Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Monday, September 9, 2013

Officer Alex Murphy Kembali!



Officer Alex Murphy kembali dengan suit hitam. Ini antara filem yang patut dibuat remake sebab original filem kalau tengok sekarang macam haram dia punya special effect. 

Aku nampak casting pun dah upgrade ke first grade actor and actress. Michael Keaton, Samuel L Jackson, dan Gary Oldman. 


Sunday, October 14, 2012

Movie manusia sampah yang best nak mamposs

Aku post ni sejurus lepas tengok movie 'Hesher' . Memandangkan ada zul post pasal movie sampah sarap, aku nak up pulak satu movie terbaik. Ini mungkin agak slowpoke, tapi takdehal sebab movie ni pun kira release kat US 2011. Hesher , movie drama  yang aku rasa konfem tak masuk malaysia punya cinema. Rated R sebab banyak mencarut ahahaha. Drama filem dark comedy yang diolah oleh watak mamat hesher ni memang lawak dan dimasa yang sama macam sial. Aku pon tak tau la nak letak ni cerita apa, sebab campur macam macam ,serius ada, lawak ada, sedih ada, motivasi pun ada. (ahahahah bodo sial motivasi pulak)

Soundtrack dalam filem ni pun best best jugak, banyak diamik dari group metal metallica dan motorhead. Antara yang aku dapat tangkap, 'fight fire with fire', 'the shortest straw' 'rock out' ,'battery' dan ade la beberapa lain lagi .  So kalau tak tengok lagi , boleh la mula cuba cuba carik movie ni dan masukkan dalam watchlist kalian, sebab nye memang aku personally bagi, movie ni sebagai movie yang 'f***ing amazing'. Oh ye, movie ni mungkin tidak best bagi seorang Belieber

Quote filem Hesher - Life is like walking in the rain... you can hide and take cover or you can just get wet.

Thursday, October 11, 2012

SAMPAH SARAP


Garapan cerita recycle yang tiada pembaharuan kecuali part yang kena culik ialah si Bryan (Liam Neeson) dan bininya.

Makin bertambah unsur anti-Islam dan betapa pemaaf orang orang barat (termasuk melepaskan musuh dengan keadaan selamat sekiranya musuh berjanji tidak akan membalas dendam).

Setiap kali azan di masjid penjahat kena bunuh, screen shot masjid keluar dan background bunyi laungan azan (sebab lokasi kat Istanbul, Turki).

Boleh sesuka hati lempar bom tangan (grenande) kat tengah bandar Turki macam takde apa-apa berlaku.

Kesimpulan: GILA BABI KECEWA sebab TAKEN 1 memang BAPAK SEGALA BEST.

Monday, October 1, 2012

Man of Steel 2013

Antara filem yang dinantikan (aku nantikan). Lepas Superman Return gagal. Prediction?

Costum change, Russell Crowe jadi Jor-El, Superman baru, Chris Nolan jadi director....banyak faktor ni. Harap jangan jadi another flop.


 Logo baru


Costum baru (reduce effect GAYness)


Seluar dalam merah sudah dipakai di bahagian dalam.



Faktor ganas (++100).....faktor gay (--10000)

Last but not least ze trailerz. Hahaha.


Thursday, August 16, 2012

Oh...Tolong Jangan!

Dalam menjalani kehidupan kita di dunia ni, aku yakin kita mesti pernah menghadapi situasi dimana kita secara responsifnya berkata " Oh... tolong jangan!" . Cuba perhatikan screen shot yang aku paparkan dibawah, adakah anda juga akan memberikan respon yang sama macam aku?


Kalau anda pernah tonton filem 'The Expandables' adakah anda bersetuju sekiranya hero pundek ni turut diberi ruang dalam sequel filem tersebut. Walaupun filem ni takdelah termasuk dalam kategori best sangat, tapi sekiranya hero 'pasti menang'  ni berlakon alamatnya memang aku terus tak tengok lah sequel The Expendables. Kensel teros rasa nak tengok, tak kira la kalau orang review cite ni nanti best ke tidak.


Q : Kenapa ko hangin sangat dengan mamat steven seagal ni, bukan kah ko lagi kacak dari dia?
A : Eh memang patut hangin do tengok filem filem dia.. Aku tau aku memang jauh lagi kacak dari dia, tapi benci yaa amat tengok semua filem dia. Semua scene bertumbuk dia je yang menang, kalau sorang lawan 20 pon dia menang, kalau lawan orang bersenjata pon dia jugak yang menang. kalau menang tapi ada lebam2 ke masih ok lagi, ini macam takde kesan langsung, even rambut pony tail dia pon tak terusik, pundek la ingat superhero ke. Tony Jaa yang power muay thai pon teruk kena belasah, apatah lagi Faizal Hussein dalam Bujang Selamat. Jadik mana boleh kita biarkan Steven Seagal asyik menang bergaya memanjang.

Kalau ada online petition untuk tak bagi steven seagal berlakon the expendables aku pasti akan sign.

Wednesday, May 25, 2011

The Fighter

Dalam kita sibuk-sibuk tengok filem Malaysia yang hebat-hebat macam Khurafat apa kata kita jengah jap kat Hollywood jap.

Ni dia filem yang dikeluarkan tahun lepas (2010), The Fighter starring Christian Bale dan Mark Wahlberg. Yang belum tonton, sila tonton.

Serius filem ni takde extravaganze special effect dan meleweh-leweh punya skrip. Dan tak perlu aksi murahan Megan ass naked Fox untuk filem ni, heroin dia (Amy Adams) serius tak lawa tapi dia punya acting Fauziah Nawi pun respek. Memang serius bitch punya watak! Skrip filem ni memang banyak maki hamun walaupun plot utama filem ni adalah kisah benar seorang boxer dan family dia. Watak mak dia pun serius maki hamun jugak. Memang tipikal punya keluarga suburb Amerika yang tak pergi sekolah agama.

Sini aku bagi sinopsis sikit:
  • Kisah benar sekitar 1980-an pasal seorang boxer yang ada potensi dan bakat tapi loser, asik kalah je memanjang. Micky Ward (Mark Wahlberg) boxer yang di urus oleh mak dia, jurulatih pulak abang dia (half brother) Dicky Ecklund (Christian Bale). Kira salah management la ni.
  • Mak dia urus dia semata kerana duit, sama jugak dengan abang dia yang crack addict. So diorang take advantage je la sebab kalau ada boxing match tak kira menang atau kalah mesti ada duit.
  • So nampak karier dia tak ke mana, masa abang dia masuk penjara dia buat deal dengan bapak tiri dia dapat trainer baru, dengan support dari girlfriend dia, Charlene (Amy Adam).
  • Kat sini konflik dia, mak dia nak rebut dia, bapak tiri dia pun nak rebut dia. Tapi bapak tiri dia lebih kepada good intention la. Abang dia pulak bengang sebab tak dapat jadi trainer lagi.
  • At the same time, Dicky Ecklund sebenarnya dulu boxer legend jugak lepas kalahkan Sugar Ray Leonard, dan dikenali sebagai "the pride of Lowell". Lowell tu bandar kecik tempat tinggal diorang. Tapi abangnya dia terus burn out, karier jahanam sebab dadah dan jenayah. Kat sini nanti ada krew HBO yang datang kat Lowell buat dokumentari pasal Dicky Ecklund dan addictionnya. Ni betul punya dookumentari, sedangkan famili dia ingat HBO nak buat movie pasal comeback Dicky Ecklund, "the pride of Lowell." Bila dokumentari keluar kat TV semua nangis tengok.
  • Kat sini mula plot berkembang macam mana karier dia terus naik lepas krisis demi krisis.
Cerita selanjutnya kalau nak tau korang pergi tengok sendiri. Ni bagi bagi sikit dialog bertekak antara girlfriend Mickey Ward, Charlene dengan mak Mickey Ward, Alice.

Charlene Fleming: Hi.
Alice Ward: I've heard a lot about you.
Charlene Fleming: Really? I've heard a lot about you too.
Alice Ward: What's that supposed to mean?
Charlene Fleming: Same thing you meant.

Hahahaha. Serius dialog dia owned giler.

Christian Bale kasi kurus badan gile babeh nak hidupkan watak dia. Dulu dia kurus gila babeh jugak dalam filem "The Machinist". Tengok transformasi kat bawah ni, macam Hamdan Sapri semasa universiti dan selepas universiti.. LOL, Hamdan please take it as a compliment, gua samakan lu dengan Christian Bale tu! Hahahaha.

Bale, tough madefaker in Batman.


Bale, anorexic in The Machinist.


Bale, as "the pride of Lowell" Dicky Ecklund, The Fighter.

Tuesday, April 19, 2011

Cerita hantu dan seniwati

Sekarang gua ON je tv cerita hantu, iklan cerita kat wayang pun cerita hantu jugak. Sekarang dah macam festival filem hantu Malaysia. Macam-macam hantu ada. Hantu jambatan, hantu ambulan, saka, puaka, hantu istana, hantu air terjun, hantu parlimen, hantu hidden camera, cuma hantu uncle seekers je setakat ni masih low profile dan tak menonjolkan diri. Kat manakah bitches itu uncle?

Anyway, sejak raya tahun lepas yang aku perhatikan kalau cerita hantu melayu yang jadi hantu/saka mesti seniwati Mariani. Kekadang bukan setakat hantu, jadi bomoh, jadi puaka, jadi penunggu dan segala yang berkait dengan hantu. No offence but serius dowh, kalau bukan Mariani yang jadi hantu, konfem bukan filem hantu malaya. Sampai tahap aku tengok drama tv kat tv nampak muka seniwati Mariani berlakon aku dah suspek dia jadi hantu, walhal cerita pasal nelayan entah apa ntah. LOL.


Dulu masa muda, seniwati Mariani ni selalu jadi heroin, filem Labu-labi, Tiga Abdul tu antara filem yang dia featured. Selain seniwati Mariani, haaaa....seniwati Ruminah Sidek atau Mak Mah yang sezaman dengan dia pun selalu jugak sama ada watak bomoh, puaka, penunggu, saka dan entah apa-apa watak creepy yang sewaktu dengannya. What the heck? Dulu Mak Mah masa zaman muda-muda jadi watak penggoda (filem Anak Bapak), sekarang ni tak sudah-sudah jadi hantu.

So aktres top zaman 50's dan 60's pada kira-kira 50 tahun berikutnya dapat watak creepy camni, adakah nasib yang sama akan menimpa mereka-mereka ni...

Lisa Surihani
Juliana Evans
Tiz Zakyah
Julia Zigler
Rozita Che Wan

Maybe in 50 years from now ...tu pun kalau aku masih hidup untuk tengok perkara ni berlaku. Hahahaha.

p/s: oklah, mungkin exception pada Rozita Che Wan...serius der macam tak dimamah usia...mungkin watak MILF lagi sesuai....LOL.

Saturday, February 19, 2011

Hati Berani vs Hati Kama

Sebenarnye harini aku ada idea nak tulis bende pasal lain, tapi disebabkan satu cite yang aku tengok semalam, aku terus tukar entry. Semalam kat Astro Prima pukul 10.30 lepas raja lawak ada tayang cite Braveheart. Movie ni memang feel gile. Kalau korang tak penah tengok movie ni , tapi dah tengok cite 2 Alam atau Lagenda budak Setan, sila pergi terjun bangunan Ok.

Mungkin dah outdated sangat untuk review movie ni, tapi pegi mampos lah kan, dah nama pon blog.Movie ni release dalam tahun 1995. Aku ingat first time aku tgk movie Braveheart ni masih guna CD copy lagi masa tu, tak pon DVD 5. Aku pon dah lost count dah berapa banyak kali aku tgk Braveheart ni.Tapi setiap kali tengok, setiap kali tu jugak lah aku akan melekat kat Tv sampai movie abes. Gila berjaya lah movie Mel Gibson ni.



Banyak aspek dalam movie ni yang menjadikkan Braveheart salah satu movie epic yang berjaya. Filem ini adalah berpandukan sejarah perjuangan pembebasan, pemberontakan Scotland dari England. Walaupon banyak jugak kritik yang diterima sebab ada jalan cerita yang ditambah, diubah untuk menyedapkan jalan cita, tapi what de hell. Dah nama pon entertainment. Cite puteri Gunung Ledang siap ada terbang terbang dengan keluar laser lagi, ahahaha...padahal takdepon dalam buku cakap bole buat seme tu.

Filem Braveheart ni adalah sebuah filem lakonan dan arahan Mel Gibson sendiri.... hmm ada dejavu tentang point ni, mengapa tetibe aku terbayang shamsul yusof pulak ni ahahaha. Mel Gibson berjaya membawa filem ni merangkul banyak anugerah contohnya 5 anugerah dalam Oscar Awards. Anugerah Oscar yang dimenenagi adalah
  • Best Cinematography
  • Best Director
  • Best Effects, Sound Effects , Editing
  • Best Make-up
  • Best Picture
Selain daripada anugerah Oscar ni, ada banyak lagi anugerah lain yang movie ni berjaya rangkul ataupon dicalonkan untuk anugerah, malas pulak aku nak tulis...pandai pandai lah carik kat IMDB.

OHH shit, baru aku teringat aku penah sembang pasal movie braveheart ni dengan budak pompuan tempat keje aku, ada ke dia cakap skirmish battle dalam movie braveheart ni sama macam dalam cerita Narnia! WTF! mahu saja aku bukak zip dan tunjukkan scrotum aku pada dia sebagai tanda protess terhadap pernyataan tak bertanggungjawab tu. Seriyess dowh, kalau budak laki yang cakap macam tuh dah aku terajang bahagian pubic dia supaya dia insaf. Haihh aku patut delete memori perbualan aku yang ni kerana haram tak membina langsung.

Ok lah ada beberapa point yang aku rasa menjadikkan movie braveheart ni epic dan segar selalu.

1. Soundtrack braveheart . Perghh soundtrack movie ni memang betul betul orgasm, tak penah boring sial dengar soundtack braveheart ni. Ulang berapa kali pon efect dia tetap sama.

2. Pelakon pelakon pompuan yang pegang watak princess Isable dan Murron isteri pada William Wallace dedua cantik. Dedua mempunyai muka sweet yang tersendiri ahahaha cipet, ni point takde kaitan.

3. Kata kata semangat oleh William wallace sebelum Battle of Stirling Bridge memang gile babi melekat. Kalau aku idop zaman tuh, dah konfemm terbakar hati punya, memang mati askar askar Edward Longshanks aku penggal. Tapi idup zaman tuh nak pegi perang mesti kene fit, dengan fizikal aku sekarang ni, mungkin aku antara yang awal mati.

4. Watak William Wallace sendiri yang dibawak oleh Mel Gibson ni memang cukup meyakinkan, dari dia memula nak balas dendam pembunuhan isteri dia sampai la sebelum dia dijatuhkan hukuman bunuh, uggh memang best gile brader.

5. Scene Young Murron bagi bunga pada Young William Wallace masa kat kubur bapak Wallace tu adalah antara scene yang best. Budak pompuan tuh Mhairi Calvey sekarang dah besar dah...emppphhh geram pulak aku tengok ahahaha.

6. Battle of Falkirk adalah saat kekalahan William Wallace dan tentera Scotland. Faktor kekalahan dalam movie ni adalah disebabkan golongan Nobles Scotland yang belot. Scene pembelotan Robert de Bruce serta nobles yang lain boleh buat jiwa lu sentap beb.

7. Saat saat akhir sebelum William Wallace dipenggal pon antara salah satu scene yang tangkap dalam kalau lu orang seme betul betul feel tengok movie Braveheart ni. Lebih lebih lagi bile time Wallace jerit FREEDOMMM! Huh kalau betullah sejarah macam ni sekali resistannya William Wallace pada English tyranny, gua memang salut pada lu la Sir William Wallace. Ahahaha seriyes ni do.

Saturday, January 8, 2011

Film Trailer: Thor

The Ring


Tadi aku tengok filem The Ring versi Hollywood. Gila ketinggalan betul gua. Dulu aku pernah tengok versi Jepun, memang betul-betul punya seram. Tapi yang Hollywood punya versi aku tak pernah tengok. Ni tahun 2011 baru nak layan.

Dulu sebelum tengok versi Jepun tu aku ingatkan kisah cincin berhantu. Rupanya takde kaitan langsung dengan cincin. Namanya je ring tapi cerita pasal video tape. Tapi kalau tajuk dia ' hantu video tape' macam lahanat pulak bunyinya.

Semua yang layan video berhantu tu semua mati muka jadi senget. Dalam masa 7 hari lepas tengok tape, mampus. Sebelum tu hantu tu call dulu bagi warning awal-awal, bagi masa taubat 7 hari sebelum mati. Tapi serius der, versi Hollywood tak takut sangat macam versi Jepun. Versi Hollywood ikut bulat-bulat je macam versi Jepun.

Tapi zaman sekarang ni kalau wujud video hantu camni bahaya der. Sekali ada orang upload kat youtube, habislah. Satu minit dah berapa orang view. Penat der, hantu nak call sana-sini bagi warning. Silap-silap haribulan hantu hantar sms je der.

Wednesday, December 8, 2010

Movie yang buat aku rasa nak hempuk kepala kat TV , part 2

Aku nak sambung sikit apa yang zul post sebelum ni....berkenaan movie yang bile korang tengok nescaya akan membuatkan tulang tongkeng dan bile duct korang panas terbakar, teros rasa nak headbut je TV LCD. Kalau TV lama dan TV plasma,kene berhati hati sikit, sakit do kepala, malah berisiko pecah lagi...Movie yang aku nak komen ni pasal Ong Bak.

Bila sebut je Ong Bak mesti punya terpacul punya nama Tony Jaa. perghhh mamat ni memang skill maut, tapi sebab dia cite thai, muka macho macam mane pon, suara mesti macam ceebai ahahaha.

Cite Ong Bak ni kalau lu orang jenis minat cite fighting mesti respect tak hengat punya sama movie ni. Kalau ia cite porno, dah tentu ia boleh dikelaskan sebagai porno hardcore ahahahaha, tapi ia bukanlah cite porno, ia merupakan cite fighting ala Muay Thai yang boleh membuatkan penggila cerita fighting macam aku ni orgasm.



Tapi tak lama lepas tu, aku bengang gile bile aku tengok movie Ong Bak 2, cite taik apakah ini? kenapa sial sangat tak nak sambung je guna konsep timeline yang sama macam cite first. Dari segi fighting masih maintain tapi dia punya feel pada aku ada sikit tercalar. So cite Ong bak 2 ni takat bole tengok dan tertidur, bile terjaga sambung balik aje. takde le se stim movie first dia.



Tapi yang buat aku hangin impak maksima bile aku layan Ong Bak 3. Macam Bak Bi sungguh cite ni. Betul betul buang masa je tengok. Cara fight pon bangang, ending dia lagi bangang. Siap boleh jadik macam Gandalf the white pulak. Habis je tengok cite ni, aku jamin, mesti straight korang rasa macam nak lempang Bung mokhtar. Aku pon tak tau la apa aku nak cakap lagi dah pasal Ong Bak 3 yang bodoh ni, mungkin aku yang tak pandai menilai seni panggung dalam filem ni, tapi terus terang aku cakap, aku rindu street fight tony jaa macam dalam Ong bak 1st. Ohh aku bukan gay.

Monday, December 6, 2010

Senarai Movie yang aku rasa nak hempuk kepala kat TV.

Aku layan cerita Harold and Kumar Go To White Castle aritu. Boleh tahan la celaka dia punya tak logik. Dah nama pun hiburan. "Kalau nak real pergi tengok National Geographic la," kata sorang mamat kat aku dengan nada serius terngiang-ngiang kat telinga aku masa kat U dulu. Tapi aku tak amik port dia punya komen. Pasal apa? Pasal dia beriya tampal sticker Slipknot sana-sini, dengar lagu Craddle of Filth tapi dengar lagu Lucky (Britney) ulang sampai 7 kali. Hahaha.

Anyway aku ada list top 5 movie yang aku boleh menyebabkan aku jadi sembelit. Filem Harold and Kumar ni kira boleh diterima lagi la kalau nak dibandingkan dengan list movie ni. Aku ada banyak lagi list, tapi list kat bawah ni yang paling memberi kesan yang maksima.

(1) Six String Samurai
Obses aku pada gitar menyebabkan aku beli cerita ni. Macam celaka dia punya plot. Kalau korang nak tau takde sekali pun aku tengok dia try main gitar dia. Kewak, usung gitar ke hulu-hilir tak pakai casebox.

(2) The Replacement Killer
Aku tengok wayang cerita ni. Tahun 1998 nilai RM7 tu banyak berbanding RM7 tahun 2010. Ditolak campur inflasi bahagi faktor masih sekolah form 5. First hollywood movie Chow Yuen Fatt kunun. Debut filem macam lahanat wahai God of gambler.

(3) The Avengers
Dia punya lahanat, dah nak last baru aku sedar Father tu watak perempuan, Mother tu watak lelaki. Baki 90% cerita tu aku fokus makan pop-corn, minum coke, cekedis, pringles, pergi toilet.

(4) The Covenant
Apa yang cuba disampaikan oleh cerita ni? Hiburan atau seksaan? atau cerita pasal budak sekolah convent?

(5) Last Days
Tengok cover macam Cobain, baca sinopsis macam cerita biography Cobain. Tengok cerita, macam celaka. Ada adegan lelaki cium lelaki atas katil yang sangat disturbing. Trauma sial aku. Nama watak utama Blake. Bukan Cobain eh.

Aku ada lagi list, tapi inilah list movie seingat aku yang aku tengok sampai ending. Cerita lahanat macam Pathfinder tu layan 20 minit je, pastu campak DVD ke dalam bakul sampah. Ada lagi filem korang nak tambah?

Apesal takde filem Malaysia?
Filem Malaysia semua best, hebat, canggih.


Lock, Stock and Two Smoking Barrel. Movie yang diberi review 5 bintang oleh Faiz, sayangnya aku hanya boleh tonton 25 minit yang pertama. 3 kali aku try beb. 3 kali aku jugak aku tido. Jadi aku tak masuk list, sebab tak abis tonton.

Gambar dari IMDB.

p/s: Selamat Tahun Baru, Maal Hijrah.

Tuesday, September 15, 2009

Aku Tengok Cerita Orang Minyak Sampai Aku Naik Minyak

Sempena pelancaran RON95, aku cuba layan filem Orang Minyak kat TV2. Kesimpulannya...

Bengap gila cerita orang minyak. Orang minyak zaman P.Ramlee (Sumpah Orang Minyak) pun lagi power.

Dah la berlakon macam kayu. Bodoh maksima tahap sinetron kuasa 100000000x. Yang aku tengok focal point filem ni terletak pada sinematografi lurah-lurah dan betis-betis pelakon perempuan. Ha ha ha ha ha.

Kelihatan orang minyak selesa di atas support pillow.
Orang minyak: Say my name b*tch!!!!
Mangsa: RON 95! RON 95! RON 95!


Si hero, Fizz Firuz rambut macam Erra Fazira. Bagus, syabas. Fauzi Nawawi plak suka buat bunyi horny. Celaka! Macam orang minyak terover-dose filem porno. Yang lagi tak boleh blah, dialog masa fight hero dengan orang minyak dah macam filem zaman 70-an. Dua orang pelakon yang boleh dikira ok tahap lakonannya, terus jadi macam kayu-kejung tade feeling.

Korang nak tau klimaks cerita ni ialah...orang minyak ada ability CYCLOPS + JEAN GREY. HAHAHAHAHAHA.

Filem ni patutnya ditukar tajuk "Filem orang minyak patut kena sumpah".

Aku bagi 'can' setengah jam, sebelum aku tukar siaran dengan maki hamun dan ketawa berdekah-dekah.


Gambar hiasan. Bukan orang minyak.

Tuesday, September 8, 2009

Ada Apa Dengan Steven Seagal

Siapa agaknya yang boleh jadi top fighter kalau diorang ni semua duduk dalam satu gelanggang. Macam WWE Royal Rumble. Kat bawah ni aku dah listkan sekali dengan watak-watak diorang.

  • Steven Seagal (Nico, Above the Law)
  • Van Damme (zaman Kickboxer, Street Fighter macam lancau)
  • Dolph Lundgren (Dark Angel sahaja)
  • Bruce Willis (Die hard bebeh!)
  • Arnie (Conan the barbarian, tak aci la kalau aku letak T2. Cyborg lawan manusia, mana boleh)
  • Stallone (Rocky, sebab Rambo terlalu kartun)
  • Chuck Norris (Colt, Return of the Dragon)
  • Eman Manan (Matinya Seorang Patriot)
  • P. Ramlee (Tantari, Enam Jahanam)
Yang aku konfem, Steven Seagal walaupun tak keluar sebagai pemenang mutlak tapi rambut dia masih kemas, darah pun setakat titis-titis dari celah bibir je. Aku hairan. Orang jahat dalam filem Steven Seagal sangat baik hati taknak usik rambut ponytail dia yang macam pornstar tu. Takkan villain-villain sekalian tak terdetik sikit pun dalam hati nak tarik rambut Seagal. Tak thrill langsung. Aku nak tengok darah, rambut kusut masai, baru real.

First time aku tengok Seagal berlakon dalam filem Above the Law (1988). Masa tu aku fikir inilah hero paling smart pernah aku tengok seumur hidup aku (walhal masa tu aku baru 7 tahun). Bila aku tengok filem kedua pun masih smart, ketiga tiada perubahan, masuk filem keempat...memang lancau ahhhh. Sikit pun rambut kau tak terusik ehh Seagal. Apesal hah?

Berbalik semula kepada Battle Royale di atas, pemenangnya ialah P. Ramlee. Nanti aku terangkan macam mana Laksamana Tantari menang.