Monday, September 7, 2009

Welkam To Sungai Chat

Kini aku punya masa lapang sedikit terganggu dengan adanya idea untuk buat blog bersama kawan-kawan. Why my fren? Why?

Sungai Chat? Apa nama tempat ulu ni? Tempat asal-usul udin? Walaupun nama manja Udin serupa macam orang sungai, tapi bukan. Hahaha. Lain la nama manja aku, Han...walaupun sebutan nama ada sikit-sikit gay...tapi sebutan Han menunjukkan watak hero seperti Hans Solo. Nama Sungai Chat? Aku malas nak cerita.

Udin dan Hans Solo. Ha ha ha.

Anyway, apa fungsi blog ni? Blog ini pada perancangan awalnya (rancangan udin sebenarnya) adalah tempat untuk meluahkan rasa bangsat kami (aku) kepada isu-isu yang biasa dibincang kat Restoran Yasin. Hahahahaha. Aku ketawa sebabnya 80% daripada apa yang kitorang bincangkan kat sana dah tentu kena tapis. Tak pasal-pasal nanti rombongan pergi Perak ramai-ramai. Dah tu nanti sapa nak bayar installment Suzuki, Fiat dan Toyota? Lain la kereta aku, dah habis bayar. Sekali lagi aku ketawa. Hahaha.

Mungkin juga blog ni boleh ungkit kisah-kisah silam, dulu-dulu semasa aku masih bergetah dan hot stuff. Nanti bolehlah udin ungkit kisah aku emo sampai tendang botol air Faiz. Selama beberapa kali, udin ulang cerita yang sama tak sudah-sudah.

Mungkin juga boleh aku jelaskan kenapa aku pergi sekolah pakai kasut Pallas Jazz sedangkan anak-anak orang kaya pakai Converse All Star, Etnies dan brand lancau sekelian.

Mungkin juga boleh dapatkan tips-tips untuk menjadi suave dan playboy seperti Faiz.

Mungkin juga akan dibincangkan peluang-peluang pekerjaan di sektor "Oil and Gas" yang sangat HEBAT. Auwwww!

Boleh ke bincang pasal kaitan sticker api di body kereta terhadap daya tujah kereta?

Boleh ke cerita cara nak buat MLM, kemudian cuci bersih duit orang-orang kampung? Ha ha.

Banyak sebenarnya nak cerita dan nak kongsi. Aku tunggu respond kawan-kawan yang lain, penulis-penulis kacak sekelian.

Watak-watak utama dan cerita yang mungkin disebut di sini:
Big Dumb
Yaye (bukan Toure)
Reza MLTR
Don Teriady
Batcha
Geng Skudai UTM
Ana
Ikhwan (kawan baik Faiz)
Lalat
Girlfriend rahsia Azhan
Apis dan biskut raya
LRT dan LEBAH
Aseng
Puan Minder Kaur
Kisah intim Shahrizan dan papan hitam

13 comments:

faiz said...

ahahahha..cam gampang

Azhan said...

gampang pun tak serupa ini entry

udin said...

keh ekeh khe membuak2 ni aku punye nafsu nak menulis....mungkin aku buleh setart menggunakan cerita tales from the crypt yg muncul pada pukul 12 malam di chennel 5...

apis said...

TAK PE TAKPE TUNGGU...AKU ADA IDEA NAK NULIS NI....MAYBE BOLEH RELEASE UJUNG MINGGU NI KALAU TIADA GANGGUAN...

penggunaan capslock untuk keseluruhan komen adalah tidak dibenarkan...macam gampang dan haramjadah....

ITU HANYALAH CONTOH SAHAJA YE

Azhan said...

hahahahaha...memang sial!

udin said...

ini bukan dah masuk tahap sendiri tulis entry pastu sendiri komen ke?

faiz said...

yang post guna capslock konfem gay dow.. sila rujuk blog azwan ali sebagai contoh

udin said...

mok kot ye pun ko baca blog azwan ali, toksah la kongsi pengalaman kat sini...malu pada pengunjung

Farhana said...

hahahahaha....kite pun x pernah baca blog azwan ali....

faiz said...

sebagai rujukan sila lawati

http://silaserazwanali.blogspot.com/

Wak Zailan said...

kadang2 aku terpakai CAPS LOCK juga, sebab tgh buat dokumen ke ape, tetibe terbaca blog abg sase n nak komen, terlupa nak matikan CAPS LOCK

Azhan said...

adeh apa ni pais....aku delete komen ko....

Anonymous said...

Never write what you dare not sign.