Showing posts with label cerita ofis. Show all posts
Showing posts with label cerita ofis. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Hantu Melayu No. 3

sambung...

Insiden no. 4

"Bunyi tapak kaki"

Ni insiden aku yang encounter. Mesin terakhir yang aku receive ialah pre-cleaning machine bersaiz panjang 25 meter dan lebar 5.3 meter. Lokasi mesin ni kat hujung kawasan baru ni, terpencil sikit sebab first process. Area ni adalah yang paling notorious sekali gangguan. Menurut pakcik general worker merangkap Uncle Seeker kat kompeni aku, macam-macam kejadian kat sini. Katanya lagi, masa pembinaan bangunan kat sini 32 tahun yang lalu, kat sini tempat paling keras sebab banyak halangan kat sini. Tapi dari segi logik memang la banyak halangan, sebab kat area ni kawasan lembut sikit, lepas tu ada sumber air mata air. Tu yang payah sikit nak buat cerucuk dulu. Yela, teknologi pembinaan 32 tahun yang lepas, mana advance pun. Satu hal lagi yang aku muyskil pakcik ni baru kerja 25 tahun, camne gaya pulak dia boleh tahu cerita 32 tahun yang lepas.

Balik semula cerita mesin tadi...Macam biasalah ETA date dah due, barulah mesin sampai. Disebabkan delay, kerja-kerja kat area ni terpaksa la tangguh untuk bagi laluan kerja tempat lain dulu. Macam biasa, setiap equipment bersaiz gedabak besar sampai aku akan validate dulu sequence programming PLC. Biasanya aku akan check programming sorang-sorang, kalau ramai-ramai mau ribut kepala hotak aku nanti.

Berbekalkan laptop, multi meter dan test pen...aku mula buat kerja. Di sebelah machine ni terdapat satu lagi bilik yang masih in progress masa tu. 50 percent partition dah siap, selebihnya hanya gantung plastik-plastik untuk cover habuk-habuk. Bila angin tiup plastik tu bergoyang-goyang memang thrill la. Tambahan pulak masa tu kerja-kerja civil takde schedule hari tu. Keh keh keh. Tapi aku layan kan jela, malas nak fikir yang bukan-bukan.

Dah 2-3 jam aku kat situ aku dah mula rasa semacam. Sesekali tu rasa macam orang lalu lalang kat belakang plastik canvas yang dibuat partition tu. Aku buat tak nampak jela. Mungkin perasaan aku je atau pun teringat-ingat filem hantu Melayu yang aku baru layan sehari sebelum tu. Nak sebut tajuk filem tu kat sini pun aku malu. Lain kali jela.

Sampai satu tahap aku dengar macam bunyi tapak kaki orang sedang berjalan dengan laju kat belakang partition tu. Aku tengok lampu tak bukak. Siapa pulak berbaris dalam gelap kat situ.

Cilakak. Ini que aku untuk cabut.

Aku cabut kabel PLC, angkat tester terus blah, mesin tak shut down. LOL. Kalau samseng ke, genster kampung dusun ke boleh lagi aku bersemuka, bab-bab camni sori la.

Insiden no.5

"Tangan atau sarung tangan"

Ini antara insiden paling tragis. Pre-cleaning machine yang aku setup dah boleh berfungsi. Machine ni hujung process ialah drying. So ada guna heater, infra red heater, dan ultra violet light.

Ada satu hari tu, salah satu heater tak berfungsi. Kat touch panel mesin tu tunjukkan ada heater yang tak function. Canggih tak design aku? Anyway, aku suruh technician pergi check heater tu. Time tu aku dua orang je dengan technician aku.

 Technician tu pergi bukak tank heater kat hujung mesin, aku pula standby kat hujung satu lagi (kat touch screen atau main controller). Mesin tu panjang lebih kurang 25 meter. Tiba-tiba aku dengar dia menjerit tak memasal, dah tu berlari ke arah aku. Dengan muka pucat putih melepak walaupun kulit dia setaraf Adebayor, dia explain kat aku masa dia buka tank heater tu, dia ada nampak telapak tangan kat dalam tank tu. Aku tanya balik "tangan atau sarung tangan?" Dia jawab "tangan".

Aku tak buka pun tank tadi. Aku panggil 2 orang lagi technician aku datang ke situ. Diorang yang baru sampai buka tank tu tapi tak nampak apa-apa. Tapi serius la muka technician aku pucat lesi macam tepung gomak. Lepas tu dia MC 2 hari.

Insiden no.6

"Siapa tarik?" 

Di tempat yang sama, machine pre-cleaning. Aku habiskan masa 4-5 hari juga untuk test semua sequence.

Satu hari tu, aku bagi dry run  mesin ni. Dry run ni adalah term engineering bermaksud test mesin atau equipment tanpa apa-apa loading, lebih kurang latihan perang tanpa peluru hidup la camtu. Aku mula test lebih kurang pukul 2 petang. Sampai lewat petang sikit aku datang balik ke mesin tu dengan technician aku.

Aku tengok loading conveyor tak bergerak. Kepada yang tak faham apa itu conveyor, kalau korang pergi Sushi King ada conveyor. Tempat diorang letak sushi yang bergerak pusing satu restoran tu. Itulah conveyor.

Ok balik semula cerita. Aku check balik panel kalau ada apa-apa error. Tapi semua ok je. Jadi aku decide untuk test motor conveyor tu, in case ada short circuit atau bearing problem. Aku suruh technician aku biar motor conveyor free-run dulu. Maksudnya biar motor pusing tanpa pusingkan conveyor. Apabila dia test, ok pulak.

"Alamak, motor ok je. Dia tarik conveyor kot, tak kasi jalan..." sambil ketawa kecil technician aku buat lawak celupar mintak pelempang. Aku ada jugak standby nak kasi terajang.

Tengah technician aku buat connection motor dan conveyor, tiba-tiba dia bersuara...

"Eh, eh....tu tu tu....." sambil muncungkan bibir menghala ke belakang aku.

Aku pun pusing. Punyalah berderau darah aku sampai 139/89 mmHg rasanya. Salah satu pintu tank mesin pre-cleaning ni terbuka sendiri slow-slow. Pastu boleh pulak tertutup sendiri. Walhal mesin dah stop. Untuk info semua, pintu auto takde dalam design aku.

Aku terus ajak technician aku cabut dari situ. Nak tunggu lama-lama pun buat apa. Sambil jalan aku maki mamat tu sebab mulut celupar.

Insiden no.7

"Imigresen Singapura"

Setelah selesai semua testing dan commisioning, tibalah masa engineer R&D dari Singapura datang untuk trial run produk baru ni. Salah seorang engineer tu berbangsa Melayu lulusan oversea. Dari UK. Aku ingat sebab dia ulang cerita 3-4 kali kat aku. Sorang kawan aku yang study kat Jerman camni jugak. Layankan jela.

Dia ni kira oklah kalau dibandingkan colleague dia yang lain. Aku masih boleh berbual lagi. Yang lain tu nak berbual juga dengan aku, tapi selalunya aku jawab secara cynical jela. Keh keh keh.

Anyway, sebab tak mahu jadi kera sumbang kat tempat orang, dia join la aku dengan staf aku yang lain berbual-bual masa rehat. Salah satu topik ialah cerita-cerita pelik kat area baru ni lah. Macam biasalah, dia skeptikal. Mungkin kat negara dia takde hantu sebab negara maju sangat.

Selang seminggu lepas aku cerita, dia tanya aku balik pasal budak histeria la, nampak benda pelik lah, mimpi pelik lah, 'benda' ikut balik lah. Aku pun ketawa jela dengar dia punya cerita. Aku cakap kat dia "mimpi takpe, jangan nampak depan mata dah la..."

3 hari lepas tu, pagi-pagi buta dia cari aku kat ofis. Dia mula buka cerita.

Dari Singapore, dia bawak 2 orang penumpang. So total dalam kereta ialah 3 orang. Sampai di CIQ Singapore, imgresen kat situ minta 4 passport. Dia ni drive Hyundai Santa Fe. Kenderaan 4WD memang jelas lah nampak siapa kat dalam kereta. Dia pun hairan bin ajaib kejap, walhal dalam kereta ada 3 orang je.

Tapi pegawai imigresen tu tetap berkeras minta 4 passport. Pegawai imigresen tu sampai keluar dari booth dia untuk check betul-betul. Sampailah dia puas hati ada 3 orang je dalam kereta tu. Pegawai tu memang nampak 4 orang kat dalam kereta tu katanya. Pegawai imigresen Singapura tu pun hairan juga. Siapa atau apa?

Passenger kat dalam kereta mula resah dan pandang sesama-sendiri. Tambah pulak si brader ni buka cerita hantu yang aku cerita kat dia aritu. LOL. Timing nak cerita pun salah pada hemat aku.

p/s: Satu lagi aku nak tambah, insiden 1, 2, 4, 5, 6 berlaku dalam linkungan pukul 5.00 petang hingga 5.30 petang.

Sunday, July 10, 2011

Hantu Melayu No. 2

Macam mana weekend korang? Aku taknak ulas apa-apa pasal weekend lepas, semua dah besar panjang dan ada otak untuk fikir sendiri. Anyway, ni adalah posting paling tak releven dengan current issue sekarang ni. Meh sini aku story sikit pasal cerita hantu yang confirm LPF compliance.

Ingat lagi kisah Udin yang INI? Yang ni takde kaitan. LOL.

***********************************************************************************

Kat tempat kerja baru aku, baru siap kerja-kerja expansion untuk kawasan production baru. Sebelum ni kawasan tersebut adalah warehouse untuk completed product yang akan dihantar shipment ke luar negara. Seperti biasa lah, kalau kawasan yang jarang-jarang ada orang,  macam-macam cerita tahyul makcik, pakcik kat situ reka-reka. Nampak tula, nampak ini la. Aku taklah menolak langsung cerita hantu ni, tapi kalau dah melampau cerita sampai nampak hantu ada 3 beranak la, mak bapak dan anak watdehel la kan? Siap ada family tree.

Kawasan yang terlibat adalah sekitar 2250m². Besar tak besar lah. Tapi cukup lah untuk medium scale project. Sambung cerita lagi, sebagai project technical coordinator, tugas aku dah tentu la bawak masuk mesin baru dan pastikan segala facitlity kat situ lengkap berfungsi dengan selamat. Dah habis semua kerja pemindahan siap, masuklah part aku untuk setup mesin dan facility kat situ.

Ni aku listkan kejadian aneh masa aku setup dan commisioning kat area tu.

Insiden no.1

"Lampu Lip Lap"


Insiden pembuka ialah kejadian di clean room. Ini adalah area pertama yang team aku tackle untuk testing and commissioning. Menurut tukang karut merangkap pakcik general worker yang telah berkhidmat selama 25 tahun kat kompeni ni, kawasan ni adalah paling rendah dalam ranking notorious dia punya gangguan. Paling top speed pun sekadar bunyi tapak kaki dan bayi menangis.

Aku hantar seorang technician dan seorang engineer untuk pergi check equipment dalam clean room ni. 2 orang staf aku ni kalau kerja tak diselang-seli dengan ketawa macam iblis memang tak sah. Sedang diorang check wirirng kat bawah clean bench tiba-tiba lampu padam. Dua-dua terdiam, tadi ketawa macam celaka. Sekarang padan muka duduk bawah clean bench kaku macam Shamsul Yusof berlakon.

Bila diperhatikan suis lampu masih ON. Mulut dah mula terkumat-kamit entah baca surah apa atau nyanyi lagu negaraku. Bila difikir balik kenapa lampu kat area diorang buat kerja je padam? Sedangkan wiring series atau bersiri. Patutnya banyak lagi lampu yang akan padam kalau ada trip atau short circuit.

5  minit kemudian, lampu yang padam nyala balik, dua-dua cabut lari.

Insiden no.2

"Ketuk-ketuk"

Ada satu kontraktor buat kerja partition gypsum board untuk production office. Office ni ada divide 2 area so kontraktor akan buat partition di tengah-tengah office ni. Semasa dua orang pekerja kontraktor ni sedang buat finishing job atau touch up plastering sebelum cat, dengar macam ada orang ketuk from the other side. Masa first time dengar, diorang berhenti. Kemudian sambung balik kerja, dengar bunyi macam orang ketuk lagi. Kali kedua makin kuat pulak.

Masa tu kebetulan aku lalu area tu dengan technician aku, 2 orang pekerja tu tanya sama ada aku yang ketuk partition tu. Dah confirm bukan aku atau technician aku yang ketuk.

Insiden no.3

"Operator nak balik rumah".

Dalam masa yang sama kerja-kerja ubah suai dan expansion berjalan, 2 orang operator perempuan shift malam dah terkena histeria. Salah seorang tu agak kronik sikit sebab meracau cakap benda yang bukan-bukan. Kejadian berlaku kira-kira 1 pagi.

Antara perkara pelik yang dia ulang ialah "nak balik rumah, nak balik rumah..." Supervisor shift malam dah suspek ni mesti kes nak keluar dating dengan boifren ni tengok midnight movie atau buat midnight movie. Tapi makin lama makin menjadi pulak jerit-jerit. Rasa nak diterajang aje tapi ada juga operator lelaki yang offer nak bawak balik.Tak pasti bawak balik rumah budak perempuan tu atau rumah dia.

Apabila ditanya kat mana rumah, lalu ditunjukkan arah kawasan yang sedang rennovate tu. Nak jadi lebih thrill, tiba-tiba dia bangun lari ke arah kawasan yang sedang rennovate tu. Dah la gelap gila. Nasib baik lebih kurang 20 meter dia lari dia terjatuh. Tak pasal-pasal siku berdarah.

"Kalau dia terus lari ke dalam kawasan baru tu alamat memang esok pagi jela kita pergi cari"...Ni aku quote kakak supervisor malam.

To be continue....belum sampai part thrill lagi ni baru foreplay je.

Saturday, December 4, 2010

Awkward Silence

Hye uols.

Nampak gaya gua dah kena berpada-pada nak berblog sekarang ni. Bos gua balik kampung aritu bawak produk baru nak kasi kat gua launch. Silap gaya gua kena padam akaun blogger pulak nanti. Masa punya terhad, tapi silap gua juga, masa interview gua bilang "gua memang suka new challenge, dan tak pernah terlintas nak keluar rehat dari pukul 10 sampai pukul 2 dan hujung tahun mintak bonus apetah lagi berfesbuk."

Anyway, aritu masa first meeting gua dengan bos pasal projek baru, ada sorang manager kat tempat gua yang stadi kat obersee cuba buat lawak, ekceli cuba menyambung lawak MD gua. Gua perati kat bilik meeting (yang attend biasanya 10-15 orang) semua buat senyum-senyum paksa. Tiba-tiba hening. Masa tu gua cuba fikir perkataan yang sesuai, arini barulah dapat. Sikit punya lembab gua punya otak sekarang.

Awkward silence.

Ya kawan-kawan, memang bernilai RM60 juta betul perkataan tu. Kalau tak 60 juta, lepas diskaun pun 20 juta lagi. Standed juta-juta juga. Gua google, akward dalam bahasa melayu ialah canggung, janggal, kagok, kaku atau rikuh. Perkataan silence takkan la gua nak google jugak. Agak-agak la.

Kalau nahu gua tak silap hasil ajaran cikgu Zaiton dulu, lebih macam ni la maksud melayunya, keadaan senyap yang janggal.

Gua senyum je bila teringatkan lawak si manager tu. Bukan sebab lawak dia kelakar, tapi gua nak kaitkan dengan dua insiden yang tak kurang celaka jugak macam lawak dia.

Awkward silence yang pertama;
Gua lepak dekat rumah member gua yang duduk dengan adik sedara dia. Seperti biasany korum mesti cukup kalau ada 3-4 orang. Rumah tu jadi riuh-rendah. 2-3 orang punya cerita macam 30 orang punya sidang. Tiba-tiba keadaan jadi senyap bila adik sedara dia melangkah masuk rumah, masuk bilik dengan sorang budak pompuan. Bini dia agaknya. Setahu gua adik sedara dia belum kahwin.

Dan The Ultimate Champion bagi segala awkward silence...........jeng jeng jeng.

Cikgu: lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHHAHA!
Cikgu: lawak, lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHAHAH!
Student bergelar BD: Power ranger!
Student lain & cikgu: ........................................(dengar kipas siling berpusing).

Wednesday, March 31, 2010

Cerita Ofis

Inilah realitinya. Kalau tak attend meeting, kena jawab email berduyun-duyun.

"Kenapa perlu meeting? Boleh email je, save time."

Ok...boleh je email...tapi jadi macam ni.

Satu email sampai....disambut oleh soalan dari email yang lain....kemudian ada beberapa orang yang tak setuju...pun reply email jugak....last-last sampai satu hari reply email je. End up nanti ada sorang yang ada authority sikit bagi suggestion untuk buat meeting jugak setelah berbalas-balas email tanpa ada satu conclusion pun.

Sampai kat bilik meting, ulang balik kisah macam email tadi. Mulakan balik dari awal sampai drag 4-5 jam.

Nak jadikan cerita lebih suffering ialah satu orang manager yang tak tahu hujung pangkal, keluarkan mantra keramat lagi...

"Kenapa perlu meeting? Boleh email je, save time."


wtf?