Baca tajuk entri jangan fikir benda-benda mengarut.
Ingat lagi berita ni? http://www.bharian.com.my/articles/9_000tandibazir/Article
Aku ada satu lagi discovery. Selain faktor rakyat Malaysia yang tak tahu kenang untung/bersyukur ni suka beli makanan berlebihan, faktor peniaga pun patut diambil kira. Beberapa hari lepas aku beli nasi ayam harga RM4.00 tapi kuantiti macam nak makan 2 orang. Aku pun hairan macam mana agaknya kakak yang bungkus nasi ni estimate. Meniaga tak nak untung ke? Kan selalu orang meniaga cakap barang semua naik.
Seingat aku masa kita budak-budak dulu ada jual nasi lemak 50 sen. Mak aku selalu beli. Portion nasi dia memang secukup rasa la untuk kategori bawah 12 tahun yang BMI normal. Ada sambal ikan bilis, kacang goreng sikit, timun hiris dan ikan goreng. Ikan goreng pulak ikan selar kuning yang miniscule size tu. Kuantiti nasi memang la secukupnya makan dengan lauk. Selesai makan tinggal daun pisang dengan kertas suratkhabar je. Satu lagi perkara menarik pasal nasi lemak ni, sambal dia diletak dalam plastik yang dipotong segiempat, saiz lebih kurang 5cmx5cm yang dilipat dua. Menurut grand master chef iaitu mak aku, sambal tu diletak macam tu nak elakkan bercampur dengan nasi, untuk elakkan basi. Masa tu aku yang umur 11 tahun pun kagum dengan makcik jual nasi lemak tu. Memang teliti.
Lebih kurang macam ni, tapi takde ikan goreng pulak. Timun tu kasi kurang sikit.
Sekarang ni aku perhatikan ada juga kedai-kedai makan yang jenis kuantiti makanan, tak kira la nasi goreng ke, mee goreng ke, jenis menimbun satu pinggan. Harga dah tentu la lebih mahal. Ada kawan aku cakap, "nanti dia bagi nasi sikit kau cakap cekik darah pulak". Kalau kuantiti nasi sikit kena la proportional dengan harga. Betul tak?
Satu hal lagi pasal restoran francais. Yang jual western food sampai belas-belas ringgit tu. Serius la aku rasa portion makanan dia tak sesuai dengan culture Malaysia. (ke aku je yang fikir macam ni?) Cerita pasal western food ni, kat JB ada satu gerai jual western food dengan harga RM5.00, tapi berpadanan la kuantiti dan harganya. Size makanan western dia pun sedang-sedang je. Tapi nak pergi beli memang jenuh la menunggu sebab situ orang selalu ramai. Eh, kat situ dah prove satu point aku pasal kuantiti makanan tu.
So aku cadangan peniaga kat luar sana berpada-pada la dalam estimate kuantiti makanan tu. Kalau tak habis makan terbuang macam tu je membazir pulak, kalau makan sampai habis mahu obese gua nanti. Pelanggan tak semestinya nak kuantiti banyak, secukup rasa la.
