Tuesday, June 14, 2011

Tua Tak Sedar Diri

Tadi aku kene deal ngan sorang tua yg mengingatkan aku pada satu karekter yg pernah aku jumpa dahulu. Masa aku dulu kerja di obersee (seberang laut..ahahaha) ada sorang staff yg umor dah sampai kepala 5 tapi rasa diri mcm baru abes SPM semlm. Dia ni duduk sekali dgn rumah bujang bebudak semenanjung pasal keluarga dia tinggal jauh. Aku cukup menyampah dgn mamat ni pasal perangai tahap kambeng. Dia ni lahir kat negeri nombor plat D. Jadi mmg dah terserlah kecibaiannya. Aku saspek dia ni muda muda tak puas enjoy pastu bila dah tua masih lagi nak enjoy. Antara trait orang tua yang sedar diri yang ada pada dia adalah:

1. Ade awek. Ye tuan tuan dan puas puan, walaupun ada bini dan anak 5 orang kat kampung, dia ada awek. Muka kalo hensem tadehal. Ni da tua ganyut. Kalau sorang takper, siap ada 3 awek. 
"Bukan abang yang nak kat diorang, diorang yang nak kat abang" Dia claim.

2. Bergayut kat telepon dgn awek 24 jam. Ini serius aku benci. Dah la citer blue ngan awek pastu suara tahap full blast. Tu takper, siap suara awek dia dia pakai loudspeaker. Gile menyampah. Ada sekali tu kereta aku rosak jadi aku balik kene tumpang dia, dia boleh videocall ngan awek dia dalam kereta dari plant sampai umah yg mengambil masa 45 minit perjalanan. Dah le dia letak henpon dia kat pemegang henpon yg lekat kat cermin. Aku yg duduk kat passenger seat depan dah rase mcm nak campak henpon dia keluar kereta. Tapi takut karang aku balik rumah jalan kaki lak. 

3. Pengotor tahap cipan. Serius. Kenkadang wiken aku ngan bebudak ni kemas dapur ari isnin dah penuh pinggan mangkuk dalam sinki hasil kerja tangan orang tua tak sedar diri ni. Siap kalau masak megi, periuk pertama dah berkulat, dia boleh rilek guna periuk kedua dan biarkan atas dapur. Bilik dia takyah citer la. Gua ingat kalau khinzir masuk pun bleh pengsan. Tahap bau pekung longkang taik. Baju basuh sebulan sekali. Pagi pagi nak gi kerja tahap lencun baju kene spray minyak wangi. Nak kaver bau. Tapi bangkai gajah mana boleh disembunyikan. Kuman diseberang laut pun nampak, inikan gajah didepan mata. Eh takde kaitan.

4. Konker TV. Pergh ni serius wa hangin. Kalau konker tv layan program yg boleh layan sama takper jugak. Ni layan Zee Channel. Zee Channel beb! Hati kama mana yang tahan. Orang balik keje malam nak lepak tgk tv layan berita ke, layan bola ke atau layan movie. Ni tak. Kene layan video clip hindustan. Last last kitorang pakat tak bayar Astro, beli tv sendiri duk pakat layan dalam bilik. Yelah tv ngan astro dia punya. 

5. Dia kutuk orang boleh, orang kutuk dia tak boleh. Stended la dah tinggal bujang, psycho menpsycho ni mmg jadi rutin harian. Setakat kutuk kutuk biasa tu jadi mainan setiap masa. Tapi orang tua ni bila orang lain kene kutuk dia join. Siap tambah ikut atas. Tapi bila dia kene kutuk dia bleh hangin lak siap nak bertumbuk. Buat malu jer jadi orang tua. 

6. Tak bertanggung jawab. Rilek jer pintu rumah tak kunci waktu malam padahal dia yang masuk last. Parking suka hati mak bapak sampai orang susah nak parking. Biar air terbukak buat tak tahu. Tahap tanggung jawab tu takde.

 Jadi kenkawan, jangan lah kita menjadi orang tua tak sedar diri. Jadi lah lelaki yang macho lagi hensem.

Itu jerlah celoteh saya pada petang in. Selamat beramal!

5 comments:

apis said...

ko bangang mok...kalau aku, dah lama aku terajang dia suruh dia keluar rumah....

biasnya red warrior jadik kuat bila ramai je.... bila sorang sorang terus mengindang ngindang padi huma...

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

bahaahahhaha siap kasi plat negeri tu...but i like komen apis ni tang yang mengindang indang padi huma

Azhan said...

ahahahahaahahahahhahahahahahahahah.

mok, org camni kau boleh tolerant lagi? patutnya kau buat Banzai drop atas muka dia macam yokozuna buat kat shawn michael.

serius dowh red warrior kalau ramai-ramai dengar slipknot berbual macam 3 line, bila sorang-sorang dengar Lucky britney spears.

udin said...

kh ekhe khe ....patut ko masak magi dlm periuk kulat tu, pastu kasi dia makan. biar mati tecekik fungus

faiz said...

ikut aku nak halau jer. tapi ade lak yg kesian.

karang buat Banzai drop mati pulak. dah tua.