Selamat sejahtera murid murid. Disebabkan saya berada dalam negeri Selangor maka saya tak boleh ucapkan Salam 1 Malaysia.
Hari ni cikgu nak ajar tentang topik: "Baju Peluh". Fenomena baju peluh ini banyak terjadi dalam aktiviti seharian baik di rumah ataupun ditempat kerja. Kadang kala sedang kita berjalan berjalan pun boleh terjumpa dengan baju peluh ini. Ada pun definisi baju peluh adalah pakaian yang telah di menjadi pusat pembiakan bakteria peluh dan mampu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan kepada orang sekeliling tetapi tidak memberi kesan kepada pemilik bakteria tersebut. Hafal ya murid murid. Soalan definisi selalunya soalan wajib setiap tahun.
ini bukan bekteria peluh
Baju Peluh terdiri daripada beberapa kategori:
1. T-Shirt Peluh: Selalunya terdiri dari t-shirt cotton. Biasanya baju ini mula membiakkan bekteria bila selalu digunakan dalam aktivit sukan seperti bola sepak, badminton, berjogging dan sepak takraw. T-Shirt peluh biasanya tidak mengeluarkan bau apabila kering. Tetapi jika ada setitik peluh keluar dari badan, ia akan trigger bau busuk untuk keluar. Selalunya pemakai t-shirt peluh takkan perasan. Hanya bila ada teguran "Weh bau badan ko cam B*** lah" baru si pemilik bekteria akan perasan. Tahap bau biasanya antara 5 sehingga 6 bintang. Busuk tapi tidak menyengat. Kesan dari exposure kepada t-shirt peluh: Perasaan sedikit kurang senang.
murid murid di minta mengisi caption sendiri
2. Jeket Busuk Peluh: Jeket ini biasanya digantung didalam opis tempat bekerja di kerusi si pemilik. Ianya digunakan di awal pagi kerana sejuk dan juga waktu tghari terik matahari direct atas kepala kerana nak tunjuk macho dgn staff pompuan kat kantin. Jeket ini merupakan Baju Peluh yang paling obnoxious sekali kerana biasanya orang sekeliling tak termampu nak tegur si pemilik kerana bau mmg busuk nak mampus. Si pemilik biasanya sudah immune dgn bau tungkik jeket dia dan tidak sedar bahawa dia mampu menyebabkan keracunan kepada orang sekeliling. Tahap bau biasanya 9 sehingga 10 bintang. Bau busuk tahap tungkik. Kesan dari exposure: migraine, rasa nak tumbuk pemilik dan mungkin juga pengsan bagi mereka yang imannya kurang.
gambar hiasan semata. tidak bermaksud menyindir logo di jeket itu
Bagaimana mengendalikan situasi jika di datangi pemakai Baju Peluh ini?
1. Sound direct jika anda kenal rapat dengan pemilik.
2. Buat buat kipas muka-seolah olah panas.
3. Tutup hidung- macam ada selsema
4. Kalau ada spray-apa jua (minyak wangi @ baygon) spray di sekeliling pemilik baju peluh
5. Buat buat tanya "Ada tikus mati ke kat sini?"
6. Promote pewangi ketiak yang ada di pasaran.
Baiklah murid murid. Itu sahaja kelas untuk hari ini. Sila ulangkaji sebelum peperiksaan ok.


