Thursday, July 19, 2012

Cadangan untuk bajet 2013

Sedang aku meneliti cadangan cadangan yang ada di Google Moderator oleh rakyat marhaen, aku come across dengan satu cadangan, yang actually tak de apa apa yang pelik tapi menjadi agak tidak kena disebabkan oleh peranan google translate.


Dalam bebanyak cadangan tu adalah satu ni cakap pasal sambung projek LRT kat Putrajaya. Pencadang tu tulis dalam bahasa melayu tapi google turut men'translate' nye ke dalam english... kekh keh keh.


Jauh sial kalau nak sambung LRT sampai New York...macam mana google boleh translate Bangi kepada New York amatlah misteri. Aku mohon  student student UKM yang tulis tesis dalam bahasa melayu yang bersifat pemalas dan kerja nak plagiat je, jangan la cuba cuba menggunakan google translate sebagai sumber anda. Kalau aku yang jadik lecturer, bukan stakat aku failkan, aku tambah dengan penampor sedas dua lagik.

Aku tak tau sejauh mana cadangan cadangan ni diambilkira dalam penghasilan bajet 2013, tapi why not kan asyik sembang kat meja makan je, kurang kurang ada tempat nak bagi cadangan membina sikit. Sama ada diambilkira ke tak oleh PM "Janji Ditepati", itu belakang kira. So kalau sesape ada cadangan boleh lah bagik di link yang ada kat atas tu.


Sejauh mana anda sanggup buat?

Masih ingat kah anda pada Memori Bishi Bashi . Ye mesin arked yang main sampai lebam tangan tuh...

Itu mesin arked,anda mau main masukkan 1 token bernilai RM1, mau main 3 orang RM3 melayang.... main berkali kali ntah berapa duit yang lebur pada tauke token tu... apa yang dapat? tak dapat pape, malah tangan yang lebam... abis abis pon boleh jadik modal masa lepak menyembang.

Berbalik pada tajuk di atas, ada satu company snek kat australia 'Fantastic Snack' buat satu vending machine yang unik.. ko kene complete task dulu  baru dapat barang...apa yang ko dapat? ko dapat sekotak biskut Delite percuma... sila  lihat apa yang manusia sanggup buat untuk sekotak snek percuma...



Kalau tengok gaya amoi yang tekan 5000 kali tu sebijik macam main bisihi bashi albeit cuma satu button. Tapi apa yang bole kita respek ialah , kebanyakan manusia kat negara omputeh ni banyak yang sporting...cuma yang part sembah sembah tu je la kot kalau kat malaysia ni mungkin tak berapa orang nak buat sangat, abis abis pun non muslim je kot yang buat menda tuh, kalau yang muslim pon turut buat macam tadahal, aku pon tak tau apa nak cakap, mungkin subjek pendidikan islam dapat P8 masa SPM....Lagi satu kalau taruk kat sini, aku jamin paling lama pon jangka hayat mesin tu sampai tengah malam je mesin tu elok, masuk aje ke pagi esok sama ada dah jahanam atau dah kena pecah...

Okeh kalau korang pon mau nak try main Delite O Matic ni silalah ke http://www.fantasticdelites.com.au/ ..

Tuesday, July 3, 2012

1Now 1Nescafe 1Russia

LOL. Aku baru perasan slogan kat bawah iklan ni. Maafin #slowpoke.

1Now 1Nescafe 1Russia


Monday, July 2, 2012

The Egyptian Job featuring Carrefour Wangsa Maju

ATM kat Carrefour Wangsa Maju dah kena Italian Job atau Egyptian job. RM1.17 juta, alarm disable, tanpa seorang pun perasan. Walaupun polis kenal pasti perompak ialah pakar yang mampu disable alarm, tapi yang bahlulnya tinggalkan sarung tangan kat crime scene. LOL.

Dalam tempoh 6 bulan dah 7 kes yang sama (rompak ATM) berjumlah RM1.8 juta. Kat situ dah nampak trending, dan nampak betapa slow respons/countermeasure kita kepada jenayah yang tengah 'trending' ni.

Kat sini kita boleh rumuskan Malaysian  lambat pickup trending, unless it's on twitter. Lol.

Berita penuh : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WargaMesirditahansusulankescuriRM1_17jbabitkan4mesinATM/Article/artikel

Layan jap trailer Italian Job.

Thursday, June 14, 2012

Aku mau milo, milo, milo.

Berniaga biar jujur. Dapat duit pun nanti berkat.

Pernah tak korang pergi mana-mana restoran/kedai makan/mamak/cafe..........korang order Nescafe diberinya Indo Cafe. Aku pernah. Aku mintak tukar air tu siap tengok tukang buat air bancuh Nescafe. Jangan nak tuduh aku condescending pulak. Aku mahu Necafe diberinya Nescafe palsu. Aku bantah, bantah, bantah.

Ada jugak restoran yang aku detect, order air Milo, yang dihantarnya air Koko entah cap apa.

Jangan sampai nanti aku bayar RM2 guna Rupee 2. Baru korang tahu.

Aku mau Milo, Milo, Milo la natang!

Enjoy iklan Nescafe Russia. Apesal aku imagine yang bukan-bukan selepas dua wanita Russia ni minum Nescafe? LOL.


Wednesday, June 13, 2012

Mati

Manusia makin malas.

Nak menaip blog malas. Beralih ke twitter, 140 karakter. Pun malas jugak lari ke Tumblr. Pun malas jugak post Instagram jela kat twitter.


Blogspot......mati.


#LOL