Showing posts with label bolasepak. Show all posts
Showing posts with label bolasepak. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Hero-hero gua

Malam tadi gua bengang. Tapi takpe, gua bangga sebab masih ada hero di sebalik sampah-sarap yang ada dalam team Malaysia semalam. Player nombor 2, Mahali Jasuli siap berjalan beb atas padang, pancit. What the hell? Takpe jangan kita berfikiran negatif...Tapi kalau ikut emosi gua mahu je aku maki sekor-sekor defender Malaysia kat sini.


Hero-hero gua.


Safee, Kunalan, Amirulhadi (sikit kat belakang...) S.Kunalan unsung hero dalam setiap game Malaysia. 90 minit berlari dan setiap attacking movement Malaysia mesti dia involved. Safee macam biasa la. Kau bagi dia half chance pun dia boleh score beb, tengok jela masa game kat Stadium Singapore dan game lawan Liverpool. Sebab tu gaji dia puluh-puluh ribu. Amirulhadi pun ada game yang baik tadi, walaupun tak perform sangat macam kat Stadium Singapore aritu. Masa first half banyak cover Mahali Jasuli yang jadi lubuk serangan Singapore.




Khairul Fahmi. Kalau takde mamat ni confirm Malaysia kalah 3-4 biji gol. Serius der gua salute lu. Baik lu blah je cari kelab Korea ke, Jepun ke, kelab Indon ke, dari main dengan team Kelantan. Masa tu barulah gua boleh support kelab lu der. Takkan gua nak support team Kelantan pulak.

p/s: kepada pemain Malaysia yang gua tak sebut tu jangan kecik ati. Lu orang main macam standard team MSSD Kulai.

Tuesday, December 28, 2010

Gempar! Update terkini Malaysia vs Indonesia di Stadium Bung Karno

Menurut sumber yang susah nak dipercayai iaitu Harian Metro, peminat Indonesia takkan gunakan laser untuk balas dendam.

Tapi coli+laser.

http://www.hmetro.com.my/articles/ColiJuliaPerezmenantiMalaysia/Article


Yang pasti bukan setakat pemain Malaysia saja yang akan didivert attention, malah pemain Indonesia jugak. Unless diorang tu Azwan Gomorrah.

Setakat coli ada laser, tapi kalau ada flasher bahaya gak dowh. Untuk peminat Indonesia, pastikan yang nak flasher tu paling minimum macam Nia Ramadhani atau Luna Maya. LOL. Makin lama makin lawak, makin lama makin drama.

Apa lagi nak expect Rabu ni? Coli festtttttt everibodi! HAHAHAHHA.

Julia Perez suka makan ceri.

Monday, December 27, 2010

Bagaimana Malaysia Menjaringkan 3 Gol

Menurut teori para peminat Indonesia.

Jika diteliti logik akal cerita sinetron, maka kita tak perlu amik port teori diorang.

Come on Harimau!

Sunday, December 26, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 - Malaysia vs Indonesia (1st Finale)

Malaysia 3 - Indonesia 0

Safee Sali - 61st
Mohd Ashari - 68th
Safee Sali - 73rd


Gambar Safee Sali aku jumpa kat Reuters. Dahi bertanda biasanya solat tak tinggal.

Malam tadi punya game memang puas hati. Bukan dari segi mutu, tapi dari segi score. Sekarang Malaysia punya player kena fokus mental untuk defend score ni kat Stadium Bung Karno. Indonesia pun nak menang sakit jugak, kena score 4 tanpa balas. Kalau menang 4-1 pun, Malaysia masih menang ikut 'away goal' rule.

Stadium Bung Karno bukan tempat calang-calang. Ini Bung Karno, nama keramat, bukan Bung Mokhtar. Yang penting player Malaysia kena fokus dan tahan bola tu kasi slow sikit, jangan lambung-lambung.

Kat Stadium Bukit Jalil malam tadi sikit kecoh masa Malaysia nak amik free kick. Kalau tak silap player Indonesia komplen pasal pancaran laser kat keeper diorang. Sebenarnya aku perasan jugak masa Malaysia lawan Vietnam aritu. Keeper Vietnam jadi sasaran laser. Tapi player Vietnam layankan cool je. Yela, setakat biawak dengan anjing diorang boleh telan, apa sangat laser kat mata. Halusss je.

Anyway, malam tadi juga aku baru mengerti. FAM punya tampuk pimpinan ada keturunan raja. Tapi banyak-banyak raja dalam bolasepak Malaysia, tak boleh lawan satu raja sekarang ni....raja apa? RAJAGOPAL!

Hahahahaha.

Kita tunggu keputusan Rabu depan.


K. Rajagopal, nicknamed King Raja.

Wednesday, December 15, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 - Malaysia vs Vietnam

Malam tadi di sekitar Johor Bahru, di Taman Gembira, Taman Bahagia dan sekitar kawasan perumahan di Senai kelihatan sedikit lengang dan kelihatan beberapa orang sahaja berada di luar rumah, itupun sedang mandi di car porch. Anjing-anjing dan kucing-kucing juga kelihatan bersuka-ria dalam keadaan santai di area-area tersebut. Tapi sampah-sarap tetap bersepah kat tengah jalan macam biasa.

*****

Malam tadi Malaysia menang 2-0 dengan Vietnam untuk separuh akhir pertama kat Stadium Bukit Jalil, Piala AFF Suzuki. Dua bijik gol memang diperlukan nak bawak bekal pergi ke Hanoi sebab macam biasa la, perkara-perkara mengarut dan aneh-aneh serta unpredictable ni player bola Malaysia je boleh buat, macam lawan China kat Sukan Asia aritu.

Anyway, malam tadi punya game aku rasa boleh la untuk standard ASEAN. Dua-dua team pun kadang-kadang tendang bola merapu boleh tahan. Itu belum masuk bab tahan bola.

Highlight untuk game malam tadi seperti biasa, mestilah pengulas legend Hasbullah Awang. Dia partner dengan sorang lagi pengulas yang entah siapa. Sebagai pengulas lagenda, aku tunggu 'magical moment' dari Pak Hasbullah Awang.

"Memang terdapat satu kimia antara kedua penyerang Selangor ini."

Kalau ayat kat atas tu translate ke English, paham la korang maksudnya. Dari segi direct translation aku bagi 10/10 kat Pak Hasbullah. Memang pengulas yang true.

Player Malaysia sedang warm up. Kalau tak silap lepas tu training
tahan bola.


Gambar aku amik dari www.affsuzukicup.com/

Friday, July 9, 2010

Udin the Octopus

Brazil vs Jermen (kata udin kira-kira seminggu yang lalu)





...hasilnya sotong masak sambal.


Untuk tatapan Udin.