Sebagai seorang pemandu tegar dan juga antara penyebab utama Laporan Trafik Erra, aku rasa orang Malaysia memang gile babi hebat memandu. Lebih lebih lagi kat KL ni. Kenkadang sampai terpikir, dalam kepala diorang tu otak ke tahi? Kerana tindakan pemanduan yang amat bodoh dan tidak logik. Maka disini aku ingin cadangkan penambahan pada silibus sekolah memandu. Antara perkara perkara yang perlu diajar adalah:
1. Ujian memandu secara reverse sejauh satu kilometer di laluan kecemasan.
Ini adalah skill pemanduan yang paling penting di kawasan bandar. Untuk mensimulasi keadaan sebenar, hendaklah lalukan 10bijik lori pd kelajuan 100km/j di sebelah kanan kereta yang sedang reverse. Skill ini amat berguna jika anda terlepas simpang @ flyover. Lebih lebih lagi jalan jalan bandar sekrang banyak dah one way. Mmg boleh praktik immidietly. Latihan ini di akhiri dengan melempang pemandu tersebut 10 kali dan bagitahu dia untuk buat uturn di simpang seterusnya.
2. Ujian memandu secara zigzag dgn kelajuan 140km/j sambil tangan kanan diikat ke kepala.
Skill yang agak susah utk dilatih. Pemanduan ini amat berguna jika jalan agak sesak dan panggilan telefon terpaksa dijawab. Untuk halangan zigzag, pengahadang konkrit hendaklah digunakan utk menggantikan kon. Celahan antara halangan ini hendaklah berbeza luasnya supaya pemandu dapat meningkatkan skill didalam mengagak jarak antara kereta. Di penghujung laluan ujian hendaklah dibina sebuah tembok konkrit Gred 95 dan diletakkan besi besi terpacak.
Bagi calon yang berjaya dalam ujian ini hendaklah dihadiahkan kerusi roda atau sticker pemandu cacat.
3. Ujian Parking 3 Layer Turn
Jangan silap, ini bukan ujian 3 point turn. Ini adalah teknik pemanduan uber. Calon dikehendaki mengeluarkan kereta yang telah diparkir tetapi ada dua kereta yang telah menghalangnya dari sebelah tepi dan hadapan. Calon akan diajar bagaimana menekan hon dari peringkat menekan hon secara sedikit sedikit sehingga menekan hon secara berterusan. Kemudian calon akan diajar teknik yang konform bleh keluar. Hanya 4 teknik mudah.
1: pecahkan cermin kereta.
2. lepaskan handbreak.
3. Nuetralkan gear.
4.Buat satu tolakan sambil membuat bunyi umpph. Tolakan ke arah bawah bukit akan dapat markah bonus. Bonus:teh 3 layer. Gula lebih.
Setakat ini saja aku nyer cadangan untuk penambahan silibus sekolah memandu. Jika ada cadangan sila utarakan ke: hatikamasaya@udin.com.
Sekian, Terima Kaseh