Wednesday, June 1, 2011

Kisah Henry Ford dan Fordlandia

Faiz, aku hutang kau cerita ni sebab kau eager nak tau dulu. Dah lupa?

********************

Sekarang banyak kompeni yang buka kilang, plant, factory, etc di tempat-tempat luar biasa. Luar biasa tu maksudnya tempat jin bertendang ataupun apabila nampak manusia kat situ memang peliklah. Sebenarnya ni semua bukan fenomena baru, terutama dalam sektor industri atau pembuatan, atau manufacturing la kalau tak faham-faham jugak.

Antara sebab utama pemilihan lokasi mengarut lagi mencarut ni ialah sumber. Sumber yang dimaksudkan ialah mungkin sumber bahan mentah, sumber tenaga buruh, kemudahan akses logistik seperti pelabuhan dan sebagainya. Henry Ford (gambar) merupakan pelopor kepada idea ni. Henry Ford yang  gah di sebalik konsep mass-production ini juga ada buat silap juga.


Pada kemuncak pengeluaran kereta Ford pada 1920-an, sebagai seorang 'control freak' Henry dapati satu bahan mentah yang tidak dapat dia kawal ialah getah. Getah tidak ditanam di Amerika, malahan ketika itu market getah dimonopoli seluruhnya oleh British Malaya, atau penjajah British yang berada di Tanah Melayu ketika itu. Korang tau la camne bisnes monopoli ni, suka hati dia hantar, suka hati dia letak harga, suka hati dia nak naik harga. Teringat pulak aku kat Astro.  Anyway, Ford tak suka kepada stail 'middle man business' maka wujudlah idea untuk menanam sendiri pokok getah sebagai sumber bahan mentah kepada kilangnya di Amerika.  Tapi di mana ya?

Jeng, jeng, jeng. Pada 1927 dia dah menterai perjanjian konsesi untuk kawasan seluas 10,000km² di tebing sungai Tapajos di dalam hutan Amazon, dengan kerajaan Brazil. Sebagai balasan kerajaan Brazil dapat 9% daripada keuntungan projek ini. Sebab secara teorinya Brazil adalah kawasan paling strategik untuk setup projek beliau. Pertamanya di sana sesuai tanam getah, keduanya lokasi ni berhampiran dengan Amerika. Maka wujudlah Fordlandia.

Tinggalan Fordlandia.

Dalam kepala otak Ford, dia menjanjkan sesuatu peluang untuk 'start new' kepada pekerja-pekerjanya, baik yang datang dari Amerika mahupun masyarakat pribumi di sana.Pada hemat dia, duduk kat Amerika dah tak best lagi dah. Tapi peliknya sampai Fordlandia lingkup, Henry Ford tak pernah jejak kaki pun kat situ. "New beginning my ass," mungkin itu yang pekerja-pekerja dia cakap masa kena station kat Bintulu Amazon.

New beginning yang dimaksudkan Ford ialah jauh dari union (kesatuan kerja), ahli politik, ketenteraan dan Yahudi. Ya, dia memang bengang dengan Yahudi Amerika. Tapi Ford sendiri pun ada yahudi punya perangai jugak. Dia pernah upah samseng untuk takutkan pekerjanya dari join union, tapi gaji biasanya Ford akan bayar double dari nilai pasaran. Yang pekerja dia tak puas hati ialah cara dia control serba-serbi kehidupan pekerja dia. Ford fikir kalau dia bayar gaji mahal, maka akaun facebook pekerja pun dia nak tau. Macam tula lebih kurang.

Balik semula cerita Fordlandia, sebagai seorang pengamal ilmu LEAN, Ford dah buat silap besar apabila abaikan konsep Gemba Gembutsu iaitu melihat sendiri kawasan atau tempat kerja. Banyak kelemahan dalam projek ini kerana kumpulan pekerja yang datang ke Amazon tak tau apa yang bakal mereka tempuhi. Cuaca, bentuk muka bumi Amazon, penyakit pokok getah, jurang budaya antara local dan Amerikans, penyakit tropika seperti malaria dan lain-lain lagi. Ford memang memiliki perangai tipikal bos Amerika yang pentingkan keuntungan tanpa ambil kira masalah pekerja. Sikap tipikal macam ni yang kebanyakkan CEO kat Malaysia terapkan kepada pengurus-pengurus syarikat.

Satu lagi kesilapan Ford ialah tak mengupah botanist untuk start-up projek ni. Dia buta-buta harapakan sekumpulan engineer untuk study macam mana nak tanam getah. Serius dia ingat engineer boleh buat semua ni! Satu lagi perangai tipikal CEO. Jurutera-jurutera Ford di Fordlandia banyak ambil masa untuk trial and error. Yela, masa study kat universiti belajar mekanikal tiba-tiba kena jadi petani pulak. Pehal ni jack?


Zaman ni 4-wheels tade lagi, diorang guna kereta Hj Bakhil.
Impian Ford untuk wujudkan 'mini perfect America with healthy lifestyle' di Amazon mula menujukkan kejatuhan. Pada 1930 wujud pemberontakkan pekerja watan (local) yang tak puas hati dilayan macam hamba abdi dan terpaksa mengikut budaya serba serbi Amerika, yang turut juga mewujudkan masalah sosial seperti pelacuran dan lain-lain. Walaupun pekerja local dibayar gaji mahal dan rumah pun dapat standard rumah Amerika, sikap majikan yang terlalu 'mengawal' mereka butakan mereka marah. Masalah sosio-budaya ni bukan sahaja melibatkan kaum peribumi malahan pekerja Amerika jugak. Sebelum tu Henry Ford buat peraturan macam-macam, termasuk mengharamkan arak dan tembakau. Macam JAKIM la pulak. Sedangkan orang Amerika ni hobinya dah tentu mabuk dan bersetubuh luar nikah. Mana tak memberontak beb.

Pekerja local memberontak menyebabkan pekerja Amerika lari ke dalam hutan atau keluar terus dari Amazon. Dah 3 hari memberontak baru tentera Brazil datang, tapi pemberontakkan dah lepas tahap klimaks pun.

 Pada zaman ni, fasiliti di Fordlandia dianggap gempak dah.

Sudahlah output tak dapat, yield yang diharapkan juga tak balik modal. Akhirnya pada 1933, Ford upah seorang botanist untuk join team di Fordlandia tapi dah terlambat. Pada 1945, ketika itu getah sintetik dah mula diperkenalkan dan permintaan terhadap getah asli mula berkurangan. Tambahan pulak negara pengeksport getah jajahan British, terutamanya Malaya dah dijajah Jepun. Akhirnya cucu Ford, Henry Ford II jual Fordlandia kepada kerajaan Brazil dengan ASD250,00 sahaja pada 1945.

Sekarang ni ramai CEO, manager dah terikut-ikut kesilapan Ford menguruskan Fordlandia. Mereka semua ni lupa...

"to place people in the center when building or rebuilding any industry"


Gambar kredit:
http://failuremag.com
http://www.telegraph.co.uk

Tuesday, May 31, 2011

The Best of Malaysia - Jaket pakai terbalik

Pagi on the way pergi kerja kena layan show pagi kat radio. Bergantung pada mood dan topik DJ. Kadang-kadang ada DJ yang buat lawak diorang dua orang je yang ketawa. Aku sebijik haramjadah tak paham lawak dia. Ada pulak sorang DJ perempuan siaran Inggeris, tak habis-habis dengan lawak ni..."the one you told me so big, but it's actually small...isn't it?" Gila babeh kali pertama dengar kelakar gila babeh, dua kali boleh accept lagi, tapi kalau kau ulang 5,6 kali bunyi macam pervert la pulak kau minah DJ.

Dalam topik 'things you see or experience only in Malaysia', ada sorang caller yang bagi tau dia dah pergi seluruh pelusuk dunia, tapi kat Malaysia je dia boleh nampak penunggang motor (kapcai la aku rasa majoritinya) pakai jaket ke belakang. Seriyes aku dulu pernah buat camni jugak. Ironinya aku google gambar ni kat Indon weh. Tapi apehal pulak ada aku peratikan amoi-amoi bawak kereta pakai jaket terbalik camni. Apa ni weh? Lu orang dah salah aturan pakai ni. Only for kapcai riders maaaa...Kalau takut tangan tu hitam yang lu orang pakai sleeveless ape kejadah ?


Aku ingat lagi tahun 2005 dulu, masa jalan keluar dari kawasan rumah aku ke tempat kerja jem macam nuraka the hell. Pada pagi yang tak berapa nak ceria tu, ada satu kereta Proton Perdana dah langgar belakang kereta aku. Dah menjadi resmi, siapa langgar belakang kereta aku siap lah remuk, sedangkan kereta aku sikit je calar. Kalau nak tau masa assemble kereta aku kat kilang Proton dulu, assembler dia dah jampi dengan mantera kebal..."besi maha besi, besi datang dari Kedah, nak rosak biar rosak, jangan rosak dekat Grik...." Hahahah memang tak rhyme.

Amoi yang bawak kereta Perdana tu keluar dengan jaket pakai ke belakang. Tak silap aku itulah first time aku tengok driver kereta pakai jaket camtu. Serius aku gelak macam jester. Nak jadi cerita aku kira settle kat situ jela. Lagipun Perdana dia dah berasap, aku berani jamin radiator bocor. Lampu depan pulak boleh buat scrap. Hantar sekali dengan bonet depan dia. Compare dengan bumper kereta aku calar sikit je, dapat gelak free lagi.

Balik semula cerita pasal jaket ni, sebab utama aku pakai camni ialah betapa malasnya nak pakai kat depan secara normal pastu nak zip. Arghhh, sedangkan objektifnya ialah nak cover lengan daripada berbelang. Opsss wait wait, ni bukan amcam kes amoi tadi. Kalau rider motor bukan setakat matahari punya UV rays yang boleh buat lengan berbelang weh, asap kereta, asap bas, asap lori. Tu aku belum kira asap dan debu-debu tar jalan yang berpunca daripada kontraktor kelas F punya schedule buat time jalan peak hour. Aku pernah tengok kaki member aku berbelang macam bentuk sandal, gara-gara selalu naik motor pakai sandal. Hahahaha serius lawak!

Satu lagi adalah sebab aerodinamik. Serius kalau kau ride 100km/jam pastu pakai jaket zip kat depan, jaket jadi gelembung dipenuhi angin. Sedangkan mat rempit pun tau teorem ni sebab tulah minah-minah rempit berdada pipih der. Purposely der, serius der. Pusing jaket tu der, barulah potong angin beb.

Last sekali kau tengok gambar kat bawah ni. Kepada mereka-mereka yang kilang peluh terutama bahagian belakang badan tu sesuai la pakai jaket terbalik. Kasi aircond sikit belakang badan tu.


Monday, May 30, 2011

Hwang Ho....Hwang Ho...

Wahai JBrean sekelian, korang tau Hwang Ho tu kat mana? Apa? Duduk JB bertahun-tahun pun tak tau?....Apa? Apa? Taman Johor pun tak pass?....seriyes kronik.

Ada satu kawasan perumahan di Skudai, yang bernama Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), atau singkatan yang selalu digunakan ialah Tun Aminah. Tapi di kalangan orang cina ol-skool JB diorang panggil Hwang Ho (maksudnya green river atau sungai hijau dalam bahasa melayu).


Gambar hiasan je der.

So let's say kalau nampak apek tua nak mampos macam gambar atas tu tahan lu orang tanya...

"mana mau pigi itu Hwang Ho...?"

lu orang dah tau ke arah mana lu orang nak tunjuk, macam aku buat siang tadi. Kalau naik bas, cakap je bas nombor 328 atau 226.

Alternatifnya kalau korang tak tau, cakap je korang asal dari Parit Raja. Kalau nak tunjuk tempat lain pun boleh jugak rasanya. Sendiri tanggung aaaaa.

Saturday, May 28, 2011

The Landmark of Johor Bahru - Kemayan City

"JB banyak monumen-monumen tinggalan sejarah. Kenapa eh? Orang JB tak suka shopping ke?" HAHAHA. Memang watdefak sungguh nak jawab, tapi what's JB kalau tak tunjukkan the holy trinity of shopping complex kat JB kan? Meh, aku list down.

(1) Kemayan City complex
(2) Waterfront Lot 1
(3) Pacific Mall

Actually ada sebiji lagi abandoned plaza yang overlooked by JBrean sekelian. Skudai Plaza just depan Hotel Good Hope. Tapi tu kat Skudai, tempat pun secluded je. Skudai, who cares anyway? Kedai-kedai around that area pun susah cari makan, then buat pulak shopping complex kat situ. Genius brader, genius. Sekarang dah jadi terbiar sebab poor business, owner pun dah declare bankrap.

Sebelum jadi the holy trinity tu, sebelum ni boleh dipanggil "the big four" of JB. Sapa yang boleh lupa Best World Plaza? Nasib baik la dah refurbished jadi Danga City Mall, satu lagi eyesore kat JB dah kurang. Mari aku bawak tour of the lost plaza.


(1) Kemayan City

Kompleks ni adalah yang paling notorious sekali di kalangan the lost plaza sekelian. Terkenal hatta sampai ke Australia dek penangan cerita mistik shopping kompleks berhantu. Yang aku pelik yang kena scam dengan hantu ni semua pelancong luar, paling cikai pun tourist Singapore. Tourist sibuk-sibuk shopping bagi duit, balasannya barang-barang jadi kayu atau daun kering. Memang hantu scammer! Kalau dikira nilai tukaran wang asing lagi, memang genius. Peminat cerita tahyul boleh baca kat sini. Aku pun pernah kena jugak lebih kurang sama jela macam cerita ni, tapi kat Jusco Tebrau. Lepas balik dari Jusco duit dalam wallet aku habis semua. Bila fikir-fikir takde pun aku beli apa-apa. Musykil aku tengok muka bini aku sengih-sengih. LOL.

Ini adalah the biggest abandoned project kat JB. 64,800 meter per segi atau 697,501 kaki per segi. Boleh bikin 498 buah rumah teres satu tingkat yang setiap satunya 1,400 sqfeet. Anggaran projek asal ialah RM400 juta. Disebabkan perancangan projek yang lemah dan keadaan ekonomi yang meleset pada 1998, maka terbengkalai la projek ni yang sepatutnya jadi 'The biggest one-stop-center mall' kat JB.

Walaupun terbengkalai, owner premis-premis kat dalam shopping kompleks ni tetap kena bayar dengan bank. Ada yang beli lot kat sini dengan harga RM1 juta, dan masih serve dengan bank!

Cerita tahyul, sarang nyamuk, sarang mat gian dan macam-macam urban tales lagi berkait dengan kompleks ni. Anyway, property ni dah diambil alih oleh Blackstone Eight Sdn Bhd untuk refurbish menjadi shopping kompleks bernama B8 Mall. B8 sempena nama syarikat tu la Blackstone Eight, kumpulan syarikat Allstonesgroup.

B8 Mall....Beat it...Mall. Macam mana orang nak datang? Hahaha. Layan dulu draft untuk B8 Mall, formerly Kemayan City Mall. Katanya mula kerja pada 2010, dan target siap pada 2012.

Kalau projek ni jadi, kurang la satu lagi 'landmark' kat JB. Kemayan City adalah landmark kepada visitor yang datang dari arah Utara, keluar je dari highway Utara-Selatan melalui Jalan Skudai dan ke arah pusat bandar JB disambut oleh Kemayan City Mall. Sebenarnya ada satu sebuah lagi Kemayan the lost plaza kat Seremban, sama kes jugak.



Nanti aku sambung pasal Lot 1 dan Pacific Mall.

Friday, May 27, 2011

Bugatti Veyron di Sungai Chat


Bugatti Veyron yang dikatakan milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Harga basic lebih kurang RM5.7 juta. Kalau buat loan bayar downpayment 10%, RM570,000. Hutang 5 tahun dengan interest rate 2.1% so monthly kena serve bank lebih kurang RM94,477.50.

RM5.7 juta of course la before tax punya harga. Tax untuk kereta import 200%. Sila kira la berapa harga after tax.

Amcam ada berani?

Gambar bawah, lagi kereta koleksi diraja Johor.

sumber: Carigold, MSN cars

Wednesday, May 25, 2011

The Fighter

Dalam kita sibuk-sibuk tengok filem Malaysia yang hebat-hebat macam Khurafat apa kata kita jengah jap kat Hollywood jap.

Ni dia filem yang dikeluarkan tahun lepas (2010), The Fighter starring Christian Bale dan Mark Wahlberg. Yang belum tonton, sila tonton.

Serius filem ni takde extravaganze special effect dan meleweh-leweh punya skrip. Dan tak perlu aksi murahan Megan ass naked Fox untuk filem ni, heroin dia (Amy Adams) serius tak lawa tapi dia punya acting Fauziah Nawi pun respek. Memang serius bitch punya watak! Skrip filem ni memang banyak maki hamun walaupun plot utama filem ni adalah kisah benar seorang boxer dan family dia. Watak mak dia pun serius maki hamun jugak. Memang tipikal punya keluarga suburb Amerika yang tak pergi sekolah agama.

Sini aku bagi sinopsis sikit:
  • Kisah benar sekitar 1980-an pasal seorang boxer yang ada potensi dan bakat tapi loser, asik kalah je memanjang. Micky Ward (Mark Wahlberg) boxer yang di urus oleh mak dia, jurulatih pulak abang dia (half brother) Dicky Ecklund (Christian Bale). Kira salah management la ni.
  • Mak dia urus dia semata kerana duit, sama jugak dengan abang dia yang crack addict. So diorang take advantage je la sebab kalau ada boxing match tak kira menang atau kalah mesti ada duit.
  • So nampak karier dia tak ke mana, masa abang dia masuk penjara dia buat deal dengan bapak tiri dia dapat trainer baru, dengan support dari girlfriend dia, Charlene (Amy Adam).
  • Kat sini konflik dia, mak dia nak rebut dia, bapak tiri dia pun nak rebut dia. Tapi bapak tiri dia lebih kepada good intention la. Abang dia pulak bengang sebab tak dapat jadi trainer lagi.
  • At the same time, Dicky Ecklund sebenarnya dulu boxer legend jugak lepas kalahkan Sugar Ray Leonard, dan dikenali sebagai "the pride of Lowell". Lowell tu bandar kecik tempat tinggal diorang. Tapi abangnya dia terus burn out, karier jahanam sebab dadah dan jenayah. Kat sini nanti ada krew HBO yang datang kat Lowell buat dokumentari pasal Dicky Ecklund dan addictionnya. Ni betul punya dookumentari, sedangkan famili dia ingat HBO nak buat movie pasal comeback Dicky Ecklund, "the pride of Lowell." Bila dokumentari keluar kat TV semua nangis tengok.
  • Kat sini mula plot berkembang macam mana karier dia terus naik lepas krisis demi krisis.
Cerita selanjutnya kalau nak tau korang pergi tengok sendiri. Ni bagi bagi sikit dialog bertekak antara girlfriend Mickey Ward, Charlene dengan mak Mickey Ward, Alice.

Charlene Fleming: Hi.
Alice Ward: I've heard a lot about you.
Charlene Fleming: Really? I've heard a lot about you too.
Alice Ward: What's that supposed to mean?
Charlene Fleming: Same thing you meant.

Hahahaha. Serius dialog dia owned giler.

Christian Bale kasi kurus badan gile babeh nak hidupkan watak dia. Dulu dia kurus gila babeh jugak dalam filem "The Machinist". Tengok transformasi kat bawah ni, macam Hamdan Sapri semasa universiti dan selepas universiti.. LOL, Hamdan please take it as a compliment, gua samakan lu dengan Christian Bale tu! Hahahaha.

Bale, tough madefaker in Batman.


Bale, anorexic in The Machinist.


Bale, as "the pride of Lowell" Dicky Ecklund, The Fighter.

Saturday, May 7, 2011

Assassin tanjung bidara

Korang tau pasal game assassin creed? kalau ko mengaku gamers tapi cakap tak tau tentang game yang aku sebut tadi, selayaknye untuk ko adalah tumbukan sungkit bawah dagu sambil disusuli dengan figure four leg lock.


Ok lah, sbenarnye takde pape pon aku nak cakap pasal game assassin creed tu cuma sedang aku dok buat 5 s (seiri, seiton, seiso, seiketsu and shitsuke) ke atas pc dan meja aku ni, aku terjumpa satu gambar yang aku pikir boleh dishare dalam blog ni.