Ok kenkawan. Selamat Hari Raya. Berhati hati di jalan raya. ada banyak gile speed trap. Kem salam kat mamak Yasin dan juga mamat emo Man Utd. Tapi aku takut yg emo pada malam raya adalah mamat yang pakai jersey Arsenal warna kuning. Jadi sila jauhkan mamat Arsenal tu dari mamat emo Man Utd. Di khuatiri pergaduhan berlaku. Atau pun kejadian tendang meja berlaku. Kalau apek misteri yg bawak plastik air tu lepak sekali tolong kem salam ya. MAAF ZAHIR BATIN.
Showing posts with label restoran yasin punya hal. Show all posts

Friday, August 17, 2012
Sunday, December 20, 2009
Kisah Brader Man Utd Emo: Pemaustautin Tetap Restoran Yasin
Semalam seperti yang dijanjikan ke'lepak'an berlaku di restoran yasin. Secara koinsiden juga ada match Portsmouth lawan Liverpool. Pastu satu lagi match, Fulham lawan Man Utd. Sampai je kat sana aku tinjau-tinjau sekitar meja, ramai pulak budak man utd. Secara koinsiden pulak Faiz yang pilih tempat duduk sebab dia dah sampai dulu. Tapi ada sorang brader ni aku memang macam familiar dengan muka dia, cuma tak ingat kat mana. Dia pandang aku macam aku sebat duit MLM dia. Aku pandang balik, kali ni aku buat muka imigresen kat tambak Johor. Padan muka dia, sakit hati tak?
Apis pulak suspek tempat kitorang duduk tu port biasa brader tu. Mungkin betul juga teori tu. Sejak astro naik harga ni, ramai yang potong channel sukan. Nasib baik channel sehati berdansa free. Pastu channel sukan dah takde, mamak jela tempat nak tengok bola.
Seperti biasa lepas order makan dan minum, kitorang pun bukak story masing-masing pastu share sikit info-info rahsia (maaf, tak boleh dibincangkan di sini, nanti udin tau). Servis kat restoran ni sikit punya hebat, sampai aku boleh cerita perjalanan hidup aku sepanjang 2009 baru makanan sampai. Masa tu game Liverpool dah mula. Sesekali dengar suara brader tu gelak-gelak tengok Liverpool kena sebiji. Pastu sebiji lagi. Gelak lagi. Ooh, Penyokong Man Utd tegar rupanya. Patutlah masa mula-mula nampak dia aku rasa nak kasi terajang sekali dua.
Aku tak amik port sangat game Liverpool tu pasal ada benda yang lagi penting tengah diskas. Tapi aku perasan brader tu sesekali pandang sikit punya jaki dengan kitorang. Aku dengan apis dah mula sumpah seranah. Aku mula suspek dia ni gay. Seriyes.
Habis je game Liverpool, aku tengok brader ni dengan semangat berkobar-kobar dan muka senyum lebar walaupun muka dia tak berapa nak hensem pergi amik remote dari kaunter dan tukar channel, game Man Utd.
"Man U, Man U, Man U..." brader tu buat scene kat depan skrin. Ini tahap tamadun Mesolitik, menurut kata cikgu Zaharah. Biasa la tu. Budak Manchester. City ke, United ke, sama je.
Aku, apis dan faiz perhatikan je brader tu buat scene. Game Man Utd pun mula. Kitorang tambah order minum lagi. Tapi faiz tak tambah order makan. Pelik aku. Tapi benda-benda pelik ni kita jangan tegur, macam mak aku pesan.
Minit ke-22 brader tu diam. Dia bangun, pastu diri depan skrin sambil buat scene lagi.
"Barca, Barca, Barca....,"brader tu buat kecoh. Aku tengok dia suka-suka dia tukar channel bukak game Barcelona lawan Estudiantes. Hahahahahaha. Kitorang dah start gelak macam nak muntah darah. Aku tengok muka brader tu sikit punya kelat.
******
Tiba-tiba aku macam dejavu. Sekarang baru aku ingat kisah brader ni.
Team yang sama, Man Utd lawan Fulham. Stadium yang sama, Craven Cottage. Cuma skor kurang satu gol.
Masa game ni musim lepas...aku, apis dan udin lepak kat Yasin. Meja yang kitorang pilih memang ngam-ngam depan skrin. Masa tu Man Utd kena 2 bijik dengan Fulham. Kitorang memang kutuk tak ingat punya, dan masa tu meja yang dekat dengan meja kitorang ialah meja brader tu. Hahahahaha.
Satu lagi highlight masa tu, lepas kena gelak kaw-kaw (terutama udin punya gelak) brader tu blah dari Yasin sambil tendang kerusi. Mungkin dia membayangkan kerusi itu kepala si udin. Patutlah masa aku dengan apis sampai dia pandang macam tak puas hati je. Dendam kesumat rupanya.
Malam semalam aku tengok dia tukar strategi, aku jangka dia nak nak pecahkan gelas tapi dia tukar support team Barcelona pulak. Macam cilakak!
p/s: semalam apek 'eerie indiana' tiada on sight.

Kategori
haha,
restoran yasin punya hal,
watdefark?
Subscribe to:
Posts (Atom)