Showing posts with label dulu-dulu. Show all posts
Showing posts with label dulu-dulu. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

Kelucahan Silk Stalkings....

Hoh semenjak pais letak gambar hewan mughalazah dalam entry sebelum ni, ahli panel sungat chat seme teross kene writer's block... memang sesuatu yang diakui, kesan langsung hewan tersebut kepada mana mana makhluk hidup amatlah berat, Jehan miskin yang gagah perkasa (fukk!) pon belum tentu dapat menepis effect hewan harram tersebut...paiss lepas ni tolong jangan ganggu emosi para pembaca mahupun penulis blog merapu ini dengan post post yang kontreversi lagi...

Untuk menaikkan semula nafsu serakah yang telah kuncup oleh post sebelum ini, mari kita berbicara mengenai satu siri softporn yang menjadik satu kegilaan untuk remaja JB yang pervert satu masa dahulu.... ahahaha mungkin overrated sangat ni, tapi nak buat macam mana.... masa tu mana ada intenet, mana ada DVD, mana ada 3gp melayu... jadikk pengubat bebudak lelaki yang sedang dilanda banjir hormon testosteron masa tu hanyalah cite kat SBC 5 (stesen TV singapore dulu) yang ke udara pada pukul 12 malam iaitu Silk Stalking... ahahaha...



Tak silap aku rtm2 pon ada jugak tayang, tapi paham paham jelah, kalau dah rtm yang tayangkan, kalau lu orang punye level of perversion tengah ditahap yang maximum, boleh jadik gile beb tengok silk stalking kat rtm....dah semenye potong... baru nak high sket, dah potong.... inilah sebenar benarnye potong stim ahahaha

Sebelum kita teruskan lagi, adalah lebih baik kita rujuk wikipedia dulu apakah sebenarnye siri Silk Stalking ini... menurut encik wiki ;

Silk Stalkings is a TV crime drama originally shown on CBS in 1991 as part of the network's late-night Crimetime After Primetime programming package, and rebroadcast on the USA Network. After CBS ended the Crimetime experiment in 1993, the series ran exclusively on USA until its finale in the spring of 1999. The show was created by Stephen J. Cannell.

The series portrays the daily lives of two detectives who solved sexually-based crimes of passion ("silk stalkings") among the ultra-rich of Palm Beach, Florida. Most episodes were shot in San Diego, California, while others were filmed in Scottsdale, Arizona.

Sebenarnye siri silk stalking ni sama jek macam cite detektif yang ada banyak kat Tv, bukan ada psikik ke, special power ke hapa... malah lakonan pelakon pelakon cite ni pon senang senang boleh celen shamsul yusof... tapi yang membuatkan silk stalking ni hot pad masa tuh adalah kebanyakkan babak babak dalam cite tu termasuk dalam kategori NSFW. Memang kalau tengok cite ni, tujuannya adalah semata mata nak tengok time babak panass je,bukan nak tengok jalan cite penyiasatan sangat pon ahahaha. Takde orang pedulik pon kes kes detektif dalam silk stalking tu berjaya diselesaikan atau tidak..

Disebabkan masa tayangan silk stalkking ni diwaktu tengah malam, jadik agak sukar jugak la, bagi pelajar pelajar sekolah masa tu nak tengok... lebih lebih lagi kalau kat umah aku, pukul sebelas malam je mak aku dah kibas kibas rotan, bagi isyarat suruh tutup tv dan masuk tido. Punya nak tengok silk stalking punye pasal, sanggup berlakon buat buat tido dan kemudian bangun semula, curik curik bukak tv bila line clear... ahahhahaha



Kalau korang tengok, klip opening silk stalking ni sambil tersengih sengih nak kene terajang macam Faizal AF4, mengaku sahajalah yang korang jugak tergolong dalam pervert yang familiar dengan opening theme song silk stalking ni ahahahaha

Nak tengok silk stalking ni pulak adalah amat penting untuk kita tengok intro dia, sebab kat intro dia lah biasanya scene scne panass bermula.... rugi beb kalau terlepas intro, sebab time intro tu konfemm ada scene yang ditunggu tunggu, kalau terlepas leceh la sket, nak kene layan tengok lakonan detektif berdua tu... biasanya lama gakk tu baru ada semula scene baekk.

Agaknya siri silk stalkings ni kalau diberi nafas baru dengan grade lakonan dan efek teknologi zaman sekarang ni macam cite CSI, aku rasa horatio mungkin susah jugak nak carik makan.

Silk stalking episode 413

Silk Stalking episode 316

Apa pon aku nak bagi amaran, kalau nak klik link kat atas, jangan bukak kat tempat kerja.... NSFW

Tuesday, January 4, 2011

Gavan



Jadual tayangan, setiap Khamis lepas cerita Moero Attack (sommersault berpusing dengan seluar pendek size S) dan Ksatria Baja Hitam (guna title direct dari Indon). Tahun 1991. Masa aku tak ingat.

Berdasarkan pengetahuan cetek Kanji aku, aku bagi lirik intro Space Cop Gaban atau kat Jepun dipanggil Space Sherrif GAVAN! Suara dia rock beb!

男なんだろ グズグスするなよ
otokonandaro guzuguzusurunayo

夢のエンジンに 火を点けろ
yumenoenjinni hi wo tukero

俺はここだぜ 一足お先
ore ha kokodaze hitoasiosaki

光の速さで明日へ ダッシュさ
hikarinohayasade ashitahe dashsa

若さ 若さってなんだ
wah kasar, wah kasar, tenang dah?

振り向かない事さ
hurimukanai kotosa

愛ってなんだ
ai tte nanda

ためらわない事さ
tamerawanai koto sa

ギャバン あばよ涙
GABAN! Abah you nak mintak...

ギャバン よろしく勇気
GABAN! yoroshiku yuuki

宇宙刑事 ギャバン
uchu keiji. Gaban!

Monday, January 3, 2011

Rancangan Khas

Apis, aku, udin masa form 3.

Dulu aku ingat rancangan khas ni sama macam budak pendidikan khas, rupanya lain. Hahahaha.

Aku kenal apis masa form 1, dah 17 tahun. Faiz aku betul-betul kenal masa form 2, masa form 1 dia layan geng lain. Udin masa form 3. Diorang memang tak putus contact dengan aku kecuali ada satu time masa semua dah masuk u, Faiz on hiatus. Macam-macam khabar angin aku dengar.

Tau-tau je masa aku jumpa dia, dah ada skuter Suzuki 125 ada sticker api dan tulisan jepun.

"Ni apa maksud sticker Jepun ni?" aku tanya curious.

"Bunyinya JU JU KI." Aku perhatikan Faiz eksplen sambil hidung kembang-kempis.

Dia tak tau aku tanya saja nak cari modal.

p/s:
(1) Apesal rupa aku masih sama macam form 3?
(2) Udin, kau kenit siyal dulu.
(3) Apis, semasa berat badan kurang 100 kg.
(4) Faiz tukang amik gambar.

Wednesday, December 8, 2010

Lagenda Brader Babola

Rumah JKR abis kena tapau, brader babola stood still. Hyatt pun dah jadi Thistle.

Memang lagenda.

p/s: aku nak tulis title lagenda budak babola, tapi khuatir disyncronisekan dengan farid kamil sekali lagi. LOL. Anyway, murtabak kat depan syahbandar tetap super.

Monday, December 6, 2010

Senarai Movie yang aku rasa nak hempuk kepala kat TV.

Aku layan cerita Harold and Kumar Go To White Castle aritu. Boleh tahan la celaka dia punya tak logik. Dah nama pun hiburan. "Kalau nak real pergi tengok National Geographic la," kata sorang mamat kat aku dengan nada serius terngiang-ngiang kat telinga aku masa kat U dulu. Tapi aku tak amik port dia punya komen. Pasal apa? Pasal dia beriya tampal sticker Slipknot sana-sini, dengar lagu Craddle of Filth tapi dengar lagu Lucky (Britney) ulang sampai 7 kali. Hahaha.

Anyway aku ada list top 5 movie yang aku boleh menyebabkan aku jadi sembelit. Filem Harold and Kumar ni kira boleh diterima lagi la kalau nak dibandingkan dengan list movie ni. Aku ada banyak lagi list, tapi list kat bawah ni yang paling memberi kesan yang maksima.

(1) Six String Samurai
Obses aku pada gitar menyebabkan aku beli cerita ni. Macam celaka dia punya plot. Kalau korang nak tau takde sekali pun aku tengok dia try main gitar dia. Kewak, usung gitar ke hulu-hilir tak pakai casebox.

(2) The Replacement Killer
Aku tengok wayang cerita ni. Tahun 1998 nilai RM7 tu banyak berbanding RM7 tahun 2010. Ditolak campur inflasi bahagi faktor masih sekolah form 5. First hollywood movie Chow Yuen Fatt kunun. Debut filem macam lahanat wahai God of gambler.

(3) The Avengers
Dia punya lahanat, dah nak last baru aku sedar Father tu watak perempuan, Mother tu watak lelaki. Baki 90% cerita tu aku fokus makan pop-corn, minum coke, cekedis, pringles, pergi toilet.

(4) The Covenant
Apa yang cuba disampaikan oleh cerita ni? Hiburan atau seksaan? atau cerita pasal budak sekolah convent?

(5) Last Days
Tengok cover macam Cobain, baca sinopsis macam cerita biography Cobain. Tengok cerita, macam celaka. Ada adegan lelaki cium lelaki atas katil yang sangat disturbing. Trauma sial aku. Nama watak utama Blake. Bukan Cobain eh.

Aku ada lagi list, tapi inilah list movie seingat aku yang aku tengok sampai ending. Cerita lahanat macam Pathfinder tu layan 20 minit je, pastu campak DVD ke dalam bakul sampah. Ada lagi filem korang nak tambah?

Apesal takde filem Malaysia?
Filem Malaysia semua best, hebat, canggih.


Lock, Stock and Two Smoking Barrel. Movie yang diberi review 5 bintang oleh Faiz, sayangnya aku hanya boleh tonton 25 minit yang pertama. 3 kali aku try beb. 3 kali aku jugak aku tido. Jadi aku tak masuk list, sebab tak abis tonton.

Gambar dari IMDB.

p/s: Selamat Tahun Baru, Maal Hijrah.

Saturday, December 4, 2010

Awkward Silence

Hye uols.

Nampak gaya gua dah kena berpada-pada nak berblog sekarang ni. Bos gua balik kampung aritu bawak produk baru nak kasi kat gua launch. Silap gaya gua kena padam akaun blogger pulak nanti. Masa punya terhad, tapi silap gua juga, masa interview gua bilang "gua memang suka new challenge, dan tak pernah terlintas nak keluar rehat dari pukul 10 sampai pukul 2 dan hujung tahun mintak bonus apetah lagi berfesbuk."

Anyway, aritu masa first meeting gua dengan bos pasal projek baru, ada sorang manager kat tempat gua yang stadi kat obersee cuba buat lawak, ekceli cuba menyambung lawak MD gua. Gua perati kat bilik meeting (yang attend biasanya 10-15 orang) semua buat senyum-senyum paksa. Tiba-tiba hening. Masa tu gua cuba fikir perkataan yang sesuai, arini barulah dapat. Sikit punya lembab gua punya otak sekarang.

Awkward silence.

Ya kawan-kawan, memang bernilai RM60 juta betul perkataan tu. Kalau tak 60 juta, lepas diskaun pun 20 juta lagi. Standed juta-juta juga. Gua google, akward dalam bahasa melayu ialah canggung, janggal, kagok, kaku atau rikuh. Perkataan silence takkan la gua nak google jugak. Agak-agak la.

Kalau nahu gua tak silap hasil ajaran cikgu Zaiton dulu, lebih macam ni la maksud melayunya, keadaan senyap yang janggal.

Gua senyum je bila teringatkan lawak si manager tu. Bukan sebab lawak dia kelakar, tapi gua nak kaitkan dengan dua insiden yang tak kurang celaka jugak macam lawak dia.

Awkward silence yang pertama;
Gua lepak dekat rumah member gua yang duduk dengan adik sedara dia. Seperti biasany korum mesti cukup kalau ada 3-4 orang. Rumah tu jadi riuh-rendah. 2-3 orang punya cerita macam 30 orang punya sidang. Tiba-tiba keadaan jadi senyap bila adik sedara dia melangkah masuk rumah, masuk bilik dengan sorang budak pompuan. Bini dia agaknya. Setahu gua adik sedara dia belum kahwin.

Dan The Ultimate Champion bagi segala awkward silence...........jeng jeng jeng.

Cikgu: lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHHAHA!
Cikgu: lawak, lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHAHAH!
Student bergelar BD: Power ranger!
Student lain & cikgu: ........................................(dengar kipas siling berpusing).

Monday, March 22, 2010

Jalan jalan carik gadoh....lu apehal

Nih aku nak sembang pasal jalan jalan kat sekitar jalan sungai chat…. aku dilahirkan dan dibesarkan di JB ( tulis dengan betul ye JB bukan JAY BEE…. Kerana JAY BEE adalah jenama roti, roti JAY BEE ni seangkatan dengan roti cap kunci) lebih spesifik lagi aku membesar sekitar area sungai chat nih…. Sebutlah jalan apa dekat area nih yang aku tak penah masuk explore, seme aku dah redah….


Peredaran zaman sekarang nih menyebabkan banyak jalan jalan kat area nih berubah, ada yang bertambah, ada yang jadik besar, ade yang jadik WTF! ….. nih aku senaraikan beberapa jalan jalan femes sekitar sungai chat nih satu persatu serta perbezaan masa dulu semasa aku budak berhingus dan masa sekarang…..



Jalan mat amin…..


Dulu :
ahahaha ni jalan yang sangat sempoi, ayat nih sungguh bias sebab aku tinggal kat jalan nih ahahaa…. Dulu jalan ni tenang gile, padahal dalam Bandar tapi nak tunggu kete lalu pon punya payah, boleh berguling guling atas jalan, bangun balik, guling balik, pon masih belom ade kete lalu….. kalau malam lagilah, kadang kadang kalau balik dari surau, aku terpaksa berlari pecut yang lebih laju dari pecutan zul dan reza sebab jalan nih sunyi gile babi….. bas yang lalu pon bas maju no.8 tambang ke Bandar cuma 6 posen, agaknye sebab aku budak lagi time tu…..


Sekarang :
arghhh sekarang macam fanker….. banyak sial kete lalu jalan nih, kekadang tuh, bawak laju nak mampos….haram jadah…. Antara factor penyebab yang aku rasa banyak kete lalu ialah wujudnya kedai kedai makan yang banyak gile kat jalan nih….buat menyemak aje …. Satu lagi, sekarang nih ada pulak buat pavement dan jalan pejalan kaki…. Sape punye idea laaa, teross jadik sempit….bas maju no.8 pon dah lama tak beroperasi kat jalan nih…. yang ada cuma bas bas pelancong, kalau pelancong2 tu jenis yang macam iras iras Maria Ozawa ok gak, ini seme muka yang lalu macam longkang…..


Jalan kolam ayer…..


Dulu :
jalan nih kira main road laa kat area nih, memang banyak kete lalu, sepanjang jalan ada masjid, ade kedai kedai tepi jalan, kuil yang tak henti henti penambah besaran nya pon ada sepanjang jalan nih…. Walau pon jalan nih main road dan banyak kete, jarang la nak jem….dulu ada satu kedai runcit sebelah masjid kolam ayer, masa zaman kejahilan aku dulu, aku selalu rembat barang kat kedai nih….. ahahahahahaaaaa bodoh gile, menyesal sial aku rembat, sekarang aku tak tau nak mintak maap kat sape, sebab kedai tu dah takde lagi….


Sekarang :
kalau lalu jalan nih sekarang, pasti akan terdetik di hati sanubari setiap pengguna jalan untuk melempang, meninju ninju serta mem’back-hand’ kan muka orang orang yang terlibat dalam plan pembangunan jalan nih, especially penduduk sekitar area nih yang memang guna jalan nih setiap hari (aku rasa laa)…. Sungguh bodoh dan gampang betol sape yang buat perancangan jalan ni….. apesal sial ada divider pulak tengah tengah jalan nih…. kenape sial buat macam tuh…. Dengan keadaan jalan nih sekarang…. Kalau pegi masjid kolam ayer untuk semayang jemaat, kene buat u tern kat bulatan depan tasik merdeka pastu buat utern lagi sekali kat depan sekolah EC pastu jalan balik sampai simpang yang dekat dengan masjid tadi untuk masuk balik jalan mat amin....bahalol betol laaa…


Jalan lingkaran dalam....


Dulu :
Dulu sirues shitt jalan ni tak ujud….. aku tak pon tak ingat bila jalan ni buat….yang aku pasti, area jalan ni adalah tempat zul main guli kecik kecik dulu ahahaha….. aku rasa jalan nih siap lebih kurang tahun 95 ke 97 macam tu la kot….baik jugak ada jalan nih, potong teross ke jalan tebrau.... senang sket nak tangkap dvd....


Sekarang :
jalan ni memang banyak transformasi….. sekerat hari dulu dia buat sambung ke CIQ, pastu sekarang nih dia tambah pulak lagi jalan bertingkat sambung dari tepi thistle teros ke perling kalau mengikut kata zul……… apa yang membuatkan kita hangin dan tak henti henti sifat amarah ialah, jalan nih merupakan ‘port’ bebudak bangang, kecik kecik taknak mamposs, ramai ramai main basikal tengah tengah malam buta….paham tak ayat aku…… jalan nih tah kenapa tah jadik port bebudak baru naik main basikal….. aku pon kekadang pelik, datang dari mana la bebudak ni reramai naik basikal tengah tengah malam buta….mak bapak diorang nih dah mampos ke, sampai tak de orang nak jaga bebudak nih, aku harap nanti ade pemandu mabuk yang bodoh baru balik dari kelabbing yang langgar ‘basikal’ bebudak nih...hoh berlapik sungguh ayat aku....

sekiranya bernasib baik jugak, kalau lalu jalan nih, kita akan berjumpa dengan juara juara jalanan…. Ye mereka ni ialah golongan hanjing yang bawak kete macam bawak jet supersonic…. paiz nyaris tergolong dalam golongan ini, tapi berjaya diselamatkan oleh aku dan zul….kalau tak dah tentu level najis mughalazah pais meningkat satu level lagi…namun demikian, aku ada sikit jaki dengan zul sebab dia pernah diberikan peluang oleh yang Maha Kuasa untuk bertembung dengan eksiden yang dialami oleh golongan hanjing sejurus selepas mereka memandu dengan kelajuan mach 5 di jalan nih….. ooohhh bestnye kalau aku yang bertembung dengan situasi ni, yang confirm, aku akan ludah muka pemandu yang sedang berlumuran darah tadi dengan kahak hijau dari ruang kerongkong aku yang paling dalam…. Tentu seronokk pengalaman tu…


Last but not least….. jalan skudai


Dulu :
jalan skudai ni panjang, nanti geng skudai sound pulak sebab cite pasal territory diorang , aku mau cakap pasal yang dekat area sungai chat aje…..jalan ni terletak sepanjang laut, dulu, tempat ni merupakan tempat dua dalam satu….. waktu pagi tempat nih jadik tapak senaman, tempat orang berjogiing dan segala aktiviti beriadah kemudian bila dinihari ketika sang mentari mula pulang ke sarang untuk beradu, area nih akan jadik port untuk orang beghendut dan beromenn….ahahahaha cikai gile beromen dalm kete je tepi laut….. bila orang jengah, tau pulak nak malu, tau pulak nak marah….. teroskan jela, gua nak nengokk je pon tak bole ke…..ahahahaahaha


Sekarang :
OHHH NOOOOO!!!! TIDAAAKKKK …..Tempat nih dah jadik tempat yang paling musibat dalam sejarah ketamadunan dan peradaban manusia…..satu tempat yang cilake dan jahanam telah diwujudkan di jalan skudai dekat area nih…… arghhh sungguh berat untuk aku titipkan nama tempat nih sekarang…… Dange Bay @ Teluk Dange….. dan pesanan aku untuk sesape sahaje yang cuba menyebut nama area nih, sebut betul betul….DANGE ye bukan DANGGA….. sebab sungguh bodoh bunyiknye DANGGA tuh….ahahahahaha

Tuesday, March 16, 2010

Piknik The Sequel - Kota Tinggi

Kat Kota Tinggi ada 2 je tempat yang aku rasa boleh la dikatakan attraction. Ni aku cerita yang dekat-dekat je.Yang first tu Desaru. Tapi kalau mandi kat Desaru takut nanti hanyut ke Sumatera pulak. Desaru punya ombak sikit punya kuat, time aku datang je mesti naik bendera merah. Banyak juga resort kat sana yang segan-segan je hidup. Sunyi sepi je. Kadang-kadang jela meriah time-time kalau ada event kat sana.

Waterfall Kota Tinggi pun malap-malap jugak. Dulu kata nak revamp tempat tu, tapi yang revamp cuma tiket masuk je. Dulu satu kereta satu tiket, sekarang kira satu kepala satu tiket. Revamp kepala vana. Tapi paling aku muyskil, aku heran apa jabatan pelancongan buat. Tak sure pulak kalau diorang pun training kat Slovakia. Johor punya sektor pelancongan lemau. Sekarang kalau tanya mana nak pergi kat JB, ada ke diorang sebut Danga Bay? Kontroversi jawapan tu.

Anyway, dulu ada satu trip aku pergi dengan Faiz, Apis & geng kolej Kulim Faiz. Trip tu last-last Apis kena tinggal atas sebab-sebab tertentu. Ikut perjanjian awal pukul 7 pagi nak gerak dari JB. Tapi itu la, kita hanya merancang.

Pukul 7.00 pagi: Apis dah tunggu depan rumah. Siap dengan backpack. Macam nak buat special ops. Sambil nyala rokok, pandang kiri kanan.

Pukul 7.30 pagi: Aku dah siap, sambil menunggu Faiz datang untuk pick up aku dan Apis. Aku sms Faiz, "Mana weh?"


Pukul 8.05 pagi: Faiz reply, " Tgh siap2...Sikit lagi je."
Pukul 8.06 pagi: Aku reply balik, "Siap apa?"
Pukul 8.30 pagi: Faiz inform, "Tunggu kwn2 aku siapkan sandwich. Dah siap, nak gerak dari kolej."
Pukul 8:30:15 a.m. sehingga hari ini : Aku reply,"Sandwich??? Watdefak woiiiii?"


Saturday, March 13, 2010

piknik

aritu aku pegi piknik kat sungai. best gila. sejukkkk plak tu. kalau pegi piknik boleh buat bbq. tapi aku paling emo kalau orang tinggalkan sampah bekas2 makan kat tempat piknik. padehal tong sampah ada je dekat. buduh betul. lalat (bukan lalat budak 3RK1) hurung la nanti bodoh tulang ikan ko. kalau masa nak makan tu menjemput aku sekali, ok la jugak.

dulu2 selalu gak layan kota tinggi waterfall ngn geng sungai shat. gila sanggup naik bas dari larkin. masa tu syah ezannee pun ada. tapi masa pergi naik kancil mackeen diikuti trejedi apis ngn beg, aku tak konfem aku ada ke tak. dalam bas nak pegi kota, kitorang duduk belakang. biasala budak2 baru nak naik. memula cuak la jugak aku pasal tak tau nak turun kat mana. sekali semua orang dh turun....nasib baik last station dia mmg betul2 kat waterfall. kalau pakcik dreba tu baik hati, dia buleh turunkan depan air terjun betul2. tapi aku malu nak tanya, kang dia mintak aku bayar tiket double plak.

balik dari kota singgah kedai bundle dulu. beli seluar docker pendek kaler ungu. dengan kaedah komando aku, meleleh2 air pipi belakang aku. camana apis buleh notice pun aku tak paham. tapi kedai tu mmg panas gila, walaupun tak silap aku dia open air. kah ak k a....

nasihat aku pada engkorang seme, pegi la piknik ngn membe korang. nanti dah tua buleh kongsi cerita pipi meleleh2 dgn peluh

Saturday, March 6, 2010

Ultimate Warrior

Aku kecik-kecik dulu kalau dalam kompeni WWF respect kat brader ni. Nak mula lawan mesti kene goyang tali kat tepi gelanggang dulu. Kalau dah kena hentam ramai-ramai pun kasi goyang tali kasi recaj energi sikit. Brader ni memang susah nak give up. Aku rasa brader ni punya semangat dan motivasi memang lain macam. Ingat senang ke nak bersukan pakai seluar dalam?

Tapi brader ni sekarang ceburi bidang public speaking. Kagum jugak aku. Ironinya dulu masa dia beraksi jarang bercakap. Kih kih kih kih.

Tuesday, February 2, 2010

Talk About Henpon

Ini rentetan entri henpon pakmet pasal Blackberry. Entri ni aku nak share pasal henpon pertama aku.

Setelah dua tahun berada di universiti, maka tiba masanya untuk aku pakai henpon. Mak aku risau sebab pergi kelas naik motor. Pastu balik malam-malam. Ulang alik lalu highway pulak, jauh pun boleh dikira jauh jugak. Mak mana yang tak risau kan? Jadi mak suruh aku pakai henpon. Aku diam je angguk, ikut cakap mak. Dosa lawan cakap mak.

"Jauh ke dekat, jarak tak memberi makna, mak..."kalau dulu aku tau ayat berunsur drama swasta ni, dah lama aku guna. Lols.

Anyway uols, henpon first aku ialah Motorola model Talkabout. Henpon ini ialah dual GSM iaitu 900Mhz dan 1800 Mhz. Maksudnya boleh pakai line Adam (GSM1800) atau Celcom (GSM900) la. Tapi dulu line Celcom pre-paid cekik darah siot. Start up pack je dah berapa ratus. Itu belum cerita Maxis pulak. Lantaran itu, aku berkira-kira duit syling dalam tabung untuk beli start up pack pre-paid. Menurut bajet, hanya Adam yang lulus.

Setelah bersaving, akhirnya dapatlah aku line 017 dan henpon motorola Talkabout ni. Selain function basic seperti call dan sms, terdapat beberapa elemen unik kat henpon ni, iaitu bila start up henpon ni lepas charge, ada grafik seekor anak anjing berlari-lari anak macam screen saver. Grafik ni boleh jugak buat screen saver masa stand by mode. Pastu korang boleh tengok bateri berkurang dengan cepat jugak sebab ngada-ngada set screen saver kat henpon. Tak silap aku ada beberapa lagi grafik sebagai pilihan, tapi yang aku boleh ingat anjing ni jela. Bodo-bodo jela diorang ni buat grafik.



Motorola Talkabout. Cukup untuk call dan sms sahaje.

Satu kenangan tragis ialah henpon talkabout ni pernah jatuh kat highway skudai time-time aku tengah nak on the way balik dari kelas. Mungkin masa tu henpon aku tak masuk betul-betul dalam poket jeans. Nasib baik time tu tade kenderaan sangat kat jalanraya. Aku park motor tepi jalan, pastu pungut bateri, cover bateri dan sim kad kat tengah jalan. Aku pasang balik semua part, voilaaaaa...boleh ON balik. Hahahaha. Lega siot masa tu sampai terasa nak buat satu tumbukan padu tidak berbayang ke langit.

Time aku beli henpon Talkabout ni, Nokia 3210 tengah hot di kalangan student. Mau tau kenapa? Sebab boleh antar picture message dan ada ringtone yang boleh compile. Dan...aku bersyukur sebab Talkabout ni takde kedua-dua unsur faggoterism ini. Pernah jugak aku dapat picture message, tapi keluar nombor-nombor dan huruf-huruf lintang pukang. Sms bulan la, bintang kelip-kelip la. Forgiven kalau dari awek, tapi dari jantan amat fagget siot. Oh lupa, satu lagi Nokia 3210 ni ada game snake.

So aku nak tanya, apa henpon first korang?


The Legendary Nokia 3210.

Friday, January 1, 2010

Tahun baru

udin: weh pis, malam ni new year kat mana? Selamba layan dataran bandaraya jom. mesti ramai orang.

apis: orait2. tapi aku lapo do. kita pi makan dulu la. makan kat hard rock dulu pun ok. roti tampal sepam.

udin: selamba. nanti aku dtg umah ngko. sapa lagi nak folo?

apis: mack ada kot. buleh kita pegi naik kete dia. ko park je evo ko kat umah aku. kita pegi naik kancil hijau

jam menunjukkan pukul 11 mlm. tahun bila, aku pun dah lupa. jejaka uncool sedang makan di hard rock cafe sebelah sungai segget (adik tiri sungai chat)

apis: brader ni punye roti tampal mmg masyuk la. lembik. weh ni kita nak gerak kol berapa ni?

mackeen: ala lek lek lu. dekat je dataran dari sini.

udin: mesti ramai gila orang. buleh aku usha awek. bunga api sah sah ada. dah ada dataran, kene la lawan dataran merdeka. weh bayar aaa jom. nanti kang kalau ramai sangat orang, kita park je la kat umah apis, jalan kaki.

apis: jauh gila babi do. ngko jalan la, aku takmo.

udin: bang berapa bang semua ni.

abg kedai: haa korang nak lepak mana plak lepas ni sambut new year?

udin: dataran aa bang. mesti ada bunga api. ada jam besar, buleh la countdown.

apis: (aik brader ni sibuk plak. macam la orang nak ajak dia)

ketika melalui restoran yassin, kelihatan suasana yg sepi kat dataran. ada la geng2 motor ( masa ni tak panggil mat rempit lg) lepak. tapi haram takde function apa2 pun. orang nyanyi2 ke, ready nak bakar bunga api ke....haram jadah

apis: weh kosong sial. mana orang?

udin: kejap lg ada la tu. baru kol berapa....eik dah nak kol doblas la. takkan la takde sapa nak countdown? gila membazir ada dataran camni. awek pun haram takde.

mackeen: weh abes ni nak berenti ke tak ni. tak payah nak parking kat umah apis pun ha, sini je belambak.

udin: turun sini pun nak buat mende? haram takde life langsung. pundek betul.

kitorang pun terus je balik ke rumah apis. sambut new year kat kg mohd amin je la. itulah tahun baru di johor bahru.

p/s: aku tak ingat masa ni pais ngn zul ada mana

dataran bandaraya johor bahru


ini je bunga api yg ada...kire bunga api gak la ni

Monday, December 28, 2009

English (college) Premier League

Aksi-aksi E(c)PL versi Big Dam


Petunjuk

1. Big Dam mintak bola sebab dia ada peluang untuk shoot.....



2. Big Dam memintas bola....dan mohon bantuan back up



3. Bila Big Dam 'passing' bola....jangan sekali kali amik






4. Bila mendapati dirinya tidak diperlukan langsung atas padang....Big Dam bertindak menjadi 'pengukuh tiang gol'.... takde orang pedulik akan dirinya....





p/s : Ini merupakan kisah benar.....bukan khayalan dan memang kena mengena dengan yang mereka mereka yang masih hidup....

Wednesday, December 23, 2009

Rakan-rakan Master part 1

Aku ada member, anak doktor yang kemudiannya jadi member ahli-ahli Sungai Chat. Aku kenal sejak sekolah rendah. Loaded gila babih. Tapi humble. Rumah dia kat Taman Nong Chik. Dulu masa dia stay kat Jalan Mariamah, boleh kata hari-hari aku pergi sana pasal rumah dia banyak entertainment. Dekat pulak dengan rumah aku. Masuk sekolah menengah, main gitar pulak. Kat rumah dia bukan setakat gitar, piano, drum pun ada. Rasa macam pergi rumah anak konduktor orkestra pulak. Sebab utama yang aku ngam dengan dia ni sebab dia ni minat muzik. Sama macam aku.

Rumah baru dia kat Jalan kemuncak, Taman Nong Chik. Saiz lebih kurang macam padang Seri Gelam. Nong Chik ni asalnya adalah nama pedagang arab yang famous dulu kat Johor, Syed Mohamed Alsagoff atau dikenali dengan nama Nong Chik. Keluarga Alsagoff ni lah yang antara perintis kumpulan peniaga arab kat Singapura.

Syed Mohamed Alsagoff ni banyak kawtim dengan Sultan Abu Bakar dan perolehi banyak tanah kat Johor, Johor Bahru terutamanya. Selain daripada Taman Nong Chik ni, ada juga Kampung Nong Chik. Kampung ni dibuka sendiri oleh Syed Mohamed. Masa tu ramai la orang melayu kat area sini tapi sekarang aku tengok tinggal 2-3 biji rumah je orang melayu punya. Sama la macam Kampung Mohd Amin. Semua dah jadi 1Malaysia.

Balik semula cerita si master ni. Nama nickname dia 'master' sebab sejak dari darjah 5 sampai form 5 (aku rasa) jadi ketua kelas. Nyaris cikgu kat EC nak masukkan nama dia kat Buku Rekod Malaysia. Satu perangai dia yang aku respek dia selalu ajak kawan-kawan datang rumah dia. Salah satu sebabnya dia ni liat sikit nak ajak lepak pergi mana-mana. Kalau pergi tengok wayang, habis show dah tahan teksi nak balik. Apatah lagi nak layan Daytona atau Bishi Bashi. Dahtu balik naik teksi. Sah-sah kena tipu tambang.

Masa form 1 dulu, Kalau weekend, kalau tak pergi mana-mana aku lepak kat rumah dia je. Layan video-video muzik guna tape atau vcd. Ni semua sumber dari kakak dan abang dia yang studi oversea. Video tape gig Silverchair album Frogstomp pun sampai sekarang aku tak pulang. Tatkala aku terhegeh-hegeh cari kord gitar lagu guna kaset, dia dengan sewenang-wenangnya beli buku tab guitar dahtu guna CD. Cara dia rewind lagu pun aku dah jeles. Patutlah intro dia buat sebiji dalam kaset. Inilah pengalaman berjamming yang pertama aku. Tapi strumming kena slow-slow la. Sebelum maghrib kena balik.

Rumah si master ni makanan macam-macam. Ada satu freezer yang letak aiskrim je. Sekali pandang macam kedai runcit. Dua kali pandang macam mini market pulak dia punya dapur. Boleh obes kalau duduk kat sini lama-lama. Kalau Faiz, tak taula saiznya macam mana.

Aku ingat lagi masa master nak beli gitar. Masa tu form 1. Dia beli gitar kapok right handed pastu pasang tali terbalik sebab dia kidal. Pastu nak tunggu dia tune gitar mau berjanggut jugak. Masa tu aku dah expert sikit, sebab lepas UPSR aku menuntut secara senyap-senyap guna gitar abang aku. Kecik-kecik lagi aku dah di asuh dengan muzik Iron Maiden, tapi masa tu nak petik kord A minor pun gigil. Haha. Cerita pasal gitar ni, aku dan master telah bawak sikit virus kat kelas kitorang masa sekolah. Ramai juga yang berjangkit.

Sekian dulu entri introduksi. Nanti aku sambung lagi.

Saturday, November 14, 2009

Hantu Melayu

Korang penah jumpa hantu? Aku belum pernah jumpa lagi, nak jumpa pun takmo. Selalu kalau cite hantu orang melayu ni, mesti melibatkan umah lama, sekolah lama....semuanya jadi tempat pancung jepun. Ceh macam la takde hantu lain selain dari hantu jepun.

Masa kat EC...sah sah la banyak cita hantu. Blok paling depan yang 2 bijik tu banyak gila cite hantu berkeliaran. Toksah tunggu malam, kalau sekolah petang, balik masa senja2 tu dah horror dah. Tapi aku penah jugak overnight, duduk kat blok belakang kat depan toilet. Ada blok....ada perpustakaan kot tak silap. Tapi aku ingat ada bilik Kelab Pencinta Alam kat situ. Takde pulak jumpa apa2. Mesti sebab aku dah baca banyak sangat ayat Al-Quran masa nak tido, hantu pun panas nak dekat.

Sekali aku penah kene kacau, masa kat umah sedara aku. Sedang aku asyik melayan bola lewat malam, keseorangan di ruang tamu. Tiba-tiba tabung syiling Buzz Lightyear adik sedara aku berbunyi. Perlu diingatkan bahawa tabung ini akan membunyikan dirinya bila ada orang masukkan syiling dalam dia. Ala macam tabung nuri dulu. Hmmm...agak cuak, so aku usha la tabung patung tu....Oooo ada duit syiling tersekat. Aku pun jolok la kasi masukkan duit syiling tu tersangkut. Lepas tu aku sambung tengok bola. Suku jam lepas tu dia bunyi lagi la....aiseh. Takkan ada duit lagi kot. Aku tengok...clear je lubang duit tu. Aiseh jangan la kacau. Aku seraya amek tabung tu dan letak dlm almari, kunci. At least kalau dia nak bangun bunuh aku masa tido mcm Chucky...dia kene pikir cara-cara nak bukak almari dulu.


Ni la rupa dia, bila masuk duit...dia angkat tangan sambil cakap
'I am Buzz Lightyear. I come in peace'

Takde pulak orang nak buat tabung Chucky




Tapi kalau pikir-pikir balik, maybe ada sensor faulty kat patung tu. Hmmmm...tapi sapa pulak la masukkan duit syiling awal-awal tu ek....cikapet. Ko kacau aku eh Buzz?

Friday, October 30, 2009

Muvi paling power

Sekarang ni banyak muvi2 kat wayang. Yang tah hape2 pun banyak. Latest muvi aku rasa yg sedap Transformer first. Transformer second agak meleret2 cite dia, sama macam manager production tempat keje aku.....melereeettttttt.

Masa sekolah dulu, aku sanggup layan SENARIO masa hari raya. Lawak gila sampai aku gelak sambil berdiri lalu menuding jari ke arah skrin ngn Zul kat wayang city square. Mmg kelas. Tapi mcm Zul kata la, yg Aziz M Osman direct je klaka...lepas2 tu seme sampah. Paling lawak yg dia buat kedai roti canai...hahahaha. Jumpa lipas dalam roti canai...ahahahaha bodo. Pastu buat roti canai campur peluh. Keh ekhe khe geli sial. Fakap gila. Yg curik kete tu pun lawak. Senario masa ada Yassin mmg power. Lawak selamba, pastu dicampur dgn muka seposen si Yassin....hahahaha. Tapi sebab muka seposen tu la, dia ada sikit bangang. Pegi isap dadah. Mangkuk punye artis Malaysia. Tak 1Malaysia langsung.

Tapi paling fakap sekali, bila ada mamat depan aku ni cuba mengeksplen cite yang sedang ditayangkan tu pada awek dia.....disepanjang cite tu berlangsung. Fakap...mmg fakap. Tapi paling aku tak boleh lupa, pengalaman tengok cite Spider-Man bila mamat sebelah aku ni baling bekas air coke dia kat budak depan pasal bebual masa cite. Ahahaha ekstrem gila. Mesti gengster tarik kereta mamat tu.

Cite2 penuh bersemangat pun sedap gak layan. Mcm Braveheart, lakonan encik anti Yahudi Mel Gibson. Mmg rasa penuh bersemangat. Gladiator pun syok. 'Are you not entertained?' kata Maximus masa lepas dia lawan gladiator. Pastu baling pedang pada penonton.

Cite kelaka omputih paling aku tak boleh tahan...There is something about Mary. Perghhh ini mmg epitome (ni apa maksud pun aku tak tau) cite lawak omputih. Dah jadi mcm cite Senario (Aziz M Osman) plak. Tapi lawak dia lucah la sket. Tu pasal aku rasa aku suke lebih ahaha. Cite ni aku layan kat kedai VCD kat Jasin. Sewa satu bilik, tengok ramai2 pastu isap rokok. Aku tak isap la, budak2 lain isap. Tapi baju aku jugak yg busuk. Nasib baik dok asrama. Kalau tak mesti dah kene pelangkung ngn cikgu Zaharah.

Jadi, apakah cerita muvi fevret anda? (Ok tak aku buat closing untuk entry macam ni? Gaya soalan kepada pembaca.)

Wednesday, October 7, 2009

3RK1 - Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB)

Ini kelas di mana aku berkenalan dgn mereka-mereka yang lain. Aku datang dari sekolah lain, jadi masuk MSAB masa aku Form 3 sahaja. Ini dipermudahkan lagi dengan kabel (kabel berfungsi dan jauh lebih berguna dari kabel Azwar nak masuk MRSM Taiping) mak aku selaku cikgu Sejarah kat MSAB.

Ada macam-macam jenis orang dalam kelas ni dan memandangkan ia merupakan sekolah harian, kelakuan budak-budaknye agak melampau berbanding budak-budak sekolah asrama. Jenis kool adalah kitorang la, dan sesungguhnya kalau result periksa kitorang la yang conquer top 10 dari bawah. Tapi dari segi life, kehidupan kami lebih bermakna. Tapi tak payah la komen pasal kitorang, dan memandangkan ini blog kitorang...sukatila kan aku nak tulis apa. Ahahaha

Jenis yang kaya tahap tak boleh blah...aku rasa ada 2 orang je. Tapi bagusnye diorang ni tak belagak kaya. Macamana aku tau dia kaya? Pasal kalau raya kitorang yang takde pertalian darah ni, pun buleh dapat duit raya 50 inggit...pastu biasala, buat main game kat HP.

Jenis dibenci oleh seluruh ahli kelas...haaa yang ni pun ada sorang je. Nama dia BD (Big Dumb). Macamana tahap kebencian? Ada sekali satu kelas tengah gelak-gelak pasal apa tah, Cikgu Salleh buat lawak kot. Tiba-tiba Mr. BD cakap sesuatu dengan tujuan untuk menambah lawak la kot...tapi seluruh kelas, dgn budak-budak lembik sekali terus senyap....hening...Ini adalah self-explanatory. Ahahahaha. Dengar-dengar, lepas form 3 dia pegi MRSM Taiping dan di sana dia dipanggil PMA. Apa maksud singkatan tu, korang tanya la budak taiping...ahahahah buduh

Jenis lembik...kadang-kadang jenis lembik ni selalu jugak nak tunjuk pandai. Tapi tadekla pandai sangat pun. PMR sama je result ngn aku. Tapi kekadang dia menimbulkan rasa panas pada kitorang la pasal diorang ni tunjuk pandai, kengkonon bijaksana...dan cuba berbual mesra ngn kitorang. Walaupun tu tak salah, tapi toksah la cakap ko ada kabel, nak masuk sini, dan ko tanya, kitorang nak masuk mana. Kesian la, kitorang pun tak tau nak respon camana sebab kitorang tanak cakap ngn ko pun. Ahahahaha.

Jenis jinius...aaa ni ada sorang. Memang pandai gila. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, kalau jawab salah untuk soalan akaun masa belajar Kemahiran Hidup yang di ajar oleh cikgu ganti (nama dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi) pun akan dihantukkan kepalanya ke dinding. Tu cream of the crop kelas aku tu, diperlakukan sebegitu. Kalau aku la yang menulis jawapan tu kat depan, mau dihumban ke luar tingkap.

Geng budak felda...ni ada beberapa orang kat kelas kitorang. Diorang dok asrama Semai Bakti. Diorang ni semua ok...semua buleh layan aaa ngn kitorang. Cuma dressing tak tahan la sebab semua seluar tempah bell bottom. Nasbi baik tak pakai seluar kotak-kotak pegi sekolah ahahaha. Tapi diorang ok, tadek la tunjuk belagak ke.

Jenis sukan...aa ni jenis jarang gila ada dalam kelas. Zul pun terlibat jugak pasal dia suke melompat2 atas trek. Tapi masa dah nak pekse, diorang ni kembali ke pangkal jalan la. Sorang lagi adalah Yaye, dia main hoki. Yaye masa aku mula2 masuk ingatkan bapuk, walaupun badan dia besar (sebabnye adalah dia duduk bersilang kaki sambil gelak2 baca dik cerdas). Sekali dia ganass laa...

Sekian...itulah kelas aku. Dan masa form 3, kelas aku je normal. Kelas sebelah semua budak dia nak main skate. Ahahahaha gelabah gila budak skate ni. Jalan2 bawak deck. Bukan terer sangat pun. Mungkin fashion statement...tapi statement bodo ahahaha

Cerpen mini : Aku, mee rebus dan demam denggi...

Pada satu malam yang hening tapi terang dibawah sinar rembulan, aku bersama zul dan udin (mok! apaesal ko takde aa, mungkin ko masih kat kulim kot dengan membe 3 line ko tuh) telah bercadang untuk melepak sambil membalun mee rebus tulang di restoran ZZ,. Pada zaman ni, aku sedang sibuk bersusah payah mengusung segulung transkrip untuk dijaja kesana kemari, zul tinggal final year dan udin pulak masih tak nampak sinar harapan lagi, Ohh baru aku teringat, sebenanye time ni aku baru dapat keje kat kedai serbaneka gergasi kat tampoi…

Sila ambil perhatian bahawa pada masa cerita ini diceritakan restoran yasin masih belum lagi dijadikkan port untuk melepak, kemungkinan rambut yassin si penyanyi pon masih belum menjalani teknik rebonding lagi.sebenarnya Restoran zz ini dipilih kerana ada seseorang antara kami dah kemaruk nak sedut sum sum tulang guna straw, maka untuk tidak menghampakan harapan seorang penuntut universiti dari negara asing, maka aku dan zul pon terpaksa mengalah dan bersetuju untuk sama sama menyertai dinner menyedut sum sum tulang dengan straw.... tahukah anda bahawa Sumsum tulang adalah jaringan lunak yang ditemukan pada rongga interior tulang yang merupakan tempat produksi sebagian besar sel darah baru. sumsum tulang tersebut mengandung banyak pembuluh dan kapiler darah.(ahahahaha,sumber dari wikipedia bahasa indonesia.... nanti kang kene buluh runcing sweeping malaysia pulak gue kerana menggunakan sumber ni....permisi ya pakk wiki)

Ok berbalik pada penceritaan asal, seperti mana selalu, walaupon restoran ini amat gah dengan resepi mee rebus tulangnya yang tak dapat aku nafikan memang sedap, ada satu bende aje yang aku rasa tension kalau makan kat sini, iaitu kadar kelembapan penghantaran makanan yang diorder disini adalah jauh lebih lembab daripada menunggu pais menghabiskan larian EC berbelas tahun yang lepas... tatkala orang lain seme dah abis relaks, dah tukar baju dan nak blah, barulah nampak pais dari sayup sayup mata memandang sedang berhempas pulas dengan sepenuh kudrat dan sel sel lemaknya untuk menghabiskan larian yang sudah takde ending lagi sebab yang jaga finishing line pon dah blah... begitulah lembabnya kadar penghantaran order makanan disini..Ini belum lagi dicampur dengan babak hantar mee rebus bersama dua garfu tetapi tiada sudu, nak tunggu sudu nan satu itu sampai pon dah membolehkan kita selesai menjalankan proses penyahtinjaan terhadap mee rebus tadi jika terus dimakan.

Gambar hiasan : mee rebus tulang tanpa garfu dan sudu

Setelah selesai seme sumsum tulang tadi disedut dengan rakus sambil diringi bahakan ketawa, kutuk mengutuk dan makian yang tak kunjung sudah, tiba tiba aku rasa semacam bende yang tak kene sedang berlaku dalam diri ku ini... ia bukanlah suatu krisis identiti seperti yang selalu dialami oleh pais mahu pon krisis kewangan, kerana aku yakin aku memang bawak ngam ngam duit tadi untuk spinggan mee rebus dan dua cawan neskepi....ia juga bukanlah satu perasaan gelodak jiwa menahan cirit tika terkena food posoning tapi ia adalah satu perasaan seram sejuk yang membuat kan aku tibe tibe mengigil...aku menggigil dengan kuat sehingga menggelatuk gigi atas dan bawah....yang aku konfem sangat ialah aku memang tidak nampak kelibat langsuir mahupon mana mana hantu dari cerita hantu bangang Uncle Seekers dan Lando di sekitar restoran ni walaupon suasana restoran ni memang agak earie sehingga aku boleh jadik sejuk sesejuk itu....“ahhh babihh apasal pulak ni“ getus hati kecil ku. Sejuk menggigil yang aku sedang alami ini tidak sama langsung dengan perasaan sejuk ketika meneguk sirap ais sekolah agama tambatan yang dijual oleh isteri cikgu ali, malah tidak juga sama dengan keadaan sejuk salji musim winter yang digambarkan oleh kebanyakan budak U oversea yang bergambar sambil menunjukkan tanda “peace“ dalam salam perantauan aidilfitri di akhbar akhbar sejak bermulanya ramadhan setiap tahun. Sejuk yang aku maksudkan tatkala ini adalah sejuk tak hengat sampai satu badan rasa sakit gile...mcm pandet do sejuk dia....series

Mood untuk meneruskan sessi gelak dan kutuk mengutuk kian terbantut, suasana riang yang pada mulanya tadi dipaparkan di riak wajah ku kian memudar. Hati nurani kini meruntun ingin pulang...nasib baik lagu Aku Mahu Pulang oleh Amuk belum lagi dicipta, kalau tak sudah tentu aku akan mengalunkan lagu tersebut dengan suara garau seperti Bandi untuk menyampaikan hasrat ku ini pada rakan rakan taulan, “Eh Pis, ko ni kenapa? Semacam jek aku nengok ko nih“ udin tibe tibe menyapa dan cuba menunjukkan sikap concern yang nampak macam dibuat buat... zul menambah “dah dah, jom lah blah, kang melarat kang lagi payah, nanti kita sambung lagi“... Semua pulang dengan tanda tanya kenapa aku tiba tiba diserang kesejukan melampau umpama terkena serangan hikmat Penjejak Badai dengan pedang saljinya. Nak dikata disebabkan oleh faktor keracunan oleh ingredient mee rebus, mustahil kerana tiga orang makan, apasal aku sorang pulak yang gigil. Nak kata aku fan kepada muzik dari kumpulan Gigil pon tidak, kerana untuk menyebut nama band tersebut sahaja sudah macam cibai apatah lagi nak menjadik fan kepada lagu mereka, nak kata susana malam itu sejuk melampau secara tiba tiba pon juga tidak....

Sampai sahaja di rumah aku terus rasa macam nak demam, “aduuuhh dah la esok nak repot duti kat kedai serbaneka gergasi, nak demam plak tetibe“ dengus ku dengan nada sedikit rasa tensen (padahal sakit tu adalah ujian dari yang Maha Esa... selambe jek aku nak hangin, tapi jangan khuatir tuan tuan dan puan puan, time tu aku masih jahil, sekarang aku dah tak buat macam tu, ini series) Dengan berbekalkan semangat dan dan azam untuk bekerja dan mencari pengalaman....ikhlas, aku pon menelan 2 bijik paracetamol dan terus lelap dengan harapan seram sejuk dan demam itu dapat hilang bila ku celikkan mata pada keesokan harinya.

Harapan hanya tinggal harapan, aku bangun dalam keadaan yang sangat lemah, kalau kedai serbaneka tu pakcik sedara aku yang punya , dah tentu aku mintak lanjutkan tarikh nak repot duti tu walaupon pakcik aku mungkin hangin, tapi memandangkan kedai serbaneka tu, dairy fam retail yang punya, terpaksa la aku gagahkan juga saki baki kudrat yang ada ini, kerana kalau aku tak pegi, konpem aku tak dapat keje tu, maka akan sia sia lah aku beriye ye kelape bercakap omputeh semasa interbiew di kedai serbaneka tersebut seminggu sebelum itu... gaji pon bole kata just nice untuk fresh grad macam aku masa tu...aku pon dah malas nak pegi mana mana
interbiew lagi dalam masa terdekat....jadik kene le layan sejuk + demam + keje sekali gus....

Bila repot duti, perkara yang basic sekali ialah kita dibawak oleh org HR ke semua department untuk konon konon berkenalan dengan semua pekerja kat kedai tuh........kepala fanta ko la org HR....mana la aku nak ingat kalau ko bawak untuk nak berkenalan dengan seme sekali, kepala aku masa tu dah makin semak, badan pon sudah mula manyampaikan signal untuk abot mission (typo adalah disengajakan). Ketika itu, aku sudah sampai ke department cashier, ini adalah pittstop yang paling akhir aku dibawak oleh org HR, katanya sebelum aku memulakan tugas aku di department aku yang sebenar aku mesti terlebih dahulu menjalani latihan cashier selama dua minggu untuk membolehkan aku dipanggil menjadik backup cashier ketika peak hour....“ahhh lancip laaa, malas aku nak jadik cashier, kang tak pasal pasal aku bertumbuk dengan customer bila diorang maki maki nanti especially peak hour“ aku berkata dalam hati ku....lantas aku terus mempraktikkan bakat lakonan aku yang selama ini terpendam, aku terus berlakon macam nak pitam....walau bagaimanapon, aku yakin lakonan aku ini pasti dapat mengalahkan lakonan awie dalam semua lakonannya lebih lebih lagi movienya yang bertajuk Iskandar.

Disebabkan lakonan nak pitamku yang amat real tadi, pihak HR terus menyuruh aku berehat sebelum salah seorang dari mereka menghantar aku ke hospital. Ahahahahaha aku berjaya melarikan diri dari training cashier, kegembiraan hati aku ini walaubagaimana pon tidak lama selapas ia disulam pula dengan rasa sedikit kekesalan kerana, kat departmen cashier lah yang paling banyak awek bekeje, dan disebabkan faktor fizikal aku pada masa tuh adalah sangat meyakinkan sudah pastilah daripada sepuluh, mesti lapan daripada awek cashier akan menjadikkan aku sebagai calon secret admirer diorang, ahahahahaha....

Sampai je sepital, aku memang betul betul rasa macam nak pitam, dan ini bukan lakonan lagi kerana kaki aku dah tak larat nak diri, belakang mata aku berpinar macam nak terkeluar je , rasa lemah gile babeng segala sendi urat aku ni, aku terus terhoyong hayang masuk emergency dan doktor yang check aku amek suhu dan cakap aku tengah demam sebab suhu aku tengah tinggi gile, aku tau la aku tengah demam, syaitton!!, check le apasal aku demam!...diorang amik darah aku untuk buat test... test result tu sampai lebih kurang dalam sejam lebih, cilakak betul, sejam lebih tu aku rasa macam 13 jam je menunggu. Masa tuh takde lagik piagam pelanggan jadik sejam lebih tu kira normal ..... doktor tu dengan tak tengok muka aku terus cakap aku kene masuk wad.... waddefakk aku baru je masuk keje arini, takkan nak kene masuk wad pulak....nasib baik time tuh aku dah ada henpon, walaupon henpon aku masa tuh 3210 yang aku beli dengan harga RM 500.00 sempat jugak aku manfaatkan henpon tu untuk amek no HR tadi....lepas tepon HR dan HR tu konfemmkan aku dikira MC sebab sakit dan keje aku masih safe walaupon aku baru repot duti, baru le aku rase lega.

Mule mula aku tak berapa pasti apa result test darah aku yang buat doktor tu nak masukkan aku dalam wad, rupe rupenye result platelet aku dah bapakk low gile....aku konfemm denggi, bukan saspek lagi...ahahahahh macam mana aku boleh bangun pagi tu untuk gi keje pon aku tak tau, dia cakap aku patut datang sepital lebih awal dari tu....bile aku ingat ingat balik, aa aar laaa rupenye memang aku dah ada rasa macam demam demam awal lagi dari sebelum aku gi makan mee rebus tu, tapi sebab makan panadol je demam tu ilang aku buat donno je la...rupenye virus denggi nih dah memulakan aktiviti dalam badan aku ni awal lagi daripada tuh...fakap

Gambar hiasan : Ini gambar nyamuk aedes yang sedang menghisap darah dan menyebarkan virus denggi di satu kawasan badan yang misteri yang dipenuhi bulu

Memang palat do kalau kene demam denggi ni.....udah le demam, sakit badan, makan takde nye nak lalu, kene cucuk air plak tu, asyik nak memancut je lepas kene cucuk masuk air tu... lama plak tu dok dalam wad....yang aku hanginnye, aku ditempatkan bersama beberapa patient yang dah nak mati....sebelum aku tido, patient depan katil aku masih ada, bila aku bangun dia dah tak de, aku ingat dia discaj malam malam bute, tapi rupanya dia dah di discaj terus dari alam maya ini....patient sebelah kanan aku pulak asyik mengadoh je kejenye, aku pon sakit gak, apasal ko nak lebih lebih ni.....aku saspek dia cuma berlakon je sakit sebab ade awek yang selalu datang nengok dia selalu urut belakang dia kalau dia mengadoh.... kalau time awek tu blah, elok plak dia tak meraung raung sakit, memang gampang patient sebelah kanan katil aku ni, kalau aku tak sakit dah tentu aku libas belakang dia dengan stand drip iv aku ni….lepas dua hari lebih aku diwadkan, selang dua katil aku pulak jalannn.... adohhh apasal la aku dok dalam wad ni, cipettt btul....nasib baik ada beberapa nurse kinky yang dapat mengubat azab denggi ni.

Setelah beberapa hari aku dalam wad, bukan setakat pletelet count aku aje yang low, nicotine level aku juga turut low, maka aku mula la gatal nak menghisap rokok, aku sms zul supaya datang bawak stok rokok berserta lighter, setelah mendapat pesanan ringkas dari aku, zul pon datang bawak stok rokok sambil kelihatan pelik macam mana aku nak merealisasikan niat aku untuk merokok didalam kawasan wad tersebut, jadik sebagai seorang perokok tegar yang true to the colour aku tadak berapa kesah sangat tentang rintangan yang bakal aku hadapi. Esok paginya ketika nurse yang bertugas masih ngantuk ngantuk, ketika doktor houseman belum lagi datang untuk dimaki oleh specialist diorang, aku pon memulakan projek aku. Aku bawak kotak rokok itu dan selitkan dicelah getah seluar sekonyong konyong berjalan menghala ke jamban dengan penuh tertib memegang stand drip ku ini. Bila sampai je jamban, aku tengok line clear, aku masuk salah sebuah jamban yang paling indah antara jamban jamban indah yang lain dan terus menyalakan sebatang....“fooooooh“ ErrrrRRkkKK.... apasal rokok ni macam siyal rasenye.....aku sedikit kaget, mulanya aku nak menyalahkan lokasi merokok aku itu tetapi aku sangat pasti tidak ade perisa dan pewarna tambahan dari lubang mangkuk jamban tuh yang akan mengganggu kelima lima panca inderaku. .lagipon itu je tempat yang ada..aku jugak ingatkan zul telah terbeli stok rokok semporna yang mula mula sekali dikilangkan oleh kilang sempoerna, sebab tu rasenye macam pandet, tapi MFG date pada kotak itu menidakkannya. Aku buang yang rokok tadi, dan aku nyalakan sebatang lagi.... perggghhh memang gampang sial rase rokok ni.... macam menghisap odor terus dari lubang jamban seseorang yang baru lepas makan sedozen telur lepas tu sembelit seminggu dan kemudian tercirit. Aku teruss fobia nak isap rokok masa tuh...
Gambar hiasan : dulu ada kotak 7...sekarang dah takdek

Lepas tu aku terus berkumur kumur untuk membuang rasa geli geleman dan balik semula ke katil, sedang aku dalam usaha menenangkan jiwa aku yang sedikit sebanyak tercalar oleh rasa rokok itu, aku teringat pada seorang membe yang aku gelakkan masa kat U dulu, membe ni baru lepas kene demam denggi, dalam masa dia kene denggi dia cukup hangin kalau ada orang isap rokok dekat dengan dia, dia cakap dia tak boleh tahan bau rokok tu sebab macam bau jamban padahal dia sorang perokok bertaraf neraka....ahahahaha....rupenye inile bau jamban yang dia katakan dulu agaknye....ahahahahaha memang haram btul la, aku pulak terkene bende tuh.. point cerita aku ini ialah, kalau terkena demam denggi, jangan la cuba cuba nak isap rokok, memang series akan berperisa jamban rokok itu,kalau tak percaya cubalah, tapi kalau tak sama experience yang dilalui itu, jangan kata aku tipu pulak, ini mungkin kerana threshold bau jamban pada nostrill manusia berbeza beza agaknyela...Wallahuallam

Saturday, September 19, 2009

Memori Bishi-Bashi (ビシバシ)

Tahun 1996 kitorang sama-sama addict kat Bishi-Bashi akibat terpengaruh dengan Shah Ezanee. Walaupun mulanya kita pergi arked nak main Daytona (yang mana aku selalu juara), tapi Shah Ezanee mengubah segalanya.

Balik je dari open house rumah Master, terus pergi arked kat Komtar. Dulu kitorang biasa lepak kat Leisure Mall, tapi arked kat sana macam takde maintenance. Game semua hancur-lebur. Aku suspek budak-budak skinhead Taman Pelangi yang rosakkan. Seperti biasa bukak sampul duit raya daripada mak Master mesti Rm50.

Sedikit info, dulu Shah Ezanee ni dulu sebahagian daripada fellowship of Sungai Chat sebelum dia tukar ke dark side. Sekarang hilang entah ke mana.

Cerita balik pasal Bishi Bashi, balik dari arked, semua pegang tangan, rasa macam kembang jek tangan berdenyut-denyut sakit. Ha ha ha. Bishi Bashi ni methodologinya mudah jek. Setiap player ada 3 button, merah, hijau dan biru. Ada 3 player untuk satu mesin arked. Tekan (nak hentak pun boleh) button yang besar gedabak tu sekuat hati untuk boost/controller.

Bishi Bashi ni ada beberapa senario atau mini game. Yang aku paling suka goncang tin Coke sampai blow-off ke bulan! Hahahahaha. Caranya mudah je, hentam la button tu selaju yang boleh sampai tin tuh bergoncang macam kena sawan babi.

Game ni lebih feel kalau main ramai-ramai. Baru lah dapat tengok muka sekor-sekor punya beriya-iya nak menang.

Satu lagi, game arked yang kitorang main tuh masih dalam bahasa Jepun. Cilakak. Main agak-agak jek nak select game.

Tekan jangan tak tekan.


Tuesday, September 15, 2009

Commandos

Mission first nak kene turun dari bot. Gambar ihsan gamespot.com


Gambar dari gamespot.com. Dari kiri: Diver, Driver, Sniper, Green Beret, Sapper dan Spy pompuan. Ada Spy lelaki, dia yg amek gambar kot...so tak keluar la dlm gambar

Ini merupakan salah satu game komputer paling power aku penah main. Ia juga sangat taktikel dan juga susunan permainan yg amat komplikated. Aku setat diperkenalkan kepada game ini oleh apis. Iyela umah aku mana ada kompiter. Apis kata "Weh pakmet, ko kene dtg umah aku. Ada game best gila aku main ngn Mackeen." Aku pun lantas bergegas naik kete sapu dari umah aku, pegi Jalan Tampoi, naik bas pegi ke Bus Stand Larkin dan naik bas no 8 ke depan masjid Kolam Ayer seraya berjalan kaki ke umah apis. Umah aku tadek bas lalu, jadi susah sket nak keluar merayau.


Game ni ada beberapa watak yg kita boleh control sekaligus atau mengikut mission. Kita akan diberikan satu mission dan mungkin hanya beberapa orang watak game untuk dicontrol dalam mission itu. Tapi yg mencabarnye, certain watak buleh buat hanya certain moves. Ada yg buleh angkat mayat, ada yg buleh baling pisau, ada yg buleh letupkan bom, ada yg buleh bawak kete...so walaupun diorang ni semua komando, tapi agak mangkuk gak la pasal tak semua buleh angkat mayat. Leceh gila.


Bayangkan la ada satu mission tu nak bunuh sentry kat pagar, aku ngn apis mengambil beberapa jam untuk selesaikan. Secara kasarnye, ada sorang sentry dok tengok pagar, pastu ada guard yg dok ulang-alik cek member dia yg tengok pagar tu. Pastu ada kereta dok ulang alik gak cek pagar. Jadi penyelesaian utama adalah meletakkan green beret berdekatan pagar dlm keadaan sembunyik, sniper bersedia untuk menembak sentry pagar. Bila kereta ronda dah blah dan sentry yg dok jalan2 tu pun blah, sniper tembak dari jauh, pastu spy dok dlm pagar sambil pakai baju orang jahat pi berbual ngn askar dok ronda2, green beret angkat mayat pastu sembunyikkan dalam belukar....gila precision. Ini semua dilakukan dalam 0.5 saat sahaja. So bila kereta orang jahat patah balik, semua back to normal. Takde mayat, takde askat menjerit. Bijak kan? Bak kata Sniper....ngeppp! (Dia buat bunyi ni bila dia kita arahakan untuk buat sesuatu)


Tapi game ni mmg kelas, macam iklan ribena yang ada host jalan2 carik makan tu (nnt lain hari aku buat entry betapa bodohnye iklan tu). Dia mengajar kita erti sabar dan menghargai skill setiap ahli pasukan. Nobody can survive alone (kecuali dia man vs wild). Memang addictive gila game ni, pastu takble save plak tu. Jadi kalau dah nak last2 tu mampus, laa kene ulang balik dari awal mission. Sungguh pantek bukan, tapi sesungguhnye kami akan mengstartkan balik mission itu walaupun setelah mengeluarkan sumpah seranah.


Anyway...commandos sekelian...terima kasih kerana mengajar aku bermain game di komputer. Sampai sekarang aku masih main game, cuma dah kurang je. Lagipun monitor desktop aku baru kelmarin give-up. Cipet...kene beli monitor baru sebelum Diablo 3 keluar.