Tuesday, September 15, 2009

Raya Datang Lagi...begitu juga open house.

Kawan-kawan raya datang lagi. Bila time raya ni, acara yang paling sinonim ialah open house. Ada beberapa perkara yang menyakitkan ulu hati bila cerita pasal open house ni. Aku bukan tak suka pergi open house, sukaaa...makanan best, jumpa member-member lama etc etc. Ni aku listkan base on personal experience. Aku tak letak nombor sebab nanti macam style Udin.

Tuan rumah bangga diri.
"Rumah ni I beli RM2 juta setengah. Tu pun dah dapat discount sebab I anak sedara Datuk x. Nasib baik gak la nak kejar schedule renovation siap sebelum raya. Kalau tak, I nak tambah lagi dua tingkat rumah ni. Tengok la next year, nak buat setinggi Thistle hotel".

Tuan rumah bangga tak memasal.
"Ni adik I, doktor." Buat pengetahuan semua, nama mamat tu dia tak sebut pun. Macam celaka. yela, mentang-mentang aku datang naik kereta Malaysia.

Catering diraja.
"Satu orang, catering ni caj lebih kurang RM180.00."
Yelah tu. Macam la aku takleh tanya kat mamat yang serve tuh pakej yang dia amik.

Tuan rumah tokeh MLM.
Yang ini paling-paling kena elakkan sebelum korang dijebak!

Tuan rumah promote anak gadis.
Yang ni paling takleh handle. Ni cerita masa aku bachelor dulu. Ingat aku desperate macam Udin ke? Aku malas la nak elaborate rupa fizikal anak dia. Nanti kurang pahala puasa.

Rumah terletak kat tempat jin bertendang. Bila kita sampai disambut oleh "Eh, susah ke nak cari rumah kitorang?" Kalau aku buat survey, aku berani kata 87.25% tetamu yang datang sesat. Next time tolong bagi kata-kata yang lebih inspiring kalau rumah kat tempat jin lepak-lepak.

Tetamu yang bangga cerita pasal kerja, busy tak kira masa.
Yang ni paling lawak. Time tengah berbual tiba-tiba orang tempat kerja call. Serta-merta jawab guna bluetooth. Lawak kan? Tau la kerja dengan oil and gas. Betul-betul tak kira masa. Cuti pun orang cari. Bila cerita pasal kerja, ditekankan pada gaji...3.1% jek kurang daripada gaji Najib.

Oklah, lepas aku listkan perkara-perkara kat atas ni pastinya jemputan open house aku surut dengan mendadak. Ha ha ha ha. Tapi majoriti rumah yang aku pergi semuanya ok. Korang ada apa-apa nak tambah lagi? Sila sila...

7 comments:

udin said...

haa kerja kilang eh? berapa dia bayar gaji? anak makcik tu gaji dia 3 ribu ringgit.



aik makcik...aku tak ingat pulak ada bertanya gaji anak ngko...apasal ko nak eksplen kat aku?

Azhan said...

mereka itu gampang dengan kebendaan...


hik hik hik! ketawa macam babi kan.

apis said...

open house yg paling konfius ialah open house rumah master....

itu saje yg mampu aku katakan...

Azhan said...

itu bukan open house, itu majlis buffet terpanjang kat johor bahru

udin said...

konfius bukan apa....'eh banyak sangat mak master kasi duit ni. salah sampul kot, ni maybe sampul untuk anak sedara dia. aku ni tahap kawan je...tp apasal dia kasi seplo inggit?'

faiz said...

aku rasa kene jugak elobrate dlm entry ni sedara rambut oren yg dtg beraya

Azhan said...

tungguuuuuuuuuuuuu.....

part 2 bakal menjelma