Showing posts with label nature. Show all posts
Showing posts with label nature. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 Sungai Chat

Selamat Tahun Baru 2011!

Semoga tambah lagi posting-posting berbanding 2010. Tahun 2010 ada 68 entry. Naik sikit berbanding 51 entry pada tahun pertama blog ni bermula iaitu 2009.

Kalau tengok secara kasar taburan entry atau posting macam bermusim, mula-mula tinggi pastu awal tahun 2010 surut, average 1 posting sebulan. Kemudian hujung tahun 2010, November dan Disember naik mendadak. Memang bermusim macam zaman semua orang main skateboard pastu tukar jadi peminat underground music, pastu hardcore pastu scooter, tak silap ada selit sikit zaman roller blade dan sekarang semua orang nak jadi korporat. Ya kawan-kawan, korporat is the in thing right now. Breakfast dengan fresh orange dengan gelas tirus ada payung kecik, sambil berbual bisnes dan macam mana nak jadi CEO. Datuk-datik, tan sri-meri dan lain-lain. Sampai sekarang fungsi payung kecik kat gelas tu masih misteri.

Okay, aku dah melalut dan menambah lagi satu entri yang tak ilmiah kat blog ni.

FAILED.

Cerita pasal tahun baru, sejak 2001 sampai la 2010 aku perhatikan kemunculan cermin mata bahlul setiap kali new year. Jadi sebab 2011 ni ada satu je digit kosong maka berkuburlah cermin mata tahun baru yang failed ini.

Semalam aku tengok masyarakat Malaysia galak sambut tahun baru macam ni lah tahun baru terkahir yang diorang jumpa. Excited lebih-lebih. Budak-budak melayu pulak memang pantang jumpa public holiday. Tahun baru ke, krismas ke, tahun baru cina ke, thaipusam ke, dilayan sama rata dan1Malaysia. Yang aku hairan Raya Puasa, awal Muharam, awal Ramadan, nuzul Al-Quran, maulidur rasul taknak pulak kau keluar merempit ke, buat 3gp, tidur hotel. Pandai pulak sekular nak pilih jenis holiday nak buat hal.

Anyway, kepada yang excited sangat sambut new year, sebenarnya new year ni sudah overrated. Terlebih hype. Bukak buku baru la apa lanciau. Kalau nak bukak buku baru hari -hari boleh bukak baru. Nak tunggu tahun baru nak ubah imej la, harapan baru la. Yang aku perhatikan tiap-tiap tahun rasuah makin menjadi-jadi, pergi ofis gomen layanan sama je macam haramjadah mcam tahun lepas, kos sara hidup makin menjadi-jadi sedangkan pendapatan per kapita tak naik-naik, orang miskin tegar kat Malaysia masih ada sedangkan baitulmal, zakat sana sini. Kat mana siyal duit tu semua pegi? Apesal TV3 nak kena buat Bersamamu sedangkan patutnya orang yang jaga duit baitulmal tu yang take care orang-orang susah camni. Banyak bullshit sama macam tahun lepas. Bayar cukai jalan, tapi standard jalanraya macam jalan kebun sawit, bayar cukai PBT tapi sampah dah menimbun baru nak angkat. Ada wakil rakyat tapi nak jumpa sikit punya susah, jumpa wakil je. Wakil rakyat ke wakil YB?

Tahun baru is overrated, bukan penyelesai masalah atau solution. Sama macam blog. Sama macam beri pendapat. Pendapat tu umpama tool bukan solution. Walau macam mana berantakkan pun kau cakap pendapat kau betul, kalau diorang sudah bergenang dengan bullshit maka pendapat kau pun dianggap bullshit. So let them be, with bullshit sama macam Markus Indon.

HAHAHA.

Selamat Tahun Baru 2011, semoga semua makmur dan sukses selalu. Suskes tang mana, aku pun tak tau.

Wednesday, December 22, 2010

Scam Telefon Bimbit

Aku petik dari Berita Harian, full story kat sini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Telefonmurah/Article.

Telefon Murah
RAWANG: Pengguna yang tidak berhati-hati mungkin mudah tertipu dengan tindakan beberapa lelaki yang menjual telefon bimbit berjenama berharga murah yang berkeliaran di sekitar bandar ini.

Dengan menjadikan pelanggan beberapa pasar raya di sini sebagai mangsa mereka, lelaki terbabit akan terus memujuk rayu bagi memastikan telefon bimbit yang tidak diketahui dari mana asalnya itu dapat dijual.

Seorang pekerja swasta, Mohd Shafik Hambali, 25, berkata beliau hampir menjadi mangsa lelaki terbabit apabila cuba didekati mereka, baru-baru ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit menawarkan satu unit telefon bimbit jenama terkemuka yang dikatakan masih baru dan mempunyai pelbagai aksesori dengan harga RM150.

"Penjual itu enggan memberitahu dari mana mereka memperoleh bekalan telefon bimbit terbabit, tetapi hanya menyatakan peralatan itu tahan lama dan ramai sudah membelinya,” katanya kepada Sentral.

Katanya, beliau menolak tawaran lelaki terbabit yang turut menurunkan harga daripada RM150 kepada RM100 bagi satu unit telefon bimbit kerana tidak mahu menjadi mangsa penipuan.
“Ini berikutan sebelum ini rakan saya pernah mengalami kerugian lebih RM200 selepas membeli telefon bimbit terbabit.

“Telefon bimbit yang dibeli rakan saya itu hanya boleh digunakan selama dua hari, sebelum rosak. Telefon bimbit terbabit juga tidak boleh dibaiki ketika dihantar ke kedai,” katanya.

**********

Ni cerita kat area Rawang. Sebenarnya kat R&R highway lagi ramai. Masa aku pergi beraya tahun ni, aku singgah kat R&R Seremban berlambak-lambak scammer nak jual henpon.

"Bro, murah je bro...ni barang baik punya." Itu adalah ayat tipikal seorang scam picisan.

Modus operandi diorang mudah je. Cari telefon yang setakat boleh on 2-3 hari. Pastikan telefon tu model yang senang nak tukar casing (express cover) macam Nokia. Sebab apa? Nak kelabukan mata orang ramai, kasi kilat-kilat sikit casing henpon tu. Itulah sebabnya mamat scam telefon ni selalu offer Nokia je. Nak lebih spesifik sikit, Nokia model N95. Betul tak? Aku gerenti betul. Masa kat R&R tu aku perhatikan semua offer Nokia punya model je. Dah macam Nokia hari raya sale la pulak. Tade pulak yang offer Blackberry ke, Iphone ke. CSL pun tade.

Satu lagi, appearance si scammer dah macam penyangak. Nak jual henpon dah la macam nak jual methamphetamine. Pukewak. Gua ingat nak hulur pisau ke apa, nak rompak ke. Marketing pulak stail misteri/seram. Aku dah siap ready dengan kekuda (read: untuk lari). Sekali tengok, keluar henpon. Kocek seluar punya la kecik, sekali keluar henpon macam saiz batu asah (N95).

Satu lagi kemungkinan mengikut instinct Grissom aku ialah henpon buatan China. Masa aku pergi Shenzen dulu, setakat henpon Nokia boleh dapat puluh-puluh ringgit je. Itu belum aku bargain lagi. Tapi aku rasa korang takkan bargain punya dengan tokey kedai kat sana. Muka sekor-sekor macam lahanat.

Nak kata gambar hiasan pun bukan jugak, sebab aku Google
image keyword 'scam' muncul pulak gambar makhluk ni.

Tuesday, December 14, 2010

Aku dan Nature

Aku ada la sket2 suke nature ni. Malah chennel yg selalu aku bukak kat astro pun adalah chennel National Geographic dan yang sewaktu dengannya. Nak kata terer tu takde la, tapi aku boleh pasang ngn runtuhkan khemah. Kire terer ke tu? Ada beberapa rancangan aku suke tengok sebab aku rasa dia best

1. Man vs Wild

Rancangan ni aku rasa yg first buat surviving skill ni. Dia ni ex-askar british aku rasa. Tapi dia mmg kool abes. Aku rasa mana dia pegi pun boleh survive. Pastu aku rasa dia la yg first makan binatang2 dlm hutan ni secara raw. Mak ai aku tengok pun tak lalu. Memula tu dia layan serangga je...semut ke, kala jengking...kire menatang yg ada exo-skeleton la. Takde daging. Buang kepala, gigit2....telan. Khasiat apa ada aku pun tak tau. Tapi kalau lapo, belasah gak kot. Tapi lepas tu dia ada la layan ikan plak, kat episod kawasan sejuk la....ais. Mana tah. Artik kot. Eiii selamba dia gigit ikan tu, gigit belakang kepala ikan dia kata, cepat sket mati. Ceh aku tengok dia koyak2 ngn gigi dia, liat semacam je. Lepas tu ada satu episod dia layan bangkai antelope ke apa tah. Mak ai.....aku tak dapat nak bayang la bau dia. Apatah lagi rasa bangkai tu. Tapi Mr Bear ni survivor la. Aku rasa kalau masuk rancangan survivor Pulau Tiga dulu yg kat Sabah pun dia bole menang sejuta tu. p/s: Richard Hatch manusia buncit ala2 arbok yg menang sejuta.

Sebab seksi la dia menang sejuta

2. Dual Survival

Ni kire baru gak aaa. Mamat gemok (mati2 aku ingat dia ni betul2 gemok, sekali tangan dia tough besar saiz kepala aku) adalah seorang pure naturist manakala sorg lagi adalah abg askar. Diorang ni selalu compare la cara nak survive dalam keadaan yg ekstrem dengan menggunakan skill masing2. Kengkadang diorang tak puas ati la sesama sendiri. Masing2 la paling terer, biasala manusia. Tapi syok dapat tengok dia tunjuk kelebihan bermacam2 skill dari 2 background berbeza. Mamat gemok tu pelik gak la bagi aku, sebab dia naturist sangat. Jalan pun pakai kaki ayam je dalam hutan. Masa episod kat negara sejuk pun selamba dia jalan kaki ayam atas snow. Mak ai tak keras kejong ke kaki kau? ALangkan Pak Wi (guide masa aku pegi Taman Negara Endau-Rompin) pun masuk hutan pakai but getah. Aku rasa Pak Wi lagi survive kalau dalam hutan tropika la. Terer Pak Wi ko tau. Padehal perut buncit gila, tapi aku rasa muscle kaki dia lagi keras dari tulang keting aku. Nikmati imej kaum Pak Wi dalam slide berikut.

Tak pernah plak aku nampak Pak Wi pakai sumpit

3. Man, Woman, Wild

Ini agak haram la sket. Joe hero tunjuk cara2 surviving tapi dia bawak bini dia. Yang aku tak tahan bini dia asyik merengek2 je. Itu tak kene, ini tak kene. Laa....tak tough langsung. Baik tak payah buat rancangan. Buat party tupperware kat umah lagi bagus. Tapi biasala, ini kan berdasarkan demand penonton. Korang nak tengok, diorang pun buat la. Boleh buat duit apa. Diorang apa pedulik. Tapi kengkadang agak boring sebab pompuan takde skill langsung selain dari merengek. Patut dia namakan rancangan ni sebagai Man and Man's Wife in the Wild.

Rancangan2 ni bagus sebenarnye, dia tunjuk cemana nak survive kalau sesat dlm hutan atau tempat2 kita tak biasa. Takat sesat kat bandar jb tu, naik je la mana2 bas, seme pegi bas stand larkin. Tak thrill langsung. Diorang tunjuk berbagai cara nak hidupkan api, buat khemah sementara, camana nak kenal binatang beracun, camana nak elak panas kat gurun, mana nak carik air dan bermacam2 lagi. Tapi dia kata paling penting dlm survival adalah semangat nak hidup....kalau takde tu, kita tak bole nak fokus minda untuk survive...mmg tak survive la kita.

Salah satu skill aku belaja masa camping adalah masak nasik. Yang panting jangan jelantah. Mak aku kata, kalau nasik tu tengah2 dia mentah, haaaa dia jelantah. Gaul2 sket. Biar beras tu sekata kene air. Tapi apis yg ditakdirkan ada sekali masa camping tu pun bertanya...'Eh tapi cikgu, kat tengah periuk ni manjang ada air. Bila nak kering?' Dengan gaya dahi berkerut penuh tanda tanya. Kitorang pun tengok la ke tengah periuk tu, ada air menitik daripada atas. Rupa2nya ada spender tergantung dalam keadaan basah yang amat mengerikan sambil titisan air itu terusss ke arah tengah periuk berisi nasik empuk. Haaa ini pun dikire surviving skill jugak ni, nak kene makan nasik air spender.