Sunday, August 19, 2012

Invicible vs invisible

Invicible = kebal
Invisible = halimunan

Invicible = Steven Seagal.

Steven Seagal, melanggar hukum Newton since 1988.

Van Damme sebelum fight.


Van Damme sesudah fight. Darah mengalir, muka pecah, urat leher tegang, vena kat dahi menonjol menunjukkan determination, peluh jantan, peluh betina semua keluar.






Kita lihat pula Seagal.......Sebelum letupan....... kemas. rambut disisir rapi. Baju bergosok dan kolar baju overall masih berkanji.


Scene letupan......hanya menggunakan topi besbol sebagai PPE. Membelakangkan bom C4. Kau mampu?


Selepas scene letupan, see, see.......fucking hell invicible! Not even a scratch yo!



Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Ok kenkawan. Selamat Hari Raya. Berhati hati di jalan raya. ada banyak gile speed trap. Kem salam kat mamak Yasin dan juga mamat emo Man Utd. Tapi aku takut yg emo pada  malam raya adalah mamat yang pakai jersey Arsenal warna kuning. Jadi sila jauhkan mamat Arsenal tu dari mamat emo Man Utd. Di khuatiri pergaduhan berlaku. Atau pun kejadian tendang meja berlaku. Kalau apek misteri yg bawak plastik air tu lepak sekali tolong kem salam ya. MAAF ZAHIR BATIN.


eh. Farin Amat. LOL

Thursday, August 16, 2012

Oh...Tolong Jangan!

Dalam menjalani kehidupan kita di dunia ni, aku yakin kita mesti pernah menghadapi situasi dimana kita secara responsifnya berkata " Oh... tolong jangan!" . Cuba perhatikan screen shot yang aku paparkan dibawah, adakah anda juga akan memberikan respon yang sama macam aku?


Kalau anda pernah tonton filem 'The Expandables' adakah anda bersetuju sekiranya hero pundek ni turut diberi ruang dalam sequel filem tersebut. Walaupun filem ni takdelah termasuk dalam kategori best sangat, tapi sekiranya hero 'pasti menang'  ni berlakon alamatnya memang aku terus tak tengok lah sequel The Expendables. Kensel teros rasa nak tengok, tak kira la kalau orang review cite ni nanti best ke tidak.


Q : Kenapa ko hangin sangat dengan mamat steven seagal ni, bukan kah ko lagi kacak dari dia?
A : Eh memang patut hangin do tengok filem filem dia.. Aku tau aku memang jauh lagi kacak dari dia, tapi benci yaa amat tengok semua filem dia. Semua scene bertumbuk dia je yang menang, kalau sorang lawan 20 pon dia menang, kalau lawan orang bersenjata pon dia jugak yang menang. kalau menang tapi ada lebam2 ke masih ok lagi, ini macam takde kesan langsung, even rambut pony tail dia pon tak terusik, pundek la ingat superhero ke. Tony Jaa yang power muay thai pon teruk kena belasah, apatah lagi Faizal Hussein dalam Bujang Selamat. Jadik mana boleh kita biarkan Steven Seagal asyik menang bergaya memanjang.

Kalau ada online petition untuk tak bagi steven seagal berlakon the expendables aku pasti akan sign.

Tuesday, August 14, 2012

Masa Depan Negara

Ini video yang aku jumpa masa tengok iklan raya Bernas. Iklan raya yang dikatakan sedih pilu sampai menitis air mata. Entah, memang ya sedih, tapi takdelah sampai nak berlinang air mata kot.

Balik semula pada video ni, cuba korang perhatikan budak kecik pakai topi dan bercermin mata tu (yang mula-mula bagi flying kick kat mangsa). Apa perasaan korang? Marah? Geram? Nampak baik kan?

Di mana mak bapak budak budak ni? Mengapa jadi macam ni? Salah siapa? Apa pengajaran yang kita dapat dari video ni? Siapa yang patut bertanggungjawab?

p/s: yang tak boleh blah si mamak (mangsa) siap kena bukak seluar. Apa perangai la budak budak ni.


Apabila Jeyhun kurang kasih sayang Erman



aku rasa dulu paling jahat masa zaman kita adalah bawak motor gi sekolah dgn takde lesen dan pakai helmet purple. ya, itu definasi jahat zaman kita form 3.

Monday, August 13, 2012

Video Ini bukan untuk Belieber

Yeh memandangkan Syawal makin hari makin hampir, makin keraplah lagu lagu raya berkumandang di pusat beli belah dan radio. Tapi lagu lagu raya sekarang banyak yang bersifat sampah, sekali dengar konfem tak nak dengar lagi. Takde halwa telinga siakk, kesian aku bebudak sekarang ni, kualiti muzik tak dek...

Oklah video ni dah ramai yang post, tapi ia masih ada tempat yang istimewa jugak jugak di Sungai Chat memandangkan penulis penulis sg chat adalah dari dekad 80 an. Terima kasih pada yang edit video ni, ko memang takde keje lain ke nak buat ahahaha. Apa apa pun , sila chillax dan enjoy sambil layan metallica.


Sesungguhnya kaset metallica yang aku beli dengan harga RM 12.99 dan RM 15.99 dulu semenye dah takde dalam simpanan. Sape yang masih simpan dah boleh jadik rare item.