Aku yakin semua orang yang berkerjaya, yang pakai henphone selepas buat permohonan kad kredit atau apa apa loan dari apa apa bank akan dapat panggilan panggilan tahi dari manusia manusia yang kerjanya menjual insurans, jual kad diskaun, jual keahlian kelab kelab kesihatan dan sebagainyalah.
Actually kerja tu tak salah dan aku pon tak salahkan mereka sebab mungkin dah takde keje lain nak buat, atau mungkin tertipu untuk kerja tu, atau alasan yang paling sial sekali memang born untuk sukses dalam kerjaya sebagai agen jualan melalui telefon.
Tapi modus hampir semua operandi agen agen ni adalah sangat menjengkelkan.
1. Ntah pokemak mana tah yang kasik dagang details kita sampai agen agen ni boleh dapat no contact kita... suspek utama dan yang konfem adalah staff bank.
2. lepas aje dia konfem kita bercakap, terosss bebual tak berenti promot barang yang dia nak jual
3. Gunakan elemen elemen nak tambah point jualan macam ayat ayat alquran, kalau terjadik itu ini, nauzubillahiminzalik la, ntah banyak lagi ayat ayat yang aku rasa tak perlu pun.
4.kalau kita kata tak mau, selagi tu lah dia cuba jugak nak cucuk line, aku tak kesah memang itu kerja ko, tapi, cara tu yang buat orang rasa, kalau face to face dah lama kena tinju shinjuku. Cakap elok elok kita tak mau, masih tak paham bahasa, sampai nak mencarut baru diorang berenti (tak semua la macam ni).
5. Bila tanya mana dapat nombor dan detail, kenapa tak boleh nak bagi straight answer. seriously kalau ko boleh bagi tau mana ko dapat nombor telefon tu, aku akan respek apa yang ko tengah buat tu, dan sekurang kuranya dengar apa ko jual sampai abis dan kalau aku reject pun aku, aku akan reject dengan berhemah, sebab at least ko jujur. sama ada aku nak siasat dan buat aduan pada pihak berkaitan tentang pembocoran maklumat customer, itu lain cerita.
****Contoh perbualan aku 2 hari lepas****
agen telemarketer : " Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan apistempur"
apistempur : waalaikumsalam, hah ada apahal?
agen telemarketer: begini encik, nama encik telah terpilih dalam sistem kami sebagai salah seorang yang layak untuk menerima skim perlindungan syarikat kami dimana encik dan keluarga layak........................................tiada medical check up ...........................nauzubillahiminzalik ....... boleh encik berikan alamat dan no kad kredit untuk tujuan pembayaran kepada skim ini.
apistempur: apa ko bebual ni, bila masa aku cakap aku setuju pulak? mana ko dapat nombor aku?
agen telemarketer : Begini encik, nama encik telah terpilih dalam sistem kami. sebab tu kami offer encik dengan offer ni.
apistempur : sistem apa ko pakai tu? mana ada sistem yang boleh sebarang2 naik nombor dan detail orang? ni dah macam Person of Interest punya cerita..
agen telemarketer: sistem kami memang memilih nama encik kerana encik layak untuk menerima skim perlindungan ni, apa yang kami perlukan cuma alamat dan no kad kredit shaja dimana , polisi akan dihantar dalam masa 2 minggu dari tarikh perbualan ini dirakamkan,dan apa yang lebih menarik encik akan dicover immediately selepas perbualan ini
apistempur: aku dah bagitau tadi aku tak minat, aku cuma nak tau pasal sistem ko tadi tu, apasal nama aku boleh naik...itu je, ko bagitau jela dari baruah mana yang jual detail aku.
agen telemarketer: ok terima kasih kerana sudi luangkan masa mendengar encik, minta maaf kerana mengganggu masa encik... ..toooot
apistempur : Fak u meng !
So kepada sesape agen agen telemarketer diluar sana, aku mintak maap la awal awal, kalau ko tertalipon aku, memang frst aku nak tau mana ko dapat nombor, sila sediakan jawapan yang munasabah atau sumber ko yang boleh buat aku percaya dari mana ko dapat nombor aku, selagi ko tak dapat jawab soalan aku, selagi tu aku tak berminat walau apa pon yang ko promot.
Apa pehal pon mari kita kongsi sama sama idea yang smart nak pedajal agen agen ni...
Youtube Published on Nov 7, 2012 by saiful bakhriez abdul aziz