Wednesday, June 8, 2011

Harga barang, harga servis

"Tak luak rage kalau kita kongsi," bak kata orang-orang tua kat Wrexham.

Sekarang ni harga barang betul-betul mencanak naik gila-gila punya. Last sekali aku tengok barang naik mencanak ialah masa aku tengok video hidden hitam putih kat hotel mana entah dan entah sapa pelakon. Betul-betul mencanak naik barang penangan barang import buatan China. Hahahaha.

Anyway, ironinya aku selalu dengar jugak bahawasanya rakyat negara kita bakal  jadi rakyat berpendapatan tinggi. Macam mana income nak tinggi kalau harga barang naik mencanak-canak. Secara matematik asasnya kalau income annual naik 25%, harga barang naik 10% kira ok la jugak. Ini sebaliknya pulak. Barang naik 25%, gaji naik 10%. Kalau camni rakyat income besar pun tak guna sebab at the end kuasa membeli kecik. Yang penting atau kata kunci kat sini ialah purchasing power beb. Kalau income kau RM5000 pun, kalau harga ayam sekilo RM50 pun tak guna cerita jugak. Baik duduk kat hutan kat Papua New Guinea, kurang-kurang pun lapar boleh jadi kanibal, makan jiran sebelah rumah. LOL.

Ini aku bercerita dari kacamata rakyat marhaen yang income bawah RM2500 macam kebanyakkan technician aku. Middle income earner macam diorang adalah majoriti workforce kat Malaysia. RM2500 tu dah dikira miskin beb. Miskin bandar. Sewa rumah flat low medium kos kat JB pun dah menjangkau RM500. Dulu sewa RM500 boleh dapat rumah teres. Bagi yang mengenang jasa ibu bapa mesti nak bagi duit lagi, maintenance kenderaan, anak-anak, etc etc. Ini bukan soal living within their means lagi. ini dinamakan day to day survivor series dah. Unless kau anak orang kaya, atau still tinggal dengan mak bapak korang la.

Aku ada hari tu aku baca paper ada pemain bolasepak full time punya gaji tak sampai RM1000. Gaji guard Nepal pun boleh dapat RM1100. Walaupun gaji kecik bukan justify untuk ambil rasuah, tapi kalau gaji RM800 nak makan apa brader, nak bayar Astro? Teh ais pun RM1.80...Astro yang takde kena mengena pun nak naik harga jugak. Ini bisnes sure untung. Provide satu jenis servis dan distribute servis yang sama pada semua orang. Untung tak? Terutamanya kalau kompeni kau sole distributor. Nikmat syurga dunia betul. Dulu telco pun macam ni jugak. Tapi sekarang bila telco dah ada 4-5 kompeni tade chance la nak monopoli harga. Aku tunggu jugak siapa nak buat kompeni astro2, astro 3, astro 4.

Satu perkara lagi aku nak share, harga beras bakal naik. Ahli politik kat Thailand yang nak seragamkan pendapatan pesawah padi. In case korang tak aware, Thailand adalah pengeluar utama beras. So income petani naik, maka naiklah nanti harga beras. Mungkin harga beras akan stabil, sebab supply and demand tapi biasanya harga barang apa-apa pun nak turun sikit punya susah. Negara yang makanan rujinya nasi kena tukar makan burger pulak. Politik, politik which side pun aku rasa sama je. Tabur janji je. Aku harap next election dapat tengok muka-muka baru yang ada background ekonomi. Bukan ekonomi poket sendiri sudah la.

Satu hal lagi, pasal service tax...6%. Dah aku malas nak cerita lagi.

Monday, June 6, 2011

Holier Than Thou

2-3 hari lepas kalau korang baca surat khabar mesti ada terbaca pasal OWC, atau Obedient Wive Club atau Kelab Isteri Taat. What in the name of pubic hair is this? Ku sangkakan kebebalan puak-puak holier than thou ni dah sampai maksima rupanya ada lagi hidden level of stupidity mereka ni. Aku tak boleh nak elak baca sebab headline berita je aku dah nak tergelak macam jester. Ada je manusia yang nak menunjukkan mereka itu lebih mulia dari yang lain.

Kelab dungu ni buat statement 'isteri perlu layan suami macam pelacur kelas pertama'. Ini adalah statement paling merendahkan martabat perempuan selama aku hidup kat dunia ni. Seriyes shit perkataan pelacur tu tak sesuai langsung.

Perkara-perkara logik yang straight forward seperti ni pun nak buat kelab. Kelab Isteri taat. Masalahnya sekarang ni bukan lelaki ke yang selalu buat hal? Patutnya kelab suami taat. Hohohohoho.....

Anyway, dulu masa zaman kad jemputan kahwin simple-simple je dan takde benda-benda pelik terlekat pada kad, aku selalu terbaca ni ayat ni kat kad kahwin. Dalam 10 kad, ada la 9 kad yang tulis.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

Video Kontraversi Masa Kini (NSFW)


Uolss bleh ler komen
Susah nak jumpe musicvideo camni kat malaysia
bleh lawan inul~~~
kata pengarah video, tujuan musikvideo 
dibuat sedemikian untuk pasaran US
yg belom kawen bleh la fap fap fap
tQ

Thursday, June 2, 2011

Lost In Translation

Aku nak share cerita kat tempat kerja aku. Ini komunikasi antara security guard Nepal dengan maintenance technician kat tempat kerja aku. Masa mamat ni cerita kat aku, aku bantai gelak macam nak mampos. Kat bawah ni ada scene yang di exaggerate tapi still based on facts terutama tentang Salamander tu.

**********
Juman (bukan nama sebenar) melangkah turun dari kereta Alza yang baru 2-3 hari keluar dari showroom.

"Ini barulah garang macam Shamsul Yusuff. Sebelum ni gua pakai Myvi macam awek sial. Dah letak spoiler tinggi penyidai baju pun diorang kutuk gua. Haaa...sekarang gua dah angkat Alza. Puas hati gua....tunggu nanti gua tukar tayar besar sikit, kasi terkeluar dari body sikit ...baru nampak macam kereta Ralli beb..." itulah getus hati dan tanggapan Juman. Lebih pentingkan tanggapan orang berbanding kemampuan diri sendiri. Natijahnya bawak Alza pun lebih kurang je standard Myvi. Dua-dua bentuk macam katak.Tambahan pulak rupa si Juman yang macam Salamander, maka lengkaplah kumpulan spesis Amfibia ini, si salamander yang memandu katak.

Sambil jalan kepak tangan dan mendada walaupun BMI Juman hanya sekadar border line bagi manusia normal atau lebih tepat lagi 18.5, slow-mo je dia jalan melepasi guard house dengan harapan awek-awek yang baru masuk kerja jeling-jeling kat dia."Hnnnnssss...."lubang hidung Juman berdengus apabila dia nampak awek yang selalu usha dia tengah scan card. Ya, aku ulang cetak kat sini...awek yang selalu usha dia. "Self esteem kena tinggi, ini bukan kes puji diri sendiri" menurut Juman hampir setiap minggu kat kafetaria kompeni. Tapi jauh di lubuk hati Juman, dia sedar dia keluar dating pun 4 kali je sejak sekolah menengah sampai la ke hari ini. Itupun kali ke-4 kena stood up kat Plaza Angsana. Takpe, 28 dan masih single. Apa ada hal?

Sedang dia melangkah nak pergi tegur awek tadi, tak semena-mena guard pulak panggil.

"Apa pulak si mamat Nepal ni nak..."Juman dah mula nak jadi hijau, baju dah terasa ketat nak koyak...tapi disimpan kemas dalam dada sebab taknak tunjuk rage depan awek.

Guard tu mula intronya..."Boss, itu nanti guard house kasi pen..."

"Pen?....ooo...semalam itu kontraktor tada pulang u punya pen ka?...takpa nanti saya ganti baru..."

"Bos, bukan pen...bos....pen...pen....yesterday...u...pen..."balas guard tu tak sambil jari telunjuk tunjuk ke arah belakang sebagai tanda isyarat semalam.

"Saya ka?...mana ada saya pinjam u punya pen...itu kontraktor yang pinjam...takpe nanti saya ganti..."Juman dah mula nak angin, tambah pulak awek-awek tadi semua dah beransur-ansur beredar dari sana. Mungkin untuk mengelakkan rasa mual menghadap muka Juman.

Si guard Nepal tu keluarkan pen sambil geleng kepala. Dengan dramatik si guard kutip sebatang ranting kayu dan berdiri rapat dengan dinding bangunan. Dengan tangan pegang ranting kayu, dan pergerakan tangan ke atas, ke bawah, ke atas, ke bawah, sambil berkata...

"bos...pen....pen...pen...pen...pen...pen" dah macam berzikir pulak si Nepal ni.

Juman terkedu kejap. Masa awal-awal bunyi macam pen, tapi bila tengok guard tu pegang ranting macam tu barulah dia punya pick up sampai.

Dia baru teringat. Semalam dia mengecat stor tukang kebun sambil beriya-iya nyanyi lagu Wind of Change part chorus je.

Paint (mengecat) rupanya...

Translate: Nyaris aku parang si Juman tu...pen dengan paint pun tak tau beza...penat aku spiking inglish


Wednesday, June 1, 2011

Kisah Henry Ford dan Fordlandia

Faiz, aku hutang kau cerita ni sebab kau eager nak tau dulu. Dah lupa?

********************

Sekarang banyak kompeni yang buka kilang, plant, factory, etc di tempat-tempat luar biasa. Luar biasa tu maksudnya tempat jin bertendang ataupun apabila nampak manusia kat situ memang peliklah. Sebenarnya ni semua bukan fenomena baru, terutama dalam sektor industri atau pembuatan, atau manufacturing la kalau tak faham-faham jugak.

Antara sebab utama pemilihan lokasi mengarut lagi mencarut ni ialah sumber. Sumber yang dimaksudkan ialah mungkin sumber bahan mentah, sumber tenaga buruh, kemudahan akses logistik seperti pelabuhan dan sebagainya. Henry Ford (gambar) merupakan pelopor kepada idea ni. Henry Ford yang  gah di sebalik konsep mass-production ini juga ada buat silap juga.


Pada kemuncak pengeluaran kereta Ford pada 1920-an, sebagai seorang 'control freak' Henry dapati satu bahan mentah yang tidak dapat dia kawal ialah getah. Getah tidak ditanam di Amerika, malahan ketika itu market getah dimonopoli seluruhnya oleh British Malaya, atau penjajah British yang berada di Tanah Melayu ketika itu. Korang tau la camne bisnes monopoli ni, suka hati dia hantar, suka hati dia letak harga, suka hati dia nak naik harga. Teringat pulak aku kat Astro.  Anyway, Ford tak suka kepada stail 'middle man business' maka wujudlah idea untuk menanam sendiri pokok getah sebagai sumber bahan mentah kepada kilangnya di Amerika.  Tapi di mana ya?

Jeng, jeng, jeng. Pada 1927 dia dah menterai perjanjian konsesi untuk kawasan seluas 10,000km² di tebing sungai Tapajos di dalam hutan Amazon, dengan kerajaan Brazil. Sebagai balasan kerajaan Brazil dapat 9% daripada keuntungan projek ini. Sebab secara teorinya Brazil adalah kawasan paling strategik untuk setup projek beliau. Pertamanya di sana sesuai tanam getah, keduanya lokasi ni berhampiran dengan Amerika. Maka wujudlah Fordlandia.

Tinggalan Fordlandia.

Dalam kepala otak Ford, dia menjanjkan sesuatu peluang untuk 'start new' kepada pekerja-pekerjanya, baik yang datang dari Amerika mahupun masyarakat pribumi di sana.Pada hemat dia, duduk kat Amerika dah tak best lagi dah. Tapi peliknya sampai Fordlandia lingkup, Henry Ford tak pernah jejak kaki pun kat situ. "New beginning my ass," mungkin itu yang pekerja-pekerja dia cakap masa kena station kat Bintulu Amazon.

New beginning yang dimaksudkan Ford ialah jauh dari union (kesatuan kerja), ahli politik, ketenteraan dan Yahudi. Ya, dia memang bengang dengan Yahudi Amerika. Tapi Ford sendiri pun ada yahudi punya perangai jugak. Dia pernah upah samseng untuk takutkan pekerjanya dari join union, tapi gaji biasanya Ford akan bayar double dari nilai pasaran. Yang pekerja dia tak puas hati ialah cara dia control serba-serbi kehidupan pekerja dia. Ford fikir kalau dia bayar gaji mahal, maka akaun facebook pekerja pun dia nak tau. Macam tula lebih kurang.

Balik semula cerita Fordlandia, sebagai seorang pengamal ilmu LEAN, Ford dah buat silap besar apabila abaikan konsep Gemba Gembutsu iaitu melihat sendiri kawasan atau tempat kerja. Banyak kelemahan dalam projek ini kerana kumpulan pekerja yang datang ke Amazon tak tau apa yang bakal mereka tempuhi. Cuaca, bentuk muka bumi Amazon, penyakit pokok getah, jurang budaya antara local dan Amerikans, penyakit tropika seperti malaria dan lain-lain lagi. Ford memang memiliki perangai tipikal bos Amerika yang pentingkan keuntungan tanpa ambil kira masalah pekerja. Sikap tipikal macam ni yang kebanyakkan CEO kat Malaysia terapkan kepada pengurus-pengurus syarikat.

Satu lagi kesilapan Ford ialah tak mengupah botanist untuk start-up projek ni. Dia buta-buta harapakan sekumpulan engineer untuk study macam mana nak tanam getah. Serius dia ingat engineer boleh buat semua ni! Satu lagi perangai tipikal CEO. Jurutera-jurutera Ford di Fordlandia banyak ambil masa untuk trial and error. Yela, masa study kat universiti belajar mekanikal tiba-tiba kena jadi petani pulak. Pehal ni jack?


Zaman ni 4-wheels tade lagi, diorang guna kereta Hj Bakhil.
Impian Ford untuk wujudkan 'mini perfect America with healthy lifestyle' di Amazon mula menujukkan kejatuhan. Pada 1930 wujud pemberontakkan pekerja watan (local) yang tak puas hati dilayan macam hamba abdi dan terpaksa mengikut budaya serba serbi Amerika, yang turut juga mewujudkan masalah sosial seperti pelacuran dan lain-lain. Walaupun pekerja local dibayar gaji mahal dan rumah pun dapat standard rumah Amerika, sikap majikan yang terlalu 'mengawal' mereka butakan mereka marah. Masalah sosio-budaya ni bukan sahaja melibatkan kaum peribumi malahan pekerja Amerika jugak. Sebelum tu Henry Ford buat peraturan macam-macam, termasuk mengharamkan arak dan tembakau. Macam JAKIM la pulak. Sedangkan orang Amerika ni hobinya dah tentu mabuk dan bersetubuh luar nikah. Mana tak memberontak beb.

Pekerja local memberontak menyebabkan pekerja Amerika lari ke dalam hutan atau keluar terus dari Amazon. Dah 3 hari memberontak baru tentera Brazil datang, tapi pemberontakkan dah lepas tahap klimaks pun.

 Pada zaman ni, fasiliti di Fordlandia dianggap gempak dah.

Sudahlah output tak dapat, yield yang diharapkan juga tak balik modal. Akhirnya pada 1933, Ford upah seorang botanist untuk join team di Fordlandia tapi dah terlambat. Pada 1945, ketika itu getah sintetik dah mula diperkenalkan dan permintaan terhadap getah asli mula berkurangan. Tambahan pulak negara pengeksport getah jajahan British, terutamanya Malaya dah dijajah Jepun. Akhirnya cucu Ford, Henry Ford II jual Fordlandia kepada kerajaan Brazil dengan ASD250,00 sahaja pada 1945.

Sekarang ni ramai CEO, manager dah terikut-ikut kesilapan Ford menguruskan Fordlandia. Mereka semua ni lupa...

"to place people in the center when building or rebuilding any industry"


Gambar kredit:
http://failuremag.com
http://www.telegraph.co.uk

Tuesday, May 31, 2011

The Best of Malaysia - Jaket pakai terbalik

Pagi on the way pergi kerja kena layan show pagi kat radio. Bergantung pada mood dan topik DJ. Kadang-kadang ada DJ yang buat lawak diorang dua orang je yang ketawa. Aku sebijik haramjadah tak paham lawak dia. Ada pulak sorang DJ perempuan siaran Inggeris, tak habis-habis dengan lawak ni..."the one you told me so big, but it's actually small...isn't it?" Gila babeh kali pertama dengar kelakar gila babeh, dua kali boleh accept lagi, tapi kalau kau ulang 5,6 kali bunyi macam pervert la pulak kau minah DJ.

Dalam topik 'things you see or experience only in Malaysia', ada sorang caller yang bagi tau dia dah pergi seluruh pelusuk dunia, tapi kat Malaysia je dia boleh nampak penunggang motor (kapcai la aku rasa majoritinya) pakai jaket ke belakang. Seriyes aku dulu pernah buat camni jugak. Ironinya aku google gambar ni kat Indon weh. Tapi apehal pulak ada aku peratikan amoi-amoi bawak kereta pakai jaket terbalik camni. Apa ni weh? Lu orang dah salah aturan pakai ni. Only for kapcai riders maaaa...Kalau takut tangan tu hitam yang lu orang pakai sleeveless ape kejadah ?


Aku ingat lagi tahun 2005 dulu, masa jalan keluar dari kawasan rumah aku ke tempat kerja jem macam nuraka the hell. Pada pagi yang tak berapa nak ceria tu, ada satu kereta Proton Perdana dah langgar belakang kereta aku. Dah menjadi resmi, siapa langgar belakang kereta aku siap lah remuk, sedangkan kereta aku sikit je calar. Kalau nak tau masa assemble kereta aku kat kilang Proton dulu, assembler dia dah jampi dengan mantera kebal..."besi maha besi, besi datang dari Kedah, nak rosak biar rosak, jangan rosak dekat Grik...." Hahahah memang tak rhyme.

Amoi yang bawak kereta Perdana tu keluar dengan jaket pakai ke belakang. Tak silap aku itulah first time aku tengok driver kereta pakai jaket camtu. Serius aku gelak macam jester. Nak jadi cerita aku kira settle kat situ jela. Lagipun Perdana dia dah berasap, aku berani jamin radiator bocor. Lampu depan pulak boleh buat scrap. Hantar sekali dengan bonet depan dia. Compare dengan bumper kereta aku calar sikit je, dapat gelak free lagi.

Balik semula cerita pasal jaket ni, sebab utama aku pakai camni ialah betapa malasnya nak pakai kat depan secara normal pastu nak zip. Arghhh, sedangkan objektifnya ialah nak cover lengan daripada berbelang. Opsss wait wait, ni bukan amcam kes amoi tadi. Kalau rider motor bukan setakat matahari punya UV rays yang boleh buat lengan berbelang weh, asap kereta, asap bas, asap lori. Tu aku belum kira asap dan debu-debu tar jalan yang berpunca daripada kontraktor kelas F punya schedule buat time jalan peak hour. Aku pernah tengok kaki member aku berbelang macam bentuk sandal, gara-gara selalu naik motor pakai sandal. Hahahaha serius lawak!

Satu lagi adalah sebab aerodinamik. Serius kalau kau ride 100km/jam pastu pakai jaket zip kat depan, jaket jadi gelembung dipenuhi angin. Sedangkan mat rempit pun tau teorem ni sebab tulah minah-minah rempit berdada pipih der. Purposely der, serius der. Pusing jaket tu der, barulah potong angin beb.

Last sekali kau tengok gambar kat bawah ni. Kepada mereka-mereka yang kilang peluh terutama bahagian belakang badan tu sesuai la pakai jaket terbalik. Kasi aircond sikit belakang badan tu.


Monday, May 30, 2011

Hwang Ho....Hwang Ho...

Wahai JBrean sekelian, korang tau Hwang Ho tu kat mana? Apa? Duduk JB bertahun-tahun pun tak tau?....Apa? Apa? Taman Johor pun tak pass?....seriyes kronik.

Ada satu kawasan perumahan di Skudai, yang bernama Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), atau singkatan yang selalu digunakan ialah Tun Aminah. Tapi di kalangan orang cina ol-skool JB diorang panggil Hwang Ho (maksudnya green river atau sungai hijau dalam bahasa melayu).


Gambar hiasan je der.

So let's say kalau nampak apek tua nak mampos macam gambar atas tu tahan lu orang tanya...

"mana mau pigi itu Hwang Ho...?"

lu orang dah tau ke arah mana lu orang nak tunjuk, macam aku buat siang tadi. Kalau naik bas, cakap je bas nombor 328 atau 226.

Alternatifnya kalau korang tak tau, cakap je korang asal dari Parit Raja. Kalau nak tunjuk tempat lain pun boleh jugak rasanya. Sendiri tanggung aaaaa.