Showing posts with label hati kama. Show all posts
Showing posts with label hati kama. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Hati Kama

Ini dinamakan back to back entri sebelum bercuti.

Sepanjang aku kenal Siti Nurhaliza (hahaha) dari dia jadi penyanyi sampailah dia jadi Oprah Winfrey, serius aku tak tau apa maksud KAMA. 'Hati' tu aku tau la. Hati boleh dimaksudkan jiwa-jiwa jugaklah kan, kan. Yang aku dapat bayangkan selalunya maksud perkataan yang bergandingan dengan HATI ni mestinya loving-loving la kan. Melainkan kalau disebut hati kamal. Haaaa itu maksud betul-betul lain. Maksud yang terlalu extreme opposite macam lembu dan babi....halal dan haram. LOL. (disclaimer: maaf, lawak ni hanya geng sg. chat yang faham)

Disebabkan sejak kebelakangan ni Hati Kama menjadi term yang agak hangat kat sini. Aku pun dengan senang hati Google. Apakebende tu KAMA? Ok everibodi lets sing togeder...

Daripada wiki, KAMA tu adalah berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud pleasure, sensual gratification, sexual fulfillment, pleasure of the senses, desire, eros, or the aesthetic enjoyment of life. Atau dalam Bahasa Melayu, berahi, kegairahan, cinta, asmara, nafsu. Dalam mitos Hindu pulak, Kama ni ibarat cupid iaitu mitos roman yang berkait dengan dewa-dewi cinta, yang dipanggil dewa kama. Ada paham?

So kat sini aku boleh simpulkan HATI KAMA = JIWA ASMARA.

Jadi bermula dari sini kalau hati kama nak dikaitkan dengan kisah LRT, kuat merajuk ke atau apa lanciau sekelian perkara lain dipersilakan. Soal hati ni jangan memain. So, take note.

Sekarang anak-anak sude jelas apa itu maksud hati kama. Kita move on pulak ke satu lagi perkataan yang tak kurang mencabar perbendaharaan kata kita. Baca lirik kat bawah ni.

Mengindang-ngindang padi huma,
Mengindang dalam tampian,
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya

Mendengar suara lela lebur
Bertentangan mata panah arjuna
Terbayang senyuman bunga gugur
Siapa gerangan bagaikan betara

Adakah dia hamba sahaya
Ataupun bijak mentafsir mimpi
Mungkinkah jua benar diduga
Hingga terusik hati nurani

Tawanlah jiwa ku
Bebaskan sayap juwita
Turutlah janji ku
Tinggalkan segenap lara

Burung yang terbang
Salam utuskan salam
Pada renungan pandang
Selayang pandang

Bukan betara
Atau pesona
Insan biasa

Mengindang-ngindang tu rupanya berkait dengan satu jenis tarian Minangkabau, tarian Indang. Patutlah lirik dia tulis mengindang-ngindang padi...rupanya ada kaitan dengan orang minang. Betul ke? Sebab aku Google keyword 'indang', yang keluar Tarian Indang je. LOL sungguh. Memang shallow aku punya research. Ok lah, sapa yang tahu facts yang betul, tolong betulkan.