Sunday, December 12, 2010

Just you know why, why you and i.....



Iklan cheese kat Mesir. Camne panda bole sampai arab? Ini dinamakan strategi marketing "meniaga paksa".

Ni website dia, http://www.arabdairy.com/corp.htm. Lagu background tu Buddy Holly, "True Love Ways."

p/s: tolong jangan kaitkan video ini dan kustom dino di giant. Dosa!

Thursday, December 9, 2010

Cerpen mini 2 : Lesen , Pegawai JPJ dan Mazda 323.

Di suatu pagi yang agak terang, dengan kicauan burung gagak yang riuh mungkin sedang melahap bangkai bangkai katak atau tikus yang dilenyek kereta pada malam hari. Lebih kurang 12 tahun yang lalu, kelihatan sang protagonis yang kacak sedang asyik beradu di kamar tidurnya. Ya ini tidak ada kesilapan, watak protagonis dalam penceritaan ini memang kacak wajahnya, cuma tidak sekacak encik Clunk. Sedang dia hanyut dibuai mimpi basah yang hampir-hampir inzal,tiba-tiba dia dikejutkan oleh seekor biawak yang melekat pada otot kaki. Muscle cramp atau simpul biawak pada belakang betis sebelah kaki kiri menganggu lena si protagonis tadi.

bermulalah al kisahnya....

"urghhhhh...urghhhhh" aku meraung dengan suara masih tersekat sekat lagi dihujung tekak sambil terduduk memegang kaki yang sedang cramp. Sesungguhnya cramp di awal pagi adalah suatu perkara cebai yang amat menyeksakan kalau terjadik pada mana mana umat manusia. Apatah lagi jikalau cramp itu yang membuatkan anda terjaga dari tidur, konfem hangin satu badan, nak rembat, kaki sendiri pulak, maka terpaksa aku layankan sahaja.

Setelah berjaya mengawal kerakusan cramp tadi dan kesakitan mulai mereda, aku menghela nafas lega sambil mula melakukan senaman tradisi melayu step by step dari senaman pertama hingga senaman ke empatbelas, dengan harapan agar senaman begini dapat meningkatkan keharmonian dan menambah keseronokan kehidupan berumahtanggaku di masa hadapan, namun bila sampai ke step senaman yang ketujuh, aku terhenti. Kepala ku ligat memikirkan sesuatu, rupanya hari ni merupakan hari aku akan mengambil exam amali jalanraya JPJ untuk mendapatkan sekeping kertas yang bergelar LESEN MEMANDU KENDERAAN BERMOTOR, patutla aku diserang simpul biawak, badanku rupanya cuba menghantar signal agar aku bangun awal dan bersiap untuk ke tempat ujian memandu dijalankan.Ini dalam istilah sains alam dipanggil biological clock.

Lantas aku mempersiapkan diri dengan mandi sunat,memotong kemas kumis serta bulu bulu lain di bahagian sulit badan yang mana tidak perlu aku detailkan lagi, memakai wangian seploh ringgit yang aku beli di pasar larkin tetapi hampir habis serta mengenakan pakaian yang smart. Smart disini bukanlah ertinya aku memakai kemeja bertali leher dan berseluar kancut, tetapi sehelai seluar jeans lelong dimalam raya yang masih belum koyak dihujung kaki bersama baju hitam berkolar, yang aku tak tau milik siapa, mungkin milik ahmad mackeen,kerana aku memang suka merembat baju beliau semasa dimaktab dulu. Untuk mengambil lesen ini, aku menjauhkan diri dari memakai pakaian berupa mat remp-it kerana ini adalah merupakan formula kegagalan untuk mendapatkan lesen,ia juga formula kegagalan dalam menghasilkan filem. Lihat sajalah filem filem yang berunsur rempit dalam negara kita nih, semuanya kan macam sampah.

Harapan aku semasa nak amik exam ni amatlah tinggi, dengan ujian bertulis yang telah aku lulus dengan bongkaknye iaitu 49/50, aku berkeyakinan penuh aku bakal menggenggam lesen kereta itu.'hooh....hoh....hoooh' bunyik nostrill ku seolah olah mengiyakan apa yang aku harapkan itu.Lain orang lain bunyik nostrillnye, ia bergantung kepada kadar pengumpulan debu debu pada bulu dan rongga hidung masing masing. Bagi yang taik idung penuh berselepet dan sudah lama tidak dilombong, mungkin bunyik yang terhasil akan lebih pekat dan kasar, bagi yang bulu hidung terkeluar dan tidak ditrim mungkin bunyik seperti bunyik humming yang akan keluar.


Ohhhh sudah banyak perenggan berlalu, tapi masih belum sampai ke cerita sebenar lagi ni, baiklah cerita diteruskan lagi. Aku diambil dengan kereta oleh pemilik sekolah memandu yang aku daftar sebulan sebelum itu untuk ke pusat ujian. Perjalanan agak hambar kerana aku tidak berminat nak berborak dengan pakcik tu, aku hangin dengan dia, aku tau la yuran yang ko kenekan murah nak banding sekolah memandu yang lain, tapi janganlah ko datang lambat gile babih. Aku tau, sebagai seorang melayu, ko sungguh true to the colour, aritu ko cakap kul 9 mesti dah sampai kat pusat ujian memandu, pukul 8.15 aku dah tercangak kat depan gate rumah sambil sembunyik sembunyik hisap rokok menunggu kedatangan ko pakcik.... PUKUL 9 lebeh setelah aku habiskan 6 batang rokok semporna kotak 7 baru ko sampai depan rumah bapak aku, apa ke lancau ni pakcik! bila nak sampai tempat ujian ni! fakap meng!

Dari harapan yang tadi menggunung tinggi, sedikit demi sedikit semangat aku kian tercalar, kelambatan pakcik lembab tadi merupakan bad omen pada aku.
ujian memandu amali jalanraya dah lama bermula, pakcik tu masih terhegeh hegeh nak daftarkan tempat aku, inglourious basterds btol la orang tua ni! akibatnye aku tengok nama aku adalah orang terakhir sekali yang akan amek ujian amali JPJ haritu. Nasib baik masih boleh register lagi,kalau tak pakciktu sudah lama aku seterika penis dia. Aku nyaris hilang fokus, tetapi nasib baik ramai awek awek cun yang mengambil sesi ujian dengan aku hari tuh...dapatlah aku jadikkan pengubat hati luka didada menunggu turn aku yang rasa macam tak kunjung tiba tu. Di kesempatan itu, aku sempat membuat kesimpulan bahawa, wajah awek adalah berkadar sonsang dengan rate kejayaan lulus ujian memandu...kebanyakan awek yang cun dan kiut miut, gagal! tapi yang berwajah sederhana biasanya lulus, ini mungkin konspirasi pegawai JPJ supaya awek awek cun ini kene repeat ahahaha..ataupon, awek cun memang tak reti bawak kete?

Aku terus pasrah menunggu giliran aku, terasa air peluh pahit mengalir dicelah armpit dan trisep sasa, mujur aku sempat mengenakan ODORONO awal pagi tadi.Setelah lebih kurang 3 kurun lamanya dan ketika kebanyakkan orang seme dah mula balik rumah, nama aku pon kedengaran dilaungkan dipembesar suara untuk bersedia. Aku pandang jam dan sempat pula aku mengalirkan air mata kerana jam menujukkan 15 minit sahaja lagi pukul 3. Butohs lama sial aku buang masa gitu aje!

Aku mulakan ujian di litar dengan cemerlang sekali, mula mula ujian bukit, dengan tenang aku lepas. kemudian 3 point turn, ahahaha bapakk kacang, mudah kerana pegawai JPJ pon dah tak amek pot,dah malas agaknye yela dah petang.... dan terakhir sekali side parking, setelah membuat adjustment terkahir aku pon angkat tangan ke arah pegawai JPJ menandakan aku dah berhenti, tapi malangnye takde satu pegawai JPJ pon yang pandang....aikk cilake tak kan tak tengok kot. Tidak pulak aku terus jalan keluar kerana menuggukan signal ok dari mereka, setelah lebih kurang 2 minit, terdengar satu pekikkan haram dari stand pegawai JPJ tu "hoi...udahlah tu, berapa lama ko nak duduk situ" faking arsehole punye pegawai JPJ,udahla ko tak tengok, ko bagi apa apa signal pon idak, tibe tibe ko nak memekik. Kalau aku tau ko nak pekik tadi, aku tak angkat tangan kosong, akan aku sulami sekali dengan jari tengah.

Setelah ujian litar aku lepasi dengan mudah walaupon diakhiri dengan sedikit babak babak yang pandet oleh pegawai JPJ, kini tibalah masanya ujian jalanraya pulak untuk aku tempuhi.

Dari jauh kelihatan seekor hipopotomos berjalan terhempas hempas menghala ke kereta ujian aku, demm ini ke pegawai JPJ yang nak nilai aku, bagilah manusia yang nilai, mengapa hewan pulak yang diberi authoriti menilai pemanduan aku.hatiku sudah mula tak keruan.

Sebaik sahaja melabuhhkan jubornya dalam seat kereta sebelah, pegawai JPJ tadi terus cakap "JALAN!". ahahah aku pon bukannye bangang, aku tak jalan malah aku mula membuat segala yang telah diajarkan oleh pakcik lembab kepada aku. aku tarik talipinggang keledar, betulkan seat, check free gear, check cermin belakang dan cermin sisi dengan gaya yang cukup skema dan gentlemen.

"hoi, ko ni tak dengar ke aku cakap! kan aku suruh jalan... hari dah petang, aku dah takde masa nak tengok seme seme bende yang ko buat tuh" sergah pegawai hipo tadi... ek ele dia ni, pakkalla ko yang nak menilai aku, kalau tak dah tentu aku libas perut ko dengan kayu bawah seat ni. " OK encik, tapi kene buat seme seme tu, nanti kang tak lulus pulak saya" jawab ku dengan penuh hemah. "aku suruh jalan jalan la, kang nanti aku failkan karang". sambung hipo itu tadi. Sambil tersenyum kelat, aku pon mula menggerakkan kereta setelah aku jeling kertas markah aku sudah ditanda right oleh hipo tu.

Baru je aku masuk gear satu, aku disound sekali lagi "ko langgar lagi sekali lutut aku, aku terus failkan ko"...'kimak lu! dah ngko badan macam blue hippo memang la kene langgar lutut tu,immpossible sial naikk pon kancil..' aku berbisik dalam hati.... "Maaf ye encik, susah nak elak terlanggar lutut tu, kete ni kecik aje" aku menjawab... "Ko jawab lagi sekali macam tu memang aku suruh ko patah balik, aku fail kan aje terus, lagi satu panggil aku tuan, bukan encik aje" . "BAEK TUAN" aku turutkan aje.

Laluan yang aku dapat adalah laluan mudah, hah dah memang rezeki aku dapat jalan senang, jadik semuanya smooth je la, tapi tak berapa lama kemudian hippo memulakan perbualan. " oih, ko kalau bawak kete suka dengar lagu apa? ko denga lagu band mana? ". "saya tak dengar lagu sangat tuan" jawab ku sambil menumpukan pada pemanduan ku. "ko jangan tipula, ko nyanyila sikit, lagu wind of change ko tau tak, nyanyi sikit, ilangkan bosan petang petang ni" hippo memulakan onar. Tidak mau mengalah aku mula mengalunkan lagu wind of change dengan garapan suara mael xpdc di juara lagu yang sumbangseh. ahahaha lepas seminit dia suruh berenti, kalau aku teruskan dia akan straight failkan aku katanya...bodoh gile dia ni

kemudian dia mula lagi "ko terer teka teki tak? hah kalau ko terer ,kereta apa yang boleh melompat dari pokok ke pokok?" Hoh multitasking sungguh keadaan yang aku sedang buat ni, aku pon jawab kete kutip buah sawit...sebab aku pikir itu la kete yang ada kaitan dengan pokok pon, tiba tiba hippo ini bergelak sendiri seraya berkata "ahahaha salah la jawapan ko, jawapannye ialah MAZDA 323, tree to tree, ahahaha" gelak sang hippo tersebut. 'apa ke kepala bana la lawak babeng ko cube buat ni wei' hati aku mula panas.tapi aku teruskan menten memandu sampai ke checkpoit yang akhir. Dalam nak sampai tuh ada beberapa lagi teka teki teka tekok yang diutarakan oleh si hippo tuh, tapi aku dah tak ingat, cuma yang konfemmnya, kalau diluar ni, dah aku radak kepala dia dengan pencakar daun luruh tu sebab buat lawak yang terlalu bangang dan unacceptable depan aku..mungkin jugak aku boleh kelaskan lawak tu sebagai lawak binatang...lawak yang hanya ungka sahaja yang akan terkekek kekek mendengarnye.

sampai sahaja di checkpoint terakahir aku pon menghala ke arah parking yang ditetapkan, lantas hippo tadi pon segera menyanggah " weh, ko parking terus depan tangga tuh, turunkan aku kat sana, aku penat nak jalan jauh". Aku mulai serba salah, sebab depan tangga tu adalah petak kuning. aku lalu je depan tangga tu dan berenti kat petak yang paling dekat dengan tangga. "oooi ko pekak ke, kan aku cakap berentikan aku kat tangga!" hipppo menjerit di sebelah aku. "tuan situ, saya tak berani nak drop tuan, petak kuning tu tuan" jawab aku.

"Sekarang ni siapa yang pegawai JPJ ni, ko ke aku? aku cakap sana sana la, undur balik, drop aku sana, ko nak lulus ke nak fail ni" hippo semakin palat. sambil tersengih nipis aku menolak. "weh ko ni degillah, ni tinggal satu je lagi ko nak fail ni", tambah sang hippo lagi. "tuan,sepanjang saya bawak tadi,ok takde masalah, takkan sebab ni pon nak kasik fail" aku cuba argue dengan sopan..padahal dalam hati memang tuhan saje yang tau bebakul bakul dia kene seranah dengan aku. " hahaha tau pon ko takut fail, ko nak lulus tak" kata hippo. "ko kene tabik spring pada aku"sambung hippo lagi

eiiii dia ni sudah lebeh ni, serius shit aku cakap, kalau tak kerana aku malas nak mengharung lagi sekali seme bende bende bodoh pasal urusan JPJ lesen ni dah lama aku sungkit bawah dagu dia yang berlipat tu, ntah dagu ke leher pon aku dah tak boleh beza dah. Pikir pikir balik, biarlah sekali ni aje aku amik lesen, aku turutkan jela jugak... toiiinggggggg sambil aku menabik springgg pada si badak hippopotomos tuh gaya seorang soldadu menabik hormat pada panglima perangnya. Dia tergelak gelak macam haram jadah dan dia terus menandakan right pada kertas exam tu sebagai LULUS!....

Hohoho memang kemakk perangai pegawai JPJ yang nak meluluskan aku ni. Walaupon pelbagai dugaan akhirnye selesai jugak semua siksaan jiwa yang aku harung ni.Aku tak tau lah macam mane orang lain mengharung proses nak dapat lesen ni, tapi pada aku pengalaman bersama encik JPJ ni adalah antara yang paling gampang penah aku lalui. NAHHHH jari hantu buatmu encik JPJ hippo.

Wednesday, December 8, 2010

Lagenda Brader Babola

Rumah JKR abis kena tapau, brader babola stood still. Hyatt pun dah jadi Thistle.

Memang lagenda.

p/s: aku nak tulis title lagenda budak babola, tapi khuatir disyncronisekan dengan farid kamil sekali lagi. LOL. Anyway, murtabak kat depan syahbandar tetap super.

Movie yang buat aku rasa nak hempuk kepala kat TV , part 2

Aku nak sambung sikit apa yang zul post sebelum ni....berkenaan movie yang bile korang tengok nescaya akan membuatkan tulang tongkeng dan bile duct korang panas terbakar, teros rasa nak headbut je TV LCD. Kalau TV lama dan TV plasma,kene berhati hati sikit, sakit do kepala, malah berisiko pecah lagi...Movie yang aku nak komen ni pasal Ong Bak.

Bila sebut je Ong Bak mesti punya terpacul punya nama Tony Jaa. perghhh mamat ni memang skill maut, tapi sebab dia cite thai, muka macho macam mane pon, suara mesti macam ceebai ahahaha.

Cite Ong Bak ni kalau lu orang jenis minat cite fighting mesti respect tak hengat punya sama movie ni. Kalau ia cite porno, dah tentu ia boleh dikelaskan sebagai porno hardcore ahahahaha, tapi ia bukanlah cite porno, ia merupakan cite fighting ala Muay Thai yang boleh membuatkan penggila cerita fighting macam aku ni orgasm.



Tapi tak lama lepas tu, aku bengang gile bile aku tengok movie Ong Bak 2, cite taik apakah ini? kenapa sial sangat tak nak sambung je guna konsep timeline yang sama macam cite first. Dari segi fighting masih maintain tapi dia punya feel pada aku ada sikit tercalar. So cite Ong bak 2 ni takat bole tengok dan tertidur, bile terjaga sambung balik aje. takde le se stim movie first dia.



Tapi yang buat aku hangin impak maksima bile aku layan Ong Bak 3. Macam Bak Bi sungguh cite ni. Betul betul buang masa je tengok. Cara fight pon bangang, ending dia lagi bangang. Siap boleh jadik macam Gandalf the white pulak. Habis je tengok cite ni, aku jamin, mesti straight korang rasa macam nak lempang Bung mokhtar. Aku pon tak tau la apa aku nak cakap lagi dah pasal Ong Bak 3 yang bodoh ni, mungkin aku yang tak pandai menilai seni panggung dalam filem ni, tapi terus terang aku cakap, aku rindu street fight tony jaa macam dalam Ong bak 1st. Ohh aku bukan gay.

Monday, December 6, 2010

Senarai Movie yang aku rasa nak hempuk kepala kat TV.

Aku layan cerita Harold and Kumar Go To White Castle aritu. Boleh tahan la celaka dia punya tak logik. Dah nama pun hiburan. "Kalau nak real pergi tengok National Geographic la," kata sorang mamat kat aku dengan nada serius terngiang-ngiang kat telinga aku masa kat U dulu. Tapi aku tak amik port dia punya komen. Pasal apa? Pasal dia beriya tampal sticker Slipknot sana-sini, dengar lagu Craddle of Filth tapi dengar lagu Lucky (Britney) ulang sampai 7 kali. Hahaha.

Anyway aku ada list top 5 movie yang aku boleh menyebabkan aku jadi sembelit. Filem Harold and Kumar ni kira boleh diterima lagi la kalau nak dibandingkan dengan list movie ni. Aku ada banyak lagi list, tapi list kat bawah ni yang paling memberi kesan yang maksima.

(1) Six String Samurai
Obses aku pada gitar menyebabkan aku beli cerita ni. Macam celaka dia punya plot. Kalau korang nak tau takde sekali pun aku tengok dia try main gitar dia. Kewak, usung gitar ke hulu-hilir tak pakai casebox.

(2) The Replacement Killer
Aku tengok wayang cerita ni. Tahun 1998 nilai RM7 tu banyak berbanding RM7 tahun 2010. Ditolak campur inflasi bahagi faktor masih sekolah form 5. First hollywood movie Chow Yuen Fatt kunun. Debut filem macam lahanat wahai God of gambler.

(3) The Avengers
Dia punya lahanat, dah nak last baru aku sedar Father tu watak perempuan, Mother tu watak lelaki. Baki 90% cerita tu aku fokus makan pop-corn, minum coke, cekedis, pringles, pergi toilet.

(4) The Covenant
Apa yang cuba disampaikan oleh cerita ni? Hiburan atau seksaan? atau cerita pasal budak sekolah convent?

(5) Last Days
Tengok cover macam Cobain, baca sinopsis macam cerita biography Cobain. Tengok cerita, macam celaka. Ada adegan lelaki cium lelaki atas katil yang sangat disturbing. Trauma sial aku. Nama watak utama Blake. Bukan Cobain eh.

Aku ada lagi list, tapi inilah list movie seingat aku yang aku tengok sampai ending. Cerita lahanat macam Pathfinder tu layan 20 minit je, pastu campak DVD ke dalam bakul sampah. Ada lagi filem korang nak tambah?

Apesal takde filem Malaysia?
Filem Malaysia semua best, hebat, canggih.


Lock, Stock and Two Smoking Barrel. Movie yang diberi review 5 bintang oleh Faiz, sayangnya aku hanya boleh tonton 25 minit yang pertama. 3 kali aku try beb. 3 kali aku jugak aku tido. Jadi aku tak masuk list, sebab tak abis tonton.

Gambar dari IMDB.

p/s: Selamat Tahun Baru, Maal Hijrah.

Saturday, December 4, 2010

Banshee

Hari ini gua tambah lagi perbendaharaan kata.

Banshee - (Myth & Legend / European Myth & Legend) (in Irish folklore) a female spirit whose wailing warns of impending death. Kalau kat Malaysia lebih kurang macam pontianak la.

Tapi uncle cakap bitches tu pontianak. Kalau camtu, ramai sungguh pontianak kat KLCC atau Danga Bay. LOL.

Korang tengok video uncle sucker seeker ni, kat 0:20. Walaupun buat silap, wajahnya tetap macho dan hensem dengan kumis halus bak bulu kaki mentibang. Caya la uncle! Selepas AC dan dR, muncul pula lelaki sensasi berikutnya. Kebanggaan 1Malaysia.

Silakan komen wahai kawan-kawan. Aku perlukan input dari uncle udin, uncle faiz dan uncle apis.

Saksikan kehenseman dalam HD.

Awkward Silence

Hye uols.

Nampak gaya gua dah kena berpada-pada nak berblog sekarang ni. Bos gua balik kampung aritu bawak produk baru nak kasi kat gua launch. Silap gaya gua kena padam akaun blogger pulak nanti. Masa punya terhad, tapi silap gua juga, masa interview gua bilang "gua memang suka new challenge, dan tak pernah terlintas nak keluar rehat dari pukul 10 sampai pukul 2 dan hujung tahun mintak bonus apetah lagi berfesbuk."

Anyway, aritu masa first meeting gua dengan bos pasal projek baru, ada sorang manager kat tempat gua yang stadi kat obersee cuba buat lawak, ekceli cuba menyambung lawak MD gua. Gua perati kat bilik meeting (yang attend biasanya 10-15 orang) semua buat senyum-senyum paksa. Tiba-tiba hening. Masa tu gua cuba fikir perkataan yang sesuai, arini barulah dapat. Sikit punya lembab gua punya otak sekarang.

Awkward silence.

Ya kawan-kawan, memang bernilai RM60 juta betul perkataan tu. Kalau tak 60 juta, lepas diskaun pun 20 juta lagi. Standed juta-juta juga. Gua google, akward dalam bahasa melayu ialah canggung, janggal, kagok, kaku atau rikuh. Perkataan silence takkan la gua nak google jugak. Agak-agak la.

Kalau nahu gua tak silap hasil ajaran cikgu Zaiton dulu, lebih macam ni la maksud melayunya, keadaan senyap yang janggal.

Gua senyum je bila teringatkan lawak si manager tu. Bukan sebab lawak dia kelakar, tapi gua nak kaitkan dengan dua insiden yang tak kurang celaka jugak macam lawak dia.

Awkward silence yang pertama;
Gua lepak dekat rumah member gua yang duduk dengan adik sedara dia. Seperti biasany korum mesti cukup kalau ada 3-4 orang. Rumah tu jadi riuh-rendah. 2-3 orang punya cerita macam 30 orang punya sidang. Tiba-tiba keadaan jadi senyap bila adik sedara dia melangkah masuk rumah, masuk bilik dengan sorang budak pompuan. Bini dia agaknya. Setahu gua adik sedara dia belum kahwin.

Dan The Ultimate Champion bagi segala awkward silence...........jeng jeng jeng.

Cikgu: lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHHAHA!
Cikgu: lawak, lawak, lawak, lawak
Students: HAHAHAHAH!
Student bergelar BD: Power ranger!
Student lain & cikgu: ........................................(dengar kipas siling berpusing).