Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Monday, December 7, 2009

Adakah anda k3wL?

Persoalan ini semestinya sentiasa bermain di kepala otak setiap remaja. Mereka juga sentiasa cuba untuk keep in atau dengan nama lain up to date dgn trend. Personally, aku sentiasa berimej tersendiri (iaitu bergaya berdasarkan kadar kewangan). Sejak mula bekerja...gaya pakaian adalah berdasarkan harga siling rm 30 untuk baju. Seluar jeans baru beli sekali, dibenarkan beli mahal iaitu levi´s (ya...orang tak k3wL pun buleh pakai levi´s) dan kasut dapat free sebab claim winter apparel masa pegi outstation.

Masa dekat sungai chat, tahap kesejukan aku paling max adalah kasut diadora rm 35. mahal sket dari zul ngn apis pasal pallas jazz rm 20 tak silap aku. aku juga pernah mengumpul duit untuk beli beg converse kaler ungu di pasar larkin. lama jugak nak kumpul rm 55, dan beg itu aku pakai sampai koyak rabak masa aku belaja kat emaresem just in (satu lagi faktor ejaan k3wL yg ada pada aku). Tidak dinafikan, aku juga berani mencuba sesuatu yg baru iaitu membawa buku ke sekolah dgn menggunakan ´book band´ (tali balut2 buku teks yg kaler2 pelangi tu). menatang ni lama dah aku beli, masa sekolah rendah. kemas2 bilik, terjumpa. lalu aku pun pakai ke sekolah sebab buku teks agama tebal nak mampus. tapi sampai kelas geng sg chat gelak kat aku, cipet. esok terus tak bawak lagi dah, tinggalkan buku kat desk belakang, pastu palingkan meja ke dinding. jadi orang tak tau ada buku dalam meja...bijak kan? sebab tu budak kelas aku semua PMR dapat 8A...eh silap, Syah Ezannee dpt 7. tapi perlu ditekankan disini...untuk menjadi k3wL, anda perlu berani.

jadi aku rasa aku agak k3wL. mungkin tidak se ´ín´ budak sekarang sebab aku tak layan shuffle mahupun sk8. aku sering tertanya kenapa para pembaca ada yg tidak setuju aku k3wL. mereka ada hak untuk menyuarakan pendapat sendiri...ye betul...tapi aku rasa diorang lagi tak k3wL....pasal diorang baca blog merapek ni. ahahahaha....

p/s: tahap k3wL kelantan adalah kereta kaler putih pastu ada sticker jata negeri kat windshield belakang. akalu no plat negeri lain, sehelai sticker kecik jata kelantan akan ditampal sebelah no plat untuk menunjukkan ke´kelantan´nessnya.

Wednesday, September 9, 2009

Antara Converse, Jazz dan Alien Workshop.

Korang ingat tak? Masa kat sekolah...aku, Apis dan Faiz adalah pengguna kasut Pallas Jazz. Udin, dia pakai Converse All Star pergi sekolah. Dia kan selalu ikut trend. Read [budak ikut musim]. Dia masuk MRSM pun sebab dulu trend masuk MRSM. Ada ke?
Trendy tak? Ada unsur aerodinamik dan gaya seorang rocker.
Kalau koyak kat hujung jari tu lagi terserlah unsur rockernya.

Kat EC memang ramai anak orang kaya. Jadi tak hairanlah kalau kat sekolah ni budak-budak boleh pakai barang-barang mahal. Yelah anak orang kaya.Gudang Calvin Klein pun diorang mampu beli, tapi pakai duit ayah diorang lah. Kat sini aku terkecuali, sebab aku miskin.

Seingat aku satu brand yang aku tak boleh blah ialah Alien Workshop. Watdehel! Dah tua nak mati ni barulah aku tau yang Alien Workshop ni brand skaters. Patutlah aku menyumpah jek bila nampak.Sori Faiz. Side note: Kat sini aku saje nak declare dulu Faiz seorang sk8er boi sebelum jadi mat Scooter dan jelmaan yang ntah apa-apa lagi. Menurut teori Apis kekuatan papan luncur (deck) Faiz mampu menampung daya sehingga 2500 Newton. Kat sini perlu ditekankan jugak budak-budak musim ni datang satu pakej bersama fesyen dan attitude yang BEST.

Akhirnya, aku tau jugak asal-usul Alien Workshop ni yang memang macam fesyen makhluk asing. Aku tak boleh blah bila tengok buckle tali pinggang ada gambar alien. Sekarang musim apa hah? Shuffle ke? Yang aku perasan sekarang trend seluar sendat. Kalau awek ok gak, ni jantan. Buat senak perut, bila aku tengok.

Gambar kredit sooiseng.com.my.