Showing posts with label tade apa gua nak cerita. Show all posts
Showing posts with label tade apa gua nak cerita. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Assassin tanjung bidara

Korang tau pasal game assassin creed? kalau ko mengaku gamers tapi cakap tak tau tentang game yang aku sebut tadi, selayaknye untuk ko adalah tumbukan sungkit bawah dagu sambil disusuli dengan figure four leg lock.


Ok lah, sbenarnye takde pape pon aku nak cakap pasal game assassin creed tu cuma sedang aku dok buat 5 s (seiri, seiton, seiso, seiketsu and shitsuke) ke atas pc dan meja aku ni, aku terjumpa satu gambar yang aku pikir boleh dishare dalam blog ni.




Thursday, January 6, 2011

Wednesday, November 10, 2010

Kalau Gua Superhero


Dulu masa gua budak-budak gua selalu fikir susah senang kalau jadi superhero. Tapi gua rasa superhero ni macam takde cabaran sangat je.

Yang pertama gua rasa costume He-man paling low cost. Setakat underwear scobar gua boleh carik kat Mydin, kalau tak silap Rm10 dapat 3 helai. 3 kaler lain-lain. Kalau beli time raya dah konfem dapat diskaun 15% dengan kad keahlian Mydin gua.

Yang seken, gua rasa penyembunyian identiti he-man paling menakjubkan. Sebelum jadi hero, dan selepas jadi hero sama je. Itupun orang lain susah nak detect. Sedangkan budak sekolah EC yang dah jadi perempuan pun gua boleh cam lagi kalau nampak kat City Square. Setakat ni yang gua rasa boleh gugat he man dalam bab menyamar identiti ni pun Faiz la. Seriyes dowh kalau lu pakai helmet muka lu terus jadi Lim Fah Iz. Tambah lagi 10+ camouflage kalau helmet+cermin mata hitam.

Yang ketiga, yang ni gua paling suka. He man tak payah kerja. Lu orang tengok Clark Kent susah payah nak jadi reporter, pastu nak tukar baju sampaikan terlupa pakai seluar dalam kat luar . Bukan kerja mudah beb. Lagi lah kalau macam Batman sibuk dengan kerja pastu asik nak harapkan orang gaji je. Sekali si Alfred punya permit takleh renew? Sekarang pulak nak cari orang gaji sikit punya payah. Tambah pulak orang gaji yang pandai buat wiring electronic, repair kereta, buat rumah dalam gua, modify rak buku jadi pintu rahsia. Susah wooo...Sekali lu punya Batmobile punya tayar allignment lari, takkan nak hantar kedai tayar Tick Meng?

Yang nombor empat, dia punya musuh satu je. Skeletor.

Nombor lima dan penghabis...Prince Adam ada bela rimau. Prince Adam tukar jadi He Man, rimau tukar jadi Battle Cat. Rimau pulak sikit punya educated boleh berkata-kata. Boleh pulak tunggang pergi mana-mana. Tak payah isi minyak, takde road tax, tak payah kena kejar polis. Gila apa polis nak kejar rimau.

Monday, October 11, 2010

FAIL..

Lu orang seme penah fail dalam hidup?! Penah fail dalam exam? penah fail dalam apa apa percubaan yang korang buat? fail dalm mengejar cita cita? fail dalam bercinta (ugh geli siyal ayat nih,udin punya fail memang legend).... kalau penah, padan muka lu... ahahahaha... aku tak reti nak bagi semangat kat orang kalau fail.... tak kira la dalam apa jenis fail pon....aku bukan mamat yang suka comfortkan orang yang baru mengalami failure... aku biasanya cuma kutuk, dan jadikkan failure orang lain sebagai modal lawak aje.... ahahahahaha memang jadah kalau berperangai begitu.... tapi apa bole buat.... kalau lu orang fail, gua cuma mampu gelak je la.... kalau orang nak gelakkan aku fail , aku no hal, aku boleh join gelak sama sama....

orait papehal pon mari kita gelakkan failure failure di bawah:

Askar yang fail

epic fail photos - Throwing FAIL

Spiderman juga fail

epic fail photos - Spider FAIL

Awek gile fail

epic fail photos - Trust FAIL

Lagi awek bongok fail

epic fail photos - Farting FAIL

Ahahahaha EPIC FAIL

epic fail photos - Safety FAIL

Klakar sial yang ni....banyak kali aku nengok pon aku tetap akan gelak.....bodoh nak mamposs


Sumber: Failblog.org

Monday, August 30, 2010

Tukar line internet

Aku dah lama berkira-kira nak beralih dari sialkom berokband. Namun waktu free yang aku dambakan untuk ke branch TM masih jauh dari realiti. Ish ish ish.

Sejak bulan lepas aku detect connection line lembab macam kura-kura buat dekathlon. Walaupun aku dah muak nak buat call ke customer service center, terpaksa juga aku tempuh. Sebabnya setiap kali aku call ke customer service, level expectation aku makin turun satu level. Ada sekali tu aku rasa 5 level sekaligus turun. Itu belum aku include suara operator yang macam pompuan tapi nama Majid. Sialkom memang penuh dengan kepura-puraan.

Aku call, diorang bilang tengah upgrade. Macam mana kitorang tak bengang? Kitorang tak makan orang, kalau orang usik kitorang, kitorang jadi bengang seh! Macam boyan kan?

Selang seminggu connection line jadi 53.6 kbps. Kejap ada, kejap putus. Time tu aku call customer service, suara operator macam pompuan bila perkenalkan diri nama Majid pulak. Terus hilang marah aku jadi geli pulak. Macam kena rasuk jap aku time tu.

Aku dah listkan semua line internet yang boleh masuk kat area rumah aku. So TMnet Slowmyx je yang paling ekselen mengikut perkiraan aku. Pk1max aku dah keluarkan dari list, kang nanti tak memasal keluar dari mulut buaya masuk pulak mulut rimau.

Aritu Faiz ada kasi satu nama broadband yang pelik sikit kat aku. Ntah apakebende. Aku google tak jumpa plak dowh. Mok, apa nama broadband tu? Kasi share sikit kat sini der, boleh?

Kat ofis skang aku bizi sikit takleh nak online selalu (maksudnya online yang tade kaitan kerja la). Kalau pakmet takpelah, dia bukan ada kerja sangat. Cuti raya pun sampai 3 minggu. Mengalahkan cuti sekolah pun 2 minggu je, apa cerita ni der? Kau keje ke atau tengah buat KPLI?

Oklah der der sekelian, malam raya kita gather aku nak dengar cerita car porch apis secara detail.

p/s: ni aku upload entri ni siap aku pegi berak, flush dua kali sampai benda alah tu tenggelam lengkap beristinjak keluar dari toilet, baru entri ni posted. Macam lahanat.