8 hari mc memang best. Tapi kalau masuk hari ke-6 dah mula muak dan mual serta perasaan macam haramjadah wujud maka lebih afdal masuk kerja cepat-cepat untuk mengelakkan neraka dunia. Tapi apakan daya masuk hari ke 9 naik kerja jumpa nincoompop yang tak boleh buang perangai cincai masa u dulu.
Cincai tu datang dari perkataan Hokkien, bermaksud "not fussy".... "Tak apa"..."tak kisah..."
Aku pun ada ramai kawan yang sekali tengok memang cincai. Dari segi pakaian, percakapan, kereta, rumah, berat badan, seluar londeh, etc. Pendek kata memang serba serbi cincai. Ada tu siap simpan basikal yang dah takde tayar depan rumah tapi design bangunan sikit je kalah dengan Burj Khalifa. Itu belum cerita yang jenis kasut pun tak pernah beli melainkan kasut kerja. Pakai sandal je memanjang. Tapi hasil kerja diorang memang ekselen macam Picasso. Cincai tapi ada art.
Kat sini aku dah rumuskan sedikit analisis aku pasal budaya cincai tapi bingai. Point utama ialah pencincai (pengamal budaya cincai) ialah ambil remeh perkara yang dia anggap tak penting. Atau lebih tepat, sebenarnya dia tau perkara tu penting tapi sedikit fussy untuk diuruskan. Maka nak ambil jalan pintas atau shortcut, dia ambil mudah kerja tu. Maka mudahlah kerja dia nanti. Point utama ni lah akan beri effect yang major yang akan aku eksplen nanti.
Point kedua ialah ambil remeh pengalaman orang lain.
Pernah dengar tak "Experience is a good school. But the fees are high".
So jikalau ada antara kita yang nak share pengalaman especially kepada yang baru nak merasa atau mencuba, kan best orang lain beri something expensive that is FOC? Best tak? Macam pelacur kelas pertama tak? Itu menandakan orang yang share experience tu tak mahu the same mistake to be repeated again, and again, and again. Samalah jugak macam aku. Takkanlah dulu gua muda-muda belajar cincai, dah tua dan sweet camni pun nak kerja cincai jugak. So yang dah lalui kesilapan mestilah share pengalaman ni dengan orang lain. Paham tak? Kalau tak paham emel je kat gua. Nak video call pun boleh. Pastikan lu dalam wilayah Celcom.
Point ketiga ialah tiada planning. Ini paling kritikal.
Ni satu lagi quote basic gua nak share. "Before beginning, plan carefully." Lebih basic dari basic instinct. Apesal susah sangat nak plan? Mungkin sebab kena coordinate dengan beberapa pihak and then satu pihak tunda scheduled maka kena buat planning baru balik. Tapi itu adalah berganda lagi bagus berbanding takde planning sambil mengharapkan semuanya jatuh ke riba pada hari execution. Bak kata omputeh, everything will fall into places as we go. Berdasarkan pengalaman cetek aku dalam bidang kejuruteraan ni, serta tak pernah makan cili Jepun, aku berani BET everything will not fall into places as you go kalau lu takde planning.
Impak paling utama ialah lu punya kredibiliti. Jika imej kerja cincai dah melekat kat muka lu maka macam mana orang nak percaya beri tanggungjawab yang lagi besar? Lupakan dulu kalau bermimpi jawatan tinggi dan karier yang panjang. Kalau kredibiliti dah hancur, maka kualiti kerja gua takyah nak huraikan lagi.
Sikap ambil remeh ni akibatnya buatkan kerja bertambah, stres bertambah, kerja orang lain bertambah, menyebabkan muka lu macam mintak penumbuk, dan lebih teruk mungkin kerja tak jadi langsung. Macam teori domino. Teruk beb, lebih-lebih lagi kalau lu dah ada bad rep sebelum ni. Maka peratus untuk lu jadi topik gosip masa lunch hour bertambah 20% lagi.
Ni tips kerja gua tujukan kepada fresh grad atau yang masih baru-baru nak kenal dunia kerja...ingat ehh ni 3 perkara.
- jangan ambil remeh kerja
- jangan pandang rendah pengalaman orang lain
- sila plan/rancang/atur strategi
p/s: Udin memang kreatip dalam memilih foto attachment. entri ni dibuat cincai dalam masa 30 minit, taip...taip...taip pastu edit gambar kat Paint, terus publish. CINCAI...
4 comments:
kalau ko masuk tengok keje orang orang kat sektor awam boleh pengsan do...
dari malam tadi selama 12 jam aku terpaksa revise balik milestone, design, etc sbb ada sekor bingai mata sepet dah buat silap. begitu juga dengan 4 org engineer yg lain. project manager taknak langgar handover dateline. stail org jermen.
time camni barulah terpikir bila lah agaknya aku nak minum oren dalam gelas tirus ada payung kecik tepi swimming pool mcm dalam tv.
fak...aku nak tido...fak tido
LOL
potret monyet masih epic
tak payah keje kat sektor awam pun dah nak darah tinggi dah.....berikut perbualan dgn JPN
aku : myKad saya ni cip dia tak bole baca la. camana eh?
JPN : cik kene tukar baru ngn saman seplo inggit.
aku : eh kenapa kene bayar pulak?
JPN : cik dah rosakkan kad ni
aku : simpan dalam wallet pun boleh rosak? (dlm hati abes panas pun kene haba bontot aku)
penat do carik gamba tu...sesuai sangat
Post a Comment