Showing posts with label bodo-bodo. Show all posts
Showing posts with label bodo-bodo. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Tua Tak Sedar Diri

Tadi aku kene deal ngan sorang tua yg mengingatkan aku pada satu karekter yg pernah aku jumpa dahulu. Masa aku dulu kerja di obersee (seberang laut..ahahaha) ada sorang staff yg umor dah sampai kepala 5 tapi rasa diri mcm baru abes SPM semlm. Dia ni duduk sekali dgn rumah bujang bebudak semenanjung pasal keluarga dia tinggal jauh. Aku cukup menyampah dgn mamat ni pasal perangai tahap kambeng. Dia ni lahir kat negeri nombor plat D. Jadi mmg dah terserlah kecibaiannya. Aku saspek dia ni muda muda tak puas enjoy pastu bila dah tua masih lagi nak enjoy. Antara trait orang tua yang sedar diri yang ada pada dia adalah:

1. Ade awek. Ye tuan tuan dan puas puan, walaupun ada bini dan anak 5 orang kat kampung, dia ada awek. Muka kalo hensem tadehal. Ni da tua ganyut. Kalau sorang takper, siap ada 3 awek. 
"Bukan abang yang nak kat diorang, diorang yang nak kat abang" Dia claim.

2. Bergayut kat telepon dgn awek 24 jam. Ini serius aku benci. Dah la citer blue ngan awek pastu suara tahap full blast. Tu takper, siap suara awek dia dia pakai loudspeaker. Gile menyampah. Ada sekali tu kereta aku rosak jadi aku balik kene tumpang dia, dia boleh videocall ngan awek dia dalam kereta dari plant sampai umah yg mengambil masa 45 minit perjalanan. Dah le dia letak henpon dia kat pemegang henpon yg lekat kat cermin. Aku yg duduk kat passenger seat depan dah rase mcm nak campak henpon dia keluar kereta. Tapi takut karang aku balik rumah jalan kaki lak. 

3. Pengotor tahap cipan. Serius. Kenkadang wiken aku ngan bebudak ni kemas dapur ari isnin dah penuh pinggan mangkuk dalam sinki hasil kerja tangan orang tua tak sedar diri ni. Siap kalau masak megi, periuk pertama dah berkulat, dia boleh rilek guna periuk kedua dan biarkan atas dapur. Bilik dia takyah citer la. Gua ingat kalau khinzir masuk pun bleh pengsan. Tahap bau pekung longkang taik. Baju basuh sebulan sekali. Pagi pagi nak gi kerja tahap lencun baju kene spray minyak wangi. Nak kaver bau. Tapi bangkai gajah mana boleh disembunyikan. Kuman diseberang laut pun nampak, inikan gajah didepan mata. Eh takde kaitan.

4. Konker TV. Pergh ni serius wa hangin. Kalau konker tv layan program yg boleh layan sama takper jugak. Ni layan Zee Channel. Zee Channel beb! Hati kama mana yang tahan. Orang balik keje malam nak lepak tgk tv layan berita ke, layan bola ke atau layan movie. Ni tak. Kene layan video clip hindustan. Last last kitorang pakat tak bayar Astro, beli tv sendiri duk pakat layan dalam bilik. Yelah tv ngan astro dia punya. 

5. Dia kutuk orang boleh, orang kutuk dia tak boleh. Stended la dah tinggal bujang, psycho menpsycho ni mmg jadi rutin harian. Setakat kutuk kutuk biasa tu jadi mainan setiap masa. Tapi orang tua ni bila orang lain kene kutuk dia join. Siap tambah ikut atas. Tapi bila dia kene kutuk dia bleh hangin lak siap nak bertumbuk. Buat malu jer jadi orang tua. 

6. Tak bertanggung jawab. Rilek jer pintu rumah tak kunci waktu malam padahal dia yang masuk last. Parking suka hati mak bapak sampai orang susah nak parking. Biar air terbukak buat tak tahu. Tahap tanggung jawab tu takde.

 Jadi kenkawan, jangan lah kita menjadi orang tua tak sedar diri. Jadi lah lelaki yang macho lagi hensem.

Itu jerlah celoteh saya pada petang in. Selamat beramal!

Thursday, June 2, 2011

Lost In Translation

Aku nak share cerita kat tempat kerja aku. Ini komunikasi antara security guard Nepal dengan maintenance technician kat tempat kerja aku. Masa mamat ni cerita kat aku, aku bantai gelak macam nak mampos. Kat bawah ni ada scene yang di exaggerate tapi still based on facts terutama tentang Salamander tu.

**********
Juman (bukan nama sebenar) melangkah turun dari kereta Alza yang baru 2-3 hari keluar dari showroom.

"Ini barulah garang macam Shamsul Yusuff. Sebelum ni gua pakai Myvi macam awek sial. Dah letak spoiler tinggi penyidai baju pun diorang kutuk gua. Haaa...sekarang gua dah angkat Alza. Puas hati gua....tunggu nanti gua tukar tayar besar sikit, kasi terkeluar dari body sikit ...baru nampak macam kereta Ralli beb..." itulah getus hati dan tanggapan Juman. Lebih pentingkan tanggapan orang berbanding kemampuan diri sendiri. Natijahnya bawak Alza pun lebih kurang je standard Myvi. Dua-dua bentuk macam katak.Tambahan pulak rupa si Juman yang macam Salamander, maka lengkaplah kumpulan spesis Amfibia ini, si salamander yang memandu katak.

Sambil jalan kepak tangan dan mendada walaupun BMI Juman hanya sekadar border line bagi manusia normal atau lebih tepat lagi 18.5, slow-mo je dia jalan melepasi guard house dengan harapan awek-awek yang baru masuk kerja jeling-jeling kat dia."Hnnnnssss...."lubang hidung Juman berdengus apabila dia nampak awek yang selalu usha dia tengah scan card. Ya, aku ulang cetak kat sini...awek yang selalu usha dia. "Self esteem kena tinggi, ini bukan kes puji diri sendiri" menurut Juman hampir setiap minggu kat kafetaria kompeni. Tapi jauh di lubuk hati Juman, dia sedar dia keluar dating pun 4 kali je sejak sekolah menengah sampai la ke hari ini. Itupun kali ke-4 kena stood up kat Plaza Angsana. Takpe, 28 dan masih single. Apa ada hal?

Sedang dia melangkah nak pergi tegur awek tadi, tak semena-mena guard pulak panggil.

"Apa pulak si mamat Nepal ni nak..."Juman dah mula nak jadi hijau, baju dah terasa ketat nak koyak...tapi disimpan kemas dalam dada sebab taknak tunjuk rage depan awek.

Guard tu mula intronya..."Boss, itu nanti guard house kasi pen..."

"Pen?....ooo...semalam itu kontraktor tada pulang u punya pen ka?...takpa nanti saya ganti baru..."

"Bos, bukan pen...bos....pen...pen....yesterday...u...pen..."balas guard tu tak sambil jari telunjuk tunjuk ke arah belakang sebagai tanda isyarat semalam.

"Saya ka?...mana ada saya pinjam u punya pen...itu kontraktor yang pinjam...takpe nanti saya ganti..."Juman dah mula nak angin, tambah pulak awek-awek tadi semua dah beransur-ansur beredar dari sana. Mungkin untuk mengelakkan rasa mual menghadap muka Juman.

Si guard Nepal tu keluarkan pen sambil geleng kepala. Dengan dramatik si guard kutip sebatang ranting kayu dan berdiri rapat dengan dinding bangunan. Dengan tangan pegang ranting kayu, dan pergerakan tangan ke atas, ke bawah, ke atas, ke bawah, sambil berkata...

"bos...pen....pen...pen...pen...pen...pen" dah macam berzikir pulak si Nepal ni.

Juman terkedu kejap. Masa awal-awal bunyi macam pen, tapi bila tengok guard tu pegang ranting macam tu barulah dia punya pick up sampai.

Dia baru teringat. Semalam dia mengecat stor tukang kebun sambil beriya-iya nyanyi lagu Wind of Change part chorus je.

Paint (mengecat) rupanya...

Translate: Nyaris aku parang si Juman tu...pen dengan paint pun tak tau beza...penat aku spiking inglish


Sunday, January 2, 2011

Barber on wheel

What in the name of pubic hair is this?

Barber on wheel.

PETALING JAYA: Puteri UMNO hari ini melancarkan program "Barber on Wheel" yang memberikan khidmat menggunting dan mendandan rambut secara percuma kepada masyarakat bandar yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata khidmat itu disasarkan kepada penduduk yang menerima bantuan kerajaan dan menetap di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Full story kat sini.

*******

Pada hemat aku, apa yang masyarakat perlukan ialah pendidikan, education, knowledge. Apa agaknya yang orang yang menetap di PPR dapat apabila diberikan dandanan rambut percuma? Rasa istimewa? Sedikit kemewahan? A little taste of luxury supaya orang di PPR boleh jealous dengan mereka yang pergi hair saloon setiap bulan?

Ada baiknya kalau diberikan kelas dan bimbingan contohnya pasal kewangan. Macam mana nak manage financial keluarga. Mungkin orang-orang 'di atas sana' kurang sedar berapa biji rumah low-cost yang masuk auction list tiap-tiap bulan. Berapa banyak rumah status bumiputera dah tukar status ke non-bumi sebab atas dasar forced sale.

Masa aku pegi BNM kat Bukit Timbalan nak print CCRIS report aku (orang dah tak pakai CTOS, tapi masih ada nak debate aku pasal hal ni), aku tengok semua orang melayu yang masuk kaunter AKPK. Tahu apa AKPK tu? AKPK ialah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Kalau kredit dah nazak, baguslah rujuk kat AKPK sebelum terlentang jatuh. Ini bukan literally speaking, tapi real beb. Ada seorang brader kat tempat kerja aku hutang je dah RM20k kat kredit kad alone, tapi masih denial dan hidup bermewah-mewah. HAHAHA. Ini barulah living life on the edge. Gaji 8 ribu sebulan, tapi nak buat loan kancil anak dia pun tak lepas. Kancil tu berapa harganya, tak lebih RM40 ribu rasanya.

Mereka yang duduk kat PPR tu semua ada sebab mereka kat situ. Yang pastinya bukan sebab mereka tu pandai jaga duit. Sedangkan yang duduk bukan PPR pun aku rasa bukan pandai jaga duit, apa lagi yang duduk kat PPR.

Cerita tukang gunting rambut yang gua layan. Apis pinjam
DVD gua da dekat 2 tahun tak pulang.

Wednesday, December 22, 2010

Scam Telefon Bimbit

Aku petik dari Berita Harian, full story kat sini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Telefonmurah/Article.

Telefon Murah
RAWANG: Pengguna yang tidak berhati-hati mungkin mudah tertipu dengan tindakan beberapa lelaki yang menjual telefon bimbit berjenama berharga murah yang berkeliaran di sekitar bandar ini.

Dengan menjadikan pelanggan beberapa pasar raya di sini sebagai mangsa mereka, lelaki terbabit akan terus memujuk rayu bagi memastikan telefon bimbit yang tidak diketahui dari mana asalnya itu dapat dijual.

Seorang pekerja swasta, Mohd Shafik Hambali, 25, berkata beliau hampir menjadi mangsa lelaki terbabit apabila cuba didekati mereka, baru-baru ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit menawarkan satu unit telefon bimbit jenama terkemuka yang dikatakan masih baru dan mempunyai pelbagai aksesori dengan harga RM150.

"Penjual itu enggan memberitahu dari mana mereka memperoleh bekalan telefon bimbit terbabit, tetapi hanya menyatakan peralatan itu tahan lama dan ramai sudah membelinya,” katanya kepada Sentral.

Katanya, beliau menolak tawaran lelaki terbabit yang turut menurunkan harga daripada RM150 kepada RM100 bagi satu unit telefon bimbit kerana tidak mahu menjadi mangsa penipuan.
“Ini berikutan sebelum ini rakan saya pernah mengalami kerugian lebih RM200 selepas membeli telefon bimbit terbabit.

“Telefon bimbit yang dibeli rakan saya itu hanya boleh digunakan selama dua hari, sebelum rosak. Telefon bimbit terbabit juga tidak boleh dibaiki ketika dihantar ke kedai,” katanya.

**********

Ni cerita kat area Rawang. Sebenarnya kat R&R highway lagi ramai. Masa aku pergi beraya tahun ni, aku singgah kat R&R Seremban berlambak-lambak scammer nak jual henpon.

"Bro, murah je bro...ni barang baik punya." Itu adalah ayat tipikal seorang scam picisan.

Modus operandi diorang mudah je. Cari telefon yang setakat boleh on 2-3 hari. Pastikan telefon tu model yang senang nak tukar casing (express cover) macam Nokia. Sebab apa? Nak kelabukan mata orang ramai, kasi kilat-kilat sikit casing henpon tu. Itulah sebabnya mamat scam telefon ni selalu offer Nokia je. Nak lebih spesifik sikit, Nokia model N95. Betul tak? Aku gerenti betul. Masa kat R&R tu aku perhatikan semua offer Nokia punya model je. Dah macam Nokia hari raya sale la pulak. Tade pulak yang offer Blackberry ke, Iphone ke. CSL pun tade.

Satu lagi, appearance si scammer dah macam penyangak. Nak jual henpon dah la macam nak jual methamphetamine. Pukewak. Gua ingat nak hulur pisau ke apa, nak rompak ke. Marketing pulak stail misteri/seram. Aku dah siap ready dengan kekuda (read: untuk lari). Sekali tengok, keluar henpon. Kocek seluar punya la kecik, sekali keluar henpon macam saiz batu asah (N95).

Satu lagi kemungkinan mengikut instinct Grissom aku ialah henpon buatan China. Masa aku pergi Shenzen dulu, setakat henpon Nokia boleh dapat puluh-puluh ringgit je. Itu belum aku bargain lagi. Tapi aku rasa korang takkan bargain punya dengan tokey kedai kat sana. Muka sekor-sekor macam lahanat.

Nak kata gambar hiasan pun bukan jugak, sebab aku Google
image keyword 'scam' muncul pulak gambar makhluk ni.

Tuesday, November 9, 2010

Kantoi MBA & Doctorate Palsu



Ye..  kantoi MBA and Doctorate palsu. Sorang dah kantoi. Yang kat sebelah ni pun aku ragu ragu dia punya title Dr dia gak. Seriyes takde kredebiliti seorang Doctorate. Untuk cerita lanjut pasal Dr Fazley ada di sini.

Wednesday, March 17, 2010

X Men Melayu

Gua tengok TV aritu. Ada sesi interview dengan sorang pelakon. Nama dia Gambit. Gua masa tu bajet mamat ni orang Sarawak ke apa atau nama IC dia memang Gambit. Tapi nama penuh, Mohd Saifulah bin Rosli. Asal dari Kuala Lumpur yang terletak di utara semenanjung. Apesal lu nak guna nama Gambit weh? Lu amik la nama jean grey ke, storm ke atau beast(gua reserve untuk FK). Orang terbang pun gua kira ok.
Gua tengok stail rambut dah tau budak MRSM. Ditambah lagi dengan pendapat gua pasal budak-budak yang pakai baju arsenal ni. arse-anal.

Kalau lepas ni sorang lagi nak tukar nama jadi X men. Professor X maideen. Gua tak tau la nak cakap apa.