Showing posts with label cerita cikgu sukumaran. Show all posts
Showing posts with label cerita cikgu sukumaran. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Harimau

Pukul berapa datuk harimau?

Pukul 4-2. Hahahaha.


Skuad Harimau 2010 AFF Suzuki

K. Rajagopal bawa pingat emas 2009 Sukan Sea, sekarang 2010, bawa balik AFF Suzuki cup. Biar kalah di Twitter tapi menang di padang.

Tahniah Rajagopal dan skuad Harimau!


K. Rajagopal, sidang media kat Indonesia.

p/s: on paper memang rekod pencapaian Malaysia boleh tahan. Tapi liga tempatan? Stadium masih kosong. Nampaknya perjalanan sepakbola Malaysia masih jauh dan penuh liku-liku.

Teknik Coli Laser Tak Berkesan


Antara sebab penalti Indonesia tidak dapat disempurnakan.

Tuesday, December 28, 2010

Maylo

Aku malas nak tulis panjang-panjang. Nanti Udin saun aku. Lagipun aku penat baru lepas melompat sambil tendang pintu toilet lepas baca message apis kat sungai 'chat' box.

Ini adalah gambar di belakang tabir semasa video kat entri ni sungaichat.blogspot.com/2010/12/bagaimana-malaysia-menjaringkan-3-gol_27.html

Ni bukan Maylo, tapi anak luar nikah Maylo setelah bersetubuh dengan seekor kucing parsi. Kesian, dijadikan tebusan.

Gempar! Update terkini Malaysia vs Indonesia di Stadium Bung Karno

Menurut sumber yang susah nak dipercayai iaitu Harian Metro, peminat Indonesia takkan gunakan laser untuk balas dendam.

Tapi coli+laser.

http://www.hmetro.com.my/articles/ColiJuliaPerezmenantiMalaysia/Article


Yang pasti bukan setakat pemain Malaysia saja yang akan didivert attention, malah pemain Indonesia jugak. Unless diorang tu Azwan Gomorrah.

Setakat coli ada laser, tapi kalau ada flasher bahaya gak dowh. Untuk peminat Indonesia, pastikan yang nak flasher tu paling minimum macam Nia Ramadhani atau Luna Maya. LOL. Makin lama makin lawak, makin lama makin drama.

Apa lagi nak expect Rabu ni? Coli festtttttt everibodi! HAHAHAHHA.

Julia Perez suka makan ceri.

Bagaimana Malaysia menjaringkan 3 Gol Part 3

ya.... inilah punca sebenar Markus Botak Goblok menggelabah waktu game ituari

mungkin nanti game di Stadium Bang Karno diorang akan pasang sign board ni:

ahahahahahahha. TOLOL

Sunday, December 26, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 - Malaysia vs Indonesia (1st Finale)

Malaysia 3 - Indonesia 0

Safee Sali - 61st
Mohd Ashari - 68th
Safee Sali - 73rd


Gambar Safee Sali aku jumpa kat Reuters. Dahi bertanda biasanya solat tak tinggal.

Malam tadi punya game memang puas hati. Bukan dari segi mutu, tapi dari segi score. Sekarang Malaysia punya player kena fokus mental untuk defend score ni kat Stadium Bung Karno. Indonesia pun nak menang sakit jugak, kena score 4 tanpa balas. Kalau menang 4-1 pun, Malaysia masih menang ikut 'away goal' rule.

Stadium Bung Karno bukan tempat calang-calang. Ini Bung Karno, nama keramat, bukan Bung Mokhtar. Yang penting player Malaysia kena fokus dan tahan bola tu kasi slow sikit, jangan lambung-lambung.

Kat Stadium Bukit Jalil malam tadi sikit kecoh masa Malaysia nak amik free kick. Kalau tak silap player Indonesia komplen pasal pancaran laser kat keeper diorang. Sebenarnya aku perasan jugak masa Malaysia lawan Vietnam aritu. Keeper Vietnam jadi sasaran laser. Tapi player Vietnam layankan cool je. Yela, setakat biawak dengan anjing diorang boleh telan, apa sangat laser kat mata. Halusss je.

Anyway, malam tadi juga aku baru mengerti. FAM punya tampuk pimpinan ada keturunan raja. Tapi banyak-banyak raja dalam bolasepak Malaysia, tak boleh lawan satu raja sekarang ni....raja apa? RAJAGOPAL!

Hahahahaha.

Kita tunggu keputusan Rabu depan.


K. Rajagopal, nicknamed King Raja.

Wednesday, December 15, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 - Malaysia vs Vietnam

Malam tadi di sekitar Johor Bahru, di Taman Gembira, Taman Bahagia dan sekitar kawasan perumahan di Senai kelihatan sedikit lengang dan kelihatan beberapa orang sahaja berada di luar rumah, itupun sedang mandi di car porch. Anjing-anjing dan kucing-kucing juga kelihatan bersuka-ria dalam keadaan santai di area-area tersebut. Tapi sampah-sarap tetap bersepah kat tengah jalan macam biasa.

*****

Malam tadi Malaysia menang 2-0 dengan Vietnam untuk separuh akhir pertama kat Stadium Bukit Jalil, Piala AFF Suzuki. Dua bijik gol memang diperlukan nak bawak bekal pergi ke Hanoi sebab macam biasa la, perkara-perkara mengarut dan aneh-aneh serta unpredictable ni player bola Malaysia je boleh buat, macam lawan China kat Sukan Asia aritu.

Anyway, malam tadi punya game aku rasa boleh la untuk standard ASEAN. Dua-dua team pun kadang-kadang tendang bola merapu boleh tahan. Itu belum masuk bab tahan bola.

Highlight untuk game malam tadi seperti biasa, mestilah pengulas legend Hasbullah Awang. Dia partner dengan sorang lagi pengulas yang entah siapa. Sebagai pengulas lagenda, aku tunggu 'magical moment' dari Pak Hasbullah Awang.

"Memang terdapat satu kimia antara kedua penyerang Selangor ini."

Kalau ayat kat atas tu translate ke English, paham la korang maksudnya. Dari segi direct translation aku bagi 10/10 kat Pak Hasbullah. Memang pengulas yang true.

Player Malaysia sedang warm up. Kalau tak silap lepas tu training
tahan bola.


Gambar aku amik dari www.affsuzukicup.com/

Wednesday, November 11, 2009

Wakil Sungai Chat Julang Piala Malaysia

Rezal Zambery, kapten Negeri Sembilan merangkap old-boys kita baru menjulang Piala Malaysia. Malas aku nak review game aritu sebab kualiti memang tipikal. Keadaan padang pulak aku rasa Padang Seri Gelam lagi ada standard.

Mamat ni dulu kat sekolah diberi nick-name 'Ikan'. Tak dapat dikenal pasti melalui wikipedia asal-usul nickname ini. Satu lagi fakta yang aku ingat ialah dia ni budak Treusein. Ohh yeahhh...team juara. Ha ha ha ha. Dulu dia ada member rapat yang dianggap star jugak kat sekolah, Sany Fahmy @ marlon. Juga budak Treusein. Dua-dua budak ni memang jadi kebanggaan cikgu Sukumaran.

Lepas habis sekolah, Marlon dan Ikan ni bawa haluan masing-masing dan nasib kedua-dua mereka berbeza. Rezal tak dapat join skuad belia Malaysia dan stay kat Johor, Sany pula jadi keeper Malaysia kat Youth World Cup 1997. Kat piala dunia belia yang Michael Owen, Riquelme, Cambiasso, Aimar, Anelka, Trezeguet, Henry, Park Ji Sung, Nakamura main tu. Dasyat-dasyat player yang muncul daripada tournament tu. Tapi player Malaysia takde sorang pun yang dapat offer dari kelab La Liga mahupun liga Korea. Malaysia melingkup dalam tournament tu, dan nasib pemain-pemain belia lepas habis tournament tu pun malap dan tak ke mana. Dah nasib jadi pemain bolasepak kat Malaysia.

Sekarang Sany Fahmy entah ke mana hilang. Last aku nampak jadi 2nd keeper Kelantan. Lepas tu entah ke mana. Rezal Zambery pulak sedang menikmati masa-masa terbaik sebagai pemain bolasepak kat Malaysia.

Labore et honore - "while we live, let us live by work and honor."


Bangga betul julang bendera N9. Ini baru dinamakan 1Malaysia.