcam tahun lepas, kos sara hidup makin menjadi-jadi sedangkan pendapatan per kapita tak naik-naik, orang miskin tegar kat Malaysia masih ada sedangkan baitulmal, zakat sana sini. Kat mana siyal duit tu semua pegi? Apesal TV3 nak kena buat Bersamamu sedangkan patutnya orang yang jaga duit baitulmal tu yang take care orang-orang susah camni. Banyak bullshit sama macam tahun lepas. Bayar cukai jalan, tapi standard jalanraya macam jalan kebun sawit, bayar cukai PBT tapi sampah dah menimbun baru nak angkat. Ada wakil rakyat tapi nak jumpa sikit punya susah, jumpa wakil je. Wakil rakyat ke wakil YB?

Tahun baru is overrated, bukan penyelesai masalah atau solution. Sama macam blog. Sama macam beri pendapat. Pendapat tu umpama tool bukan solution. Walau macam mana berantakkan pun kau cakap pendapat kau betul, kalau diorang sudah bergenang dengan bullshit maka pendapat kau pun dianggap bullshit. So let them be, with bullshit sama macam Markus Indon.

HAHAHA.

Selamat Tahun Baru 2011, semoga semua makmur dan sukses selalu. Suskes tang mana, aku pun tak tau.

Monday, December 6, 2010

Senarai Movie yang aku rasa nak hempuk kepala kat TV.

Aku layan cerita Harold and Kumar Go To White Castle aritu. Boleh tahan la celaka dia punya tak logik. Dah nama pun hiburan. "Kalau nak real pergi tengok National Geographic la," kata sorang mamat kat aku dengan nada serius terngiang-ngiang kat telinga aku masa kat U dulu. Tapi aku tak amik port dia punya komen. Pasal apa? Pasal dia beriya tampal sticker Slipknot sana-sini, dengar lagu Craddle of Filth tapi dengar lagu Lucky (Britney) ulang sampai 7 kali. Hahaha.

Anyway aku ada list top 5 movie yang aku boleh menyebabkan aku jadi sembelit. Filem Harold and Kumar ni kira boleh diterima lagi la kalau nak dibandingkan dengan list movie ni. Aku ada banyak lagi list, tapi list kat bawah ni yang paling memberi kesan yang maksima.

(1) Six String Samurai
Obses aku pada gitar menyebabkan aku beli cerita ni. Macam celaka dia punya plot. Kalau korang nak tau takde sekali pun aku tengok dia try main gitar dia. Kewak, usung gitar ke hulu-hilir tak pakai casebox.

(2) The Replacement Killer
Aku tengok wayang cerita ni. Tahun 1998 nilai RM7 tu banyak berbanding RM7 tahun 2010. Ditolak campur inflasi bahagi faktor masih sekolah form 5. First hollywood movie Chow Yuen Fatt kunun. Debut filem macam lahanat wahai God of gambler.

(3) The Avengers
Dia punya lahanat, dah nak last baru aku sedar Father tu watak perempuan, Mother tu watak lelaki. Baki 90% cerita tu aku fokus makan pop-corn, minum coke, cekedis, pringles, pergi toilet.

(4) The Covenant
Apa yang cuba disampaikan oleh cerita ni? Hiburan atau seksaan? atau cerita pasal budak sekolah convent?

(5) Last Days
Tengok cover macam Cobain, baca sinopsis macam cerita biography Cobain. Tengok cerita, macam celaka. Ada adegan lelaki cium lelaki atas katil yang sangat disturbing. Trauma sial aku. Nama watak utama Blake. Bukan Cobain eh.

Aku ada lagi list, tapi inilah list movie seingat aku yang aku tengok sampai ending. Cerita lahanat macam Pathfinder tu layan 20 minit je, pastu campak DVD ke dalam bakul sampah. Ada lagi filem korang nak tambah?

Apesal takde filem Malaysia?
Filem Malaysia semua best, hebat, canggih.


Lock, Stock and Two Smoking Barrel. Movie yang diberi review 5 bintang oleh Faiz, sayangnya aku hanya boleh tonton 25 minit yang pertama. 3 kali aku try beb. 3 kali aku jugak aku tido. Jadi aku tak masuk list, sebab tak abis tonton.

Gambar dari IMDB.

p/s: Selamat Tahun Baru, Maal Hijrah.

Saturday, November 27, 2010

Mentibang

Untuk memantapkan lagi blog ini, kena banyak lagi post-post terkini yang gempak-gempak. Barulah unique visitor 60 40 20 juta orang sebulan. Ni tidak...post bila ada mood, macam lalang. Betul tak Udin? Kena tiup bergoyang. Banyak betul metafora Udin ni. Tak sia-sia darah seni mengalir dalam tubuh. (p/s: Udin kalau bab ulang tayang atau reenactment memang ekselen. Sikit detail pun dia tak tinggal. Kene berhati-hati nak buat silap depan dia. Gua bagi warning awal-awal.)

(Untuk parenggan di atas...READ: kalau tak update pun yang baca blog ni korang je. Ada aku peduli?)

Btw guys (geli geleman tak?), aku Google maksud Udin mentibang. Rupanya mentibang tu ulat gonggok menurut kamus bahasa. Mentibang ni nama yang lebih komersial kalau nak dibandingkan dengan ulat gonggok. Dah la ulat, gonggok plak tu. Mana ada elemen seram camtu? Tapi apesal ulat bulu selalu dikaitkan dengan insan-insan kinky? Nak dikatakan faktor perkataan bulu kat situ, memang aku bangkang. Sebab realitinya insan-insan berbulu yang aku kenal boleh menyebabkan aku hilang selera makan. Sikit pun tade kinky. Serius dowh. Pengalaman aku kat kolej.

Dulu kan ada bugs queen yang selalu komen kat sini. Apa agaknya teori dia pasal ulat bulu dan kinky tu agaknya. Ulat tu termasuk dalam kategori bugs ke? Maaf, English aku memang fail. Kecik-kecik tidak didedahkan kepada Metallica, lebih kepada Ibnor Riza.

Apa-apa pun, hanya apis setakat ini yang dapat mengenal pasti bunyi yang dikeluarkan oleh mentibang. Nanti aku tuntut ilmu dari kau, eh.

Tapi bunyi mentibang memang catchy. Jadi hari ini akan cuba war-warkan....

sindrom mentibang = sindrom update blog ikut mood.

Memang catchy.

Mentibang mentibung Udin tidur macam mana? Eh, ada lagu camtu ke?

LOL!

Mentibang gergasi.
Gambar gua rembat dari sini.

Nak download movie and mp3?

The Star Online, 27 Nov 2010.

New law to end illegal downloading of music and movies


KUALA LUMPUR: The free-and-easy days of illegal downloading of music and movies may soon be over. A proposed new law will enable Internet Service Providers (ISP) to suspend or terminate the Internet accounts of P2P (peer-to-peer) users.

This new law called the ISP Liability act, will be tabled in Parliament next month, according to Recording Industry Association of Malaysia (RIM) chairman Norman Halim.

RIM has been lobbying the Government for an ISP Liability act for the past 5 years as illegal online downloads have been cannibalising the legitimate sales of music, worldwide.

“The act makes the ISPs responsible for curbing online piracy. The ISPs will be fined if they don’t take action against illegal downloaders. The ISPs have the technology to track P2P users,” said Norman.

However, he said that the fine amount had yet to be determined.

ISPs will send two warning letters to illegal downloaders. Should the downloaders still persist, the Internet access will be suspended or even terminated.

“Other countries that have such an act have seen their respective music industries recover. One good example would be South Korea,” he said.

*******************

Ulasan:

Dengan adanya akta sebegini yang membendung kegiatan download lagu dan filem secara illegal sekaligus membantu menaikkan sales album artis-artis Malaysia yang sekian lama mendung. Artis, pencipta lagu dan penerbit album takdelah mengharapkan sangat nak menang Juara Lagu atau menunggu peluang buat show di Jom Heboh atau pun rancangan TV time raya.

Yela nak harapkan duit buat konsert? Kalau Search, Wings atau Siti Nurhaliza boleh la buat konsert sebab fan base yang luas, yang lain tak pasti pulak siapa yang nak datang konsert kalau tak sedara mara dan fan club yang menang tiket free. Dulu ada juga masuk paper artis batal mega konsert sebab tiket tak laku. Berlainan suasana dengan di Barat yang boleh buat duit dengan konsert, walaupun ramai yang download mp3 meraka secara illegal tapi mampu juga beli Bentley.

Diharap dengan adanya akta sebegini, artis-artis di Malaysia akan lebih bersemangat dan fokus kepada seni dan tidak diversify ke bidang lain seperti jual gelang, jual rantai, penapis air, jadi ahlong, buat satu album pastu jadi pengacara, jadi peserta sehati berdansa dan lain-lain lagi.

Target kutipan filem-filem tempatan juga dapatlah di upkan lagi. Kalau biasanya target 10-15 juta, sila up lagi 50-60 juta. Kalau boleh 100 juta terus. Kalau satu orang takleh download dah berapa tiket wayang tu, biasanya sekali download mau 2-3 orang nak mintak share file. Kat Malaysia je ada berapa subscriber internet? Just do the math.

Sekian saya akhiri dengan LOL.