**********
Juman (bukan nama sebenar) melangkah turun dari kereta Alza yang baru 2-3 hari keluar dari showroom.
"Ini barulah garang macam Shamsul Yusuff. Sebelum ni gua pakai Myvi macam awek sial. Dah letak spoiler tinggi penyidai baju pun diorang kutuk gua. Haaa...sekarang gua dah angkat Alza. Puas hati gua....tunggu nanti gua tukar tayar besar sikit, kasi terkeluar dari body sikit ...baru nampak macam kereta Ralli beb..." itulah getus hati dan tanggapan Juman. Lebih pentingkan tanggapan orang berbanding kemampuan diri sendiri. Natijahnya bawak Alza pun lebih kurang je standard Myvi. Dua-dua bentuk macam katak.Tambahan pulak rupa si Juman yang macam Salamander, maka lengkaplah kumpulan spesis Amfibia ini, si salamander yang memandu katak.
Sambil jalan kepak tangan dan mendada walaupun BMI Juman hanya sekadar border line bagi manusia normal atau lebih tepat lagi 18.5, slow-mo je dia jalan melepasi guard house dengan harapan awek-awek yang baru masuk kerja jeling-jeling kat dia."Hnnnnssss...."lubang hidung Juman berdengus apabila dia nampak awek yang selalu usha dia tengah scan card. Ya, aku ulang cetak kat sini...awek yang selalu usha dia. "Self esteem kena tinggi, ini bukan kes puji diri sendiri" menurut Juman hampir setiap minggu kat kafetaria kompeni. Tapi jauh di lubuk hati Juman, dia sedar dia keluar dating pun 4 kali je sejak sekolah menengah sampai la ke hari ini. Itupun kali ke-4 kena stood up kat Plaza Angsana. Takpe, 28 dan masih single. Apa ada hal?
Sedang dia melangkah nak pergi tegur awek tadi, tak semena-mena guard pulak panggil.
"Apa pulak si mamat Nepal ni nak..."Juman dah mula nak jadi hijau, baju dah terasa ketat nak koyak...tapi disimpan kemas dalam dada sebab taknak tunjuk rage depan awek.
Guard tu mula intronya..."Boss, itu nanti guard house kasi pen..."
"Pen?....ooo...semalam itu kontraktor tada pulang u punya pen ka?...takpa nanti saya ganti baru..."
"Bos, bukan pen...bos....pen...pen....yesterday...u...pen..."balas guard tu tak sambil jari telunjuk tunjuk ke arah belakang sebagai tanda isyarat semalam.
"Saya ka?...mana ada saya pinjam u punya pen...itu kontraktor yang pinjam...takpe nanti saya ganti..."Juman dah mula nak angin, tambah pulak awek-awek tadi semua dah beransur-ansur beredar dari sana. Mungkin untuk mengelakkan rasa mual menghadap muka Juman.
Si guard Nepal tu keluarkan pen sambil geleng kepala. Dengan dramatik si guard kutip sebatang ranting kayu dan berdiri rapat dengan dinding bangunan. Dengan tangan pegang ranting kayu, dan pergerakan tangan ke atas, ke bawah, ke atas, ke bawah, sambil berkata...
"bos...pen....pen...pen...pen...pen...pen" dah macam berzikir pulak si Nepal ni.
Juman terkedu kejap. Masa awal-awal bunyi macam pen, tapi bila tengok guard tu pegang ranting macam tu barulah dia punya pick up sampai.
Dia baru teringat. Semalam dia mengecat stor tukang kebun sambil beriya-iya nyanyi lagu Wind of Change part chorus je.
Paint (mengecat) rupanya...
Translate: Nyaris aku parang si Juman tu...pen dengan paint pun tak tau beza...penat aku spiking inglish
4 comments:
muahahahahahaha
kenapa tak di stunner saje juman tu
kehekehekehekehekehekeh
ada yg nak kena parang nannti... lansung pain.
Post a Comment